Tuesday, February 26, 2013

Kembara Cambodia- Pnom Penh lagi...

8Feb 2013- Pnom Penh,..Ternyata 3 hari di Pnom Penh dirasakan lama sangat... Kami ingin ke Ho Cin Minh, Vietnam menaiki van atau bas untuk mengisi masa lapang kami, tapi berubah fikiran bila memikirkan tidak berbaloi mengharungi perjalanan yang panjang selama 8 jam pergi dan balik tidak termasuki masa berurusan di imegresen nanti.

Masa terluang digunakan untuk meronda-ronda bandar Pnom Penh lagi walaupun semalam petang kami sudah ke sana, sebahagian lagi termasuk aku melepak saja dalam bilik dan merayau-ratau sekitar hotel penginapan , melihat gelagat masyarakat setempat...
Cuti Tahun baru cina warga kota Pnom Penh turut mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing..


Mereka betul-betul memenfaatkan apa yang ada..selagi boleh selit..selit..motor pun boleh angkut sekali...Tahan pulak suspension atau tayar walau pun dah terlebih muatan begini...

 Kecil diluar, besar didalam...van ini memuatkan penumpang yang ramai..walaupun dah sesak, setiap penumpang yang datang masih diterima naik...mentaliti kelas dunia ketiga masih menebal disini...Keseluruhan aspek kebersihan persekitaran di Cambodia ditahap mendukacitakan..isi dimakan masuk perut, kulit campak atas jalan...Jangan ditiru sikap begini ok...

 Barber Corner...nak cari rezeki tak perlu premis mewah, pacak khemah duit boleh masuk..yang penting usaha......Sangat bersyukur memikirkan kita sebagai rakyat Malaysia..Kita heran jika  rakyat Malaysia masih terus menerus  mengeluh dan sering menyalahkan pihak lain...Bukalah minda dan melawatlah negara orang...

 Hari jumaat, solat di bangunan sementara...

Masjid sedang dalam pembinaan atas duit sumbangan kerajaan Kuwait...Kepelbagaian agama bebas diamalkan di Cambodia..Seruan azan turut berkumandang diruang udara... Pembinaan rumah ibadat kaum minoriti atas inisiatif masing-masing, tiada bantuan kewangan dihulurkan oleh kerajaan memerintah...

                            

 Jemaah Malaysia...

Pengemis jalanan..anak-anak kecil berbogel seusia 2-3 tahun boleh terus meluru ke dalam masjid untuk meminta sedekah... menurut jemaah tempatan mereka berketurunan Khmer bukan islam...


                           
"Amacam Bro, ok..?.."

"Ok..! Good-Good." .he he..Amin GudGud...

Kami bersiap sedia untuk ke Kg Chanang pada Sabtu 9hb Feb 2013, merealisasikan misi kembara kami...ikuti coretan esok...

Diari kembara hari ke 7 masih boleh diikuti di sini..Lawatan Muzium Genocide Tuol Sleng

Monday, February 25, 2013

Kembara Cambodia-Tuol Sleng Genocide Muzeum, Pnom Penh


7hb Feb 2013, Khamis, Pnom Penh....Mengunjungi Pnom Penh tidak sah jika tidak melawat Muzium Genocide Tuol Sleng dan The Killing Field. . Kali kedua Aku  ke Pnom Penh, ke tempat sama kami dibawa.. Kali ini dibantu  jurupandu kami   Pn Fazilah , suami dan Sdr Rudy...Walaupun kejam kebaikannya pun ada.., sejarah kekejaman Rejim Pol Pot berjaya menjana ekonomi Cambodia. Selain Angkor Wat di Siem Reap, dua tarikan sejarah diatas berjaya menggamit pengunjung serata dunia mengunjunginya. Sekiranya sejarah itu tidak terjadi, barangkali Pnom Penh hambar untuk dikunjungi..







Peralatan pendidikan jasmani dijadikan alat untuk mengantung dan menyoal siasat mangsa...Sekiranya pengsan kepala mangsa akan direndam dalam air di tempayan yang disediakan...Aku ingat lebih seronok kot  membuli mangsa berbadan tembam seperti Br Man JO..ergh Man BigBig..hehe..





                                          

                           
Mangsa yang dibunuh adalah dikalangan cerdik pandai dan keluarga. . Dikhuatiri mereka ini akan menjadi penggerak kebangkitan rakyat...


                         

 Lubang kesan peluru menembusi tengkorak...


 Yea-yea gelak sahabat aku Brader Ikhwan...hati-hati ada yang merenung kat belakang tu...tak pasal-pasal ada yang mengikut balik ....berani dalam takut...jangan nanti ada yang tarik tilam dan bantal ke  bilik kawan untuk tumpang tidur...haha
                           

Pendekar Mastor dan Sdr Rudy...


 Selesai lawatan muzium kami di bawa ke The Killing Field terletak 15km dari pusat bandar...Merasai kemanisan air tebu dalam perjalanan ke sana...

 Bayaran masuk The Killing Field adalah 3USD...




                            

Brader Khalid dan Ruslan...


Kawah merupakan bekas kubur besar  yang digali semula untuk mengeluarkan rangka mangsa...

Ini bukan kubur besar tapi kolam yang digali oleh kerajaan sekarang untuk  mengelakkan banjir dikawasan lawatan...

                           
Rangka-rangka yang timbul akibat banjir dahulu dikutip dan dikumpulkan didalam tabung kaca ini...



                           




Amin Gud-gud dan Tun Peace...

                            

Ramai mengakui, Rejim PolPot adalah kejam,   selama 3 tahun pemerintahannya hanya 3juta penduduk menjadi mangsa...Bilangan ini jauh lebih kecil berbanding kekejaman yang dilakukan oleh Zionis dan Kuasa besar lain terhadap negara yang mereka ceroboh seperti Palestin, Iraq, Libya, Bosnia Afghanistan dll. Dan lebih kejam lagi sejarah itu cuba dipadamkan untuk menutup kekejaman mereka...Lebih menjengkelkan mereka ini berlagak baik...

Membeli cenderahati di gerai yang disediakan. Pemilik adalah muslim. Mentang-mentang ayu, ramai yang meminta menggayakan selendang yang akan dibeli...Sempat wa bertanya...Alamak melepas..dah kahwinlah bebb...semoga tudung kekal membaluti kepala anak pemilik gerai ini...

Selesai lawatan The Killing Field, malam itu kami akan menjamu selera di rumah jurupandu kami Sdr Aziz dan isteri Fazilah...Sambil itu melalui perkarangan istana raja...



Sewaktu kami di Pnom Penh rakyat Cambodia sedang berkabung atas kematian raja mereka Norodom Sihanouk..Sewaktu kami di sana upacara pembakaran mayat raja sedang dijalankan. Saban hari TV bersiaran secara langsung menyiarkan upacara tersebut dan pertabalan pewaris takhta  . Gambar diatas 
rakyat kebanyakan membanjiri perkarangan replika rumah pembakaran  sesudah upacara pembakaran itu

 Rumah pembakaran di pandang dari pintu gerbang .  Menurut jurupandu kami 3 bulan berikutnya rumah yang dibina untuk upacara pembakaran mayat raja  bernilai lebih 1juta USD akan dirobohkan.



 Kami  di perkarangan Kompleks Istana Raja...

Dirumah keluarga Sdr Aziz...sementara menunggu makanan dihidangkan...

Sepanjang kami di Thai dan Cambodia, memanjang kami pekena Tom Yam dan makanan ala-ala sup..sampai naik mual tekak untuk menelan..bila dihidangkan ayam goreng berempah , ikan masak kari berserta ulam-ulaman..pergh memang tak pandang kiri kanan...tambah-tambah..hehe...

                           

Mendengar sendiri pengalaman bapa Sdr aziz semasa regim Pol Pot.. Walaupun berpelajaran dan menjadi peniaga emas, terpaksa berpura-pura tidak reti membaca untuk menyelamatkan nyawa...Beliau dan penduduk kampong yang tidak sempat melarikan diri dikerah menjadi buruh paksa.. Setin susu beras  dimasak untuk dikongsi seramai 60 orang...!

Lawatan menginsafkan aku dan sahabat yang lain barangkali...keamanan negara sesungguhnya tiada ternilai dan jangan biarkan keharmonian negara tergugat oleh orang yang gila kuasa...

Kembara hari ke 6 boleh lagi di baca di sini Kembara Cambodia: Koh Kong -Pnom Penh

Sunday, February 24, 2013

Bon Voyage Nur Farah Latep...

23hb Feb 2013, Sabtu

Hidup ibarat roda, dari mana kita datang ke situlah kita akan kembali...Dulu seorang, berdua sehinggalah tujuh orang sekeluarga berkumpul, dan kini putaran roda mula menuju ke tempat asal..kami kembali berdua..Anak-anak mula bertebaran jauh dari ahli keluarga.. 

Sabtu 23hb giliran anak ke dua melanjutkan pelajaran ke luar negara.. Azam untuk mengunjungi anak sulung di Alexandria, Mesir belum tercapai, kini bertambah niat untuk mengunjungi Australia pula.. Nampak gaya kena perkukuhkan azam kerana mereka berdua akan menamatkan pelajaran 3 tahun  lagi ...Sementara mereka ditempat masing-masing, boleh menjadi pemandu pelancong kami disamping berjimat menumpang penginapan mereka...


Berikut petikan ayat anak sulung yang aku salin dari FB beliau mengenai anak kedua aku ini...

"Budak pakai coat putih tudung oren ni dulu seorang pembuli,suka conquer semua benda termasuk jajan,tv n playstation..otai jgk dia kat skolah hampir kne panggil masuk JDM (Jemaah Disiplin Maktab) sbb tindakan brani mati mengecas henpon kt motor kipas tru wayar haram

Nk puji mls..nnt dh kembang ssh nk pancit haha~2 jam lg flight dia ke bumi kanggaroo..bljr rajen2 dik..dh smpai nnt kim slm kt mat lutfi :p.

Bukannya hampir kena panggil bahkan kami ibubapa telah dipanggil mengadap Timbalan Pengetua Hal-Ehwal Pelajar...Ada sedikit kemaafan kot sebab pengetua sekolah adalah bekas guru isteri wa sewaktu di MRSM dulu...



Sedikit majlis doa selamat dan kesyukuran diadakan Ahad 24hb feb 2013 dirumah wa bersama rakan bikers yang ke Cambodia baru-baru ini .. Majlis 2 in 1 lah kot kesyukuran juga untuk kami yang selamat pergi dan kembali pogram Kembara Cambodia. Walaupun anak aku telah terbang Sabtu, kerana penerbangan diawalkan..sepatutnya 3 Mac..terimakasih kepada sahabat bikers kerana sudi meluangkan masa datang ke rumah aku. 

                                          

Dunia tanpa sempadan, dalam pada kami sibuk membuat majlis kenduri bersama rakan motor  Ahad..telah muncul gambar beliau di perantauan melalui laman FB..pergh kepada NurFarah semoga pandai menjaga diri dan berjaya dalam pelajaran. jangan lupa jaga solat 5 waktu...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK