Setiap yang bermula akan berakhir begitu juga dengan lawatan Iceland. 17 hb dah habis seminggu di sini.
Selesai musafir Iceland...paling berdegup kencang pastinya ketika memandu 3 hari dibahagian utara dengan suhu -18 , -24 , memandu dalam cuaca yang sukar diduga, dalam terang tiba-tiba melalui ribut salji dipergunungan, jalan sempit, tiada penghadang keselamatan walaupun dipinggiran gaung dan tasik. Entah standard mana dipakai dalam membina jalanraya tanpa menerapkan faktor keselamatan..
Menyaksikan kenderaan terbabas dan kemalangan. Bermacam-macam bermain di benak pemikiran jika kejadian tidak diingini berlaku. Bagaimana menghubungi bantuan, walaupun mungkin bantuan diperolehi, berapa lama perlu menunggu dengan kedudukan terpencil dan sejuk melampau begitu. Terbit juga rasa menyesal. Kalau lah pergi berdua rasanya sanggup membatalkan trip ke utara walaupun terpaksa berugian membatalkan penginapan yang telah ditempah.
Tiap kali memandang langit gelap hati pasti tidak tenteram..hanya sesekali bertembung dengan kenderaan lain..ketika ini baru menghargai kesesakan jalan...ramailah teman.
Sekarang sudah selesai trip, terbit pula rasa menyesal sebab pernah rasa menyesal..mujur tak jadi batalkan keliling satu Iceland.. Pengalanan yang tidak ternilai 😁
Alhamdulillah selamat tiba di Bochum penginapan anak.
Ketika keluar dari airport Dortmond disapa anak muda menawarkan khidmat teksi sapu. Ingatkan kenderaan besar rupanya kereta kecil dua pintu, bersesak seperti sardin menempuhi perjalanan 30km. Berbanding teksi mpv 80 euro, kereta persendirian ini hanya 30 euro..tak sampai hati menghulur 25 euro sebagaimana ditawarkan awal tadi.
No comments:
Post a Comment