12hb Feb2013, Selasa.
Jika tidak kerana pakaian yang dihantar ke kedai dobi belum kering, nescaya hari yang sama sesudah lawatan singkat ke Angkor Wat, kami bergerak ke sempadan., teruja untuk sampai awal di pekan sempadan Poipet/Aranprathet, .Grup terdahulu yang kami temui memberitahu sausana di pekan sempadan lebih happening... Sebagai ganti, Angkor Thom, kembar Angkor Wat tidak dikunjungi..dan benar, sesudah meninggalkan Cambodia, kami menyesal kerana tidak menyempurnakan lawatan itu...
Terpaksa bermalam lagi di Seam Reap kerana pakaian dikedai dobi hanya siap sesudah magrib. Malam itu kami bertembung semula dengan grup Dr Hassan yang telah selesai lawatan dari Pnom Penh. Makan malam bersama di KFC. Terpampang stiker halal dipintu masuk restoran. Kami maklum KFC Cambodia adalah milik KFC Malaysia...tanpa was-was kami membedal makanan ...
Ada hikmah pakaian dikedai dobi tidak siap, malam itu rider Ikhwan terpaksa dikejarkan ke klinik untuk ubatan dan rawatan. 150 USD bertukar tangan...Petang itu saja entah berapa kali berlari keluar masuk bilik air..keracunan makanan beb...
Abang ko juga yang ko carik untuk menemankan tidur malam itu yea....hehe...entah-entah seram sejuk ternampak bayangan hantu sewaktu melawat Angkor Wat tak..he he
Beginilah sausana diwaktui pagi sebaik keluar dari Seam Reap..penduduk sibuk keluar mencari rezeki...
Babii beb...
Sebelum tiba di check point, bersiap sedia membuat salinan dokumen seperti pasport, geran, insuran untuk serahan jabatan imegresen sebelah Thailand. Maklumat yang diperolehi dari grup Dr Hassan sangat membantu....Pengisian borang ke Thailand dari Cambodia ternyata berbeza berbanding memasuki Thailand melalui Malaysia.
Poipet, pekan sempadan disebelah Cambodia 20Km lagi...Pekan disebelah Thailand adalah Aranphratet
Tiba sudah kami di Poipet.. Sebagaimana memasuki dulu hanya pasport perlu di cop untuk keluar dari Cambodia...Dokumen yang kami telah buat salinan tadi adalah untuk serahan imegresen sebelah Thailand...
Sementara sebahagian kami berurusan dengan imegresen Thailand untuk penyerahan dokumen yang kami telah buat salinan tadi, kami bergambar lagi...
Cepatlah wei...!
Kamera outoshoot in action...
Hehe..tak sempat.. sorry... muka ko takder dalam gambar...
Sambil-sambil tu memerhati aktiviti hiruk pikuk pekan sempadan...
Alhamdullilah urusan sebelah imegeresen Thailand juga selesai...Kami makan di Aranphratet. Kembali kepada menu tomyam...
Meneruskan perjalanan...Ingatan ini untuk aku dan rakan-rakan sekelian...Dalam apa juga situasi, jangan lupa tunaikan kewajiban solat. Banyak manfaat diperolehi jika berbuat demikian. antaranya dapat mengurangkan regangan terhadap urat-urat atau otot yang tegang...merehatkan mental yang stress..Motor juga dapat berehat sementara tuan punya menunaikan solat...
Anggaplah ia sebagai satu keperluan, bukan pilihan..Dalam situasi apa pun kita tetap akan melakukannya.... Semasa sedang memandu , jika tetiba sakit perut yang teramat, walau dalam apa keadaan kita akan berusaha untuk melunaskan hajat yang ditanggung..Di harap begitulah juga dengan solat ..ia adalah keperluan yang perlu dilaksanakan dalam apa keadaan jua.,
Berbandang jika menganggap ianya sebagai pilihan, kita akan mengambil ringan tanggung jawab itu.....Pelbagai alasan kita berikan...sausana tak kondusif, pakaian kotor dsb untuk melengahkan bahkan mengabaikan terus kewajiban itu...
Tips mudah untuk para riders, jika menghadapi kesukaran memelihara pakaian bersih sepanjang mengembara..tips ini mungkin berguna...Pakailah seluar trek suit nipis bersama riding gear disebelah luar, semasa bersolat tanggalkan riding gear saja kerana sedia maklum pakaian luar akan mudah terdedah kepada kekotoran...
Hampir magrib kami tiba di Ayuthaya...Sewaktu disini terdapat perselisihan faham antara riders...Perbalahan hangat tercetus lagi...Berbanding anak-anak, lebih teruk orang tua bergaduh beb...
Ikuti lagi coretan akan datang....
jauh berjalan.pasti byk pengalaman.
ReplyDeletebole buat buku..
As-salam
he he...MPk agak-agak ada yang nak beli tak...
ReplyDelete