click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, October 31, 2011

Naik senang, turun susah...

Betul wa cakap lu...bila umur semakin meningkat kadar metabolisma badan semakin rendah, itu yang mudah sangat berat badan naik mendadak. Tambahan lagi jika malas beriadah..ermm mudah saja membelon badan...Bagi wanita pulak biasanya lepas beranak mula le berat badan  ikut naik seiring dengan pertambahan bilangan anak, masa mengandung pertama naik 9 kilo lepas bersalin hilang  8 kilo, anak kedua naik 10 kilo turun 9 kilo..tiap lepas beranak mesti ada berat yang tak mau pergi ..paling kurang sekilo kekal..bila 5 anak...sudah dapat tambahan kekal 5 kilo..di campur selera bertambah sambil beralasan tolong licinkan baki makanan anak-anak bertambah  berat dari 46 kilo naik jadi 70 kilo tak turun-turun. Dengan ketinggian yang memang sah tak naik, dari kejauhan rendang je nampak...ha ha..
Yang lelaki pulak, kekadang kita pun heran lepas kahwin, badan mesti naik, macam kawan aku baju biru tu..Doktor siap beri amaran supaya kontrol berat badan..selepas kahwin berat badan naik mendadak dapat tambahan 14 kilo...! Padahal baru saja kahwin bulan Feb awal tahun ni.. Barangkali terlebih senang hati sebab dapat bini baru...Pastu ajak turun berkayuh manjang sibuk...


Seiring dengan peningkatan umur sepatutnya kita kena gandakan senaman untuk mengimbangkan kadar metabolisma yang rendah. kalau setakat kayuh basikal 2, 3 kilometer seminggu, tapi mengharapkan berat badan turun..jangan berangan la..Namun begitu bila usia dah meningkat ni tetiba berat badan berjaya dikurangkan secara mendadak, jangan cepat meraikan kejayaan itu dulu..kena dapatkan pengesahan doktor, kenapa..? kekadang kurus mendadak ni disebabkan dapat bantuan penyakit...Penyakit kencing manis...! he he,,susah..susah..


Hoi..hoi buat apa tu ? buang lebihan gula dalam badan ke bro..? ha ha..sahabat aku ni dulu mendapat perintah doktor untuk telan ubat 3 biji sehari kerana penyakit diabetis tahap tinggi ..bacan gula berlegar antara 12-20 mmol/l.! Tapi la ni disebabkan rajin beriadah dapat mengawal paras gula dibawah 8mmol/l dan hanya perlu telan sebiji ubat..itupun sebab dia rajin berdiet dengan memakan nasi selang 2 hari sekali...hari lain makan roti dsb. Kita yang masih diberi sihat tubuh badan kenapa perlu tunggu sakit baru nak mula rajin beriadah...?



Kalau ikut teori fizik, tenaga tidak boleh dimusnahkan. Tenaga sediada terkurang sebab telah berpindah kepada tenaga lain seperti tenaga kinetik, tenaga bunyi dsb.jumlah keseluruhan tenaga bila dijumlahkan semula mesti sama...barangkali sama juga dengan duit, sebenarnya jumlah duit tidak dikurangkan hanya berpindah ke tempat lain..keluar dari poket kita masuk ke poket orang lain.he he...Bila dijumlahkan semula tetap akan sama...Kita beriadah supaya badan lebih sihat jadi dapatlah kurang bil beli ubat-ubatan, namun duit yang berjaya diselamatkan disini terbuang ketempat lain pulak untuk beli peralatan untuk sihat juga seperti basikal dan peralatan senaman lain..itu belum kira aksesori seperti tiub dsb. sebab tu untuk mengurangkan aliran duit keluar, berjimatle.. tiub lama kalu pancit jangan terus buang, boleh tampal dengan koyok tayar..


Aku pun berusaha untuk memperlahankan aliran duit keluar.dengan menampal sendiri tayar hahaha...!

Saturday, October 29, 2011

Ekslusif...! Volkswagen model baru...



Barangkali tuanpunya teringin nak sambar Volkswagen Polo GTI baru tapi belum kesampaian..dapat logo dulu pun ok..Minta maaf kepada tuan punya kereta.,sebab snap gambar tanpa izin. Jangan marah aaa.

Friday, October 28, 2011

Untuk renongan bersama...


Sempena hari Jumaat nikan jom lah kita ulangkaji ilmu-ilmu bermanfaat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aku nak berkongsi maklumat yang diperolehi melalui laman facebook. Teknologi ni jika dimanfaatkan untuk kebaikan maka mudahlah tersebarnya kebaikan begitulah sebaliknya. Mungkin sebab ni juga kenapa umat manusia sekarang kebanyakkan umur tak panjang  berbanding orang zaman terdahulu yang mana hidup beratus tahun. Mudah sangat untuk mendapat ilmu bermanfaat juga sebaliknya..sekali klik mampu mendapat maklumat berbanding manusia terdahulu yang terpaksa mengembara jauh untuk mendapatkan maklumat yang sama...Takdalah alasan di depan Allah nanti bahwa umat sekarang kekurangan maklumat sebab umur pendek...Wallahualam...

‎11 GOLOGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

Thursday, October 27, 2011

Cuti-cuti Malaysia...


Cuti Depavali, kami ke Felda Keratong 2, di Bandar Tun Abdul Razak, Muadazam Pahang. Ambil anak yang kami tumpangkan ayah rakan sekolah anak dari Besut. Inilah nasib anak-anak sekolah jauh..dah mohon pindah sekolah,  permohonan gagal kerana tiada kekosongan disekolah berdekatan..takpalah...Terpaksa membahagikan masa untuk mengambil/menghantar/melawat anak yang sekolah bertebaran. Ada di utara, timur dan selatan..bila musim cuti ni peningle nak atur jadual mana nak pergi dulu...Cuti hujung minggu pulak tak seragam..Jumaat dan Ahad..

Semua orang akan merasai pengalaman ni bila anak korang mula membesar nanti...seorang-sorang mula meninggalkan kita...tahun depan kalau anak yang kecik berjaya ke asrama, tinggal le kami berdua..hu..hu..yang tak bestnya sunyi, yang bestnya boleh le kami ronda-ronda tanpa perlu fikir sapa yang nak hantar anak kesekolah harian..ha ha..


Selalu bila sebut Muadazam dalam kepala otak terus terbayang LPT-Gambang-Muadazam. Sebenarnya jauh laluan itu. Bila diberitau ikut jalan alternatif melalui Kuala Pilah otak macam 'pause' sekejap.. Selalu terbayang Muadazam dah dekat Kuantan, Pahang sebelah utara/timur manakala Kuala Pilah,Negri Sembilan sebelah selatan...ish macamana bertemu..? Punyalah jahil Ilmu Alam (he he  geografi le..)..bila check google map memang betul lah laluan alternatif ni lagi dekat... Dah berpuluh tahun hidup negara sendiri rupanya masih  banyak laluan yang belum diterokai...Padahal Kuala Pilah, Kuala Kelawang, Jelebu, Serting dan persekitaran pernah dilalui semasa konvoi bermotor dulu. Lepas ni aku ingat nak ronda-ronda lagi kawasan sebelah sini naik motor...seronok berjalan tempat baru, sausana baru...

Bila ronda-ronda tempat baru aku lebih suka guna peta berbanding alat GPS. Kalau dapat dua-dua lagi bagus lah.. bila guna peta terbayang posisi distinasi keseluruhan. jadi kita tau, ooh pekan ni sebelah sini, pekan tu sebelah situ...Bila tersesat dapatlah gambaran arah mana nak dituju. Kalau guna alat GPS kita main ikuut je...rasa sempit kepala hotak...


Masa pergi lalu sini pukul 9..00pagi dh tergolek trailer nih..mungkin kemalangan berlaku malam sebelumnya. Lokasi dalam perjalanan ke Batu Kikir



Masa balik dalam kul 12.00 trailer masih ada lagi..! trailer cuba dialihkan tapi kalau setakat guna trak penunda mana larat wei, mungkin silap info lori kecik yang terbalik..dalam perjalanan seterusnya berselisih dengan kren menuju tempat kejadian..baru betul maklumat



Kuala Pilah bandar daging salai...ha ha..banyak bebenor gerai seumpama ini bila memasuki Kolo Pilah. Gerai menjual daging lembu, puyoh, itik,ayam bandor, ayam kampong, ikan dll. jangan lupa singgah dan beli...

Pasni  jom kita ronda -ronda lagi..!

Wednesday, October 26, 2011

Gilo...! ha ha..

Ada berani...?


Foto ehsan rakan facebook..

Tuesday, October 25, 2011

Periksa tayar kenderaan anda...!


Nampak tak kereta terbabas diseberang longkang tu..?


Sekarang ni boleh dikatakan sebelah petang je hujan...jadi waspadalah semasa di jalanraya. Kita berhati-hati orang lain pulak cuai, bila berlaku kemalangan sama-sama rasa. Pemandangan kenderaan terbabas seperti diatas mungkin pemandangan biasa dimusim hujan begini. Selagi boleh, harap-harap bukan disebabkan kecuaian kita. Kalau dah terbaik kita lakukan tapi masih berlaku juga perkara tak diingini, pasrah sajalah, adalah hikmah disebalik kejadian yang menimpa.

Pasal tayar kita mesti tak berkompromi . Lebih-lebih lagi musim hujan sekarang..Kalau duit di poket belum mengizinkan simpan saja kenderaan itu daripada mengambil risiko membawanya..Aku dah kena wei. Bila tayar menipis mudah saja pecah bila terkena objek dijalanan..batu kerikil pun cukuplah..Oleh itu bila tanda tukar tayar mula kelihatan  jangan bertangguh. Tukarlah segera..Kalau tak..Baik-baik nak jimat, lagi banyak duit melayang. Aku punya tayar motor dulu takdalah botak sangat, sebelum tu dah juga rujuk kat geng motor lain..

"Aku nak ride jauh ni, agak-agak ok tak tayar aku ni..?"

"eigh ok lagi tu...!"

Kebetulan  duit di poket agak nipis, jadi bertangguhlah..ha ha..Masa tiba pekan di Kuala Lipis ..pamm..!! tayar suda pecah beb..ride sorang-sorang nak ke Besut sekolah anak aku..Bayangkan kalau berlaku ditengah-tengah hutan antara Kuala Lipis dan Gua Musang..tak ke hiba...atau semasa bawak laju dilebuhraya..pergh serik aku...panggil lori angkut bawak KL terbang RM500...Dah tu aku terpaksa pulak naik bas . Nak tumpang lori, driver kata malam hari baru sampai.  terpaksalah  tinggal motor disana sementara tunggu lori datang mengambil...main percaya beri kunci motor kat tauke gerai untuk serah kat driver lori..

Memang tak berbaloi bertangguh...! hu hu..

Monday, October 24, 2011

Tahniah Zulfahmi Khairudin , Takziah Marco Simoncelli...

  Tahniah...! Zulfahmi Khairudin

Takziah...Marco Simoncelli

Semalam tengahari memang aku melekat depan TV tengok MotoGP Sepang, tarikan utama pastinnya Zulfahmi Khairudin anak muda dari Banting pelumba 125cc berusia 20 tahun , sebaya anak aku nih... Bermula di grid permulaan pada kedudukan ke 13. Yang syok  tengok race, bila ada pelumba yang kita sokong..memang mendebarkan...Aku yang menengok ni  kejap-kejap duduk, kejap baring, betulkan alas bantal kepala terutama bila lap 5 terakhir dimana dia seringkali berubah posisi..ke 9, naik ke 8..kena pintas lagi turun jadi ke 9 semula..aargh..! janganlah kena pintas turun ke 10 pulaak..Mata aku lebih tertumpu pada senarai kedudukan pelumba diskrin TV..mana lah nampak  aksi pelumba kelompok belakang,  sesekali je ditunjukkan di TV., kamera lebih menumpukan aksi  kelompok 5 pelumba teratas...dan paling lega bila final lap dia berjaya meluru tempat ke 7...Tahniah..tahniah...! Target untuk menempatkan diri dalam senarai 15 kelompok teratas tercapai...

Lepas daripada ni buatlah urusan lain yang patut sambil layan mata ..ha ha..  takda pelumba harapan negara beraksi dalam MotoGP2 250cc, Tengok je keputusan akhir. Pelumba wild card negara berjaya menamatkan perlumbaan...kira hebat jugalah berbanding pelumba negara lain yang tak dapat habiskan perlumbaan langsung.

Bila sedar  race MotoGP 500cc baru saja  bermula, masa nilah dapat menyaksikan pelanggaran 3 biji motorsikal melibatkan Simoncelli, Collin Edwards dan Valentino Rossi . Menyaksikan kemalangan itu aku rasa kecederaan teruk dikepala sebab tengok helmet dia tercabut semasa kena rempuh Collin Edwards dan Rossi... ..Bila dengar berita jam 8 sah dia meninggal dunia...Salam takziah kepada keluarga beliau. Suratan takdir, ajal dia telah tiba  pada usia 24 tahun semasa melayan lap ke 2 Litar Sepang, Malaysia...


Saturday, October 22, 2011

Bila Ghadafi sudah tiada...

Setelah 42 tahun ditampuk kuasa akhirnya dia pergi jua. Kalau dulu dia merampas kuasa kini kuasa dia dirampas pula. Apa yang aku nak tulis hari ni bukan pasal sejarah hidup dia tapi perihal harta  yang dia tinggal. Tak pasti samada betul banyak atau sekadar rekaan tapi cerita-cerita  harta peninggalan pemimpin hebat dunia  akan timbul semula dan tak pernah padam. Korang mesti pernah dengar kesah harta trillion-trillion samada dalam bentuk wang tunai atau jongkong emas, peninggalan pemimpin hebat seperti Raja Solo,Sukarno, Marcos, Saddam dll.. dan yang menariknya semua orang yang 'bernasib baik' berpeluang berkongsi mewarisi harta tersebut. Kalau banyak duit yang sanggup dikongsi melabur, banyaklah bahagian yang akan dapat..Aku tak pastilah samada ramai yang dah berjaya dan memperolehi habuan yang diidam, tapi setakat yang aku tahu, mengikuti perkembangan kawan-kawan aku yang turut memburu harta karun tersebut takda sorang pun yang berjaya cuma dapat telan air liur adalah... mahligai, kereta canggih manggih yang diangankan untuk di beli barangkali kini sudah menjadi milik orang lain..dah lama sangat tunggu duit tak turun-turun..maaf geng kalau anda turut terbaca tulisan ini..he..he..

Yang menyebabkan semua orang teruja untuk mengikuti perkembangan selanjutnya bila diberitahu hanya tinggal satu, dua urusan dokumen saja perlu diselesaikan sebelum memperolehi durian runtuh. Kaya kita Bro..! Kaya kita...! Yang mendengar ni pun turut teruja menanti mana tau betul, dapat lah juga tempias sahabat MMB (Multi Milionir Baru) belanja sakan. Semakin real bila dokumen di email untuk bukti. Urusan perlu diselesaikan di luarnegara seperti di Hong Kong, Swiss, Spain, Itali..dan semakin real bila mereka ini mengajak sekali pelabor ikut ke sana...Tinggal sikit saja lagi..! Kalau pelabor tak ikut akan di email lagi dokumen yang sudah diselesaikan di negara yang di pergi. Dalam kes kenalan aku, dia turut ikut ke negara yang disebut...

Biasalah beb, nak keluar duit miliun-miliun takkan urusan senang sangat nanti orang mana percaya.. Bila dah selesai di satu negara, dokumen kena bawa kesatu negara lain pulak nak selesaikan yang SIKIT SAJA lagi...Harta hampir sangat dicairkan..! Bagi yang larat ikutlah sama mengusung dukumen ke negara berikutnya..sambil tu kena top up duit pelaburan termasuk duit untuk setelkan urusan dinegara berikutnya..

Tak taulah apa jadi dengan pemburuan  harta karun tu...kami pun dah lama tak ikuti perkembangan. Yang dengar kabor kenalan aku pulak yang kini lari-lari kena kejor Along...

Friday, October 21, 2011

Tak cukup rajinkah kita..?


Persoalan di atas sering berlegar dalam kepala hotak aku.. Aku sakit hati betul bila orang cakap kita tak rajin...Padahal kalau kita tengok awal suboh sudah berduyun-duyun orang kita keluar rumah mencari rezeki. Sesetengah tu seawal 5.30 pagi dah mula tercongok bawah pondok menanti bas., yang kerja kampong lagi la...Pekebun atau pesawah turun ketempat kerja jauh lebih awal pagi...adakah mereka dikira tidak rajin sebab telah pulang awal dan kelihatan melepak disebelah petang...?  Sedangkan orang lain pukul 10, 11 pagi baru terhegih-hegih nak buka kedai., walaupun tutup agak lewat tapi bukannya kerja teruk sangat ...lagipun diorang mula kerja lambat, balik pun lewat la..bila dikira jumlah jam berkerja kekadang tu takda beza pun...

Kalau kita perhati di kaunter-kaunter  seperti jpj, kastam, pejabat pos, bank ataupun yang berkerja dikilang-kilang pengeluaran dsb, diorang mana pernah menang tangan  kecuali masa rehat...punyalah sibuk..! itu pun masih dikata tak cukup rajin...? sedangkan bila kita jengah kedai-kedai aku tengok diorang melepak je  baca surat khabar sambil menunggu pelanggan.

Jadi siapa lebih rajin dan  siapa malas..? Berdasarkan gerak geri kerja, aku merumuskan orang kita secara keseluruhannya lebih rajin. Tapi kenapa dimomokkan orang kita tak cukup rajin...penilaian dibuat berdasarkan kriteria apa..?

Mungkinkah disebabkan  kerja yang mereka lakukan memberikan pulangan ekonomi lebih tinggi maka dikatakan lebih rajin..?  Jika benar, kita kena bantu menaikkan nilai ekonomi orang kita dan jika nilai ekonomi juga boleh menampakkan kita lebih rajin, maka pendedahan dan peluang mesti TERUS dibuka luas kepada orang kita...Jalan pintas untuk bersaing dengan mereka hanyalah dengan pendidikan.  Lahirkan seramai mungkin insan berilmu...

Ilmu ibarat memberikan joran berbanding ikan kepada penerima..Dan punca pendedahan kepada ilmu dalam bahasa kebangsaan mesti diperkasakan supaya SELURUH rakyat marhaen diberi peluang menyerlahkan kebolehan  masing-masing. Kalau kita menafikan hak rakyat marhaen, percayalah jurang ekonomi akan semakin melebar..selagi itulah kita akan nampak tidak rajin..Aku sangat lega bila Menteri Pelajaran YB TS Muhyidin Yassin menegaskan PPMSI tetap akan dimansuhkan. ,walaupun  PAGE dan JMM beriya-iya mahukan supaya dasar itu diteruskan. Aku ada terima email rambang dari puak ini dan alasan mereka pada aku hanya untuk membela segelintir masyarakat sekiranya dituruti puak ini, nescaya golongan terbanyak bakal tercicir..Usah peduli dengan golongan ini. Pendidikanlah yang boleh membuka minda anak bangsa kita .


Bila ramai yang berilmu dengan sendirinya insan ini akan mencari jalan untuk meningkatkan nilai ekonomi diri...dan dalam ramai-ramai tu pasti akan ada yang menyerlah.. sekadar contoh, siapa yang tak kenal rangkaian al-Ikhsan pengedar barangan sukan terbesar Malaysia...aku tak pastilah latarbelakang pengasas rangkaian ini tapi yang pasti untuk dia sampai keperingkat ini pastinya disokong oleh wargakerja profesional yang berilmu juga..evolusi bisness takkan berhenti, ledakan berlaku , mucul pula MIZI sport...!

Bangsa lain proses evolusi bisness mereka telah bermula dulu lagi sebab persekitaran mereka sudah sedemikian  lama. Sebab tu diorang nampak seolah-olah rajin. Jadi kita terpaksa melalui proses bertatih untuk bersaing dengan mereka.

Dek kerana inilah  aku sangat tak berkenan langsung dengan orang yang menyokong PPMSI nih..Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri..


Boleh rujuk tulisan aku pasal PPMSI lagi disini.

http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/pbmsi-punya-hal.html
http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/pbmsi-punya-halsambungan.html
http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/08/lagi-pasal-pbmsi.html

Maafkan aku kalau pandangan ini tak selari dengan pandangan anda...

Thursday, October 20, 2011

Homestay ...


Homestay Bungalow


Homestay Apartment.

Kekadang kita perlukan pemangkin sebagai azimat pencetus semangat yang adakalanya malap. Kebetulan pada hari Aidilfitri  lepas kami menghadiri kenduri kahwin anak saudara kami di Telok Intan. Majlis akad nikah dibuat pada malam Ahad dan majlis keraian diadakan pada siang hari Ahad..nak berulang alik rasa tak larat jadi kami bermalam di sana.

Kami bermalam di homestay,  Telok Intan bayaran semalaman RM500., boleh tahan jugak nih..Kerana hadir dengan rombongan besar kami sewa dua unit. Sekarang bermalam di homestay sudah jadi pilihan kerana homestay boleh menempatkan ramai ahli berbanding tinggal di hotel..dalam masa yang sama boleh bersembang bersama ahli keluarga berbanding di hotel dimana pergerakan ada sikit terbatas.

Semangat aku entah napa tetiba bergelojak, jantung aku macam berdegup kencang ..! Aku kira bilangan rumah yang dijadikan homestay..7 bijik kau..! setiap satu mempunyai 6 bilik. hiasan dalaman dan perabut teratur dan kemas ala-ala hotel bajet macam gitulah...Aku rasa tuan punya homestay ni pemaju taman perumahan ni..bukan senang nak dapatkan rumah Semi-D sederet macam tu..Tak salah aku tauke seorang apek duduk di hujung homestay yang turut dijadikan pejabat dan tempat menyimpan barangan homestay...nampaknya pengurusan boleh tahan pro nih...

Kalau sebelum ni bini aku yang sibuk ajak aku cari perabut, tapi aku buat tak tau..kali ni dah terbalik pulak .. he he..Aku pun dah tak menyabar nak lengkapkan homestay baru kami...Homestay sediada dah tak boleh memenuhi permintaan...bukan bermakna setiap hari/minggu ada orang duduk.. tetapi pengunjung homestay ni bermusim, bila datang musim dia berderu-deru orang tanya ada lagi tak, ada lagi tak..? Kebetulan terdapat unit apartmen lelong berdekatan dengan rumah aku dan homestay sediada, terus saja kami sambar..Apartmen mempunyai sekuriti, di tingkat bawah plak tu..RM 50K..pada aku berbaloilah dapat separuh harga dari harga pemaju..

Bila kenang-kenang, dulu saja kami iklankan homestay pertama di internet.. rumah cum ofis ni daripada kosong tidak berpenghuni lebih baik sekali sekala ada orang duduk, harap-harap lepas lah bayar bil api air..Barang pun guna saja barang lebihan rumah daripada menyemak. Kebetulan homestay tu pulak disebelah rumah , senang la nak uruskan seperti mengemas dsb..tak sangka pulak ada pasaran tersendiri..! Walaupun tak setanding macam apek tu punya tapi tak  kesah lah..mana tau lepas ni boleh tambah lagi..ha ha..

Ok kepada sesapa yang perlukan penginapan di Rawang dan persekitarannya bolehlah telifon aku ok...Kontek no semua ada di blog homestay. Klik saja di penjuru kanan blog ini...pilih la nak Homestay Banglow atau Homestay Apartment...ada sikit promosi ni...kalau korang dapat tau pasal homestay aku tu melalui blog Yok Rempitan ni, korang bagitaula yea..aku bagi spesel harga ..! Berapa harga..? tempahlah dulu nanti aku bagi diskaun la dari harga tertera.

Cepat jangan tak cepat...lambat selalunya tak dapat..! Ha..ha..

Wednesday, October 19, 2011

Basikal bata...

 Berikut antara koleksi gambar yang aku cilok dari rakan FB. Kat FB tu bila dibiarkan susah pulak nak cari bila dah lama nanti.. Lebih baik aku turut abadikan di blog ini...paling tidak dapat juga berkongsi dengan rakan-rakan lain..sekali lgi mintak maaf kalau foto ini anda yang punya..ha ha..

Hendak seribu daya ..taknak seribu dalih...!

Tuesday, October 18, 2011

Wanita dan handphone...

Terus terang aku cakap memang aku selalu membebel kat bini aku pasal perkara ni. Ada phone tapi jarang jawab panggilan..Kawan aku pun selalu komplen perkara yang sama. Kalau aku takat berbuih mulut membebel, tapi kawan aku  hangin punya lah teruk sampai dihempas berderai phone.. Aku ingatkan kes terpencil, rupanya hujung minggu baru ni, bila aku selak Harian Metro, laa ada juga kolumnis bercerita perkara yang sama...masalah nasional rupanya...ha..ha..

Kepada wanita-wanita diluar sana janganlah buat macam tu...Kasihanilah kami para pemanggil..! Orang ada phone, dia pun nak juga...yang koman tak mau,  nak yang canggih ..tapi kalau berpenyakit liat nak mengangkat talifon lebih baik tak payah guna...selain membazir...senang, orang faham dan tak akan marah..selalu beri alasan phone dalam handbag la, tak dengar la.., phone kat ruang tamu la.., masa masak macamana nak angkat dan pelbagai alasan lagi lah...dah tu kalau ada phone cuma setakat untuk ada-ada saja, tak dimanfaatkan sepenuhnya bukan ke elok guna phone yang melekat kat dinding saja...aku setuju benor dengan saranan kolumnis tu yang mencadangkan wanita seperti ini cukup disediakan dengan talifon awam saja..tak payah  mengada-ngada nak 'bermobile-mobile'.. atau pon kalau teringin sangat nak pakai beli saja yang yang macam budak sekolah asrama guna, skrin hitam putih , harga bawah seratus.. hehe..

Korang bayangkan, masa kita  buat panggilan penting, masa tuu lah panggilan tak berjawab, bukan sekali dua..tapi banyaaaak kali..! talipon rumah dibagitau pergi ambik anak sekolah la..pergi pasar lah..antar anak tuisyenlah..  ish..ish...tak ke kes naya...apa jadi  kalau panggilan kecemasan...? Ada siapa boleh tolong jawab bagi pihak wanita seperti ini..?

Kepada wanita yang rajin angkat talifon jangan marah aaa..ha ha..


Monday, October 17, 2011

Abadikan pengalaman kembara anda dengan kamera video GoPro...


Kamera Go Pro...

 Pasang di sini ok juga. Gambar lebih stabil sebab kurang gegaran


Atau pasang di skrin penghadang angin

Pandangan hadapan

Kompak dan canggih...kamera video kalis air untuk kegunaan harian anda. Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Boleh dipasang di helmet sewaktu bermotor, berbasikal, memanjat gunung, berkayak atau boleh dipasang dimana saja menurut kreativiti anda.

Aku telah sambar sebuah dan kini bolehlah aku rakamkan pemandangan indah sewaktu bermotor, berbasikal atau semasa melakukan aktiviti luar nanti terutamanya semasa berekspedisi di destinasi baru, yang sebelum ini terbazir begitu saja. Selama ini hanya dapat mengabadikan foto/video apabila berhenti sahaja , tapi kini tidak lagi dengan adanya kamera video ini. Banyak pemandangan dan peristiwa indah yang boleh diabadikan semasa bergerak atau semasa di atas kenderaan.

Harga sebuah hanya RM1299 dengan waranti setahun. Sungguh berbaloi dengan kelebihan yang dimiliki. Kawan aku Asri telah mendapat hak mengedar dan aku ambil kesempatan tumpang sekaki mengedar bagi pihaknya. Tolong menolong sambil nikmati sedikit komisen ha ha..Bagi yang berminat boleh hubungi aku ok 0193040340. .

Argh tak sabar rasanya untuk berekspedisi lagi...


Saturday, October 15, 2011

Ride Cuti-Cuti 1Malaysia...1

Peluang terbaik untuk menyertai konvoi jelajah Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Ada peluang muka masuk TV3., mana tau korang terpilih untuk di wawancara...tapi kalau jawab tergagap-gagap  jangan harap muka keluar TV ha.. ha.

Berikut mesej yang aku perolehi dari rakan bikers. Tengah hari tadi aku berkesempatan singgah di bilik pameran Big Bike Shop dan disahkan sendiri oleh wakil penganjur bersama Pak Berahim...apa lagi daftarlah segera sebab tempat terhad. Aku tolong war-warkan walaupun aku sendiri tak dapat join sebab dah ada pogram lain pada tarikh tersebut.

Pogram Ride Cuti-Cuti 1Malaysia Suprbike Rally jelajah Utara-Timur anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Media Prima Bhd dan Big Bike Shop


Laluan : Sri Pentas-Cameron Highland-Gunung Jerai-Grik-Jeli-Kota Bahru-K.Trg-Cherating-Tmn Negara-Raub.


Tarikh: 2-10Hb Disember 2011 (8H9M) Kalau tak dapat join sepenuhnya boleh join sebahagian..tapi bayaran penuh...nampak macam berbaloi je dengan pakej yang ditawarkan.


Yuran Penyertaan : RM450/kepala, Termasuk 9 helai t-shirt, penginapan hotel 1 bilik 2 orang, petrol percuma sepanjang pogram, sarapan, makan tengahari dan malam, back up servis, ambulance, marshal, polis escort, cabutan bertuah dll


Penyertaan terhad 70 motorsikal 500cc keatas. boleh bawa pembonceng.


Keterangan lanjut boleh berhubung dengan en Ibrahim Big Bike Shop 03-89449822/ 016-2007888




Apa lagi...! Daftarlah segera...!

Friday, October 14, 2011

Jom Riadah...!





Tup..tup..tup..esok dah Sabtu lagi. Alhamdulillah sekarang ni aku tengok  semakin ramai orang ambil berat pasal kesihatan... Pagi-pagi sekitar taman perumahan atau taman rekreasi semakin ramai orang berjogging. Seawal 5.30 pagi mereka dah mula keluar rumah. Cuma kekadang terlintas jugak dalam kepala hotak aku  kalau setakat inginkan keluar peluh, sebenarnya tak perlu pergi jauh-jauh,  dalam rumah atau keliling rumah pun banyak aktiviti yang boleh kita lakukan . Kita saja yang terlepas pandang...sebagai contoh mengemob lantai...kalau nak peluh menceceh-ceceh, cuba lakukan riadah ini dengan iringan irama lagu rancak,  kalau tak cukup dalam rumah, boleh sambung ke kaki lima..masalahnya aktiviti berfaedah ini bukannya kita nak buat sendiri tapi diserahkan ke bibik...! bibik la yang sihat.

Berapa ramai yang lakukan aktiviti mencuci jamban dihujung minggu...kekadang mangkok tandas rumah kita dibiarkan bertepek dengan daki, dinding tandas dan lantai dibiarkan berkarat dengan kotoran., manakala kita rajin beriadah diluar rumah. Padahal  banyak lemak tepu dalam badan boleh cair, kalau kita melakukan aktiviti ini..nak lagi berjurai-jurai peluh, tutup rapat pintu tandas dan mulakan menyental lantai, mangkok, dinding...pergh garenti rasa seperti di sauna..nak lagi best biar berlenggeng...

Aktiviti mencuci kereta pun boleh menyihatkan badan...jadi daripada kita bermalas-malas hantar kereta untuk mat bangla cuci lebih baik cuci sendiri..dah habis kereta, basuh motor..tak penat lagi sambung cuci basikal, berstamina lagi teruskan cuci lantai parking.. haa kan lagi bermanfat daripada berjoging diluar..

Kekadang kita sanggup berpanas beriadah diluar tetapi membiarkan laman rumah kita macam belukar..ada pokok dibiarkan tak terurus..ada laman sekakang kera, rumput tak berpotong..atau nak senang panggil  mat indon potong.. padahal kalau potong sendiri bukan ke beriadah juga namaya. Badan sihat duit jimat..

Dan riadah yang ini, lagi orang  terlepas pandang, padahal riadah lengkap yang penuh khasiat untuk jasmani dan rohani. Riadah yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat manusia iaitu solat. Untuk berjoging sanggup kita keluar rumah awal pagi tapi untuk riadah solat berjemaah dimasjid, amat berat  kita melaksanakannya. Untuk lebih berkhasiat  apakata kita lupakan kunci kereta atau motor sebaliknya capai saja basikal  ke masjid... balik masjid boleh teruskan ronda taman...ha..ha khasiat tambahan jasmani dan rohani..!

Lagi best aktiviti diatas kita buat, beriadah diluar pun kita buat...

Aku tulis ni pun untuk peringatan diri aku juga..Jom sihat..!




Thursday, October 13, 2011

Kenthong...?


Tak taulah apa korang panggil alat ini. Tempat aku di kampong dulu alat ni dipanggil kenthong...kalau makhraj tak betul  sumbang  bunyi nanti...masa sebut lidah kena gulung ke atas dan sentuh lelangit. ken.. thong..! he he..

Orang lama pasti kenal alat bunyian ini. Tapi bebudak sekarang manalah kenal. Saja aku upload gambar kenthong yang aku ambik di Masjid Jamek Sri Wangi Parit Yaani, Batu Pahat , Johor untuk tatapan mereka...Bagus ahli khariah simpan khazanah warisan untuk tatapan generasi akan datang. Bukan senang nak jumpa alat ini sekarang.

Seingat aku masa aku kecik-kecik dulu alat ini diketuk untuk memaklumkan sesuatu berita seperti kematian, keramaian, gotong royong dsb. Irama berbeza bergantung kepada berita yang ingin disampaikan..kalau kematian biasanya kenthong diketuk seolah mendayu-dayu...mengambarkan kesedihan.

Yang seronok dulu-dulu kami bebudak berebut-rebut  mengetuk kenthong semasa bulan puasa selepas selesai solat tarawikh...irama gembira mestilah rancak. Selepas berpeluh dan lenguh tangan mengetuk, membedal juadah moreh pulak..pergh..nostalgia..nostalgia...ha ha..


Tuesday, October 11, 2011

Foto-foto Ride OKU PDK Lenggeng...




Kumpulan POM POM OKU menyambut kehadiran kami...mujur langit redup, kalau tak kesian bebudak ni berdiri dibawah terik mentari...

 Bertambah meriah dengan paluan kompang Pang..! Pang, Kopang gibing,...kopang gibing,..kopang gibing,..gibing...gibing,..gibing..! Dulu masa kecik-kecik  kitorang pun main kompang juga tapi guna mulut saja...ha ha..

Bersama insan istimewa. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...Kalau dilihat dari perspektif berbeza, golongan istimewa ini beruntung di dunia, beruntung di akhirat ...tiada noda, tiada dosa..Kepada keluarga yang mempunyai insan seperti ini bersyukur dan redha lah...

Gulp..mana cikgu-cikgu PDK nih..jangan biarkan bebudak ni membedal makanan saja cikgu...membelon badan nanti..ha ha...


Kak presiden lady bikers..lu memang brutal beb ..ha ha..sporting giler...susah juga kalau semua nak kontrol ayu kan..nak pecah perut melihat gelagat gila-gila peserta sukanika...satu undi untuk lu  kekal presiden...

Argh peduli dengan orang lain dah ulang alik 2, 3 kali...wa mentenn..!


Yo..! tak sempat nak rakam aksi brutal adik ni..he he..

Kepada bikers yang turut serta berpanas , syabas, tapi  ramai juga yang duduk memanaskan punggung dibawah khemah...apa barang beb...! ha ha..

Monday, October 10, 2011

Ride OKU PDK Lenggeng...






Pogram yang disertai mat-mat motor seramai lebih kurang 70-100 biji pelbagai jenis. Lady bikers pun ada...Mintak maap cakap ini pertama kali aku sertai ride berkumpulan dengan lady bikers...mula -mula tengok diorang sampai, sebahagiannya bermotor sport, terpacul keluar dari mulut wa...Fuyoo ganas giler..tak sakit pinggang ke meniarap naik motor sport macam tu kak...mak aii..wa angkat topi sama lu wei...! ha ha..

Terhibur...! itulah satu perkataan yang boleh aku rangkumkan sekiranya ditanya perasaan aku semasa menyertai  Pogram bersama OKU PDK Lenggeng, Negri Sembilan, Ahad baru ni.. Aku pasti ramai peserta lain turut terhibur dengan aktiviti itu..Sekalong tahniah kepada penganjur. Aku fikirlah orang yang paling terharu dan gembira pastinya keluarga anak-anak istimewa ini bila melihat ada insan lain menghargai keistimewaan anak mereka. Tentang OKU ni mungkin gembira juga kot..entah aku tak pasti.., aku jahil tentang perkara ini...adakah mereka juga berperasaan seperti insan normal lain... ..atau perasaan mengikut sausana...?, orang ketawa mereka ketawa, orang sedih mereka sedih...tapi bolehkah mereka menilai apa itu perasaan sedih..,perasaan suka dsb ..? aku teringin juga menyelami perasaan orang seperti ni... Mungkin Cikgu Mat  boleh membantu..ha ha.. mana tau ada pogram yang panjang sikit yang boleh disertai orang luar..

Cikgu Mat... perut mantap beb..! ha ha..

Cikgu Mat..gedebe ni..kenalan baru yang sebelum ni hanya bersua di alam maya melalui Blog http://zmah-ceritaku.blogspot.com/ . dapat bertemu di pogram tersebut..rupanya dia juga seorang guru di sekolah OKU seperti ini di Cheras..Tinggal pun tak jauh dengan tempat aku, kat Gombak je nun..Tahniah lah kepada beliau suami isteri kerana mendapat durian runtuh semasa pembentangan Bajet 2012...Isteri beliau Kak Zimah pun guru juga...tambah panjang lah langkah mereka berdua meronda-ronda dengan motor bila duit semakin lebat...Cikgu tolong kumpulkan maklumat banyak-banyak semasa ride di Kalimantan bulan 12 nanti...!

ikuti sambungan esok..banyak gambar -gambar OKU yang menarik..

Saturday, October 8, 2011

Orang berduit, orang tak berduit...





Dalam aku melayari blog-blog diinternet aku tertarik akan kesah ini, seorang pemuda melayu  membeli sebuah Ferrari. Dikesahkan penyerahan kereta tersebut dibuat di sebuah warong  sewaktu beliau bertemu bersama rakan-rakan. Pada aku ini menunjukkan orang kaya yang mampu beli kereta mencecah jutaan ringgit kini   dah tak kesah berketerampilan sempoi berbanding dulu yang mana jika kaya sikit saja mulalah menyombong dan tak hingin menjejakkan kaki di warong-warong konon-konon menjaga imej orang kaya...ha ha..dunia telah berubah. Kekadang orang yang duit tak seberapa yang berlebih-lebih dalam menjaga imej. Tak caya cuba korang perhati...kekadang kerani cabok lebih bergaya berbanding ketua jabatan..drebar  kekadang jauh lebih segak berbanding tuan yang dibawak..Anak orang yang duduk setinggan kekadang jauh bergaya dengan smartphone canggih dsb  berbanding anak orang yang jauh berkemampuan yang tinggal di taman-taman..

Aku tumpang bangga...semakin ramai anak muda melayu mampu memiliki kereta jutaan ringgit. Lamborghini yang terbakar di Damansara baru ni pun adalah milik pemuda melayu, sahabat dia menceritakan pada kami semasa majlis kenduri sahabat motor aku yang nak ke Mekah baru ni..dan dikhabarkan orangnya juga amat sempoi...

Jiran kampong aku yang kini menetap di KL juga sangat berduit tapi perawakan sangat sederhana., walaupun bergelar datuk pada usia yang sangat muda tapi orang kampung sangat selesa dengan dia. Minggu lepas aku terserempak dia menaiki Bentley sport  harga jutaan ringgit.

Majikan sementara aku walaupun seusia dengan aku tapi sangat kaya. dikhabarkan bayaran zakat syarikat beliau tahun lepas saja mencecah 2.5 juta . namun demikian diceritakan beliau antara orang terawal datang solat suboh berjemaah di surau di tamannya. Rumah dia..? aku nak klasifikasikan rumah apa pun aku tak tau...besar yang amat...aku rasa masjid taman aku yang boleh menempatkan 1500 jemaah pun nampak tak sebesar rumah dia..pergh..

Bila aku perhati-perhati orang yang benar-benar kaya yang pernah aku jumpa takda pulak yang menyombong. itu yang aku heran bila dengar cerita,  asal  kaya je mesti sombong. asal berduit je mesti berfoya-foya..Entah-entah mereka belum betul-betul kaya kot,,,? Atau mungkin orang kaya generasi baru tak serupa macam orang kaya dulu-dulu...? Wallahualam..




Friday, October 7, 2011

Awas...! anda pun boleh terperangkap...

Entry harini adalah lanjutan kepada entry aku bertajuk Keldai Dadah dahulu. Kalau anda belum membacanya sila klik link dibawah.

http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/09/keldai-dadah.html

Kita semua perlu risau dan waspada. Kalau benar apa yang dicerita oleh kenalan aku ini bermakna kita semua terdedah kepada risiko itu. Malam tadi aku bersembang panjang dengan dia. Dia yang dibebaskan setelah direman 14 hari dengan ikat jamin sebanyak RM80 ribu berserta 5 orang penjamin waris terdekat menceritakan detik bagaimana dia terkena. Bukan setakat wang jaminan dan penjamin, bahkan setiap hari dia perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dengan tempat kediaman, rumah disita, pasport ditahan dan akaun bank dibekukan sehingga kes ini selesai.

Sebenarnya kenalan aku itu ditahan bukan kerana dadah tetapi senjata api , bukan satu tapi 5 pucok berserta 15 peluru hidup dan wang tunai USD60ribu. Aku lupa pulak tanya .. pistol ke, senapang ke atau rifel...tapi aku rasa pistol sebab senjata tersebut tersorok dalam beg pakaian. Dia dituduh terlibat dengan penyeludupan senjata api..! Dia yang balik menaiki feri setelah urusan kerja di Langkawi telah berkenalan dengan pasangan berumur suami isteri. Aku rasa normal kita bersembang dan berkenalan dengan penumpang lain ..kebetulan jika tempat duduk penumpang itu berdekatan dengan kita..Diceritakan pasangan ini dari negara jiran yang ingin ke KL. Kebetulan satu haluan dengan kenalan aku, maka dipelawa menaiki kereta bersama..adalah juga teman bersembang nanti..lagipun  apa salahnya berbaik sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan pakcik/makcik berusia.yang sangat baik penampilannya

Adat orang berkelana, selalunya siap dengan beg. pakcik/makcik diceritakan membawa dua buah beg. .dan setelah tiba di tanah besar, kenalan aku ini yang menolong membawa dan memunggah beg ke dalam kereta . Sewaktu tiba di  Pendang, Kedah kereta beliau telah dipintas oleh dua biji kenderan  polis berpakaian preman dan disini bermulanya episod duka. , ditahan reman dan menjadi kes berat polis . Pendakwaan akan dibuat pada 28hb Oktober ini.

Siapa betul siapa salah biarlah pihak bertanggong jawab menjalankan tugas mereka. Kenalan aku pun telah melantik 3 orang peguam untuk mewakilinya. Ditakdirkanlah nanti dia didapati tak bersalah, apakah episod duka ini boleh berlalu begitu saja..reputasi diri dengan jiran tetangga (apatah lagi rumah dia telah disita dan ditampal notis sebagai barang kes oleh pihak polis).,  kawan-kawan dan orang ramai pastinya terjejas, rekod peribadi tercalar..bukan jenayah kecik anak.ni..pergh berat dugaan yang ditanggong...walaupun kalau menang kes sekali pun berserta pampasan..episod duka ini pasti menghantui dirinya.

Aku pun tak maulah berspekulasi. Biarlah pihak berwajib menyiasat perkara ini. Mungkin beg itu pun bukan pakcik/makcik tu punya. Barangkali ada orang mengirim melaluinya yang dia sendiri tak tau apa kandungannya.. Ataupun mungkin kenalan aku tersalah angkut beg yang disangka pakcik/makcik tu punya..dan pakcik/makcik tu menyangka beg tu kenalan aku punya..Wallahualam. Yang pastinya ini adalah sendiket. Dalang- dalang di sebalik sendiket ni yang selalu terlepas., kerana mereka sangat licik. Yang jadi mangsa dan kambing hitam mungkin kita semua...!

Berwaspadalah...!

Thursday, October 6, 2011

WIFI punya cerita...

Mintak maap lah yea wa copy cerita ni dari wall FB anak aku..tak tanya pulak dia copy dari mana...mungkin korang pon pernah baca ..mintak maap juga kalau cerita ni korang yang punya...dulu-dulu kan selalu terjadi seperti ni semasa  berbalas-balas juadah berbuka puasa.. A beri karipap ke B, C.., B balas balik bingka ke A, begitu  juga A,B, C bertukar-tukar juadah ke D,E ,F dsb ..bila dah bertukar-tukar macam ni tak mustahil A menerima karipap dia semula..ha ha..


Kesah yang ni bukan pasal juadah tapi pasal WIFI. .macam-macm lah diorang nih...kalau korang nak gelak-gelak lah..taknak pun takpa..




Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Man : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak 

Man : hah??
... Mamak : "tajupakale..!"
Man : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Man : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Man : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Man : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)
Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Man : eh, ye ke...kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Man : %@$#@%#!!!!...





Masalahnya sekarang aku  sering saja tersebut TAJUPAKALE setiap kali balik dari kerja bila ternampak kelibat anak aku. Ha ha ha..!

Tuesday, October 4, 2011

Selamat berangkat ke Tanah Suci...Selamat menduduki PMR


Kamera silap  atau memang kami yang telah berusia..?  Maaf Bro..ha ha..Tapi wa muda lagi aaa..!


Selamat berangkat kepada SM Khaidir dan isteri Kak Faredah ke tanah suci Mekah pada 4 Oktober 2011. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji mabrur. Inilah antara kenalan yang sama berxpdc ke Golden Triangle pada Oktober 2010. SM Khaidir yang sebelah kanan sekali. Seorang polis pencen dan kini pengusaha rangkaian restoran di Nilai Negeri Sembilan...Satu satunya rider yang menonggang Honda Goldwing semasa xpdc bersama dulu. Di sebelah  beliau AR Mastor Bandit dan kiri sekali Pak Usop GTR.

Juga dikesempatan ini aku ucapkan selamat berjuang kepada anak-anak (juga ibubapa) yang menduduki PMR  bermula harini 4 Okt 2011..Semoga dipermudahkan  menjawab soalan dengan betul..! Amin

Monday, October 3, 2011

Hidup Ibarat Roda...Ingat boleh terlepas gitu saja..?!

Peringatan ini aku tujukan untuk diri sendiri juga kepada sesiapa yang membaca coretan ini. Kita manusia biasa yang sering terlupa  disarankan supaya saling ingat mengingati...

Kepada anak-anak muda  anda selalu menganggap kekangan orang dewasa sebagai mengongkong. Padahal anda tidak sedar bahwa orang dewasa telah melalui pengalaman tersebut dan mereka inginkan yang terbaik untuk anda. Selalu terjadi kerana merasakan diri betul., anda akan membelakangkan nasihat orang dewasa. Ketahuilah suatu masa nanti anda juga akan dewasa..perkara sama akan berulang kepada anda dan barangkali nasihat anda juga akan dibakulsampahkan. Hidup ibarat roda. Barangkali tetekala dewasa  giliran ujian anda pula, merasai apa yang anda lakukan terhadap orang lebih dewasa dari anda dulu..

Skop yang lebih luas, sesuai dengan kitaran roda, sikap kita terhadap orang lain mungkin akan berbalik kepada kita suatu hari nanti..Kalau baik, baiklah.., kalau jahat, jahatlah...Kalau pun mungkin bukan orang yang kita aniaya memulangkan buah keras, ujian  didatangkan melalui orang lain pula...

Jom sama-sama kita fikirkan betul tak apa yang aku tulis ini...Sekarang ni banyak kes remaja lari dari rumah kerana tidak sebulu dangan orang tua...Pantang berselisih pendapat, packing baju terus belaah keluar rumah.. Hujung minggu baru ni pun aku terlibat membantu meleraikan masalah ini terhadap orang yang sangat rapat dengan aku. Adakah remaja ini bila dewasa kelak akan terlepas dari  diuji perkara yang sama terhadap anak-anak dia pula...? atau kalau tak diuji melalui jalan cerita yang serupa mungkin diuji melalui cara yang ada sedikit berbeza...selalunya kena tetap kena..Mungkinkah juga ujian yang menimpa si dewasa sekarang berpunca dari sikap si dewasa sewaktu muda dulu dan kini giliran telah tiba untuk dia di uji pula...? Wallahualam..

Aku ada terbaca posting dalam facebook,  walaupun tujuannya suka-suka tapi boleh diambil iktibar..posting tu lebih kurang begini

Anak: Ibu, kenapa rambut ibu mula beruban...?
Ibu : oowh tiap kesalahan anak terhadap ibu akan menyebabkan sehelai rambut ibu memutih..
Anak.: Kalau begitu mesti banyak kesalahan ibu lakukan terhadap nenek...!


Putaran hukum alam ini barangkali untuk mengingatkan kita supaya hormat-menghormati sesama insan. Kalau sebaliknya perkara sama akan terkena batang hidung sendiri kelak. Pengajarannya ..ingat sebelum buat...Wallahualam.




Sunday, October 2, 2011

Ergh.. Mana kereta aku ni...?! ha.. ha..

 Petunjuk  pakir Mid Valley..


Siapa pernah terlupa letak kereta di mana.., angkat tangan...! ha ha..jangan tak mengaku pulak...banyak kes 'kehilangan' kenderaan dilapurkan ke pihak pengendali parkir awam besar seperti di KLIA atau pusat membeli belah KLCC, Mid Valley  dll.  Aku pun pernah berjam mencari kereta aku di Alamanda Putrajaya. Puas keliling, tingkat bawah hingga atas namun tak berjumpa...ish..ish Fenin..! Bila ingat -ingat balik rupanya kereta berada di parkir sayap selatan bukannya sayap utara... hah patut pun berpeluh cari tak jumpa...ini baru sesat di negara sendiri..bayangkan kalau di negara orang...macam jemaah haji yang nak ke Mekah tu...

Untuk mengatasi masalah sindrom lupa terutama bila nak bawa anak-anak berjalan dihujung minggu ni..apakata cuba kaedah ini...

1. Jangan tunjuk handal menghafal rujukan lokasi, nanti bila dah ralit berbeli belah atau menyelesaikan urusan kerja, takut-takut terlupa . Nak senang tulis saja no rujukan yang tercatat pada tiang-tiang. Jangan lupa tulis blok mana...! Macam aku kena dulu tu no rujukan di tiang sama tapi rupanya blok berbeza...!

2. Kekadang pen pulak tak bawak jadi senang snap saja gambar rujukan lokasi menggunakan phone/kamera anda...untuk lebih  senang diingati ambil saja gambar sepanjang laluan anda...ha ha.. kalau terlupa juga tayangkan lah semula foto-foto anda kepada pengendali parkir tersebut...Takkan diorang lupa juga kot..

3. Nak lagi canggih gunakan GPRS.

Hah kalau sesat cari tak jumpa  juga, balik naik teksi sajalah..ha ha..




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK