Wednesday, February 26, 2020

Limau Kasturi...


Khamis 27hb Feb 2020
 Huhu 2 hari lagi akan melangkah ke bulan baru Mac...Terlewat sehari dari tahun tahun kebiasaan. Specialnya tahun in bulan Feb berakhir pada 29hb, bukannya 28hb .. Bergembiralah orang yang dapat menyambut ulang tahun kelahiran 29hb...

Tak tahulah samada kemelut politik tanahair mampu berakhir  dengan adanya tambahan satu hari ini. Nampak macam sukar.

Kesah politik ketepilah, menyampah asyik disajikan kemelut yang berpanjangan.. Perubahan pucuk pimpinan diharap menjadikan suasana lebih baik ternyata meleset., serba serbi semakin mengundur kebelakang.



Mujur ada aktiviti sampingan yang dapat dijadikan terapi minda dan fizikal daripada terperuk menghadap media sosial. Kebun tumpang depan rumah kini menjadi ofis dan gym penulis .Dapat juga hasil 



Harini menyulam pokok paku pakis., daripada 8 pokok yang ditanam sebelum ini, hanya dua pokok yang hidup. Selalunya memang macam itu, yang cuba ditanam agak sukar untuk hidup, yang cuba dihapuskan pantang terlepa makin bermaharajalela. Seingat penulis  sakit pergelangan tangan cuba memesin paku pakis yang galak tumbuh dikebun sawit dikampong...

Harap hiduplah asparagus kota ini


Bermula dari semaian sepokok kini pokok sabung nyawa ini dibiakkan lagi menggunakan keratan batang yang direndam didalam air beberapa hari..Kelihatannya mampu hidup.



Bertambah lagi koleksi pokok limau kasturi. Pokok lama ditanam didalam pagar rumah malu malu untuk berbuah, pokok yang ini tanam ditanah tumpang didepan rumah, cahaya cukup harap berbuah lebatlah nanti.



Pokok nangka ini pun dipindahkan dikebun tumpang..Tak pasti spesis apa, benih pokok yang tumbuh sendiri didalam pasu..Dah berapa kali kena cantas batang untuk dihapuskaan kerana ketiadaan tempat untuk ditanam, tapi tetap mau hidup...Rasanya boleh dikawinkan dengan tunas lain nanti untuk membuahkan hasil yang lebih baik.


Jika nangka diatas tu tumbuh
sendiri, semaian benih biji dalam polibeg nih tak pasti mampu hidup atau tak..Dah dekat seminggu  cuba mencambah benih dari buah yang dibeli digerai tepi jalan,tapi belum ada tanda tunas mulai tumbuh...Isi nangka memang sangat manis.



Benarlah, bila pohon banyak, persekitaran pun nyaman., jika tidak masakan kelawar ini memilih pohon salam ini untuk dijadikan habitatnya. Burung burung pun banyak yang singgah memakan biji-biji pokok..Sekarang ni bersepah sepah benih pokok salam dikeliling laman rumah.

Jom jom kita berkebun..

Tuesday, February 18, 2020

Gua Tempurung Perak..



Salah satu destinasi yang ingin dikunjungi, berkesempatan singgah dalam perjalanan balik dari Kuala Kurau ke KL. Selasa 18hb Feb 2020.

Akses yang mudah untuk ke sana. Jika menggunakan lebuhraya boleh mengambil exit Gopeng. Anda tidak akan tersesat apatah lagi kini boleh dipanduarah oleh waze atau google map.

Pengindahan mercutanda di simpang utama Gua Tempurung perlu ditingkatkan,untuk menarik perhatian pengguna jalanraya singgah. Ketika ini mercutanda yang tak seberapa hanya  kelihatan untuk motoris yang  ke utara, namun tidak untuk motoris yang menuju ke selatan.  Alangkah baiknya jika pintu gerbang dibina di simpang utama ini.





Dari simpang utama ke gua tak jauh dalam 3km. Papantanda ini juga sudah kelihatan usang dikelilingi semak samun. Pihak Jabatan Pelancongan negeri Perak perlu mengambil perhatian akan hal sebegini.



Fasiliti ditaman ok. Gerai banyak tandas pun ok luas lagi bersih.






Terdapat pelbagai jenis tour yang boleh disesuaikan dengan kehendak pengunjung dengan tiket berbeza. Jika sekadar melawat santai boleh mengambil tour 1..Untuk lebih lasak ambillah tour 4. Harga tiket bermula dengan harga Rm8  untuk orang dewasa.  


  Antara arca batu kapur yang terbina jutaan tahun.




Sebahagian video yang penulis dapat rakam dan sunting.

Penulis pernah berkunjung ke beberapa gua  di luar negara...Ternyata setiap gua memiliki keunikan tersendiri.

Green Canyon Indonesia

Gua dasar tanah Australia

Air terjun dalam gua Wales UK


Punca air sungai bawah tanah gua  Bosnia



Balik ke KL terjebak dengan kesesakan lebuhraya disebabkan kemalangan beberapa kenderaan ketika hujan renyai...

Pastinya banyak lagi gua gua menarik yang patut kita kunjungi... Gua Niah di Sarawak pun tak pergi lagi..Jom jom jom...


Wednesday, February 12, 2020

PRO-RieZ@L -Kedai Gunting Lama Imej Baru

12hb Feb 2020

Huh sedar tak sedar sudah lebih setahun kedai ini penulis ambil alih sejak 28Sept 2018. Setahun lebih telah berlalu namun prestasi kehadiran pengunjung belum begitu memberangsangkan. Dulunya tak banyak yang penulis boleh lakukan kerana menghormati pemilik lama yang ingin terus bekerja disitu. Kini pemilik lama telah pencen sepenuhnya., sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupkan kedai.

Penulis selaku pemilik baru masih ingin mempertahankan kedai ini...Secara zahirnya kedai ini tiada cacat cela, berbanding kedai-kedai penulis yang lain, lokasi kedai ini sangat strategik, dilaluan jalan utama, kawasan berpenduduk padat cuma hairan kenapa pengunjung tidak datang ke situ.

Percubaan berikutnya penulis memberi tempoh 6 bulan lagi, jika masih tiada perubahan, dengan berat hati ingin melepaskan saja kedai ini...Lebih baik berpindah ke lokasi lain daripada membuang masa dan saban bulan terpaksa mengeluarkan duit poket tambahan untuk menampong perbelanjaan kedai.



Kedai ini masih dibayangi pemilik lama. Dulu, kedai buka tutup tidak menentu.. Jumaat cuti, tiap hari kedai beroperasi setakat jam 6 ptg... Tukang gunting tambahan baru dibawa masuk silih berganti, tiada yang serasi dengan alasan tiada pelanggan bertandang. 


Banner baru digantung untuk menggamit pengunjung datang..

Setelah 2 bulan membawa tukang baru muda yang digajikan secara bulanan nampaknya macam ada sinar dihujung terowong.. Pengunjung lebih menerima tukang gunting muda berbanding tukang tua . Waktu operasi dibuka setiap hari dari  10pagi sehingga 10 mlm. Target kehadiran minima pelanggan hampir dicapai, diharap akan melepasi target dalam tempoh probasi 6 bulan.



Signboard lama akan diganti dengan yang baru untuk melupuskan bayangan lama. Dengan komitmen sebegini, jika masih tiada perubahan positif, nampaknya rezeki tiada disitu. Kita telah berusaha, selebihnya bertawakal sajalah..

Jom jom bergunting di

 PRO-RieZ@L
No 22 Jln 13/2A, Tmn Wilayah Selayang, 68100 Batu Caves Kuala Lumpur.


Saturday, February 8, 2020

Pangkas Bunga...

5hb Feb 2020 Rabu



Sementara menanti jam 3 ptg,  bertolak ke KL menaiki bas, sebelah pagi sempat berkebun mengemas keliling rumah pusaka.

Syok berkebun bila peralatan lengkap...Memangkas pokok mengambil masa yang singkat dengan bantuan teknologi.

Jom jom berkebun...

Tuesday, February 4, 2020

Dataran Gemilang Yong Peng...

Penulis bagi 5 bintang untuk Majlis Daerah Yong Peng kerana membina Dataran Gemilang Yong Peng. Lokasinya di rizab tepi sungai sangat strategik. Kemudahan  awam
ini nampaknya berbela. Banjir pun sudah jarang berlaku.



Sejak Empangan Bekok dibina, daerah Yong Peng jarang banjir. Dulu bila musim tengkujuh, kami akan dipindahkan ke pusat pemindahan kerana seluruh kampong ditenggelami air.,Sekarang ni jika empangan tidak lagi mampu menampung lebihan, air akan akan dilepaskan atas faktor keselamatan, barulah banjir mula melanda.




Di sebelah dataran ini terdapat kawasan berpokok yang menjadi santuari burung.

Jika ada siaran langsung acara sukan, dataran ini sering menjadi tumpuan kerana terdapat skrin besar. Pada hari kebiasaan tetap meriah kerana banyak gerai dibuka sebelah petang dan malam. Hujung minggu pagi ramai warga tempatan bersenamrobik.




Agak kecewa prasarana yang yang dibina begitu indah tetap menjadi mangsa vandalisma. Disetengah dinding diconteng dengan perkataan vulgar.

 Walaupun setiap 30m sekeliling dataran disediakan tong sampah ada juga pengunjung yang bengap membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya.

Jom jom kita berubah menjadi kepada yang lebih  baik.Kita mampu mengubahnya.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK