Ahad 27 Okt 2019
Ronda Balkan 2019 bakal melabuhkan tirai. Lawatan ringkas terakhir Bandar Zagreb, Crotia sebelum bergerak ke lapangan terbang. Tak sabar dah nak balik ke tanahair.
Meninggalkan Balkan dengan pelbagai kenangan. Berbeza dengan ronda-ronda sendirian, ronda secara pakej menawarkan penginapan yang sangat memuaskan.
Tapi yang pasti ronda ronda sendirian memberikan kebebasan yang membuatkan kita tak ingin untuk segera menamatkan ronda ronda. .
Setelah meronda 5 negara Balkan Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia Hezergovina dan Crotia, penulis memilih Crotia yang memiliki ciri ciri tipikal negara eropah. Bandar yang kemas, bersih dengan facade bangunan yang hampir seragam.
Penduduk Balkan juga lebih mesra orang luar. Anak anak kecil walaupun gusar tapi ceria diajak bermesra. Penulis pernah cuba mendekati anak kecil eropah maupun Australia, disana anak-anak lebih waspada terhadap orang tidak dikenali.
Kemesraan orang dewasa terhadap orang luar juga jelas terpancar. Mereka akan cuba yang terbaik sekiranya kita bertanyakan arah. Jangan bimbang dengan bahasa komunikasi, gunakan segala yang ada,janji mampu memberi kefahaman. Mereka juga sama,English bukan bahasa tuturan harian .
Enjoy your stay in Crotia.
Masa banyak terbuang dalam bas sebab perjalanan untuk singgahan singgahan ringkas. Yea pastinya tidak sama antara ronda ronda sendirian dengan ronda berkumpulan.
Sehingga bertemu lagi dilain kembara...Chow.