Wednesday, January 30, 2013

Jom Ayathuya- Berakhirnya kembara...


Tak tau apa jadi dengan sahabat kembara bersama keluarganya. Langsung tak boleh dihubungi. Kami berpecah semasa di Pasar Minggu Chattuchak.

Setibanya diperkarangan hotel sekembalinya dari bermudik Sg Chao Phraya kelihatan notis dicermin kereta, beliau telah keluar dari Bangkok.  Memandangkan hari telah malam kami berkeputusan untuk menginap lagi di Bangkok. Ada kesempatan berjumpa saja keesokkan hari dalam perjalanan balik ke Malaysia.

Duit kena jimat, kami berpindah ke hotel lebih murah 1000Baht semalaman..Hari biasa banyak bilik kosong. Keesokan pagi, seawal 7pg  Isnin 16 Disember 2012 terus  beredar meninggalkan Bangkok.  Menggunakan GPS walaupun tersesat  dapat keluar dari pusat bandar dengan mudah.

Destinasi berikutnya Samut Songkram...Melawat pasar sepanjang atau atas rail keretapi. Sausana hiruk pikuk pasar segera berubah  untuk memberi laluan keretapi menggunakan rel pula. Pangkin-pangkin berniaga telah diubah suai untuk memindahkan barang jualan dengan mudah semasa keretapi lalu. Argh macam ni pun disenaraikan sebagai tempat yang patut dilawati pengunjung. Bertemu dengan pengunjung Malaysia/Singapura di sini.








Dapat bertemu semula dengan sahabat aku ini di Nakon Si Tammarat..mereka bermalam di Huahin..Hari berikutnya kami bermalam lagi  di Phathalung. 500Baht. Keesokan pagi, kami berpecah disini.

                           

                            


 Sahabat aku terus balik ke P. Pinang melalui Hatyai dan Sadao/ Bukit Kayu Hitam manakala kami akan melalui Patani, Naratiwat. Tak Bai dan  masuk semula ke Malaysia melalui Pengkalan Kubor. Urusan imegresen lebih mudah sebab pengunjung tak ramai berbanding di Sungai Golok.


                            

 Perkhidmatan feri di Pengkalan Kubor...RM 4 sekepala  tak silap aku. Kenderaan RM 6


 Perkhidmatan feri Malaysia disediakan oleh JKR Malaysia...


Hehe..yang ini bukan di Siam tapi di Kota Bharu...Manyak busat...

Bermalam di Kota Bharu. Jam 2ptg  18 Disember 2012 tiba di MRSM Besut, Trengganu,  mengambil keputusan PMR anak ke 4. Alhamdulillah 8A.

Bermalam lagi di Kuala Trengganu, hanya tiba dirumah Rawang Selangor jam 4 ptg, 19 Disember 2012 setelah 2 minggu di perantauan. Sejumlah 6 ribu diperuntukkan berbaki 30 Baht. Pecahan perbelanjaan seperti berikut.

Minyak, tiket feri, tiket tempat lawatan- 2000
Penginapan-1000
Makan minum-1500
Perbelanjaan tidak wajib spt cenderahati dsb-1500


Jumlah jarak perjalanan keseluruhan melebihi 6000km.


Maka tamatlah cerita Kembara Ayathuya....

Ikuti coretan Kembara Kemboja 2 minggu dari sekarang. Maklumbalas pengunjung dialu-alukan. Mungkin ada saranan yang boleh dikongsi bersama.



Tuesday, January 29, 2013

Jom Ayathuya...Chatuchak, Chao Phraya...

Ok  aku nak tutup cerita Kembara Ayuthaya. Bermula hujung minggu ini sehingga pertengahan bulan Febuari blog ini akan direhatkan seketika. Kembali dari xpdc, catatan Kembara Kemboja pula akan dikongsi bersama pengunjung.

Berdasarkan kepada carian di internet, tempat/aktiviti berikut disarankan di Bangkok.. 1- Lawatan ke Pasar Minggu Chatuchak 2. Mencuba pengangkutan awam Skyway , MRT, bersiar-siar di Sg Chao Phraya. 3. Melawat Wat 4. Membeli belah di kompleks belibelah ...Semua tempat kami kunjungi walaupun perkara 3 dan 4 hanya dikunjungi dari kejauhan sahaja. Cukuplah sekadar melirik

Masa banyak terbuang di Chatuchak Market. . Memandangkan telah berjanji dengan yang lain untuk bertemu pukul sekian-sekian di tempat berkumpul, terpaksalah meronda keliling pasar..Belilah sehelai dua T-shirt...Pasar adalah pasar dimana -mana lebih kurang serupa saja. Barang jualan pun begitu..., cenderahati, pinggan mangkuk, potrait, pakaian , makanan dsb. Bezanya di sini  kawasan pasar yang sangat luas dan dipromosi sebagai produk pelancongan.

Jam 2 petang terus bergerak ke Sg Chao Phraya menaiki Skytrain atau MRT..pengangkutan awam serupa LRT atau komuter . Tiket tidaklah mahal.. destinasi paling jauh hanya 40 Baht. . Berdasarkan peta, kawasan liputan pun tidaklah begitu luas lagi.

Singgah dimasjid mengikut panduan GPS. Masjid dan makanan halal langsung tiada masalah di Bangkok. Menaiki teksi air...Suka aku mengingatkan sesiapa yang ingin bermudik di Sg Chao Phraya atau mana-mana sungai dimana-mana destinasi..Untuk tambang yang ekonomi jangan menggunakan khidmat pengusaha  persendirian..tak berbaloi dengan harga untuk pengalaman yang lebih kurang sama ..Dulu semasa di Istanbul, rombongan kami menggunakan khidmat pengusaha persendirian. Semasa anak melawat kesana , kumpulan mereka menggunakan kapal awam...perbezaan harga memang tersangat jauh berbeza...

Tiba di jeti yang tersangat banyak di sepanjang sungai ChaoPhraya pengusaha persendirian terus menghampiri kami, bermudik disungai dan terusan selama 2 jam dikenakan caj 1200 untuk sampan pancung berkapasiti 6 orang. Sebab gayat melihat saiz sampan yang kecil, menolak tawaran mereka.  Menggunakan teksi air awam sebesar tongkang yang lebih selesa, rupanya harga tiket hanya 15 baht seorang untuk destinasi paling jauh iaitu stesen terakhir..Muak duduk atas tongkang pergi dan balik...Jam 8 malam baru sampai semula ke jeti asal dan terus kembali ke hotel.

Sambung besok...gambar nak upload pun tak boleh. . Rabu tanpa gambar...





Monday, January 28, 2013

Jom Kayuh-Trek Kandang Babi...

27 Januari 2013, Isnin cuti ganti Thaipusam. Trek Kandang Babi.
Jarak 40KM

Hehe...maaflah yea sekiranya entry aku banyak cerita pasal kayuh basikal...Mana taknya bila cuti saja basikallah yang aku cari. Kebetulan sparring rider sudah bertambah, dulu aku sering berdua, tapi kini sudah mendapat 2 orang lagi kenalan  baru yang nampaknya sekufu . Kalau dulu seorang saja sering mengajak, kini beliau cuti berkayuh kerana menjalankan tugas sebagai penyelam profesional di Labuan, dua orang kenalan baru pulak  yang menjadi batu api mengajak berkayuh. 

Walaupun kesuntukan waktu kerana akan menghantar anak-anak pulang semula ke asrama di sebelah petang, awal pagi kami mengambil kesempatan meneroka trek baru. Yea trek kandang babi..sebahagian trek menelusuri jalan masuk ke pusat sembelihan? babi Top Meat berdekatan Selangor Fruit Valley.

 Trek membentuk satu loop lengkap dengan hidangan pendakian/ penurunan curam dan sederhana melalui jalan offroad dan onroad. Tasik Puteri-Country Homes-Kg Org asli-Sg Buaya-Kandang Babi Top Meat-Jalan Rawang /Btg Berjuntai. Sangat sesuai untuk riadah separa santai kerana trek yang berdekatan dengan rumah dan tempoh masa mengelilingi trek kurang 4 jam.


Pemandangan biasa ketika melalui laluan ini..oink..oink...terpaksa menahan bau babi yang menyesakkan pernafasan.. Sebab itu aku gelar Kayuhan Trek Kandang Babi...

Berbekalkan stamina yang diperolehi di sini, basikal aku akan basuh dan selubung untuk sementara waktu...tiada lagi cerita berbasikal sehuinggalah kembali dari Kembara Kemboja bermula Jumaat ini...1-16hb Febuari 2013. Doakan perjalanan kami lancar pergi dan kembali...

Sunday, January 27, 2013

Jom Kemboja-Latarbelakang peserta...



                                                                                           
 Ar. Mastor Surat (Ph.D) berpeluang memiliki motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Suzuki GS1000 pada tahun 1997. Dalam tahun 2009 beliau telah menukarkan motosikal tersebut dengan Kawasaki ZZR500. Setelah mengikuti Kursus Marshall dalam tahun 2010 beliau telah menukarkan motosikal tersebut kepada yang lebih berkuasa iaitu Kawasaki ZZR1100. Mastor menggunakan motosikal bagi memudahkantugas pengkajian beliau mengenai budaya dan senibina. Beliau telah berpengalaman beberapa kali menjelajah Negara Thailand sehingga ke Chiengmai. Dalam tahun 2011, beliau bersama Ir. Latep telah menjelajah Sumatera dengan menunggang motosikal cub. Mastor juga telah beberapa kali mengikuti program konvoi secara rasmi seperti Cuti-cuti 1 Malaysia On 2 Wheel – Big Bike Rally - North East Expedition (2011), Lenggeng Charity Ride OKU (2011), Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012), yang telah mencatat rekod penyertaan motosikal berkuasa tinggi teramai dalam Malaysia Book of Record dan konvoi terkini yang beliau sertai adalah Cuti-cuti 1 Malaysia On 2 Wheel – Big Bike Rally – South Expedition (2012).  

 Saudara Mohd Nazrul Maarof mula berjinak dengan motosikal besar sejak 2003 di mana motosikal pertamanya adalah Kawasaki ZX7. Sering ‘melayan corner’ di Awana Genting – Ulu Yam – Bukit Frezer- Karak – Kuala Klawang dan sebagainya sehingga 2005. Bertukar ke motosikal Yamaha FZ1000s dalam tahun 2011 demi menyertai konvoi bermotosikal. Sering berkonvoi di dalam negara dan beberapa kali telah menjelajah ke Thailand sehingga ke Koi Samui, Krabi, Phuket dan sebagainya. Beliau berhasrat untuk menyertai lebih banyak konvoi bermotosikal bagi mendapatkan pengalaman serta berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai bikers.
 Saudara Mohamad Azman Mahmod menunggang motosikal Kawasaki GTR1400 dan pernah mengikuti program jelajah Utara Thailand pada tahun 2010. Berminat dalam kembara jarak jauh dan kali ini merupakan kembara kali kedua ke negara Kemboja selepas kembara yang sama pada tahun 2008 ke Kemboja dan Laos.

Memiliki lesen selam skuba NAUI dan pernah menyelam di serata tempat di Malaysia dan Pulau Sipadan sebelum meminati akitivi menunggang motor berkuasa tinggi.
 
 Saudara Shahirunizam Salleh telah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi semenjak tahun 1995 apabila berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Honda CBR600. Selepas itu antara motosikal yang pernah beliau miliki adalah Kawasaki ZX750, Suzuki GSX1000 dan Kawasaki GTR1400. Beliau sering berkonvoi bersama rakan-rakan biker di dalam negara bagi meramaikan kenalan disamping meningkatkan pengalaman jelajah bermotosikal. Beliau telah beberapa kali berkonvoi ke Negara Thailand, namun jarak yang paling jauh adalah sehingga ke Chiengmai, Segitiga Emas, meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Kini beliau menunggang motosikal Kawasaki Z1000 yang dirasakan agak sesuai bagi memenuhi kehendak penunggan semasa beliau.
Ar. Ruslan Abdullah berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Suzuki GS450 pada tahun 1984. Motosikal Zephyr 1100 yang dimiliki pada 1994 masih lagi digunakan hingga kini. Beliau telah berpengalaman menjelajah beberapa Negara Eropah dari Turkey melalui Bulgaria, Romania, Hungary dan Austria hingga ke Germany, Perancis dan Swiss Alps di Switzerland dengan menggunakan BMW GS 800 di samping menunggang Royal Enfield classic 500 ke Himalaya (India) dan Z1000SX ke Siam. — withRuslan Abdullah.

  
Saudara Yusof Ahmad berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Shadow 650 pada tahun 1999, seterus Kawasaki Z750, Sym 200, Kawasaki Z14 (1400cc) dan sekarang GTR1400. Bermungkinan akan bertukar kepada MAXSYM4001. Beliau telah berpengalaman beberapa kali menjelajah Negara Thailand sehingga ke Chiengmai termasuk 1000 corner. Yusof juga telah beberapa kali mengikuti program konvoi secara rasmi seperti, Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012), yang telah mencatat rekod penyertaan motosikal berkuasa tinggi seramai 500 motosikal sepanjang konvoi 18 kiilometer, dan telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record.
Ir. Latep Paiman aktif bermotosikal bermula pada 2009 setelah memperolehi lesen motorsikal B penuh dan menerima motorsikal pertama BMW R1200RT pada April 2009. Hampir seluruh pelusuk tanah air telah dijelajahi sama ada berkumpulan atau berseorangan. Mula menyertai konvoi luar negara pertama ke Koh Lanta seterusnya ke Segitiga Emas meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Pada Feb 2011 bersama 12 peserta kumpulan Vespa klasik menaiki Piaggio Evo 200 telah meneroka daerah sebelah timur Thailand bersepadan dengan Laos dan Kemboja. Ingin lari dari kebiasaan, pada May 2011 bersama Ar Mastor Surat mengelilingi sebahagian besar Pulau Sumatera menonggang kapchai Honda Wave 110 yang disewa di sana berjaya mencatat jarak perjalanan lebih 3000km selama 8 hari. Nov 2012 berkembara mengelilingi Semenanjung Malaysia sempena bulan kemerdekaan 1MBW bersama lebih 500 peserta. Semua pengalaman dinyatakan di atas boleh dikongsi di Blog Yok Rempitan .

 Saudara Ahmad Amin Yaacob mula bermotosikal pada tahun 1985 dengan motosikal Jenis Honda Rider 135cc. Kegiatan hanya sekadar berkonvoi di dalam negara bersama rakan sepengajian. Mula menggunakan motorsikal berkuasa tinggi pada tahun 2010 dengan Kawasaki er6 650cc. Memandangkan motor tersebut hanya 2 silinder, beliau mencuba pula motorsikal 4 silinder iaitu Kawasaki Z750. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap kegiatan permotoran dan berjinak dengan kembara ke luar negara, beliau bertukar ke motosikal yang agak sesuai iaitu Yamaha Fazer FZ1000. Dalam kegiatan permotoran, beliau berhasrat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti jalinan persaudaraan, amal jariah, gotong-royong, menyampaikan zakat dan sedekah serta menunaikan hajat seseorang untuk memeriahkan majlis tertentu, dengan pemanduan yang berhemah dan berdisiplin. Yang penting, beliau tidak mengamalkan kegiatan negatif seperti merempit atau lumba haram dan membuktikan “Bikers Bukan Pelesit Jalanan.”


Dr. (Ph.D) Mohd Ekhwan Toriman dan Isteri mempunyai minat yang sama iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi. Antara motosikal yang pernah beliau miliki ialah Yamaha Fazer 1000, Kawasaki GTR 1400 dan BMW GS1200 & 800. Minat beliau terhadap sukan bermotosikal ini agak baru sekitar 2008. Berkat tunjuk ajar biker otai, beliau kini mahir mengendali mesin berkuasa tinggi tersebut. Antara program yang pernah disertai beliau ialah Cameron Highland Charity Ride (2011), Lenggeng Charity Ride OKU (2011), Ride Cuti-Cuti Malaysia (2011), Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012) dan Ride amal anak-anak yatim Simpang Pulai (2010). Beliau bercita-cita untuk menunggang secara solo ke negara-negara Asean, insyallah.
  








Add caption
               . Dr Khalid dari P.Pinang...Alamak profil rider ini tidak dapat dikemas kini lagi     . Seorang lagi rider Sdr Rosli Kadir tidak dapat menyetrtai konvoi kali ini.                          

Friday, January 25, 2013

Jom Kayuh- Bukit Frazer 24/1/13

Tup..tup..tup Sabtu lagi..begitulah pantas masa berlalu. Hari Khamis 24 hb cuti Maulidur Rasul, Isnin 27hb cuti ganti Thaipusam...kalau ambil sehari cuti pada Jumaat bermakna mendapat cuti hujung minggu yang panjang..yes..yes..yess.!.teriak pengunjung warung sebelah meja aku..fuyo sikit punya gumbira...Cuti yang panjang gunakan dengan bermanfaat. Elok juga kalau balik kampung jengok ibubapa dsb...atau sebelum pulang ke kampong jomlah berkayuh lagi...Kita kayuh sampai lebam...



24hb Jan 2013 tertunai sudah hasrat berbasikal ke Bukit Frazer. Ramai rupanya kaki kayuh yang kesana. Seawal 8 pagi telah berduyun bikers menuju ke puncak.


Seperti kami, ramai yang meletakkan kereta di Pekan Kuala Kubu Bharu. Jarak kayuhan ke puncak 42km sahaja, namun lebih 95 peratus kayuhan adalah mendaki...mendaki dan mendaki lagiii..! pergh kalau matlamat berbasikal goyah nescaya tak sampai separuh jalan sudah berazam untuk gantung basikal..haha.  Pergi balik sejauh 85km mengambil masa 5 jam .. 3jam setengah untuk pergi, dan sejam setengah untuk balik.... Bagi yang berstamina tinggi mereka berkayuh jauh lebih cepat dari masa aku...Tak mengapalah..aku berkayuh menurut kemampuan aku..


                           Matlamatlah yang menjadikan pemangkin sesorang itu kekal lama  beraktiviti seperti berbasikal, berjoging, bermotorsikal dsb...Bila ditanya, ramai bikers  menjawab  kerana minat...yea itu juga salah satu matlamat...Bagi aku matlamat utama berbasikal adalah untuk kekal sihat...sekadar minat, tak sanggup aku berkayuh mengerah kudrat memanjat bukit lebih-lebih lagi dibawah terik matahari...



Kebetulan di taman aku terdapat geng yang sangat minat berjogging. Selalunya 10km sehari dan paling kurang 5km sesudah solat asar berlari mengelilingi taman atau tasik..sesekali aku join juga, tapi minat aku terarah ke berbasikal. ..pada aku kayuhan sejauh 50km tidak sepenat larian sejauh 5km....sungguh...lagipun menurut nasihat pakar, diusia melewati 40an, geseran berterusan dilutut semasa berlari dikhuatiri mendatangkan masalah pada anggota tubuh itu pula..
                               

Dulu aku pernah main golf, tapi tak kekal lama, walaupun baik  untuk kesihatan, tapi kos terlalu tinggi dan sangat tidak berbaloi dengan kepuasan yang diperolehi. Selain itu walaupun lama bermain, permainan kekal statik..jadi gantung set akhirnya. Kombinasi 3 faktor utama ini InsyAllah aktiviti riadah kita akan kekal lama..

1. Matlamat untuk sihat 
          2- Ditambah sedikit minat dan 
           3- Kos yang tidak begitu tinggi


Sebagaimana aktiviti riadah lain, semuanya melibatkan kos ...Sekiranya pengelibatan lebih terarah untuk menandingi peralatan dimiliki orang lain , nescaya aktiviti itu juga gagal bertahan kerana poket semakin mengempis memenuhi nafsu berlawan dengan rakan-rakan. Jangan disangka,  basikal rakan aku ini mencecah nilai 16 ribu...tapi sangat berbaloi kerana telah digunakan secara aktif melebihi 8 tahun . Walaupun kos permulaan sedikit tinggi untuk mendapatkan peralatan yang baik tapi kos susulan adalah tersangat minima. Ini yang sangat aku berkenan.


Hehe layan konar beb...Bermatlamatkan mendapat kelebihan penjimatan kos dan masa berbanding berkenderaan 4 roda, aktiviti bermotor aku juga insyAllah  mampu bertahan lama...Kalau keselesaan yang aku cari..dah lama aku jual motor-motor aku...

Bila cuti umum, bukan saja geng basikal berduyun-duyun ke puncak, geng motorsikal, 4WD, geng meneropong burung, geng kembara hutan dsb turut mengambl kesempatan ke sana ..

Hehe kepuasan ke puncak berbasikal ternyata tidak sama dengan berkenderaan bermotor . Walaupun telah banyak kali ke sini..tetap ingin aku abadikan bergambar di mercutanda ini...Haha..aku dah sampai..anda bila lagi...? 

BMW R1200RT-Pencegahan lebih baik dari merawat...

Pakai tak sampai 4 tahun batuan motor aku sudah cecah 80ribu..motor kawan aku nyaris 100 ribu...Tapi tak perlu risau kalau motor diselenggara dengan baik..Kapal terbang mampu berada di awan tidak kurang 30 tahun  apalah ada dengan motor yang hanya dibawa dijalanan...Selenggaraan baik insyAllah mantap...

 Setakat harini khidmat RT ni ok...Resepinya bila sampai waktu selenggara ..jangan bertangguh..apa yang dicadangkan tukar..tukar...! dan baiknya aku ini..bila tiba waktu selenggara, hati berdebar tak boleh bawak..he he..hendak tak hendak kena hantar ke bengkel juga...Batuan 80 ribu kena buat servis major...


Motor kawan aka bos aku PokLi yang menukar  clutch plate...berbaloilah  motor yang seusia motor aku telah mencatat batuan 100ribu km...

Ada orang risau bila mileage tinggi susah nak jual kembali...sepatutnya persepsi ini wajar ditukar..mileage tinggi menggambarkan motor yang boleh diharap...kenderaan yang berbatuan rendah dibimbangi lagi mendatangkan masalah...Bukankah orang yang lebih aktif sewajarnya lebih sihat dari orang yang hanya berpeluk tuboh...?

Argh kalau orang taknak beli pun takpa lah...biarkan saja motor jadi klasik...silap haribulan boleh jual jauh lebih tinggi ikut harga yang kita suka...!

Thursday, January 24, 2013

Kematian yang cukup sadis...



 
                              
                                    Entah siapalah yang melanggarnya...

Tuesday, January 22, 2013

Jom Ayuthaya--Yeha Bangkok 14hb Dec 2012...

Aku sambung semula cerita Kembara Ayatuhaya yang terputus ditengah jalan....

Walaupun tajuk kembara adalah Kembara Ayuthaya, tapi matlamat utama adalah ke Bangkok. Selama ini ramai yang menyarankan supaya menghindari Kota Bangkok kerana kesesakan yang teruk selain kekhuatiran tersesat semasa berkenderaan di kota yang dihuni lebih 8 juta penduduk. . Aku ingin merasai sendiri pengalaman itu.


                            

                                          
Antara candi yang terdapat di Ayuthaya, Thailand...

                                             Candi di Muara Takus, Sumatera...

Sebelum memasuki Kota Bangkok kami singgah dulu di  Ayuthaya City. Kota lama yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia Unesco  berkedudukan  70km dari Bangkok. Aku teruja melihat tinggalan kota lama melalui ciri binaan yang mungkin mempunyai pertalian  rapat dengan candi-candi lain di Nusantara. Ternyata rupabentuk binaan tidak jauh berbeza dengan candi yang pernah aku lawati di Muara Sungai Takus Sumatera. Melalui foto-foto, binaan juga tidak jauh berbeza dengan candi Borrobodur di Pulau Jawa Indonesia atau Angkor Wat di Kemboja atau candi Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah Malaysia...

Ekspidisi bermotor pada cuti tahun baru cina 1-16 Febuari 2013 ke Angkor Wat  Kemboja sesungguhnya amat aku nanti-nantikan..Owh hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

Lawatan ke Ayatuhaya juga tidak lama kerana hari telah beransur gelap. Kegusaran memasuki Kota Bangkok memaksa kami memendekkan lawatan...

Daripada Ayatuya kami menggunakan lebuhraya bertol untuk ke pusat bandar Bangkok. Oleh kerana masing-masing memiliki GPS Garmin, kami berkeputusan untuk tidak berkonvoi dalam perjalanan ke Kota Bangkok sebaliknya bertemu saja di lokasi yang telah diset bersama sebelum memulakan perjalanan. Cara ini lebih mudah. Kekhuatiran menempuh kesesakan akan menyukarkan pergerakan bersama. Tidak mengapa, Walkie talkie ada. Sekiranya berjarak kurang 5km, kami masih boleh berhubung sesama sendiri...

Perjalanan dimalam hari ternyata lancar bila  kenderaan kurang. Argh ternyata gambaran yang diwar-warkan selama ini tidaklah seburuk yang disangka. Berpandukan GPS mudah saja kami menelusuri Kota Bangkok dan mencari penginapan. Untuk memudahkan lawatan di Bangkok kami  mencari lokasi penginapan berhampiran dengan stesen MRT. Pergerakan di Kota Bangkok kelak hanya dengan menaiki MRT , Skytrain dan bermudik sampan di Sungai Chao Phrya.

Setelah bertemu semula dilokasi yang telah diset bersama, kami berpendapat elok saja letakkan kereta di pusat membeli belah dan tinggalkan keluarga disana sementara kami meronda-ronda berjalan kaki mencari tempat penginapan. Cara ini lebih mudah berbanding mencari dengan  menaiki kenderaan di lokasi yang amat asing bagi kita orang luar. Malam hujung minggu memang sukar memperolehi tempat penginapan berkos murah atau sederhana. Kebanyakan hotel bernilai 1000 baht kebawah semalaman penuh dengan pengunjung.Setelah puas mencari, dapat hotel penginapan 2200 baht semalaman. Ok tiada masalah.

Mengandaikan kesukaran mendapatkan makanan halal setibanya di Bangkok..kami  makan petang dan membawa sedikit bekalan di gerai muslim tepi lebuhraya Nakon Sawan. Ternyata tindakan kami tepat..Selesai check in dihotel jam sudah menunjukkan pukul 11 malam...Ingin mencari kedai halal dilewat malam pastinya suatu yang teramat sukar...Makan..makan terus saja tidur...


Monday, January 21, 2013

Jom Kayuh- Trek UPSI lagi...





Tarikh : 20hb jan 2013
Lokasi: Trek UPSI Tanjung Malim, trek yang sama semasa Jamboree UPSI Xtreme.
Jarak kayuhan: 35km
Jumlah peserta: 10 orang, 4 dari Rawang dan 6 orang lagi samada staff UPSI atau bikers dari Tg Malim
Penarafan trek : Sederhana - Extreme tapi boleh kayuh...











Teringinkan badan yang sihat walaupun jauh dengan trek mencabar aku gagahkan jua...Minggu-minggu kebelakangan ini aku berkesempatan berada dihospital menjaga abang yang sakit.. Menyaksikan sendiri serta mendengar rintihan pesakit di malam hari ternyata menginsafkan aku...Pengalaman itu menguatkan lagi semangat aku untuk kekal fit dan sihat...Kepada pembaca yang masih selesa berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang senaman jomlah memulakan langkah...untuk kekal sihat kita perlu melangkah 10 ribu langkah paling tidak 3 kali seminggu...Setelah berusaha kita berserahlah pada Allah..Sihat dan sakit itu milikNya jua...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK