Tuesday, November 27, 2018

Jogging KKB Nov 2018


 28hb Nov 2018 Rabu..

Lokasi jogging harini Stadium Mini Kuala Kubu Bahru. 30km dari Rawang. Tak mengapa sesekali berubah angin.


Harini walaupun agak lewat tiba disini dalam pukul 9 pagi lebih, sausana masih redup, sesekali hujan gerimis namun tidak menghalang meneruskan aktiviti



Kelihatan beberapa  orang muda turut berjogging. Kalau warga senior berjogging ketika ini itu biasa tapi golongan muda berjogging dihari bukan kelepasan am agak jarang jarang kerana kebanyakan anak muda berkerjaya. Barangkali mereka adalah para guru yang kini sedang bercuti sekolah.. 



Sesudah beriadah menikmati juadah sarapan pagi di Restoran ResipiOpah.. Dekorasi sangat menarik dan berhawadingin.Selain enak, caj harga makanan sangat berpatutan. Nampaknya  akan kerap bekunjung di restoran ini apabila berkunjung ke Kuala Kubu Bahru. 


Lagi menarik di Kuala Kubu ini terdapatnya kolam air panas yang berdekatan dengan JPJ Kuala Kubu Bahru. . Selepas beriadah kita boleh mandi- mandi atau sekadar berendam kaki untuk menghilangkan lenguh- lenguh sendi.. Tempat persalinan disediakan tetapi tiada tandas. Keperluan asas yang sepatutnya disediakan oleh penguasa tempatan. 

Jom jom apalagi mari kita beriadah di Kuala Kubu Bahru. 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK