Yok Rempitan ...
Riadah..Kembara..Apa saja...
Friday, October 10, 2025
Kari Sembilang Kuala Kurau
Monday, October 6, 2025
Kopi Robusta & Arabica
Permulaan ini mencuba dengan 7 pokok dahulu, 4 robusta dan 3 arabica..Setiap satu berharga RM 18., sekiranya tumbuh dengan baik boleh tambah lagi dimasa akan datang..Banyak ruang antara pokok buahan yang boleh dimanfaatkan.
Kita tanam jer dulu, apa nak dibuat dengan biji kopi akan difikirkan kemudian.
Sunday, September 28, 2025
HATYAAI...
Untuk merasai rasa sebenar makanan Thai, Selatan Thai lah tempatnya..lebih tepat sebelah Patani, Naratiwat sana..menghala ke utara keenakan makanan mulai menurun.. Atas daripada Bangkok rasa lebih menyerupai makanan sebelah Kemboja, Laos Vietnam. Namun citarasa pastinya berbeza untuk setiap orang. Kita yang rajin menjelajah bermotor maupun berkenderaan berpeluang merasai makanan disetiap destinasi..
Cuma harga di Haatyai tidak semurah dulu..harga makanan setara atau lebih mahal berbanding tanahair..Penginapan hotel, pengangkutan Tut Tut pun begitu..Jadi tak betul jika mengatakan percutian di Thai serba serbi murah..lagipun tukaran matawang tidak berpihak kepada kita..kini 100Baht bersamaan RM13.50, sedangkan suatu ketika 100B bersamaan RM10 atau lebih rendah.
Sunday, September 21, 2025
Cecair Kencing Harimau...
Pondok kebun turut digantung dengan cairan ini..kerana terdapat tanda penceobohan kecil..terdapat juga kesan sodokan babi di tanah persekitaran biarpun tidak begitu teruk mungkin penggera aktif membuatkan penceroboh terkejut dan lari..
Botol berongga yang diisi cairan kencing rimau digantung di beberapa sudut kebun selain di pokok yang sedang belajar berbuah.
Harapnya berkesan... Kita hanya berusaha, selebihnya tawakal..
Wednesday, September 17, 2025
Bukit Bintang KL...
Ketika warga Lembah Klang berpusu pusu keluar, destinasi popular Kuala Lumpur rupanya dipenuhi dengan kehadiran pelancong dan orang luarkota pula. Kawasan Bukit Bintang padat.., begitu juga di kawasan tumpuan lain seperti KLCC, motorist begitu sabar dan bersopan melayan kesesakan trafik, tiada kedengaran bingit horn tidak sebagaimana kota-kota besar terutamanya kota asean lain.
Paling mendapat tumpuan pastinya tempat-tempat makan...Pengunjung sanggup beratur panjang berjam untuk menikmati hidangan di port makan popular.
Di Bukit Bintang kita seakan terlupa bahwa ini adalah Kuala Lumpur..Premis makanan dan produk arab tersangat banyak dari kiosk kecil sehingga premis besar..sambutan pula luarbiasa.
Jika tidak mau beratur panjang boleh cari premis yang kurang popular, mungkin sedikit jauh dari kawasan tumpuan. Mentaliti pengunjung, lagi ramai orang beratur, disitulah yang dituju, berpersepsi bahwa makanan pastinya sedap. Argh jika benarpun sedap adakah kenikmatan itu dapat dirasai berminggu.
Pertama kali meronda Bukit Bintang diwaktu malam ketika cuti umum dapat merasai vibe tidak kurang hebat dari kemeriahan kota- kota dunia.
Selalunya memang begitu destinasi jauh kita sanggup berhabis sedangkan destinasi hebat tempatan kita sering terlepas pandang...
Tuesday, September 16, 2025
Premis Gunting Bas Mini...
Bermula dengan sebuah bas, mendapat respon positif pelanggan ditambah kepada 2 unit... Kedai gunting bas mini turut menarik minat pihak akhbar dan Tv membuat liputan ketika mula beroperasi sekitar 10 tahun dulu, cuma kita tak bersedia menghadapi kuasa viral, dibimbangi masyarakat meletakkan persepsi terlalu tinggi, tidak selaras dengan keadaan sebenar premis, jadi menolak untuk dibuat liputan.
Bas pertama ini juga menumpang tanah DBKL, Biarpun dikelilingi kawasan perumahan, kem-kem askar dan polis, kedudukannya tidak begitu menjolok mata jadi operasi harian bergerak lancar tanpa aduan orang ramai biarpun penampilan mulai uzur..
Kesilapan besar pekerja, membuka kedai ketika malam raya PKP menyebabkan premis disita DBKL..Apabila premis sudah menjadi perhatian pelbagai alasan diberi untuk menghalang premis dari terus beroperasi..
Serik dengan premis bergerak, menumpang tanah orang di bandar, maka kita membawa diri dengan mencari premis murah luar bandar. Melainkan premis sendiri, premis sewa kita beralih arah ke kawasan kampung kampung untuk kehidupan lebih tenang..
Percubaan pertama di Felda Suharto, Hulu Selangor. Pernah berhubung dengan pemilik premis di Senggarang, Batu Pahat entah tiba-tiba tak jadi menyewakan kedai.
Mana tau mendapat sambutan, model ini boleh dikembangkan ke kampong kampung lain pula..
Dengan berat hati premis bas diberi ke kebun kawan untuk dijadikan kabin berehat...
Hukum alam, setiap bermula akan berakhir..
Monday, September 8, 2025
Air Terjun Chemerong..
Selain berhiking, pengunjung boleh bercamping, berkelah dan bermandi mandi di air terjun dan anak sungai