click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 29, 2013

Pendapatan bumiputera masih tercorot...

Purata pendapatan bulanan isirumah rakyat Malaysia 2012

Bumiputera-RM4457

Cina-RM6366

India-RM5233


Data ini aku baca di suratkhabar semalam.

Bumiputera walaupun mewakili majoriti penduduk Malaysia, ternyata purata pendapatan bulanan mereka dikedudukan tercorot. ...Walaupun masih terkial-kial mencapai sasaran 30 peratus , aku rasa elok dinaikkan sasaran perkongsian kek ekonomi negara kepada lebih 65 peratus mengikut  nisbah jumlah penduduk Malaysia 65 Bumiputera 35 Bukan Bumiputera...Selalunya jika meletakkan sasaran rendah, maka pencapaian juga rendah...Selagi kek ekonomi dikuasai bangsa lain, aku yakin amat sukar untuk mengubah kedudukan pendapatan isirumah bumiputera...Sudah menjadi lumrah, pengambilan pekerja pasti mendahulukan bangsa  yang menguasai ekonomi itu...Jawatan utama sudah tentu dimonopoli oleh mereka...

Rapatkan jurang pendidikan antara penduduk luarbandar dan bandar. Tingkatkan prasarana sekolah dan guru luarbandar setaraf kemudahan dimiliki pelajar-pelajar dibandar. . Jika ingin bersaing, biarlah dipadang yang sama rata...Hanya dengan pendedahan ilmu, kesedaran akan meningkat untuk mengubah nasib diri. Sebab itu aku tidak bersetuju PPMSI diperkenalkan dulu, kerana ianya boleh membunuh minat pembelajaran kanak-kanak terutama  dipendalaman kerana faktor persekitaran.

Bimbingan terhadap pelajar lepasan spm terutamanya yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan.perlu diteruskan  dengan menyediakan pelbagai pogram lanjutan dengan kos yang murah.. Mereka mungkin kurang menyerlah didalam bidang akademik tapi potensi mereka dalam bidang lain masih boleh digilap.. Kekadang ada  pelajar yang lambat menyinar. Ramai pelajar yang ditakrifkan lemah semasa diperingkat sekolah tapi menyerlah setelah mengikuti pogram-pogram lanjutan sebegini,  berjaya dan menandingi pendapatan yang diperolehi oleh rakan-rakan hebat sekolah terdahulu.

Aku sangat bersetuju bila pogram keusahawanan akan diperkenalkan di sekolah-sekolah dibawah kendalian MARA dan sebaiknya diperluaskan disekolah-sekolah lain juga...Pendedahan awal akan membuka minda pelajar tentang peluang-peluang perniagaan apabila tamat pengajian kelak...Dalam ratusan ribu pelajar yang terlibat saban tahun, pasti akan ada yang menyerlah dan menjadi usahawan ternama untuk meningkatkan lagi penguasaan ekonomi bumiputera...

Jika diperhatikan, ramai pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Kemboja dsb yang semakin kaya sekarang..Sesetengah tempat rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan perniagaan mereka...dulu beginilah yang terjadi terhadap pendatang-pendatang dari tanah besar china..kehadiran asal mungkin sebagai kuli tapi telah disematkan dihati untuk mengubah kehidupan dan seterusnya membina kekayaan. Keberanian mereka untuk berhijrah telah mengubah nasib diri...dan sifat ini sewajarnya perlu ditiru...Untuk berjaya setidak-tidaknya  berhijrahlah dari kampung halaman untuk meneroka dunia luar...lagi hebat kena lah berhijrah mencari rezeki diluar negara, sebagaimana dilakukan oleh ramai sahabat-sahabat kita di negara-negara luar seperti arab dsb...Aku percaya pendapatan mereka jauh lebih besar berbanding purata pendapatan bulanan rakyat tempatan dalam negara...

Tidak akan berubah nasib sesatu kaum melainkan kaum itu  sendiri mengubahnya...

Wallahualam...











Wednesday, March 27, 2013

Ramalan ini selalunya tepat...

Kalau nak ramalkan perangai anak-anak sesudah dewasa, cuba perhatikan gelagat mereka semasa kanak-kanak . Selalunya fe'el semasa kecil akan terbawak-bawak sehingga dewasa.. Kalau aktif beraktiviti semasa kecil, selalunya mereka ini tak betah duduk ..pasti ada saja aktiviti yang dilakukan untuk menghilangkan kebosanan...Jika anak-anak kaki tidor semasa kecil, emak ayah sepatutnya bimbang, takut-takut nanti begitulah sikapnya sesudah dewasa....


Kawan-kawan yang aku kenali kaki outdoor sekarang semuanya aktif semasa zaman kanak-kanak... Memang tak pernah duduk diam...main sungai, mandi lombong, main guli, main basikal keliling kampung, main sorok-sorok, ngurat awek hehe... dsb

 Cuma bila dewasa, aktiviti luaran terjurus kepada minat individu itu..........Tak kesahlah janji beraktiviti daripada membuang masa menambahkan peta di atas bantal...

 Aku pun tak sangka rupanya ramai kaki pancing diluar sana...Gambar-gambar berikut aku ambil sewaktu berbasikal menyusuri Sungai Sembah baru-baru ini....








 Kekadang datang memancing dengan membawa ahli keluarga...lokasi memancing bukan dekat ,  nun jauh dari tempat tinggal masing-masing...siap berkhemah...


Sepanjang sungai akan ada saja kelompok kaki pancing dengan sabar menunggu umpan di sambar ikan...

                            
Kaki pancing apa peduli muka berkarat berjemur bawah terik matahari berbanding kenikmatan mendaratkan tangkapan.. Mereka sanggup berjemur berjam.jam menunggu mata kail di sambar ikan

 Tapi kalau dapat tangkapan macam ni aku pun teringin nak jadi kaki pancing...tapi tak mau tunggu lama...campak umpan, terus disambar ikan..campak umpan terus dapat ikan...haha

Amacam dengan tangkapan ini...?

Inilah salah seorang kawan aku yang kaki outdoor semasa zaman kanak-kanak.....Seawal usia 12 tahun kami telah berkhemah di Gunung Ledang yang berjarak lebih 100km dari kampung , tanpa pengetahuan ibubapa...pergi dengan menumpang kenderaan yang lalu-lalang...Difikir-fikirkan balik, aku pun tak sanggup melepaskan kanak-kanak semuda 12 tahun berkeliaran tanpa ditemani orang dewasa....

Jom kita rancang sesuatu sempena cuti sekolah dihujung minggu ini...


Tuesday, March 26, 2013

Rezeki yang berkat...



Sambil berbaring sebelum keluar rumah sempat membelek  suratkhabar hari Ahad...Banyak-banyak berita..cerita ini syok aku membacanya...Naza Italia pegedar tunggal Ferrari Malaysia meminta peruntukan 20 unit tambahan Ferrari Berlinetta bernilai antara RM3.2 sehingga RM3.3 juta seunit...10 unit yang diperuntukkan terdahulu oleh pengeluar kereta yang berpengkalan di Itali, telah habis disambar sebelum hari pelancaran lagi...hebat ....Dalam pada orang kebanyakan  terpaksa  bersilat menepis panggilan pihak bank kerana tertunggak membayar pinjaman yang ciput, segelintir individu membeli kereta jutaan ringgit seolah membeli model kereta mainan....Berkat usaha  memerah otak dan tenaga mereka berjaya mengumpul kekayaan yang luarbiasa...

Semasa diluar, aku makan laksa dan cendol tepi jalan. Lama jugak aku duduk dan perhati. Cuaca panas menambah lagi kelazatan laksa dan cendol. Aku tengok tak menang tangan penjual melayan pelanggan. Cendul dan laksa rm5. Semasa membayar dapat juga curi-curi pandang pada tin simpanan hasil jualan. Aku agak banyak dia dapat.. Berkat kegigihan dan usaha dia...nampak saja berjual guna motorsikal buruk, entah-entah bersusun kereta mahal  digaraj rumahnya...

Contoh dua senario ini segera teringat kuliah ustaz di masjid taman kami...terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai maksud sebenar rezeki yang BERKAT....Selagi hayat dikandung badan, setiap manusia telah dijamin rezeki didunia...tetapi mengapa zahirnya, sesetengah individu memiliki rezeki melebihi orang lain....? Sebahagian berpendapat, BERKAT memberi maksud nilai tambah terhadap rezeki asas yang dimiliki....siapa yang berusaha, gigih dsb maka mereka akan mendapat keberkatan terhadap rezeki yang dimiliki...

Wallahualam...






Saturday, March 23, 2013

Motor, basikal dan kunci kereta Hilang...!

                                  

 Saudara Shahirunizam Salleh telah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi semenjak tahun 1995 apabila berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Honda CBR600. Selepas itu antara motosikal yang pernah beliau miliki adalah Kawasaki ZX750, Suzuki GSX1000 dan Kawasaki GTR1400. Beliau sering berkonvoi bersama rakan-rakan biker di dalam negara bagi meramaikan kenalan disamping meningkatkan pengalaman jelajah bermotosikal. Beliau telah beberapa kali berkonvoi ke Negara Thailand, namun jarak yang paling jauh adalah sehingga ke Chiengmai, Segitiga Emas, meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Kini beliau menunggang motosikal Kawasaki Z1000 yang dirasakan agak sesuai bagi memenuhi kehendak penunggan semasa beliau.- Petikan dari entry latar belakang peserta Kembara Cambodia

Brader Nizam sepatutnya menyertai konvoi kami ke Cambodia baru-baru ini, tapi disebabkan aral melintang disaat-saat akhir beliau terpaksa menarik diri... berita baru yang aku terima dari rakan kembara Pak Usop SYM  petang semalam...Rumah Rider Nizam  di Tmn Malewar Gombak di pecah masuk pencuri....Antara barang yang hilang..motor Kawa z1000sx, basikal MTB yang aku yakin mahal harganya juga spare kunci kereta...

Tak taulah apa nak jadi dunia sekarang...barang besar berkunci dalam pagar pun masih boleh hilang...Mujur tuan rumah dan famili tidak dicederakan...namun trauma pasti kekal berparut untuk tempoh yang lama...

Masih tak berkesempatan untuk menanya khabar lebih dekat kerana beliau sedang sibuk menguruskan musibah yang menimpa...Semoga tenang dan mendapat kembali barangan yang hilang...

Kepada yang lain, kejadian kali ini ditakdirkan menimpa  sdr kita ini...nasib kita tak diketahui, harap-harap terhindarlah..Berbicara/menulis memang senang berbanding insan yang menghadapi musibah...tapi apa boleh buat....Nak tak nak kena hadapi hari mendatang...Bersedih dan meratapi kejadian ,  perkara telah berlaku...Kena redha dan menerima seadanya...Pasti ada hikmah disebalik kejadian...

Salam takziah dari kami...

Friday, March 22, 2013

SPM Oh SPM....

Berita hangat semalam dan harini pastinya pasal SPM...Bagi yang mendapat keputusan cemerlang status  wall fb,twitter dsb  pastinya  dipenuhi  dengan ucapan tahniah...Tak cukup dengan wall anak, wall emak bapak turut memaparkan kegembiraan. Yang kurang elok, janganlah  menganggap seolah inilah penghujung kejayaan anda. Perjalanan masih jauh sebenarnya...

Berdasarkan statistik 472541 calon menduduki peperiksaan, 15793  calon memperolehi semua A dalam setiap matapelajaran...Alhamdulillah, anak lelaki aku termasuk dalam kalangan 15793  calon itu..Aku yakin calon-calon cemerlang perempuan pasti mengatasi calon lelaki...Bukan nak menidakkan kemampuan pelajar perempuan, tapi  kegigihan dan ketekunan semulajadi pelajar perempuan memberi kelebihan kepada mereka...Dan jika kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi  sekadar bersandarkan meritokrasi  keputusan akedemik yang cemerlang maka akan semakin ramai graduan perempuan membanjiri pasaran berbanding lelaki...Kesian dengan orang lelaki terpaksa bersaing dalam segenap bidang..Tidak pelik sekiranya bidang yang sepatutnya  didominasi kaum adam seperti juruterbang atau pemandu akan tergugat dengan kehadiran pesaing-pesaing wanita...

Aku berpendapat pemilihan  kemasukan pelajar ke pusat penggajian tinggi atau pemberian biasiswa sepatutnya lebih diberikan keutamaan kepada pelajar lelaki walaupun keputusan peperiksaan tidaklah secemerlang pelajar perempuan...Kekadang emak ayah atau kerajaan terpaksa berbelanja besar, tetapi berapa ramai graduan-graduan wanita terpaksa melepaskan jawatan untuk memberi tumpuan kepada keluarga sesudah bergelar  isteri ...Mengikut suami bermastautin, masalah pembantu rumah, masalah penderaan kanak-kanak di pusat-pusat asuhan dsb...

Dikalangan batch aku saja berapa ramai yang terpaksa menjadi  surirumah sepenuh masa...termasuk bini aku sedangkan kemasukan mereka dulu ke universiti -universiti telah menidakkan peluang calon-calon lelaki....

Argh dilema jugak yerk...Aku ada 4 anak perempuan dan sorang  lelaki...Pelajar perempuan ternyata semakin gigih disebabkan persaingan sengit , dan ternyata kegigihan mereka terbalas dengan keputusan yang cemerlang..Alangkah kasihannya jika dinafikan  hak mereka semata-mata memberi peluang kepada pelajar lelaki....


Akhir zaman kot ....bukan sekadar bilangan tapi penguasaan mereka disegenap bidang... huhu





Wednesday, March 20, 2013

Rabu Tanpa Kata...?



Jika yang sihat walafiat masih mengeluh...Fikir-fikirkan...

Foto foto diperolehi  semasa kembara Cambodia...

Tuesday, March 19, 2013

Kembara Cambodia-Rumusan Kembara

Maklumat yang dikongsikan ini mungkin bermanfaat kepada rider atau siapa saja yang ingin menjelajah ke destinasi sama atau mana-mana destinasi. Rider  yang telah pergi mungkin boleh membandingkan pengalaman yang mereka  diperolehi...

A. Jarak kembara

Jarak perjalanan keseluruhan dicatatkan melebihi 5500km..Bermakna sebaik pulang ke tanah air, motorsikal perlu diselenggara semula. Jarak  terjauh ditempoh sehari adalah sejauh 1130km pada hari ke14 dari Kenchanaburi ke Songkla, Bermula 6.30 pagi dan tiba sebaik waktu magrib dalam 6.30 ptg. Kedua jauh  pada hari kedua sejauh 980km dari Tammot ke Bangkok. Namun hari kedua mencatat waktu ride melebihi 16jam, tiba destinasi akhir sesudah jam 1pagi walaupun bermula sekitar 6.30 pagi. Kelewatan ini disebabkan konvoi terpisah beberapa kali dan mengambil masa lama untuk regroup selain terperangkap dalam kesesakan di Bangkok.

B. Kos kembara

Aku lebih suka memaparkan kos yang aku tanggung berbanding grup kerana tiada kaji selidik  berkumpulan dibuat. Kos secara umumnya terbahagi kepada 4 perbelanjaan utama iaitu Minyak, penginapan, makan dan lain-lain seperti cenderahati, barangan peribadi ,duit kopi dsb.

Minyak...setiap kali pengisian minyak memang dicatatkan untuk mengetahui prestasi penggunaan minyak...sepanjang pengembaraan kos minyak aku secara tepat adalah sebanyak RM986.

Penginapan- Penginapan keseluruhan- RM 850 untuk bilik yang dikongsi 2 orang. Purata kos penginapan dalam RM60 sehari atau 30 ringgit seorang saja...Daripada jumlah itu kos penginapan kami di Cambodia  sebanyak RM350 ditanggung oleh pihak penaja.

Makan-Tiada catatan spesifik dibuat..cuma sebelum berperpergian setiap peserta membuat koleksi 500 seorang...Koleksi ditambah sebanyak 50 usd lagi sewaktu di Cambodia. Koleksi ini digunakan untuk membiyayai makan secara berkumpulan dan sebahagiannya digunakan untuk   kos kenduri sewaktu melawat sekolah di Kg Chanang berjumlah RM1500. Setelah selesai kembara koleksi berbaki RM120 untuk  setiap peserta .Makan yang menggunakan duit sendiri-tak ingat...

Lain-lain perbelanjaan- . Ini  bukan perbelanjaan wajib. Perbelanjaan bergantung kepada keperluan masing-masing. .Perbelanjaan tidak direkodkan. Semasa menulis ini aku cuba mengingat ke mana duit aku diperabihkan...kira  yang ingat saja ... .

Jaket riding -460, kasut basikal-330, pedal basikal 180, topeng muka 30, Kompas 45, lampu suloh 50, replika basikal 20, magnet-15, pakaian berbasikal 45, kasut sukan anak 70, seluar tradisi kemboja  untuk bini  2 helai 60.., set pemotong kuku 20., minyak rantai 20..   duit tambang tut-tut, sewa motor, tiket lawatan, duit kopi  imegresen..pergh melepasi angka 1500 juga.. Nampaknya perbelanjaan bukan wajib mengatasi perbelanjaan wajib lain.

Namun perbelanjaan keseluruhan sebenar tidak banyak berbeza dengan anggaran . Duit diperuntukkan dalam kembara ini sebanyak 3500 habis digunakan sepanjang kembara selama 15 hari. Kos tidak termasuk  penyelenggaraan kenderaan sebelum dan sesudah kembara.

C. Permasalahan sepanjang kembara...

Keseluruhan kembara adalah lancar...melainkan terdapat sedikit masalah  sewaktu berurusan dengan imegresen dan kastam Cambodia. Walaupun memiliki dokumen sokongan kedutaan masing-masing dan dibantu lagi oleh jurupandu tempatan,, masalah birokrasi masih menganggu kelancaran konvoi. Selain itu terdapat sedikit salah faham sesama rider terutama di hari kedua dan ke 13 kembara. Masalah terhadap motor rider-Alhamdulillah tiada.

D. Saranan kepada bakal peserta  kembara

1. Anggaplah solat adalah keperluan..bukan pilihan...

2. Jika pergi secara berkumpulan pastikan setiap rider melengkapi diri dengan pengetahuan laluan. jangan terlalu mengharap kepada ketua konvoi atau sweeper menjaga pergerakan anda. Ada ketikanya secara tak sengaja rider akan terpisah sesama sendiri... Jika tidak memiliki peralatan GPS...peta perjalanan adalah tersangat penting. walaupun anda  peserta baru.. Anda akan menghargai pengetahuan itu bilamana terpisah daripada konvoi utama..

3. Bersikap terbukalah sesama rider..Sedia menerima keunikan setiap peserta...Setelah beberapa hari bersama  pasti akan timbul  pelbagai watak, Masing-masing mempunyai persepsi terhadap watak anda atau rakan-rakan...Usik mengusik sesama rider adalah perkara biasa...isu yang dianggap biasa mungkin sensitif bagi sesetengah orang...berlapang dada untuk menerima seadanya...

4. Elakkan bergerak diwaktu malam. Tetapi selalunya  gagal dipatuhi.. Tiada cara, melainkan sentiasa menyiapkan diri dan minda untuk  bergerak dalam apa jua keadaan ....

5. Lupakan protokol...tinggalkan  ego...Tanamkan dalam minda..., Jika anda merasakan berpangkat tinggi, percayalah ramai lagi yang jauh berpangkat  tapi sanggup mengabaikan pangkat yang disandang...Jika anda merasakan anda kaya..percayalah ramai yang jauh lebih kaya tapi tetap merendah diri...begitulah seterusnya dan sebaliknya...

Kita berkonvoi untuk enjoy ok...

Diari hari terakhir boleh lagi dibaca di sini Kembara Cambodia-Hari terakhir Day 15



Monday, March 18, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah...

17 Mac 2013, Ahad;
 Lokasi : Masjid Bandar Couintry Homes Rawang Selangor




Lebih 200 peserta pelbagai usia menghadiri kursus yang dianjurkan badan khairat kematian masjid ..Nisbah kehadiran 60 peratus wanita/perempuan, 40 peratus lelaki ...Sessi latihan amali dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina...

                            
Pengendali kursus amali, Tuan Hj Shaari berbaju serta berkopiah putih selaku Pengerusi Khairat Kematian juga Jurunikah kawasan, berpengalaman menguruskan jenazah sejak tahun 70an...

Keperluan memandikan mayat antaranya air mutlak...campuran air kapor barus, air mawar, campuran air inai, campuran air daun bidara, shampoo, sabun..peralatan membersih seperti baldi, gayung, pengorek rongga, sarung tangan apron tuala dsb..


 "Memandikan mayat adalah mudah... membersihkan dan meratakan air seluruh tubuh jenazah...sekiranya air campuran tadi tiada, cukup sekadar membersihkan dengan air bersih sebagaimana kita mengangkat hadas besar...Campuran air adalah bilasan terakhir sesudah memandikan jenazah, tujuannya adalah untuk memperelok selain mengelakkan bau yang kurang enak.." Ujarnya lagi..

 Jenazah perlu diiringkan untuk membasuh bahagian belakang anggota... Jenazah juga perlu diposisikan berkeadaan  duduk sambil melurut lembut perut untuk mengeluarkan najis, pemandi mayat perlu membersihkan bahagian dubur dan qubul serta mengesahkan tiada najis lagi keluar...


OOo gitu...

                            
Ok untuk mengkafankan mayat pula begini caranya...untuk jenazah lelaki paling kurang 3 lapisan, manakala perempuan 5 lapisan....
 Mudah saja untuk mengukur keperluan kain kafan..samada diukur menggunakan tali atau tali tape pada jenazah atau sekiranya sukar mendapatkan ukuran tersebut, tips mudah gunakan saja ukuran ini...1 depa campur 1 hasta campur dua jengkal..Insyaallah cukup..1 hasta adalah ukuran dari siku ke hujung jari...Sedepa dan sejengkal korang taukan...

 Kapas yang telah di taburkan kapur barus berserta serbuk cendana dilapikkan di belakang badan jenazah ..Setiap sendi ..., lengan, lutut, bukulali, leher dan kepala dibalut dengan kapas...

 Bungkuslah jenazah dengan kemas dan diikat di 5 bahagian..hujung kaki, lutut, pinggang ,dada dan hujung kepala..ikatan jangan disimpul mati supaya mudah dibuka ketika jenazah disemadikan diliang lahad

Amali solat jenazah turut diada sesudah itu...


Sebagaimana kata Ustaz Fawaz Fadhil Nor yang memberikan ceramah di majlis itu...
Kematian adalah pasti tanpa mengenal usia. ...Kekadang orang yang superfit menemui ajal mendahului orang yang berpuluh tahun terlantar di katil hospital...begitulah seterusnya...Kematian perlu dihadapi dengan persediaan bukannya bertangguh seolah cuba mengelak...Pastinya tidak boleh dielak...


Satu pogram yang baik...patut ditiru dikariah lain dan dihadiri oleh peserta-peserta. Selama ini kita tidak ambil peduli perihal menguruskan  dan mensolatkan jenazah sedangkan semua itu adalah fardu kifayah keatas semua orang yang hidup. Barangkali atas kejahilan, kita lebih selesa bersembang dibawah pokok daripada turut serta memandi dan mengkafankan seterusnya mensolatkan jenazah...Sedangkan terdapat banyak manfaat dan pahala yang tidak patut kita lepaskan peluang ...









Friday, March 15, 2013

Kembara Cambodia- Yess kami selamat kembali...

15Feb 2013, Jumaat. Hari ini sesudah lawatan ke Folk Muzium di Thaksin Universiti Songkhla Thailand, kami akan pulang ke Malaysia. Hari-hari terakhir kembara, biasanya riders akan mengharungi lawatan dengan hambar..tak banyak gambar yang aku rakamkan dihari-hari terakhir pengembaraan...

 Pemandangan teluk, yang dirakamkan dari hotel penginapan kami Lake Inn , Songkhla Thailand. Kos 600B semalaman..

Sementara menanti Dr Hassan dan isteri datang untuk menunjuk jalan ke Folk Muzium, Songkhla kami berlegar-legar disekitar kawasan penginapan..sambil-sambil mencari tempat bersarapan pagi..

 Masjid yang terletak bersebelahan hotel penginapan kami...

Setelah menghabiskan kembara hari ini, aku telah berjaya menjelajah hampir keseluruhan Thailand..Timur Barat, Utara dan tentunya Selatan sehingga ke negara-negara yang bersempadanan dengannya...dan didapati masyarakat islam mudah ditemui dimana-mana...untuk mengenali mereka dijalanan memang sukar, melainkan wanita-wanita yang bertudung...kerana rupa fizikal dan pertuturan yang sama dengan penduduk tempatan lain, namun semangat persaudaraan sesama muslim jelas terpancar bila mengunjungi masjid-masjid yang mudah didapati disana...



 He he..ini gambar favourite aku....aksi seorang nenek menyuap  cucunya berusia 7 tahun...segera teringat seorang sahabat rider SM Khaidir...polis pencen yang dikhabarkan dah tak larat nak bawa motor besar lagi berat..Goldwing yang ada nak dijual ..nak ganti dengan SYM 400...he he skuter untuk para vateran sebagaimana Pak Usop...

" Penangan cucu ni lain beb..."


Menyedari kami memerhatikannya, adik ini dengan muka frust meninggalkan nenek diluar...

Sori-sori atuk menengok jer...Haha


                           
Mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan The Folk Muzium, Songkhla.....


                            
 Pelajar-pelajar yang turut melawat Muzium...



                           

Muzium mempamerkan khazanah ketamadunan masyarakat di sebelah selatan Thai


 Replika keris yang melambangkan jatidiri melayu...

Pendekar Ar Mastor...

 Ingat tak surat beranak lama lama..Pekerjaan bapa..- Potong susu...



Sekitar jam 12, kami menamatkan lawatan. Disini kami berpisah dengan rider Ar Ruslan yang akan terus ke Perlis atas urusan kerja.. Kami akan bergerak ke sempadan didahului dengan menyinggah di Hatyai...membeli kasut dan peralatan basikal...

Jam 2.30 ptg, tiba di check point Sadao...Checkpoint sesak teruk. Menghampiri waktu asar kami tiba di R n R Gurun, singgah makan dan berehat menunaikan solat...Terpaksa berehat panjang kerana hujan yang sangat lebat. Jika pergi dulu kami diiringi dengan hujan , balik kali ini juga disambut dengan hujan.

Gunung Semanggul adalah hentian berikutnya. Tak sangka dapat bertemu dengan Rider Ikhwan dan PakUsop....Whoa...don't play-play, skuter berjaya menjejaki  kami...Ok jumpa lagi di R nR Ulu Bernam...kami memilih untuk tidak berkonvoi...menonggang ikut cita rasa masing-masing...

Menonggang diwaktu malam memang membosankan. Sinaran lampu kenderaan lain menyilaukan mata. Kebosanan diubati bila ada kenderaan yang tak sabar memberikan lampu tinggi kepada kami...Ok..ok aku cuba layan mereka..sedikit sebanyak dapat menghilangkan mengantuk kot...he he...Silalah potong...Pergh berdesup menayangkan kehebatan mereka...Giliran kami mengekori rapat korang ok...he he seronok melihat aksi  kelam kabut mereka memecut dan membrek selain  memberi lampu tinggi kepada kenderaan dihadapan supaya memberi laluan...haha inilah peluang kami memotong.. Zoom..Tin.. Tin..! saja menekan horn, menyakat supaya hati lebih terbakar..Takda masalah.., kami perlahankan kelajuan dan tunggu korang ...

Yea tu dia muncul lagi mamat berkereta....Tak sedar lagi rupanya...

Menyedari, kami  mempermainkan mereka, lama kelamaan hilang cahaya lampu dari pandangan...

Kepada pemilik kenderaan beroda banyak..usahlah tunjuk handal kepada kami beroda dua,  walaupun kami tahu kenderaan anda power.....Tak perlulah menyuluh dengan lampu tinggi seolah melambatkan pergerakan anda....Kami tak perlu bawa laju pun, sausana sesak memberi kelebihan kepada kami...

Jam 10 malam tiba di Rn R Hulu Bernam. Berkumpul dengan rider semula. Walaupun hanya berempat, kesempatan berkumpul sesama rider, digunakan membuat post mortem kembara dan perancangan kembara akan datang....InsyaAllah ada kelapangan dan rezeki kami akan mengembara lagi...

Hampir jam 12 malam tiba dirumah...

Tamatlah episod pengembaraan Cambodia kami....Ikuti rumusan kembara dalam entry akan datang...

Pandangan dan ulasan pembaca dialu-alukan untuk menambah baik penyampaian diari kembara akan datang...


Kembara hari ke 14 boleh lagi diikuti disini. Kembara Cambodia-Tak menyabar nak balik...

Wednesday, March 13, 2013

Kembara Cambodia- Nak balik...Nak balik..!

14hb Feb2013, Nak balik-nak balik he he...

Perancangan asal tinggal di Kenchanaburi selama dua malam. Seharian digunakan meninjau lagi jambatan, muzium perang, kubur perang dsb yang terletak berhampiran dengan penginapan kami...Tak banyak perubahan berbanding lawatan pertama kami dulu...Selepas daripada ini riders akan bersiar-siar menaiki keretapi, meninjau sendiri landasan keretapi maut yang agak terkenal itu...Entah kenapa, majoriti seolah keberatan meneruskan lawatan. Pelbagai alasan diberikan..jauhlah, mengambil masa yang panjang lah...Lagipun hanya dengan penghayatan sejarah, lawatan akan lebih bermakna...seandainya pergi tidak berbekalkan maklumat sejarah, sebagaimana aku, nescaya lawatan tidak begitu mengujakan...


Pergh bro baju kuning suda terkenang isteri...makan pun tak lalu...hoho

Bersetuju..! lawatan dipendekkan...Aku menyertai grup Rider Ruslan dan Ar Mastor yang akan terus ke Songkla/ Haatyai.. Rider Ar Ruslan perlu menamatkan kembara segera memandangkan insuran beliau akan tamat pada Jumaat. Grup Rider Man JO..ergh Man Bigbig memendekkan lawatan juga, tapi akan meneruskan perjalanan sehingga Huahin ...Grup Amin GudGud  bersungguh untuk menaiki keretapi, meninjau landasan keretapi maut dan dengar khabar akan terus ke 1000 konar...Rider tegar yang masih berkobar-kobar melanjutkan kembara haha...

Seawal 6.30 pagi, kami bertiga dah bersiap sedia...Terpaksa menolak motor supaya deruman enjin motor tidak memecah kesunyian dan menganggu penghuni resort lain. Bergerak tak jauh pun, kami sudah terpisah sesama rider...Bergerak semata-mata berpandukan GPS rider Ar Ruslan, rider terperangkap dalam kesesakan lorong pasar pagi. Dapat bertemu semula dan terus meneruskan perjalanan.

Sesudah daripada ini pergerakan lancar sehinggalah tiba di Petchaburi, kami terpisah lagi dengan peneraju AR Ruslan. Pergh sangat sukar menuruti rentak beliau yang bergerak pantas...motor power beb...Berbincang sebentar dengan Ar Mastor, dan memutuskan untuk terus bergerak berpandukan peta yang kami bawa. Lagipun kami yakin akan bertemu semula dengan beliau kerana pasti jalan yang sama akan dilalui untuk menuju ke selatan... Benar ..muncul kelibat beliau dari belakang..dimaklumkan beliau berhenti menunggu kami di persimpangan lampu isyarat...

9.30 pagi kami telah tiba dan bersarapan di Chaam..Mendapat maklumat, Rider Ikhwan dan PakUsop akan terus ke Haatyai manakala yang lain akan ke Huahin bersama Rider Man...Doa kami selamat sampai Pak Usop, jangan diperah sangat enjin skuter tu..terbarai ditengah jalan nanti..he he...Sekiranya berjaya sampai bermakna kami telah menempoh jarak perjalanan melebihi 1000km...Satu rekod..! Rider tegar Amin turut cair memendekkan lawatan bersama Rider Man...haha ingatkan sudah bikin gempak ronda 1000konar brader...

Berhenti beberapa kali mengisi minyak...Terserempak dengan rider solo dari Malaysia yang aku kenal...Bro Man Gtr dari Hulu langat yang memiliki bengkel motor yang terkenal dengan ekzos 25 deg...sesiapa yang nak upgrade ekzoz motor supaya lebih power berjumpalah dengan beliau.

Sebaik memasuki simpang ke Songkla, bertembung dengan Rider Dr Hassan. Laa sedang elok lah tu..Ar Mastor memang beriya ke Folk Muzium di Universiti Thaksin, Songkla tempat dimana Dr Hassan bertugas...Menginap di Hotel Lake Inn...Makan di restoran berhampiran apartmen Dr Hassan.

"Perkenalkan ini isteri saya..."...Tapi maaf belum pandai berbahasa melayu...baru 3 bulan nikah.."

Pergh  bukan ke tuan dr maklumkan sudah ada anak bujang...?

Semoga berbahagia Tuan Dr...haha


Diari kembara hari 13 boleh diikuti lagi di sini Kembara Cambodia - Hujan Emas negeri Orang..












Tuesday, March 12, 2013

Kembara Cambodia-Hujan emas di negeri orang...

Sambung semula diari kembara Cambodia...

13hb Feb 2013, Rabu...

Kekadang dalam satu kembara perbalahan sesama rider tidak dapat dielakkan..

Punca perbalahan bermula bila rider ditinggalkan sedang mereka  asyik mengabadikan foto di bangunan purba Ayuthaya. Grup satu lagi terpaksa bergegas ke masjid kerana sebahagian rider belum menunaikan solat asar dan zuhor sedangkan waktu magrib hampir menjelma...

Aku berpeluang mendengar alasan grup yang bersengketa...Dua -dua mempunyai alasan tersendiri...Kebetulan aku berada di grup yang ditinggalkan...Masalah ini boleh diatasi sekiranya, kewajiban solat dianggap sebagai satu keperluan bukannya pilihan...Apasal bertangguh menunaikan solat sedangkan kita berpeluang berbuat demikian disepanjang jalan dan hentian...Alasan sausana tidak kondusif dsb adalah sekadar alasan ...Lagipun para musafir telah diberi kelonggaran...Jama dan Qasar...

Bila mental dan fizikal keletihan, pantang silap perselisihan kecil terus melarat...Ditambah dengan sausana malam ..Aku pernah pergi ke Ayuthaya berkereta sebelum ini, tapi pertama kali pergi mana ingat ..Aku bersama rider yang ditinggalkan, mempunyai gps tapi kehabisan bateri. Secara peribadi aku tidak bimbang jika aku ditinggalkan seorang...Insyaallah aku boleh berusaha mencari jalan keluar..,tapi bersama dengan aku adalah 2 rider yang pertama kali  ke sana...Risau aku lebih tertumpu mencari mereka sekiranya mereka terpisah dan tersesat lebih-lebih lagi diwaktu malam. Mujur kemudahan handphone ada, sekiranya sukar, kami telah bersedia mufarakah-( Keluar dari konvoi) untuk membawa haluan masing-masing..

Tips ini mungkin berguna kepada para riders. Sekiranya terpisah bertemu semula di lokasi pertama dimana mula-mula berkumpul..itupun sekiranya masih ingat lokasi itu...Kaedah ini kami gunakan untuk bertemu dengan grup yang satu lagi ...Hampir jam 9 malam dapat berkumpul semula...Masalah tak selesai ...,terpaksa menunggu seorang lagi rider yang hilang entah kemana...akhirnya dapat berhubung..rupa-rupanya sedang menikmati makanan di restoran...laaa apasal tak maklumkan..berjam kami menunggu...

Menuju ke restoran  muslim..Terpaksa merayu kepada tuan punya restoran yang hampir menutup perniagaan untuk menyediakan makanan kepada kami . Sausana makan  dalam keadaan tegang.

Menginap dihotel di Ayuthaya. Keesokan pagi setelah mendapat rehat secukupnya, rider kembali ceria walaupun  dalam hati masih terdapat parut yang aku yakin sangat sukar dihilangkan. Setelah bersarapan  kami menuju ke Kenchanaburi...Menginap lagi di River Kwai Resort.. Lawatan pertama dulu 2010 kami tinggal disini juga... Melainkan 3, 4 orang, sebahagian lagi pernah ke sini dulu. Adat mengunjungi destinasi sama, kerterujaan sedikit kurang...Atas dasar setiakawan aku ke sini..ikutkan hati dari Ayathuyya lagi aku nak balik Malaysia...

Sewaktu bersiar-siar bertemu dengan rider Malaysia dari Lanun Bikers. dan tanpa diduga pertemuan itu  merupakan pertemuan terakhir kerana salah seorang rider terlibat dalam kemalangan maut di Bangkok .

Kembara bersituasi anti- klimaks.. Dalam kepala otak masing -masing terbayang Malaysia....Nak balik-nak balik...!..

Maaf diari tanpa gambar...He he..

Ikuti diari kembara hari ke 12 lagi di sini  Kembara Cambodia-Hari-hari terakhir di Cambodia





Monday, March 11, 2013

Jom Kayuh- Perangkap Sampah...

10hb Mac 2013, Ahad.

Setelah lama membiarkan basikal berselubung, telah tiba masa memanfaatkannya. Hampir sebulan berlalu sesudah balik dari Cambodia, hujung minggu lepas dan semalam kami berkayuh lagi. Minggu lepas kami ulang kayuhan ke Genting Sempah dan semalam berkayuh di laluan baru Trek Sg Sembah. Selangor

Trek Sg Sembah( TSS) menyusuri sebahagian trek sama  dengan Trek Kandang Babi (TKB), sebagaimana cerita aku terdahulu..cuma trek Sg Sembah lebih panjang dan menyusuri laluan sepanjang sungai sehingga ke loji rawatan air Syabas di Kg Rantau Panjang, Btg Berjuntai...Jarak keseluruhan TSS adalah 60km berbanding 40km TKB..

Hari ini cerita aku bukan sangat pasal kayuhan dan trek baru itu...tapi ingin berkongsi cerita yang aku perolehi dari pekerja penyelenggaraan perangkap sampah di Sg Sembah itu sewaktu kami melepaskan lelah selain bertanya arah kepada mereka.


Selain empangan, sungai merupakan sumber air bersih negara kita...Setelah melalui fasa-fasa penapisan dan pembersihan.., air itulah yang disalurkan ke paip-paip utama dan sampai di rumah kita. Melihat kepada perangkap-perangkap sampah yang dipasang di sungai-sungai ternyatalah kesedaran menjaga kebersihan sungai masih ditahap rendah dikalangan kita. Benar ... kita tidak menghadapi masalah mendapatkan air bersih sekarang...Pulas pili paip..air jernih keluar..tapi tahukah anda kos rawatan air sentiasa meningkat dan dikhuatiri akan kerap berlaku gangguan bekalan air sekiranya punca air terlalu dicemari ...?. Kita bersyukur kerana dilimpahi hujan sepanjang tahun..yang mengurangkan kesan pencemaran sungai, tapi itu  bukan lesen untuk kita sesuka hati mencemarkan sungai....Lambat laun masalah itu akan menghantui kita bila permintaan air bersih meningkat dan gagal dipenuhi dengan sumber yang ada...

Cerita dari mulut penyelenggara perangkap sampah sangat menggelorakan jiwa kami...Namakan apa saja..Segala jenis sampah boleh ditemui di perangkap sampah...Botol-botol plastik, tayar lama, kayu balak..segala jenis bangkai..., ayam itik kucing, lembu, kambing, anjing babi bahkan manusia boleh ditemui di perangkap sampah ini...belum lagi sisa minyak bengkel, toksik kilang-kilang dsb...Dari punca yang sama air terpaksa diproses untuk disalurkan ke rumah-rumah untuk kegunaan kita seharian...

Walaupun terdapat papan tanda, 'Sayangilah Sungai kita' Erm nampaknya kita tidak peduli...Sungai seolah telah dijadikan tempat pelupusan sampah dan segala jenis bahan buangan...Sebulan kebelakangan ini saja terdapat 3 penemuan mayat manusia ditemui diperangkap sampah dibawah selengaraannya. Seorang wanita, seorang lelaki tanpa kepala dan anggota dikerat dipercayai dibunuh dan seorang bayi baru lahir yang ditempatkan didalam tin biskut berkaca....

Sebelum anda atau anak-anak melontarkan sampah keluar dari kereta atau mencampakkan puntung rokok dilantai atau dipersimpangan lampu berisyarat atau apa saja aktiviti pencemaran ..ketahuilah sebahagian pencemaran-pencemaran  itu akan berakhir ke sungai-sungai tempat dimana punca air rumah anda diperolehi..

Oleh itu fikir-fikirlah ...




Saturday, March 9, 2013

Kembara Cambodia- Hari-hari Akhir di Cambodia...

12hb Feb2013, Selasa. 

Jika tidak kerana pakaian yang dihantar ke kedai dobi belum kering, nescaya hari yang sama sesudah lawatan singkat ke Angkor Wat, kami bergerak ke sempadan., teruja untuk sampai awal di pekan sempadan Poipet/Aranprathet, .Grup terdahulu yang kami temui memberitahu sausana di pekan sempadan lebih happening... Sebagai ganti, Angkor Thom, kembar Angkor Wat  tidak dikunjungi..dan benar, sesudah meninggalkan Cambodia, kami menyesal kerana tidak menyempurnakan lawatan itu...

Terpaksa bermalam lagi di Seam Reap kerana pakaian dikedai dobi hanya siap sesudah magrib.  Malam itu kami bertembung semula dengan grup Dr Hassan yang telah selesai lawatan dari Pnom Penh. Makan malam bersama di KFC. Terpampang stiker halal dipintu masuk restoran. Kami maklum KFC Cambodia adalah milik KFC Malaysia...tanpa was-was kami membedal makanan ...

Ada hikmah  pakaian dikedai dobi tidak siap, malam itu rider Ikhwan terpaksa dikejarkan ke klinik untuk ubatan dan rawatan. 150 USD bertukar tangan...Petang itu saja entah berapa kali berlari keluar masuk bilik air..keracunan makanan beb...

Abang ko juga yang ko carik untuk menemankan tidur malam itu yea....hehe...entah-entah seram sejuk ternampak bayangan hantu sewaktu melawat Angkor Wat tak..he he

Sesudah suboh kami bergerak meninggalkan Seam Reap. Ketika ini mendapat maklumat, grup Dr Hasan terpaksa bermalam di stesen minyak kerana gagal mendapat bilik penginapan...Ramai bercuti ke sini kot sempena Cuti Tahun Baru Cina  ..Kami menghulurkan kunci untuk mereka menggunakan kemudahan bilik dan meminta mereka mendaftar keluar bagi pihak kami jam 12 nanti...pihak hotel dimaklumkan dan mereka membenarkan.

Beginilah sausana diwaktui pagi sebaik keluar dari Seam Reap..penduduk sibuk keluar mencari rezeki...



                             

                            

Babii beb...



                            


                           

                                 

Sebelum tiba di check point, bersiap sedia membuat salinan dokumen seperti pasport, geran, insuran untuk serahan jabatan imegresen sebelah Thailand. Maklumat yang diperolehi dari grup Dr Hassan sangat membantu....Pengisian borang ke Thailand dari Cambodia ternyata berbeza berbanding memasuki Thailand melalui Malaysia.
                           

Poipet, pekan sempadan disebelah Cambodia 20Km lagi...Pekan disebelah Thailand adalah Aranphratet



Tiba sudah kami di Poipet.. Sebagaimana memasuki dulu hanya pasport perlu di cop untuk keluar dari Cambodia...Dokumen yang kami telah buat salinan tadi adalah untuk serahan imegresen sebelah Thailand...

Selesai urusan di sebelah Cambodia.

Sementara sebahagian kami berurusan dengan imegresen Thailand untuk penyerahan dokumen yang kami telah buat salinan tadi, kami bergambar lagi...

Rider Ikhwan yang mengalami keracunan...

Cepatlah wei...!

Kamera outoshoot in action...

                            

Hehe..tak sempat.. sorry... muka ko takder dalam gambar...



                            





Sambil-sambil tu memerhati aktiviti hiruk pikuk pekan sempadan...

                            
Alhamdullilah urusan sebelah imegeresen Thailand juga selesai...Kami makan di Aranphratet. Kembali kepada menu tomyam...

                            
Meneruskan perjalanan...Ingatan ini untuk aku dan rakan-rakan sekelian...Dalam apa juga situasi, jangan lupa tunaikan kewajiban solat.  Banyak manfaat diperolehi jika berbuat demikian. antaranya dapat mengurangkan regangan terhadap urat-urat atau otot yang tegang...merehatkan mental yang stress..Motor juga   dapat berehat sementara tuan punya menunaikan solat...

Anggaplah ia sebagai satu keperluan, bukan pilihan..Dalam situasi apa pun kita tetap akan melakukannya.... Semasa sedang memandu , jika tetiba sakit perut yang teramat, walau dalam apa keadaan kita akan berusaha untuk melunaskan hajat yang ditanggung..Di harap begitulah juga dengan solat ..ia adalah keperluan yang perlu dilaksanakan dalam apa keadaan jua.,

Berbandang jika menganggap ianya sebagai pilihan, kita akan mengambil ringan tanggung jawab itu.....Pelbagai alasan kita berikan...sausana tak kondusif, pakaian kotor dsb untuk melengahkan bahkan  mengabaikan terus kewajiban itu...

Tips mudah untuk para riders, jika menghadapi kesukaran memelihara pakaian bersih sepanjang mengembara..tips ini mungkin berguna...Pakailah seluar trek suit nipis bersama riding gear disebelah luar, semasa bersolat tanggalkan riding gear saja kerana sedia maklum pakaian luar akan mudah terdedah kepada kekotoran...






                           
Hampir magrib kami tiba di Ayuthaya...Sewaktu disini terdapat perselisihan faham antara riders...Perbalahan hangat tercetus lagi...Berbanding anak-anak, lebih teruk orang tua bergaduh beb...

Ikuti lagi coretan akan datang....

Diari hari ke 11 boleh lagi dibaca disini Kembara Cambodia- Angkor Wat

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK