click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 31, 2023

Europe D39-Galata Tower. Istanbul

Penerbangan Dusselforf-Istanbul mengambil masa dalam 3 jam, tiba pukul 5 petang waktu tempatan.

Menaiki bas dari airport ke Dataran Taksim 68TL/Turki Lira seorang dengan kadar tukaran matawang sekitar 1RM bersamaan 4TL. Jauh berbeza dengan harga yang dipinta pemandu teksi 900TL untuk kami bertiga.



Istanbul dan tangga atau jalan berbukit memang tidak dapat dipisahkan sebagaimana Turki dan masjid. Dulu kami tidak begitu terasa sebab mengikuti tour, segalanya  berjemput dengan bas. Atau dulu mungkin menginap dihotel  ditanah datar. Kini segalanya diuruskan sendiri, mencari penginapan melalui internet, terlepas pandang  mukabumi Istanbul. Bangunan -bangunan dbina dicerun tanah berbukit.


Dah kira terdapat 205 anak tangga perlu ditempuh disalah satu alternatif ke apartmen sebelum sambung lagi jalan mendaki. Batu Cave ada 272 anak tangga. 

Datang dalam bulan Ramadhan..huh mujur musim dingin, tak dapat bayang jika musim panas. 


Walaupun kucing jalanan, semuanya gemuk dan jinak. Tabiat warga tempatan suka memberi makan kucing. Mungkin faktor cuaca, bau najis tiada pula..Sambil melayan tangga , kita layan juga kucing.


Apartmen sewa di Cihangir sekitar 800m dari dataran Taksim,  memang sangat mencabar. Ketibaan dari airport menaiki bas ke Dataran Taksim merupakan puncak tertinggi Taksim, perlu menuruni cerun curam dan tangga untuk sampai ke apartmen. Dah terbayang jika ingin kembali semula ke puncak nanti.


Hari ke 2 Istanbul melawat Galata Tower...struktur teringgi  tertua Istanbul.



Sebagaimana Germany walaupun kiosk tiket multi bahasa tapi sesetengah perkataan masih kekal dalam bahasa Turki, perlu meminta tunjuk ajar dari orang tempatan atau petugas. Disini hanya boleh menaiki pengangkutan awam menggunakan kad pra bayar sebagaimana TnG yang boleh dibeli di kiosk hampir disemua stesen tram atau metro. Satu kad berharga 50 TL. Kredit boleh di tambah nilai melalui kiosk juga. Kad boleh dikongsi beberapa orang dengan syarat kredit mencukupi. Imbas kad di gate masuk.




Bermulalah tapak menapak menaik/menurun bukit untuk semua destinasi melalui lorong-lorong dan jalan sempit celah bangunan. 




Menurut google, struktur Menara Galata disiapkan pada 1348 dan telah beberapakali dipulihara, kali terakhir pada 2020. Kini terdapat menara tinjau dengan pemandangan 360 darjah Istanbul. Perlu membeli tiket untuk memasukinya. Ermm





Di Turki boleh makan minum, hisap rokok selamba dikhalayak ramai di bulan ramadhan, tak kira lelaki maupun perempuan. Kalau perempuan tu kita fahamlah..yang lelaki takkan uzur juga kot..



 

Ketika kami datang, berbanding Portugal, England, Germany, Turki terutamanya Istanbul lebih meriah dengan pelancong asing..



Segenap ceruk dibanjiri orangramai...


Selepas ini kami akan ke Istiklal...kawasan tumpuan membeli belah...Pergh sesakk...

Thursday, March 30, 2023

Europe D37-Koenegsalle Dusseldorf


Kami meronda Dusseldorf berpandukan saranan maklumat internet.

Koenegsalle merupakan pusat belibelah barangan berjenama utama Germany. Disini jualan barangan berjenama mengatasi seluruh bandar lain Germany.








Mampu melihat label harga saja. Baju ala ala batik indon ini berharga €869 selepas diskaun dari harga asal €1239.







Sesudah meronda Koenegsalle kami didatangi seseorang katanya pelancong dari Greece bertanya arah dsb...

Tetiba  datang 2 orang berpakaian preman mengeluarkan kad, mengaku polis...memeriksa pasport, duit dsb, bersoal siasat bermacam-macam..

Selepas pelancong Greece  beredar, polis mengingatkan kami supaya tidak dengan mudah bercakap dengan orang tidak dikenali.

Semasa meronda memang kena banyak membaca doa..

'Bismillahi tawakaltu ala Allah..'

Dah balik bilik baru bersangka yang bukan-bukan..

Antara mereka tu tak pasti mana yang betul.. 

Mereka berpakat pun mungkin...

Katalah  polis preman tu pun mengaku saja sebagai polis...walaupun ditunjukkan kad, kita  bukan kenal kad polis German macamana.

Senang dah mereka ..tanya duit berapa ada..belek pasport, periksa dompet, siap cium nak kesan dadah. Apakata dibawa lari semua itu. Tak payah ragut..kita yang serahkan sendiri..hehe..haru

Mujur dalam dompet pun cuma ada 5 euro..cuma kad-kad lah..hilang kad tersebut, memang terus jadi gelandangan.

Sekarang baru  faham, antara negara europah paling tidak mesra orang asing  adalah Denmark..ramai yang mengelak bila ada yang bertanya.

Mungkin mengelak dari kena tipu lah kot.

Pelancong Greece tu, dah bagitau  dia..nak cari arah, guna google map phone saja..

Live view semua lengkap...dia jawab phone ada masalah.

Mula- mula mamat tu tunjukkan peta kertas..

Lepas disoal siasat, dia tergesa- gesa beredar..musykil juga kenapa tak menanya arah kat mamat polis ni pulak..

Kalau semua bersangka buruk pun susah juga..Mungkin pelancong Greece itu betul.

Semasa di Lisbon, Portugal, kami terpaksa menanya hampir setiap orang yang kami jumpa sebab bermasalah mengakses  internet..mujur orang tempatan walaupun tak berapa tau berbahasa english berusaha juga menunjukkan arah...

Kalau masing- masing buat tak tahu kan naya.

Adoii.. Serba salah juga....

Wednesday, March 29, 2023

Europe D36-Dusseldorf

Ahad 26hb Mac. berpeluang melawat ofis latihan industri anak, Bayer, 50 km dari penginapan Bochum. Hujung minggu seorang pemegang tiket bermusim boleh membawa seorang penumpang percuma.

Menaiki tren dan bas. 


.



Jaringan bas meluas dan canggih, di bandar- bandar kecil tetap mempunyai paparan jadual ketibaan ekektronik di setiap perhentian bas selain boleh diketahui secara online.

Kami meronda bandar kecil menaiki bas. Melihat penempatan penduduk setempat. Hari Ahad bandar sunyi penempatan pun sunyi..


Masjid dalam pembinaan.



Pusat komuniti muslim setempat, terdapat tadika dan masjid.

Di Germany warga komuniti muslim keturunan Turki sangat ramai. Mereka berada  hampir di semua daerah. 

Jika pergi menaiki tren antara daerah National Express, balik  menaiki tren Eurobahn.

Balik terus ke Dusseldorf, penginapan kami berikutnya sebelum berlepas ke Istanbul Turki hari Rabu. Flight kami nanti dari Dusseldorf International Airport.


Tram bandar Dusseldorf

Di Germany difahamkan infrastruktur disediakan oleh kerajaan manakala perkhidmatan tren, tram dan bas disediakan pelbagai syarikat awam. Tiket yang dibeli boleh digunakan untuk semua penyedia perkhidmatan. Cuma  pengagihan caj perkhidmatan yang agak memusykilkan, dengan  penumpang bebas keluar masuk tren, bagaimana mengetahui  jumlah sebenar penumpang harian. Jumlah penumpang yang  sangat ramai tidak mungkin pemeriksa tiket dapat memeriksa semua tiket penumpang.

Isnin merayap sebahagian bandar Dusseldorf.




 
Rhine Tower, mirip dengan KL Tower..secara peribadi lokasi KL Tower di puncak bukit lebih strategik dan lebih menarik.


Rhine Promenade...




Pepohon yang togel kini akan bertambah cantik ketika dipenuhi kembangan bunga dimusim bunga.






Sebahagian bunga bungaan mulai mengambang menandakan transisi musim  dingin ke musim bunga.



Isnin hari mogok pengangkutan awam seluruh Germany. Bandar sepi.
Kami berjalan kaki di Rhine Promenade  dan Rhine Tower...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK