Wednesday, April 16, 2025
Barang Lusuh...
Monday, April 14, 2025
Grinder Mini...
Bermodalkan bajet Rm50 sudah boleh dapat grinder mini. Fuh dah cuba memang berbaloi..sesuai untuk kerja kerja ringan, tidak perlu lagi menggunakan gergaji tangan. Sangat membantu untuk memotong besi ringan rangka bumbung pondok kebun..
Cuma ketahanan bateri tak pasti, bergantung pada nasib, dulu pernah beli drill cordless, bateri boleh tahan lama, bila beli set berikut jenama berbeza ermm sekejap saja bateri habis..set lama charger pula hilang, bila guna charger gantian, bateri lambat naik dan cepat habis. Geram saja ingin menyambar set baru.
Hah kaki bangku ni pun dapat dipotong dengan mudah...ketinggian disesuaikan untuk orang pendek, terlalu tinggi, kaki tergantung selain sukar memanjat..
Barangan letrik sekarang memang pakai buang..kotlah nanti bateri pun tak tahan lama, lebih berbaloi membeli satu set baru berbanding bateri saja..Kita cuba jenama lain pula
Dapat bertahan 2,3 tahun oklah tu..
Saturday, April 12, 2025
Repair & Servis Aircond Kembara...
Thursday, April 10, 2025
Sampah, Simpan atau Lupus..
Antara barang-barang yang akan dilupuskan bila mengemas rumah.
Rasanya ini masalah sejagat..Terbit rasa sayang bila ingin melupus, seolah bermanfaat kemudian hari, bila disimpan akan memakan ruang dan percayalah barang-barang tersebut akan kekal disimpan tanpa digunakan...Kalau terikut-ikut dengan perasaan sayang, bina banyak mana stor sekalipun, ruangan tetap tidak mencukupi.
Sebaiknya pejam mata capai barang dan masukkan dalam plastik sampah dan buang..tapi selalunya tak begitu...bila dibelek satu persatu, selain memakan masa, maka terjumpalah barang-barang yang hilang atau masih lagi ada perasaan sayang, maka disimpan lagi.
Antara barang barang yang sering terkumpul adalah bekas makanan plastik, kaca, aluminium pelbagai saiz, mainan budak, tudung, pakaian , beg-beg, cenderahati kawin, pelbagai jenis charger, barangan letrik dll.
Biarpun dah banyak dilupus tetap terhimpun lagi..tambahan sekarang beli barang secara online, banyak yang indah khabar dari rupa, tidak sebagaimana diingini, barang tidak berkualiti, mudah rosak atau mudah dibeli, pantang cari tak jumpa, capai phone, beli baru..
Maka berulanglah kitaran.. beli, beli dan simpan. Huhu..