Rasa tidak berbaloi membela ayam sedikit. Masa yang diperuntukkan setiap pagi dan petang tersangat singkat..Masa diperlukan untuk membuat makanan peram kegunaan seminggu pun tidak jauh beza jika membuat untuk kuantiti yang lebih banyak. Penggunaan makanan pelet juga tidak membebankan disamping boleh dijimatkan lagi dengan penggunaan makanan tambahan yang dibuat sendiri.
Tak sabar menanti induk bertelur, penulis membeli anak ayam 14 ekor lagi. Dalam satu -satu masa penulis bercadang memiliki 14 anak ayam, 14 remaja dan 6 induk bersesuaian dengan keluasan reban yang telah ada. Jika induk bertelur nanti telur-telur ayam sebahagiannya akan dieram untuk mewujudkan kelangsungan bekalan anak- anak ayam.
Pintu buluh reban puyuh terpaksa diganti kerana diserang bubuk.
Reban puyuh kini diubahsuai untuk dijadikan Reban Anak Ayam dan Induk (RAI) disapu syelex supaya lebih berketerampilan dan tahan lama.
Hasrat membela puyuh terpaksa dibatalkan, ramai yang cakap burung puyuh kuat makan selain bising 24 jam.
Dua tingkat atas boleh menempatkan 7 ekor anak ayam setiap tingkat, manakala bahagian bawah yang diubahsuai boleh menempatkan 6 ekor induk..Pagar ketinggian 6 kaki akan dibina disekeliling reban untuk ayam induk berkeliaran.
Reban Ayam Remaja (RAR) juga di syelex.
Dah alang alang membela, ayam-ayam remaja akan disembelih ketika mencapai usia 40-50 hari dengan itu Reban Ayam Remaja (RAR) akan sentiasa bersedia menerima 14 ekor ayam remaja baru dari Reban Anak Ayam dan Induk ( RAI).
Anak ayam berusia seminggu menjadi penghuni baru reban puyuh yang diubah suai.
Anak-anak ayam akan dipindahkan dari RAI ke RAR ketika mencapai usia 21hari.
Sementara menunggu induk-induk sediada bertelur, anak ayam baru dibeli., jadi taklah menunggu lama untuk mewujudkan rantaian lengkap.
Bau dan lalat direban adalah terkawal ketika ini..Pembersihan berkala dan penggunaan makanan diperam menggunakan EM nampaknya berkesan.
Jika belaan bersistematik ini berjaya tak perlulah membeli ayam luar lagi selepas ini., melainkan jika perlu.
Jom jom bela ayam. Kawasan sempit bukan alasan.