Saturday, August 22, 2015

Jan pun Jan lahh...

Ibarat asam pedas... Ada asam pedas terlebih rasa asam keping, ada yang terlebih gula..terasa lebih daun kesum atau bunga kantan pun ada..Pendek kata  ada jer rasa yang tak kena..Tapi yang ini hampir perfect..adunan masam, manis dan pedas dia muaahhh...Hehe susah nak terangkan ke orang bukan mat motor nih, terpaksa buat analogi asam pedas...Begitulah gambaran motor baru aku ..Baru bukan sebab model baru atau 'band new;,tapi baru sebab baru saja memilikinya..Motor terpakai...Buang 2 ambik 1. Dulu kemaruk motor kini dah tak larat nak jaga, cukuplah hanya sebijik..Memang dari dulu berkenan yang ini.. Ternyata untuk ketika ini pilihan yang tepat..


Foto ihsan Pak Google..nak nampak lg ganazz hehe

Ujian pertama semalam ke Pasir Gudang . Ride solo...Rasa syok saja pada kedudukan tinggi...Pulas pulas throtel pergi.. pulas pergi...Kita dah bawak boleh tahan laju pun ada lagi driver  yang nak tunjuk handal.. cucuk cucuk rapat kat belakang...Hangin betol...Kalau jalan di depan  lapang oklah juga... Jalan dihujung minggu kan banyak kenderaan ...Takda masalah untuk bagi laluan .. Tahu dahh.., bergerak ke depan sikit akan sangkut balik..Aku suka mainkan driver cam ni... Beri laluan , masa dia sangkut,  tekan hon...Pastu kita mencelah tinggalkan  balik..Pastu tunggu lagi ...Ok juga ada driver macam ni setidaknya tidaklah ngantuk...

Walaupun tinggi. disamping kelengkapan tong kiri kanan yang lebar, motor masih boleh dikawal dengan agak mudah..Hiway ke Pasir Gudang semalam sesak teruk.. Bila laluan utama takda ruang mencelah maka gunakan bahu jalan tak berturap... Ok.. Lulus ujian..Kombinasi lain aku tersangat suka, cuma bunyi ekzos yang sedikit kurang. ...Walaupun dah tukar ke ekzos standard, bunyi ketika kelajuan tinggi agak membingitkan....Sebelum ini pemilik asal memasang ekzos sport..Ketika itu lagilah tak tahan, macam bunyi lori bawak ikan..Sesetengah orang suka bunyi bingit seperti ini...Tentang bunyi aku lagi suka bunyi RT atau V Strom aku dulu.

Keseluruhan aku bagi markah 9/10. Nampaknya kena cari penyumbat telinga... Mana tau dengan aksesori itu nanti markah boleh naik 10/10  hehe..

Jom jom naik motor..


Tuesday, August 11, 2015

Bila Tali Lebih Mahal Dari Lembu...



Walaupun pelik terpaksa akur. Sukar untuk memahami bagaimana nilai tong sebegini boleh lebih mahal dari sebuah motorsikal...Bayangkan harga terkini tertera dilaman sesawang, produk berharga 1100 pound sterling . Jika dinilai dengan tukaran wang RM6 untuk setiap 1 Pound sterling bermakna Rm6600. Ditambah dengan cukai 30 peratus menjadikannya  RM8580...Pergh untuk nilai ini kita boleh memperolehi sebuah motorsikal baru paling tidak Yamaha LC135 bahkan mempunyai lebihan... Tak ker pelik ...Adakah teknologi pembikinan tong lebih hebat dari motorsikal..Membebel pun tak guna.. Walaupun mahal tetap akan ada pembeli...


Disebabkan harga tong baru mahal, tong terpakai masih mempunyai permintaan...Penulis telah menjual tong terpakai setelah motor dijual kepada orang lain. ..Tak sangka tak sampai beberapa jam produk ditawarkan dikalangan geng motor..tong telah terjual.  Dulu tong dibeli secara online dari negara luar..tak ingat berapa harga tapi boleh tahan mahal lah..Nasib baik ketika itu tukaran wang Ringgit dan Euro tidak semahal sekarang. Sebagai memperingati penjualan tong tersebut, dibelilah rim sukan  dan tayar untuk kereta   disamping membuat penambahbaikan lain.. Duit yang diperolehi  jika diperabis begitu saja tiadalah kenang –kenangan nanti.  Walaupun kereta berusia, bila disolek nampaklah sedikit segar...

Kalau diikutkan ingin saja menyambar kapchai terpakai.. Duit jualan boleh saja membeli motor namun setelah difikirkan berkali kali, lainkali sajalah...Dalam kepala otak masih  berkira-kira untuk menjual lagi  aksesori motor terpakai nanti. Kebetulan motor ganti nanti banyak aksesori  yang boleh dilelong...Salah satunya adalah ekzos sport..Harga baru ekzos sport  pun boleh tahan mahal..Dapat jual suku harga pun dah kira baikk...Sesetengah mat motor nih memang gila aksesori... Hah penulis bukan begitu...Dah cuba baru ni memang rasa tak berkenan dengan bunyi yang membingitkan...Duit lelongan nanti bolehlah kot menyambar kapchai terpakai .. .hehe Haru.. duit jualan ekzoz boleh beli sebijik motor..Inilah yang dikatakan tali lebih mahal dari lembu..

Sementara menunggu motor ganti tiba ,  berkeretalah kita...Bergaya dengan rim sukan baru hehe...






Wednesday, August 5, 2015

Jom jimat air...


Terminal tengitaran semula air lebihan wuduk di Masjid Kuala Kubu Bharu Selangor..

Sangat setuju.  Kaedah penjimatan air sebegini perlu dikembangkan ke lain lain masjid juga.  Selain ini kolah perlu diwajibkan di setiap masjid  sebagai alternatif tambahan untuk  lebih menjimatkan air. Jika diperhati terutama dihari Jumaat, air lebihan wuduk terbazir dengan begitu banyak., sedangkan kos untuk merawat air bersih adalah mahal..Dengan kaedah ini air lebihan  boleh dikitar semula untuk tujuan pengairan sistem tandas juga digunakan untuk menyiram pokok-pokok atau tujuan pembersihan umum lain.

Jika di atas di tempat awam, setiap individu boleh memainkan peranan untuk penjimatan juga di rumah. Semasa mengambil air wuduk elok ditadah lebihan air dalam baldi.. Anda akan terkejut betapa banyaknya air terbazir semasa mengambil wuduk.. Bayangkan jika mempunyai jumlah isirumah yang ramai...Gunakan lebihan air itu untuk menyiram tandas. . Jika  lebih rajin guna untuk siram pokok tanaman.


Jom jom kita berubah..Kita mampu mengubahnya..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK