Sabtu 4hb Mei 2019
Malam ni ke Stadium Hoki Bukit Jalil, ingin menyaksikan secara langsung perlawanan Malaysia Lwn Kanada jam 8.0 mlm. Malaysia di kedudukan ke 13 dunia berentap dengan Kanada di tangga ke 10. Tidak meletakkan harapan yang tinggi. Selalunya pasukan Malaysia ni belum boleh diharap disetiap perlawan getir. Sering saja terlepas peluang keemasan. Piala Asia macam tulah, ketika harapan tinggi disandarkan memenangi emas, walaupun diminit minit terakhir masih lagi mendahului, kecundang dengan Jepun lawan yang berada diranking bawah.
Kini untuk ke stadium lebih mudah dengan menaiki Lrt. Jimat masa dan duit. Parking kereta di Stesen Puchong Perdana. Tambang hanya Rm7 pergi balik ke stadium.
Berbanding bolasepak hoki tidak begitu popular di Malaysia walaupun perlawanan adalah bertaraf dunia..Dan terkejut kerana menyaksikan perlawanan adalah percuma.!
Penonton hanya memenuhi tidak lebih dari suku kapasiti stadium.
Sebagaimana dijangka Malaysia tewas 3-2. Banyak peluang terlepas begitu saja... Beberapa sudut penalti dan 2 penalti strok terbazir begitu saja. Semacam tiada peningkatan prestasi berbanding perlawanan yang penulis pernah saksikan sebelum ini.. Dah sampai masa pemain berhijrah bermain di liga-liga negara yang berada diranking lebih tinggi..Jika tidak prestasi akan kekal statik.
Pukul 10 mlm beredar meninggalkan stadium..