click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 29, 2017

Jalan Pintasan Rawang

29 Nov 2017 

Setelah beberapa kali tular di media sosial kononnya jalan telah dibuka, akhirnya penantian itu menjadi realiti pada 28hb Nov 2017.



Jajaran pintasan baru 9km dengan hampir 3km jalan bertingkat dimulakan pembinaan Julai 2005 dan siap Nov 2017 melibatkan kos pembinaan 628juta.

Tidak melepaskan peluang, penulis mencuba laluan baru pada ketinggian maksimum 58.2 dari aras tanah  yang dinobatkan sebagai jambatan tertinggi di Malaysia bahkan ada yang mengatakan tertinggi di asia tenggara



Papantanda dari arah selatan perlu didirikan sekurang kurangnya 500 m sebelum cabang simpang, jika tidak nescaya ramai pengguna yang menghala ke Pekan Rawang ataupun menuju Leburaya LATAR akan tersalah haluan memasuki jalan pintas baru ini...Jika terjadi pengguna perlu meneruskan perjalanan sehingga susur keluar di Sg Choh untuk ke destinasi dinyatakan.

Dari awal pagi lagi diperhatikan ramai pengguna yang mengundurkan kenderaan setelah tersalah memasuki lorong...Keadaan ini sangat membahayakan sementelah cabang simpang agak tersorok kerana selekoh..



Semasa melalui jalan ini tadi ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan ditepi jalan untuk bergambar...


Spot ini pastinya akan menjadi lokasi popular untuk orangramai mengabadikan foto kenangan...




Menyelesaikan satu masalah, muncul pula masalah yang lain..Kesesakan  kini beralih di persimpangan lampu isyarat Sg Choh pula. Tujuan jalan pintas  adalah mengelakkan kesesakan di Pekan Rawang untuk pengguna dari selatan yang ingin ke  utara dan begitulah sebaliknya..

Pengguna yang ingin ke Sg Choh atau pun Bukit Beruntung dll bersedialah menghadapi kesesakan di persimpangan lampu isyarat Sg Choh pula...Dalam keadaan tiada jalan pintas laluan Sg Choh-Rawang memang sentiasa sibuk,  dengan pembukaan laluan pintas akan memburukkan lagi keadaan..Bayangkan jika pengguna dari selatan yang ingin ke Pekan Rawang tersalah masuk lorong tadi..

Walaubagaimanapun syabas kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan jalan pintas ini...


Monday, November 27, 2017

Taman Botani Johor, Sri Medan

26hb Nov 2017

Walaupun penulis anak Johor, tapi tak tahu kewujudan taman botani ini.. Walhal taman ini sangat dekat dengan kampong halaman YongPeng.

Taman Botani Johor terletak di Sri Medan yang hanya berjarak tidak lebih 20km dari Tol Plaza  Yong Peng Utara . Tak pasti bila taman ini mula dibuka.

Pergi ke taman ini secara tidak sengaja apabila terpandang papan tanda di simpang masuk Sri Medan..Kebetulan lalu disitu untuk mencari gerai sarapan pagi. Ahad 6.30 pg ternyata banyak kedai yang belum bukak...


Taman dibuka untuk orang awam bermula 7pg dan ditutup 7ptg...


Kawasan cukup luas untuk berpagian disini...

Tak sempat meneroka keseluruhan kawasan taman.



 Terdapat dua tasik yang berbeza aras terletak sebelah menyebelah...Mula-mula tertanya  juga adakah ini tasik semula jadi...Rupanya tasik ini adalah bekas lombong bijih besi...




Penambahbaikan sedang dilakukan...antaranya membina laluan pejalan kaki ditepi tasik..

Terdapat juga sudut landskap sumbangan PBT setiap daearah di Johor.






Alangkah bagus sekiranya  landskap di bina dikawasan yang lebih luas...Pada pandangan penulis ianya terlalu sempit. Semakin serabut  bila landskap dibiarkan tak terurus.

Usaha menjadikan kawsan ini sebagai taman botani sewajibnya dipuji..


Cuma penulis agak kurang berkenan dengan binaan yang terdapat disini...Rekabentuk cincai  sangat mencacatkan suasana taman yang cuba diwujudkan. Sepatutnya terapkan elemen kedaerahan dalam setiap rekabentuk  bangunan yang didirikan ditaman. Kita mahukan taman bertaraf internasional.



Untik menghidupkan taman mohon perbanyakkan lagi aktiviti ditaman...Pihak PBT boleh menyediakan tapak perkhemahan...dengan menyediakan tapak BBQ
Tak pasti samada terdapat chalet disini...Jika tiada mohon di adakan

Sediakan juga tapak  Laman Pengantin..Jika kena dengan promosi rasanya akan jadi pilihan pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan taman disini.


Penganjuran aktiviti seperti ini sewajarnya dipuji dan diteruskan. Jika tidak nescaya taman akan lengang dari kunjungan orang ramai. 

Trek berbukit juga sangat sesuai untuk berbasikal lasak..Jika terdapat penganjuran jambori berbasikal rasanya akan bertambah popular taman ini..



Persekitaran nyaman sangat sesuai dijadikan kawasan beriadah keluarga...Warga setempat maupun orang luar boleh menjadikan taman ini sebagai pilihan untuk beriadah.

Secara keseluruhan penulis suka dengan taman ini walaupun  banyak penambahbaikan boleh dibuat... Cuma aspek mentenen taman perlu ditingkatkan...Penulis beri markah 2/10 saja.

Kepada warga luar sana jom jom kita ke Taman Botani Johor. 








Friday, November 24, 2017

Europe17-Napoli


Penginapan kami dengan kawasan tumpuan tidak jauh..Kawasan tumpuan membeli belah juga berdekatan.

 Selalunya penulis akan merujuk internet tempat menarik untuk dilawati.

Hampir semua 10 tempat yang tersenarai sebagai menarik telah kami lawati.



Sausana bandar Napoli biasa biasa saja...Kedudukannya di tepi pantai..Sebagaimana penulis nukilkan dulu sesetengah tempat hanya nampak indah digambar. Begitulah Napoli..Untuk mendapatkan gambar menarik kena mencari sudut yang betul.

Seperti biasa tempat menarik tersenarai adalah muzium...istana lama..kota lama dsb
Di muzium arkeologi sejarah runtuhan kota pompei dipamerkan di sini



 Ini pemandangan dari kota lama Castell Del'Ovo

Pemandangan dari jauh pelabuhan Napoli..Feri cruise banyak yang singgah di Napoli

Dalam banyak tempat Napoli, Piazza Del Plebiscito lebih mengujakan penulis..Ada suatu yang istimewa di dataran ini...Beberapa kali penulis mencuba berjalan  ke arah target antara dua patung berkuda  sambil menutup mata  tetapi gagal.. Target sentiasa tersasar..Percaya atau tidak ada yang mencuba hampir kembali ke tempat dimana bermula...

Buka uTube Piazza Del Plebiscito untuk memahami apa yang penulis maksudkan..


Jila di Paris melawat kilang minyak wangi..di Napoli melawat kedai menjual pelbagai bau minyak wangi...

Manis penjual minyak wangi ini he.he..Muka ala ala meditranean...


Artis  jalanan...Di eropah memang ramai artis jalanan ...


Di sini ayam turkey adalah murah..Hampir hari hari memasak ayam turkey. Peniaga ayam ini dari Pakistan yang telah lama bermastautin di Napoli..


Pemandangan deretan kedai menjual barangan basah dan kering...



Napoli daerah yang gah dalam arena bolasepak era Maradona...Jersey bola beliau masih banyak dijual...

Sebagai kenangan kita membeli lah juga...



Ini lagi cubaan penulis menuju target di dataran Del Plebiscito...

Esok kami akan ke Rome menaiki keretapi laju...Tunggu...

Monday, November 20, 2017

Europe D23-Luton


Selesai meronda sebahagian kota di eropah rombongan kembali semula ke London. Selama ini membayangkan kota eropah yang indah saja walhal sebahagiannya indah khabar dari rupa...Kota-kota besar yea bersih tapi pinggiran kota agak berserabut..Penyakit warga eropah adalah mereka gemar membuat graftiti didinding -dinding awam...Hampir semua kota tak terlepas dari contengan tangan2 gatal ini





Hiway di eropah juga sering sesak ketika waktu puncak...Corak pemanduan juga agak kasar terutamanya di bandar bandar besar...Di Amsterdam pengayuh basikal adalah raja..di Itali skuter bermaharajalela..di Paris kerap saja berlaku kemalangan ...




Kembali semula ke Uk...Penyaringan masuk imigresen  Uk agak ketat...Ketika ini isu brexit sedang hangat. Jika dulu warga eropah dan uk bebas keluar masuk   sejak ada brexit ramai yang terkandas...




Setiba di London kami terus  ke Luton..Menaiki bas dari Victoria Station.. Akan bermalam di airport Luton...Kami tidak balik ke tanahair sebaliknya menyambung kembara ke selatan Itali. Penerbangan kami ke Napoli awal pagi jam 6...

Kami akan menghabiskan 7hari lagi di Itali...Akan melawat Rome, Napoli dan persekitaran sepanjang tempoh lawatan.

Mungkin ramai yang pelik  kenapa kami melalui Luton Uk dan tidak melalui Paris untuk ke Napoli...Tidak pelik kerana tiket penerbangan dari Luton-Napoli jauh lebih murah berbanding Paris-Napoli..



Napoli sangat sinonim dengan Maradona..Bintang Argentina yang bermain untuk kelab Napoli. Negeri negeri  selatan Itali seperti Napoli agak terkebelakang berbanding negeri2 diutara seperti Milan..Rome..dll




Persekitaran pun agak serabut...Ikut pandangan penulis aspek kebersihan juga aspek pemanduan tak jauh beza dengan Iskandariah maupun Cairo di Mesir...Disini bunyi hon kenderaan adalah biasa..Memasing tak mahu mengalah..


Kes pencopet pun banyak..


Lihatlah dinding- dinding lorong yang serabut dengan graftiti...Sebahagiannya diburukkan lagi dengan bau hancing sesetengah wargakota mabuk melepaskan hajat dilorong- lorong sunyi.. 






Di Itali kos sara hidup adalah tinggi...Gaji penjawat awam maupun swasta pula sederhana...Masalah sosial seperti gelandangan agak tinggi...


Di Napoli tidak sukar untuk mencari makanan halal...Banyak restoran masakan arab maupun kiosk kebab halal.. Ramai warga arab di sini...


Di Napoli kami menginap di rumah saudara yang melanjutkan pengajian 6 bulan di sana...Kos hotel dapat dijimatkan...

Coretan akan datang menukilkan lawatan kami ke Rome..Tunggu diari lawatan selanjutnya..



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK