Tuesday, December 31, 2019

Victoria Bridge, Karai , Kuala Kangsar...

29hb Disember 2019.
Setelah 3H2M di utara,kembali keKL, penulis sengaja melalui jalan lama, Isnin wargakerja telah kembali bertugas, jadi jalanraya akan lengang.

Dalam perjalanan sesudah Kuala Kangsar, terpandang satu papan tanda kecil coklat. 'Victoria Bridge' dan dan disisinya terdapat papan tanda D'Village Resort. Selalunya papantanda berwarna coklat membawa maksud kawasan pelancongan menarik.

Walaupun dah terlajak beberapa meter dihadapan, keinginan mengetahui  apa istimewanya Victoria Bridge ini, penulis membuat pusingan U.

Melalui jalan kecil dan tiba dipekan kecil Karai,meneruskan pemanduan tibalah dilokasi dimaksudkan.




Victoria Bridge dibina pada 1897 dan siap dibina 1900,   merupakan antara jambatan besi tertua di Malaysia dan terpanjang asia diluar India dizamannya. Jambatan keretapi dibina untuk mengangkut bijih timah  juga untuk pengangkutan awam.



Berdasarkan carian internet, terjumpa foto ini..kini papantanda ini kelihatan tersadai ditanah. Tak pasti mengapa papantanda diturunkan sedangkan ianya  cukup menarik disitu. Menurut andaian penulis kerana perkataan NBOS itu...Sebagaimana perkataan 1Malaysia yang cukup alergik untuk sesetengah pihak sehinggakan semua papantanda begini diturunkan.


Dahulu jambatan merupakan aset starategik negara dan sering menjadi sasaran terutamanya komunis, kubu pengawal dibina dikedua belah jambatan untuk mengawalnya dari serangan musuh



Jambatan besi yang memiliki nilai estatika tinggi ini
telah disenaraikan sebagai aset warisan negara.




Bersebelahan dengan jambatan ikonik, kini terdapat resort yang baru dibuka November 2019.

Harga bilik Rm130 satu mlm. Resort dilengkapi dengan dewan seminar..Juga terdapat dewan pengantin. Sangat bertepatan sebab jambatan ini sering menjadi destinasi pilihan photoshoot pengantin baru.

Cuma agak terkilan jambatan dan resort seolah  tidak berintergrasi . Pier dan pintu masuk jambatan berkemaskan bata merah, tersangat kontras dengan pagar 'janji buat'  bata simen putih resort.



Tempat tempat menarik begini perlu promosi berterusan,  jika tidak, usaha menambah baik akan sia sia.. Jika River Kwai  Bridge Kechanaburi Thailand boleh popular seantero dunia.,kenapa tidak dengan Victoria Bridge yang mempunyai ciri ciri binaan yang hampir serupa.

Usaha promosi sejak 2014 kini dilihat kurang bermaya melihat kepada keadaan tapak..Mujur kini orang ramai boleh mencari maklumat destinasi menarik di internet...Sebagaimana penulis yang tidak tahu kewujudan  destinasi pelancongan Victoria Bridge,Karai Kuala Kangsar ini, rasanya ramai lagi diluar sana yang serupa.

Monday, December 30, 2019

Nat Kebun Getah, Kubang Paya Arau Perlis..

28hb Disember 2019

Semasa di Padang Besar berselisih dengan banyak kenderaan klasik, rupanya ada perhimpunan kenderaan klasik kereta, motorsikal juga basikal, menghimpunkan peminat peminat kenderaan klasik dari Malaysia juga negara jiran Thailand dan Singapura.


Pagi ni melihat kenderaan sebahagian peserta yang menginap di hotel yang sama. Sangat comel pikap klasik Mini ini.



Penulis sangat suka dengan Perlis, negeri kecil tapi sangat kemas lagi cantik.  Cuaca pula sedikit nyaman,mungkin kedudukannya yang jauh ke utara menerima tempias musim sejuk negara negara dunia sebelah utara.  Pemandangan sawah padi berlatarbelakangkan gunung batu kapur sangat mengujakan. Jika berkesempatan penulis ingin melawat gua gua yang banyak terdapat di Perlis.



Pagi ini kami kerkunjung ke Nat Kebun Getah. Nat sebenarnya pasar sehari. Uniknya pasar ini ianya diadakan didalam kebun getah.  Sebab tu dipanggil Nat Kebun Getah. Disebabkan sambutan hangat, nat melimpah memenuhi bahu jalan sepanjang hampir 1km. Nat di Kubang Paya ini hanya diadakan 2kali seminggu Jumaat dan Ahad., bermula seawal 7.30pagi  dan berakhir jam 1.00 tghari




Sebagaimana pasar pasar harian lain, disini turut menghimpunkan penjual barang basah, kering, pakaian, buah buahan, makanan juga barang barang lama.

Barang barang antik yang menarik perhatian. 



Duit lama..Bagi pengumpul duit lama lokasi jualan begini yang menjadi tarikan. Syiling lima puluh sen dijual serendah rm5, ada juga yang berharga Rm30..bergantung kepada keunikan duit...ermm 


Mesin jahit antik pun ada. Kabel charger phone lama pun berlonggok longgok.


Pinggan pinggan dulu pun ada..


Anak pokok cili dijual serendah Rm2...Anak pokok rambutan, jambu..kunyit .argh banyaklah nak disenaraikan..




Mesin mesin terpakai,mesin rumput, pam air ,perkakas bertukang, namakan saja semuanya ada. 



Perkakas berkarat pun dijual..sebab tu kot dipanggil pasar karat. Musykil juga siapa yang membelinya.


 






Bertalam talam kuih muih pelbagai jenis, laku keras. Letih meronda boleh makan makan digerai makanan. Pelbagai sup  ada dijual. Moi pun ada.Orang Perlis panggil bubur nasi itu Moi, mungkin sebutan pengaruh siam. 



Ole ole nat pokok getah.,banyak juga barang yang dibeli...Tak larat mengangkut,hantar dulu ke kereta.Ulang lagi cuci mata.
Walaupun sekadar pasar harian biasa, seronok melihat gelagat penjual dan pengunjung..tanpa sedar, itu beli, ini beli,begitulah  penangan nat kebun getah.

Arked Niaga Padang Besar Perlis...

28hb Disember 2019

Berkesempatan menghadiri majlis walimatul urus anak rakan di  pinggiran Empangan Timah Tasoh Kangar Perlis.





Dah alang alang berjalan jauh terus ke Padang Besar. Ikutkan hati  mau saja menyeberang ke Siam..Pasport  bawak dah.
Memandangkan pergi bersama anak yang bertugas Isnin..ermm kensel.

Malam sebelum tu geram dah melihat Utube jika ke Bangkok menaiki tren. Bermotor,  maupun berkereta sudah pernah, tapi tak pernah  menaiki tren walaupun dah banyak kali memasang niat.

Cuma agak leceh pergi dengan tren ni mengambil masa hampir 17 jam. Paling sesuai menaiki tren malam, jika bergerak 8 mlm tiba dia Bangkok dalam jam 11 pagi keesokan hari.

Tiket kelas pertama seorang dalam rm160, siap ada tempat tidor dilengkapi bilik air untuk mandi..Diikutkan tiket kelas ke 2 pun sudah memadai, ada juga tempat tidur , harga tak sampai rm100  tapi satu  gerabak dikongsi ramai penumpang, nak solat pun susah. Kalau kelas pertama satu bilik dikongsi 2 orang saja. Kira ok lah 2in 1, tiket dan penginapan.




Tak dapat ke seberang, dapat ke Arked Niaga Padang Besar pun ok. Cuti sekolah pengunjung punyalah ramai. Pergi ke sini lebih kepada meronda cuci mata.

Sebagaimana arked niaga bajet lain disini banyak produk Thailand dan China dijual, pakaian, beg, periuk, mainan, tilam, toto, makanan, buahan dll dengan harga berpatutan...Diluar arked, motor motor disini kebanyakkannya berplatkan no Siam.


Bila dah cuci  mata adalah juga yang tersangkut dihati. Harga pun sangat ok . Baju baju ala batik Siam disini separuh harga dari di KL, walaupun kualiti kain serupa. cuma kena cuba dulu saiz, sebab saiz walaupun xxl tapi serupa dengan saiz M...



Tilam kekabu ni pun cuma Rm70, kebetulan penulis dah lama cari tilam ini. Boleh lah guna untuk melepak depan TV..





Malam itu menginap di Sri Malaysia Kangar Perlis. Tak jadi balik hari sebab
esok Ahad teringin pergi ke Nat Kebun Getah...


Friday, December 27, 2019

Nasi Bamboo Sungkai dan Mee Udang Bt 30, Kuala Kurau Perak..

Malaysia memang syurga makanan, dengan menu yang pelbagai. Makanan Melayu, Cina, India, Arab,  Korea Jepun, Eropah.., sebut saja nak makan apa,  semuanya mudah diperolehi untuk memenuhi citarasa masing masing.

Untuk pengunjung ke utara, Restoran Nasi Bamboo, Sg Klah, Sungkai Perak tak perlu dikenalkan lagi...Menu citarasa tempatan yang akan membuka selera anda dengan harga berpatutan.

Dalam perjalanan ke utara 26 Disember , kami singgah disini. Setiap kali JJCM ke sini, restoran ini sentiasa padat dengan pengunjung., tapi servis sangat cekap.



JJCM Jumaat 27hb Disember 2019 pula kami ke warong makan mee udang Batu 30 Kuala Kurau, Perak lagi. Kalau mee  udang Kuala Sepetang ramai yang tahu, yang ini tak pasti.

Yang pasti mee udang disini lebih memenuhi citarasa kami. Harga mee udang biasa Rm5 manakala yang special Rm15 semangkok. Mee udang special dihidang dengan paling kurang 10 ekor udang., hampir menutupi keseluruhan mangkok. Sangat berbaloi.



Apa yang menarik perhatian kunjungan kali ini adalah terdapat khidmat meronda menaiki bot ke tempat menarik di  sepanjang Sg Kurau dari jeti Bt 30 sehingga ke Kuala Gula. Caj Dewasa hanya Rm10, sangat menarik dan teringin  untuk mencuba.

Kepada yang belum ke tempat disebutkan, apalagi jom jom meriahkan JJCM Malaysia.

Friday, December 20, 2019

LRT3, MRT2, ECRL dan HSR..

Sabtu 21hb Disember 2019

Penulis berkesempatan menggunakan prasarana awam MRT Sg  Buluh Kajang, ketika menghadiri jemputan kahwin anak rakan. Sehari sebelum itu menggunakan khidmat ini untuk menjemput anak buah di TBS Bandar Tasik Selatan.

Berdasarkan pengamatan penulis pembinaan prasarana ini sangat canggih dan berjaya.










Penulis sangat menyokong usaha menambahbaik pengangkutan awam di bandar- bandar utama. Di Lembah Klang antara projek yang giat dibina adalah projek LRT3 dan MRT2. 


LRT3 akan menghubungkan kawasan padat dari Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Klang. 



MRT2 pula akan menghubungkan Sg Buluh ke Putrajaya/KLIA

Sebenarnya banyak lagi prasarana awam Lembah Klang sedang dirancang oleh kerajaan terdahulu seperti BRT menghubungkan Klang dan Kuala Lumpur. Ada juga ura-ura membina trem Putrajaya ke Kajang. Apabila berlaku pertukaran pucuk pimpinan diharap projek-projek ini diteruskan.

 Penulis menarik nafas lega bila projek ECRL dan HSR diteruskan,walaupun dikhabarkan spesifikasi  projek diturunkan. Cakap-cakap mengatakan projek ini adalah satu pembaziran sangat sukar diterima. Adalah terlalu naif menghujahkan pelaboran tidak berbaloi dengan hanya menyandarkan dengan penjualan tiket. Padahal projek-projek ini bakal menjadi pencetus kegiatan ekonomi sepanjang laluan dan bandar- bandar yang berhubung. 

Selain itu berapa banyak bandar-bandar baru,pusat komersil baru dan kawasan industri baru bakal diwujudkan dengan perlaksanaan projek-projek ini. Secara tidak langsung kerajaan  boleh menikmati keuntungan melalui cukai-cukai oleh kegiatan ekonomi yang rancak. Rakyat juga bakal menikmati limpahan ekonomi yang sejahtera.

Di kalangan negara asean mereka sedang giat nembangunkan prasarana awam. Thailand dikhabarkan, keretapi laju mereka bakal beroperasi seawal 2023, begitu juga dengan Laos. Di Indonesia mereka memperuntukkan sejumlah USD40bilion untuk membina MRT lagi. Jika kita asyik berundur , membatalkan projek projek yang telah dirancang, akan ketinggalan lah kita.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK