click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, April 28, 2012

Bersih3- Cukup-cukuplah tu...!

Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak fikir...ini saja pandangan aku kepada mereka yang taksub sangat nak berdemo di Dataran Merdeka harini. Sebenarnya aku jadi semakin keliru akan tujuan sebenar mereka nak berdemo...setelah aku tengok video debat antara Ambiga dan KJ, semakin menyampah aku dengan puak-puak ini... antara lain, boleh ke si Ambiga kata kesuntukan masa untuk pindah venue berdemo sebab notis yang pendek....la nak notis panjang macamana lagi..? .ini bukannya zaman dulu kena pakai telegram untuk maklumkan berita secara pantas..lagipun bukannya nak buat persiapan pentas grand macam nak  sambut hari kemerdekaan atau terpaksa menyediakan logistik hebat macam penganjuran F1.. setakat untuk melalak berdemo ..bukan ke 'Any time, any place..' Orang dah  bagi tempat berdemo tu dah kira bagus...kata pejuang hebat...tempat pun  nak memilih, sebab tu aku ragu akan tujuan sebenar mereka berdemo...

Bila aku baca pandangan  ini menyampah aku semakin meluap-luap...

Adakah kita inginkan Malaysia nanti jadi seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Tunisia, Syria dll. Bergolak tak pernah aman..Nak puaskan hati semua orang memang mustahil...

Aku ragu, adakah kesemua pendemo tu tau apa yang mereka inginkan...atau jadi pak turut saja..

Argh daripada aku berserabut fikirkan hal mereka, lebih baik aku ronda 1 Malaya lagi...sambil selesaikan urusan kerja , lawat anak dan orang tua dikampong dapat jugak  tipiskan tayar motor BM yang baru tukar pada mileage 69500km pada 26hb April baru ni. ha ha..

Jom Perak-P.Pinang-Kedah- Kelantan-Trengganu-Pahang...jumpa Sabtu 28hb Apr 2012 , 10 pagi di
R n R Rawang ok...

Friday, April 27, 2012

Kutipan derma-Hilang lagi...!

Tabung masjid di taman kami kecurian lagi..! Peti besi di atas diumpil, walaupun tindakan pencegahan tambahan telah dibuat dengan menambah penutup besi berkunci di bahagian dalam peti besi, namun ini semua tidak menghalang penjenayah   untuk mencuri. Selain dari itu pihak polis turut membuat rondaan berjadual setelah berlakunya kecurian terdahulu. Buatlah pelbagai cara pencegahan..Kita fikirkan pencegahan kaedah A, pencuri fikirkan kaedah B...! curi tetap curi selagi sifat pencegahan dalam diri telah tercabut dari dada-dada manusia.

Kalau masjid, tempat yang sepatutnya aman  dah tak selamat, bayangkan tempat selain daripada itu. Inilah padah bila manusia berhukum bersandarkan kepala otak sendiri membelakangkan hukuman yang telah Allah gariskan dalam al-Quran untuk mengajar penjenayah dan orang ramai.. sifat gerun terhadap hukuman di dunia apetah lagi di akhirat telah tercabut dari dada-dada manusia kerana hukuman didunia yang tak setimpal dengan jenayah yang dilakukan.. manusia merasakan diri lebih hebat dari Pencipta itu sendiri. Penentang-penentang terlaksananya hukum Pencipta sering mengaitkan hak asasi penjenayah yang patut dibela kerana hukuman yang keras dipandangan mata kasar, tetapi penentang ini terlupa akan hak asasi si mangsa dan orang awam keseluruhan yang dinafikan hak untuk hidup aman..!

Kalau dah terkena batang hidung sendiri baru tersedar kot...

Thursday, April 26, 2012

Aksesori motor-sport light...

Dari mula tengok motor kat bilik pameran dulu aku tak berapa berkenan dengan rekabentuk lampu hadapan motor ini. Sedikit pengubahsuaian terpaksa dilakukan.


Lampu hadapan yang bersegi tajam macam kening pelakon opera cina, kini dah aku tampal dengan sticker supaya kelihatan bulat...bila dah ditampal rasa macam terlebih janggal pulak, pandangan keseluruhan nampak seperti  tirus bahagian hadapan dan mengembang dibahagian belakang...lagi senang cakap, bahagian dada nampak kecik, bahagian ponggong kelihatan lebar..ha ha. ilusi mata barangkali...walaupun orang cakap, macam motor posmen, motor kutip sampah dbkl..aiman tak kesah...


Aku tambah aksesori sportlight dikirikanan supaya nampak lebar sikit bahagian hadapan. Ok.kelihatan macam menarik...Kos termasuk ubahsuai bracket penyangkut dekat 200 ..bila pendawaian disempurnakan nanti tak taulah pulak berapa pomen Mail akan caj...tak banyak kot..

Kalau dapat lampu kirikanan yang lebih besar berserta pelindung berjaring  macam motor polis trafik lagi ok kot...baru nampak jalan mendada...Bila balik rumah bini komplen, motor nampak semakin huduh...pulak dah... dengki lah tu...he he..

 Lain padang lain belalang..lain orang lain citarasa...

Wednesday, April 25, 2012

Kurang hajau...!

Pergh..Barcelona kena buli...mentang-mentang Chelsea menang agregate 3-2...Peminat Chelsea suka la tu..Tapi aku tetap sokong Barca...Berilah peluang orang lain..Selalu sangat juara jeles orang lain..ha ha..

Tuesday, April 24, 2012

Ronda-ronda 1 Malaysia- Jom Cameron Highland

Kekadang rasa syok jugak bila semua anak dah besar dan duduk di asrama...bila berjalan tak gaduh nak balik cepat.. Kepala otak sudah lapang..takda nak fikir pasal kerja sekolah anak tak siap lah, pakaian anak belum bercucilah..barang makanan belum berbelilah bla..bla.bla..untung-untung kahwin cepat dulu. ha ha..Kepada anak anak muda yang sudah ada pasangan, tunggu apalagi..?  Daripada korang ke hulu ke hilir tanpa ikatan lebih baik kahwin segera. Argh korang bukan malaikat...ingat jalan berdua-duaan tu tak meremangkan bulu roma ke..?  jangan cakap la..Tetapi yang sedang belajar di U tu jangan menggatal awal sangat pulak ok..sabarlah, paling kurang sehingga tahun akhir pengajian..



 


Ada orang cakap jangan kawin muda sangat, nanti tak sempat enjoy..betul ke..? Pada aku  nak enjoy masa muda macamana kalau duit pun sengkek memanjang. Lebih baik masa muda bina kehidupan. Bila anak dah besar, ada masa qada keriangan yang tak sempat dikecapi masa muda-muda dulu...Jadi kepada pembaca muda sekalian, sekiranya  dah ada yang berkenan dihati jangan tunggu lama-lama..buat majlis  ringkas -ringkas. sudahlah...Duit hantaran tu sebenarnya korang boleh  berbincang hati ke hati..Kalau mata duitan sangat, tulis saja cek kosong... berapa banyak nak tulis..tulislah...tapi jangan di bank in sudah..ha ha..



Kalau ikut formula orang yang berjaya, kena angankan apa yang diimpikan. Yang lecehnya bila tengok yang itu teringin, terpandang yang ini berkenan...isshh apasal lah Porshe Cayman ni parking kat sini..mujur berangan tak kena bayar...

Aku curi-curi pandang juga siapa pemilik Porshe kuning ini...rupa-rupanya milik sorang wanita tuanpunya kafe  ini...berdasarkan artikel yang terdapat di kedai cenderahati, beliau merupakan waris generasi ke 3 pemilik ladang Tea Bharat ini...aku agaklah sebab muka dia iras-iras atok dia yang fotonya jelas terpampang di kedai...

Aku suka pemandangan sebegini..sungguh mendamaikan dan nyaman..minum teh berlatarbelakangkan ladang teh Bharat..

Jom pekena teh...!


Saturday, April 21, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Trailer tercabut

Gambar ini dirakam sewaktu menuruni Cameron Highland ke Tapah baru-baru ni...


Memang cukup berbahaya...jalan yang lengang biasanya membuatkan pemandu mudah leka...mulalah melayan kepala otak...fikir sana fikir sini, teringat sana, terkenang sini..angan-angan menerjah lagi... bla bla..tumpuan pemanduan semakin kurang...Bila  situasi begini tetiba muncul didepan mata baru tergamam dan panik...berdebooM...!


Jarang berlaku kemalangan yang melibatkan kematian di jalanraya yang sesak teruk...setakat ringan-ringan tu biasalah....Tapi  sausana lengang seperti diatas ditambah pulak lokasi berselekoh, kemalangan sebegini memang mudah mengundang maut..


Kita mengharapkan tuanpunya kenderaan rosak lebih perihatin akan keselamatan pengguna jalanraya yang lain..kalau kon keselamatan kurang/tiada letaklah sesuatu objek yang dapat memaklumkan pengguna jalanraya akan situasi bahaya begini, ditempat yang mudah dilihat...

Keselamatan di jalanraya adalah tanggungjawab bersama...

Friday, April 20, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Jom Besut

Ohh yess...! lepas ni kalau aku lalu Dungun, aku ingat nak bermalam di rumah kawan aku tu.., lagipun dia serius menjemput kami bermalam di rumahnya bila ada  kelapangan. Kenapa tidak yea tak.. daripada bilik tamu dibiar bersawang jarang orang bertandang, lebih baik  kawan-kawan tolong meriahkan rumah dia...dia pun dah hampir serupa macam aku, kosong saja rumah sebab anak-anak mula berjauhan dari ibubapa...Sambil menumpang boleh korek rahsia macamana dia boleh jadi kayo..Orang cakap kalau kita ingin jadi orang baik kenalah bergaul dengan orang baik, ingin jadi kaya kena pandai bergaul dengan orang kaya ..mana tau boleh terikut cara pemikiran mereka...cuma bahayanya bila selalu memerhati bintang di  langit takut- takut lupa pula rumput dibumi...seeloknya berpada-pada membawa diri..ke tengah boleh, ke tepi pun boleh..


He he Terpandang masjid ni segera teringat rumah kawan aku tuh...tapi ini bukan rumah dia, ini masjid kayu yang baru sangat siap di Seberang Jertih , betul-betul di tepi jalan utama Jertih- Kota Bharu...Masjid ni unik kerana dibina dari kayu juga..Tersergam indah ..Sekiranya kerajaan negeri pandai mengeksploitasi keunikan ini nescaya ianya boleh dijadikan mercu tanda untuk pengunjung luar mengabadikan foto disini...selitkan saja perihal sejarah masjid terdahulu, sejarah pembinaan, kehebatan ukiran anak tempatan bla.. bla.bla..nescaya melopong orang luar membaca...pastu pastinya klik..klik..klik berposing mengabadikan gambar...

Alah kalau korang perhati di negara orang, kekadang mercu tanda pelancongan diorang takdalah gah sangat, tapi disebabkan promosi dan gimik, berebut orang luar mengabadikan gambar dilokasi tersebut.


Selepas menghantar anak di Besut, kami bercadang untuk bermalam di Cameron Highland , namun tak kesampaian..tiba di Gua Musang jam sudah 8 malam, kalau diteruskan juga perjalanan ke Cameron Hilghland silap-silap bertembung dengan gajah semasa melalui lebuhraya timur barat Gua Musang -Lojing. Jadi kami tidur saja di Kesedar Inn. Gua Musang.

 Semasa disini teringin aku nak bersembang dengan tuanpunya basikal touring ni. Ada 4 biji kesemuanya. Tak pasti pulak samada pengembara tempatan atau orang luar..pagi-pagi buta dah hilang kelibat pengembara nih...Begitulah..., dimana ada kemahuan disitu ada jalan...Kekadang heran erk...semua orang memiliki tempoh masa 24 jam yang sama, tapi mereka ni ada masa  keliling serata dunia..kita ni maaanjang sibuk..!

Thursday, April 19, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Kehebatan berangan

He he dengar macam kelakar, tapi itulah hakikatnya. Manusia-manusia hebat dunia yang berjaya bermula dengan berangan. Mentol filamen tercipta bermula dengan angan-angan..Pasang angan-angan., dari situ akan terbitnya keazaman. Minda menjadi fokus, ibarat magnet, tanpa sedar segala tindakan akan terpaksi kearah impian yang ingin dicapai. Kesah kawan aku ini menjadi bukti lagi kehebatan berangan. Jadi jangan takutlah untuk jadi Mat Jenin...

Setelah lama tak berjumpa dengan bekas rakan sepejabat, ronda-ronda 1Malaysia baru ni kami berpeluang berjumpa semula dengannya di kediaman baru beliau di Dungun. Dari Mersing kami ke Besut  menyusuri jalan pantai dan singgah bermalam di Dungun. Selepas mendapatkan kontek no dari rakan, keesokan pagi Isnin terus saja ke rumah beliau. Gulp...Masyallah ...

Semasa sepejabat dulu memang dia selalu bercerita akan impiannya. Sekian-sekian umur akan memiliki sekian banyak wang simpanan, dan akan memiliki bunglow impian. Setelah hampir 20 tahun ternyata impian dia tercapai. Yea aku sedang terpegun berdiri di halaman bungalow beliau yang tersergam indah. Bungalow berciri senibina melayu ilham arkitek lepasan Uitm berkeluasan  6000kps menggunakan sebahagian besar kayu cengal. 6000kps bukan keluasan tanah ok, tapi keluasan binaan rumah..! dilengkapi dengan 10 biji bilik tidur, surau, ruang tamu, ruang famili...dapor yang nan luas..pergh luas giler..!. Walaupun tak diberitahu berapa kos pembinaan, congak-congak bodoh sekiranya harga binaan 200 sekaki, sudah RM1.2 juta. Tunai ok..! tapi aku percaya  harga jauh lebih dari itu kerana kayu cengal sekarang teramatlah mahal...ditambah lagi dengan kemasan lantai sehingga ke halaman rumah. Kereta ..? usah cerita..kereta yang aku berkenan pun ada disitu..hu..hu....

Dia berjaya kerana berani gagal. Semasa ekonomi merudum pada 1997, beliau meletakkan jawatan dan menubuhkan syarikat pembinaan sendiri. Aku tak fikir dia boleh mencapai impiannya sekiranya sehingga sekarang masih lagi mengharapkan lagi imbuhan gaji bulanan dari majikan. Lainlah kalau imbuhan gaji bulanan mencecah puluhan ribu. Itupun aku fikir masih lagi sukar, kerana ramai juga kekawan aku yang memprolehi imbuhan bulanan yang lebat, tapi tidak semewah beliau kerana imbuhan yang hebat biasanya hanya tercapai pada usia yang agak lewat .

Kalau kita merasakan peluang menandingi kehebatan orang lain samar disebabkan faktor usia berkongsilah pengalaman bersama anak-anak atau orang muda lain. Mereka masih mempunyai masa. Nabi pun dah bagitau 9/10 punca rezeki adalah menerusi perniagaan. Berazamlah supaya 1Famili 1Syarikat menjadi kenyataan.

Kalau dia boleh, kenapa tidak kita...Jom apa tunggu lagi..!


Tuesday, April 17, 2012

Ronda-ronda 1Malaysia-Mersing lagi

Kami ke Mersing lagi..! Bila dah 3 kali berulang alik ke sana dalam masa tak sampai sebulan, rasa semakin  dekat jarak perjalanan. Inilah penangan bila tinggal berdua...daripada pandang kiri, pandang  kanan pening kepala tak tau nak buat apa..lebih baik kemas barang, start enjin terus tuju ke sekolah anak-anak...sambil tu ronda-ronda 1Malaysia lagi..Yahoo...!

 Jalan Kluang-Mersing..Kepada mat-mat motor jomlah layan laluan ini...confirm boleh asah tayar..bagi yang beranilah...

Kebetulan anak yang di Besut dan Alor Gajah balik bercuti seminggu., kesempatan menghantar semula mereka ke sekolah dan kolej masing-masing kami gunakan untuk  meronda lagi. KL-Alor Gajah-Mersing-Dungun-KTrg-Besut-Gua Musang-Cameron Highland-KL. Berdasarkan takwim sekolah anak-anak nampaknya ronda-ronda 1Malaysia ini akan menjadi acara bulanan...Seolah satu ketentuan, dapatlah kami melawat orang tua kami yang uzur di kampong...sebelah aku juga sebelah bini aku...


Felda Nitar.? hu hu..Masih banyak tempat yang kami tak pergi lagi rupanya. Lepas ni nanti bolehlah kami cuba jalan baru untuk setiap trip berikutnya. Pulau-pulau disepanjang laluan pun masih banyak yang belum kami jejaki. Pulau Tioman, Pulau Kapas, Pulau Redang kami pun tak sampai lagi.. Pulau Perhentian dapatlah juga menjejaki kaki disana semasa mendaftar anak mula-mula masuk sekolah di Besut dulu...



Rasanya sempat siap projek pembinaan Laguna Mersing sebelum anak aku tamat Tingkatan 5 nanti . Bolehlah melawat sana juga nanti..Sausana meriah pelancaran produk pelancongan baru di daerah ini masih dirasai. Karnival masih terus berlangsung. Pelaburan lebih RM20b di daerah ini nampaknya bakal mengubah wajah bandar Mersing. Kita pun berharap dengan wujudnya lokasi pelancongan bertaraf dunia, dapat merangsang perubahan minda dan sikap rakyat setempat dan Malaysia amnya supaya lebih perihatin dengan kebersihan alam sekitar..



Kita percaya dengan sokongan semua pihak ditambah dengan  keunikan Malaysia,, kedudukan Malaysia di tangga ke 9 dunia dengan kehadiran pelancong asing mampu ditingkatkan lagi..

Jom ronda-ronda 1 Malaysia...!

Wednesday, April 11, 2012

Jom Mersing..aku kena lagi..!

Di sepanjang laluan antara Mersing -Jemaluang saja, terdapat 2 sekolah  berasrama dan satu pusat pengajian lepasan SPM..Sekolah Sains, MRSM dan Pusar Latihan Industri..tempat lain tak pasti ...patut pun bila hujung minggu meriah bandar Mersing dengan kehadiran pelajar. Kawasan tumpuan pastinya restoran makanan segera, pusat beli belah dsb..Mewah bebudak berbelanja..melihat cara mereka berbelanja paling kurang RM50 pasti terbang setiap kali 'outing'. Nampaknya mak/ayah kena bersedia duit lebih sekiranya anak-anak  memasuki sekolah berasrama.

Bukan anak saja meriah berbelanja, mak ayah yang menjengah anak pun serupa... tak ubah sausana di bazar ramadhan..jinjing tangan kiri, tangan kanan, lengan..kalau telinga boleh sangkut barang, mau disangkutnya...penuh dengan jajan dan makanan..pergh..pergh..barangkali tak sampai hati menolak permintaan anak-anak..dahlah berjauhan, sesekali bertemu...macam aku juga...

Selepas melawat anak terus saja berdesup ke Ayer Hitam. Tiba magrib. Mokhtar dan Shahir sambung naik motor, manakala aku bawak kereta. Takpalah aku nak bawak rilek-rilek saja...mereka ni berkejar nak tengok bola EPL dan moto GP..malam tu MC lwn Arsenal, MU pun turun..Zilfahmi beraksi pun nak tengok..hati-hati ok..

Aku cukup tak suka bawak kereta atau motor waktu malam...silau dengan lampu kenderaan belakang yang terang benderang. Lagi hangin bila kenderaan belakang bagi lampu tinggi..seolah tak sabar nak memotong...Ko tak nampak ke aku pun sedang memotong...bila kita beri laluan yang memotong tu padahal viva, myvi dan kenderaan kecik lain...aku  konpius.. aku yang bawak selow atau mereka yang bawak kereta tak hingat dunia...ini mesti budak-budak muda baru jumpa stereng...!

Selepas membebaskan diri dari Lebuhraya Seremban-KL yang sesak teruk, dan memasuki Lebuhraya Elite..mata aku dah tak boleh tahan...lempang muka sendiri, menjerit..argh macam-macmlah aku buat, namun tak berkesan...jam dah 11 mlm. Terus masuk R n R Dengkil...turunkan cermin, off enjin...ZZZzzz. Sedar -sedar pukul 6 pagi, lepas solat, berkira nak balik..ON enjin..enjin senyap..apa pulak lagi nih ? ! isssh..salam dengan pomen  membayar RM1180 tukar 'fuel pump' rasa macam belum kering. Itu belum RM350 bayar trak penunda dulu ..Kereta dah buat hal lagi . Dengan bantuan Plus Ronda enjin kereta berjaya dihidupkan...

Aku tak tutup radio malam tadi rupanya...! Bateri habis..Hu hu...






Tuesday, April 10, 2012

Jom Mersing...

Sumpah aku tak pernah membonceng orang sejauh ini...he he..Bila terdesak boleh rupanya. Aku tak berani bawak orang kerana sering membayangkan aku adalah pembonceng motorsikal itu..Gayat wa beb dibonceng.. Mencelah antara kenderaan...sesakali membrek keras..fuh kembang kecut je hati...kena pulak hari hujan, rasa geli-geli macam bawak motor atas lantai simen basah...

Ada hikmah juga anak aku sekolah jauh-jauh, boleh melawat  sambil menjelajah Malaysia. Takdalah ghairah sangat bawak motor, tapi kalau dah ada cuma bungkus dalam selimut apa barang..Kalau ada kawan nak ikut ..Jom..! Kalau masing-masing punya hal dan sibuk, aku boleh pergi sorang-sorang..Risau-risau juga bila ajak rakan, dibimbangi ride itu lebih banyak memenuhi agenda kita.. Kesian rider yang lain.

Kepada Shahir KTM SMT990 dan Mokhtar Versys 1000 (he..he..sibuk nak upgred ER6, motor ER6 nak bagi anak pakai..bertuah punya anak..) yang meluangkan masa menemankan aku ke Mersing Ahad baru ni..menjengah anak sambil ambil kereta yang tersadai di Ayer Hitam..Terimakasihlah..


Semasa berhenti sarapan dalam perjalanan ke Kuala Pilah bertembung dengan ramai rider lain..berbelas rider tak silap aku. zoom..zoom..! Ride pusing-pusing hujung minggu kot. Ride hujung minggu , pada pandangan aku bagus untuk menjelajah seluruh pelusuk Malaysia. Sebenarnya banyak tempat yang belum pernah kita jejaki  lagi...Kalau dapat meronda sehingga Sabah dan Sarawak lagi bagus..Dapat lah melihat sendiri sausana yang ada..Kena tengok dengan mata kepala sendiri, barulah dapat menghargai kajian dunia luar yang meletakkan Malaysia di tangga ke 51 di dunia negara yang penduduknya paling gembira...

Adik yang hensem dan ceria...tapi dia cakap motor aku tak lawa...ha ha..dia lebih berkenan SMT 990...


Semasa melalui laluan Gambang - Segamat ini, bertembong lagi dengan segerombolan motorsikal...Keadaan laluan Kuala Pilah-Bahau-Muadazam memang cantik. laluan membelah ladang kelapa sawit di felda-felda. Sebenarnya untuk ke Bandar Tun Razak seterusnya Muadzam dari Kuala Pilah tak perlu melalui pekan Bahau. Gara-gara papan tanda yang sekejap ada tetiba hilang, tersesat sampai ke sana...tapi tak kisahlahlah paling tidak sampai jugak aku ke bandar Bahau.

Laluan sepanjang pantai  dari Kuala Rompin ke Mersing  memang cantik.. keadaan jalan dan pemandangan...bila hujan kena juga berhenti lagi.. Sebelum ni pun dah lama tunggu hujan berhenti di stesen minyak Petronas dalam daerah Kuala Rompin...pemandangan sebegini yang jadi bahan gelak ketawa pemilik kenderaan bukan motorsikal...Apa barang hujan duduk bawah jambatan...jalan la..ha ha..


Sebelum zohor dah tiba Mersing..Bertolak tadi pukul  7 pagi...kalau tak hujan dah lama sampai..Bersambung..

Monday, April 9, 2012

Tahniah Liyana Latep--From zero to passion...


Hu..hu terharu wa beb. Nampak gaya aku dah terkena jangkitan sindrom penyakit pakcik-pakcik, makcik-makcik...lebih lagi bila duduk sorang-sorang, terpandang foto lama anak-anak..sayu hati...cuba mengelak..datang balik..ish..ish. Begitulah kot perasaan mak ayah kita terhadap anak-anak bila berjauhan. Mujur sekarang zaman canggih, dapat le mengikuti perkembangan anak-anak walaupun dari kejauhan...

Rasanya baru saja menyekolahkan anak di tadika ..tup-tup dah tahun 3 di U sekarang..Tadika anak sulong, paling aku ingat berbanding anak yang lain, maklumlah anak pertama...seawal usia 4 tahun dah aku masukkan ke tadika.., hari-hari  menanya perkembangan pembelajaran anak.. Ya Allah, bila melihat keletah kanak-kanak berusia 4 tahun sekarang, terasa menyesal pula dulu seolah-olah memaksa anak boleh membaca dengan segera..Dulu anak sulung aku ni lambat pandai cakap berbanding kawan-kawan sebaya..Umur tiga tahun cakap pun pelat-pelat..he he..

Itu dulu..sekarang dah pandai tangkap gambar dan menang..ha ha..



Pertandingan “one picture thousand words” GROUP A 1) Setiap penyertaan akan dinilai 50% undian (di Fanpage PCI) dan 50% dari pihak juri pertandingan. 2) Tempoh masa untuk ‘like’ di facebook adalah dari 18hb hingga 25 hb. Peserta dikehendaki : 1) mempromosi foto anda kepada rakan-rakan facebook yang lain untuk me...


Keputusannya....


Tempat pertama : NAMA : ANIS NADIA ISMAIL

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2 PERGIGIAN

TEMA : THEATRE OF LIFE


From zero to passion..alhamdulillah for this special gift..:D

NAMA: LIYANA BINTI LATEP

TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3 PERUBATAN

TEMA YANG DIPILIH: WORLD: IF ...


Tahniah lah...!

Saturday, April 7, 2012

Sombongkah aku...?-Konvoi Himalaya..!



Sebahagian peserta bersedia untuk berlepas...


Hari ni Sabtu, dah nak balik kot  geng motor aku yang ke Phuket hari Khamis lepas..He he kepada peserta sekalian maaf lah yea aku tipu korang sehingga minit terakhir baru bagitau, aku tak jadi pergi...lagipun dah 11 orang yang turut serta, kalau setakat aku sorang menarik diri tak jadi hal lah beb. Aku pun tak taulah, umpp nak ke Siam ni macam tak mau singgah kat hati ...sebab naik motor barangkali..kalau  naik basikal mungkin sedikit berbeza..sepatutnya boleh saja kalau aku turut serta, lagipun dari hari yang sama Khamis,  aku duduk sorang je kat rumah..bini wa ada rombongan Cik Kiah pergi Bandung, Indon.

Kepuasan berkonvoi, bila hati berkobar-kobar nak pergi. Kita menunggu-nunggu tarikh yang dijanjikan. sekejap-sekejap periksa semula keperluan yang nak dibawa..duduk depan komputer cari maklumat, kaji peta perjalanan dsb. he he baru best...semangat ni datang bila pertama kali kita pergi ke destinasi itu...bukan kira jarak perjalanan, hatta dekat, semangat kita berbeza jika tempat tu kita tak pernah pergi...Mungkin sebab tu  semangat aku nak ke Siam semacam longlai saja sebab aku dah pernah keliling Siam sehingga sepadan Burma di Barat/ Utara, sepadan China/Laos- Utara/Timur, sepadan bergolak Kemboja timur/selatan. Kawasan bergolak di Yala dan Patani pun  pernah lalu...Pendek kata walaupun tak mahir, tapi dapat bayangkan sausana di sana. apatah lagi Phuket berdasarkan ingatan pergi pertama kali dulu.

Tapi trip yang ini memang aku tak menyabor nak pergi...! Konvoi Himalaya bersama Royal Enfield Malaysia pada September ini...Kos perjalanan dalam 17000 termasuk motor yang desediakan oleh Royal Enfield India. Sebahagian besar kos perjalanan ada pulak yang menaja  fuyoo..! Bukan semua peserta konvoi ditaja..tapi kami berempat cuba dapatkan peruntukan kajian jabatan di Universiti . Harap-harap permohonan sahabat aku memperolehi peruntukan kewangan  kajian jabatan universiti beliau diluluskan. Kajian hubung kait Himalaya dengan peradaban Melayu..Peranan aku..? sebagai pembantu bawak kamera, bawak beg dsb...he he..tak kesahlah jadi pembantu..janji boleh pergi..!

September..September ...ishh lamanya...! ha ha..

Thursday, April 5, 2012

Jauhkanlah musibah ini...hu hu..


Dua kejadian berikut dirakamkan di lokasi berikut semalam 4 Apr 2012

1. Jalan susur SKVE ke LDP..Rentong ko. Tak silap tanker minyak..


2. Yang ini pulak di Pulau Meranti, jalan lama menuju Cyberjaya...ish..ish


Kepada pengguna jalanraya termasuk aku, berhati-hati. Malang tak berbau..

Tuesday, April 3, 2012

Bila sifat ikhsan sudah tiada...

Semalam 2 peristiwa betul-betul berlaku depan mata kami. Peristiwa pertama, sepasang suami isteri (aku agak jelah) India bergaduh tepi jalan. Kesihan aku tengok bini dia kena belasah guna topi keledar dan penerajang..menangis dan terduduk  sambil cuba menepis dalam kawasan semak. Aku berhentikan kereta dengan harapan si mamat lelaki ni berhentilah mengerjakan bini dia..aku pulak yang kena hamun , suruh aku jangan masuk campur dan beredar segera. Wa pun belahlah tak mau si mamat tu bertambah naik angin, tak pasal-pasal pecah cermin kereta  kena hentak dengan topi keledar.

Masa bercintan muda-muda dulu..love u, love u...tapi bila dah lama bersama, bergaduh depan khalayak ramai  pun buat tak kesah...sebab tu maaf cakaplah, bila pasangan muda jalan sambil berpegangan tangan, berpeluk.., lagi-lagi yang belum kahwin,. konon-konon tersayang amat dengan pasangan ..erm aku memang cukup menyampah. Kalau belum ada apa-apa ikatan dah pandai tunjuk tak reti malu.., jangan-jangan dah ada ikatan nanti nanti bila bergaduh  tak pandai pulak nak sorok-sorok...

Peristiwa kedua, sedang kami memetik pucuk paku di tepi jalan...he he..tetiba teringin pulak nak makan pucuk paku... pucuk paku  ini, bukan jenis yang selalu dijual di pasar malam tu.. dapat le  petik secekak,  kira banyak lah untuk kami makan berdua. Seorang anak muda tersungkur atas jalan raya bila motorsikalnya kena senggol kereta yang dipandu laju.. mujur lori di belakang sempat mengelak..kalau tak, fobia aku nak bawak motor teringat peristiwa ini. Pemandu kereta terus memecut laju.

Tak taulah apa nak jadi dengan dunia sekarang., Belas ikhsan sudah semakin asing dari diri manusia...

Monday, April 2, 2012

Cerpen...Masuk kiri keluar kanan...3


Ramai yang menanya kenapa tak pakai kereta yang baru sikit. Kereta yang kami bawa ni dah berusia 12 tahun. Almaklum jelah kereta tua. Dah hampir masuk kategori klasik..Bini wa pun dah bising suruh bawak je Viva.  MPV yang ada tak sangka pulak kawan sambung sewa sehingga Ahad untuk angkut pengunjung luarnegara sempena F1 di Sepang baru nih. Nak cakap tak boleh, kawan bagitau MPV aku dah dimasukkan senarai yang akan bawak sekian-sekian orang. Boleh kot kali ni sewa lama sikit..Dapatlah duit lebih he he..sebelum-sebelum ni memang dia selalu sewa untuk majlis-majlis korporat. Dalam sebulan dapat 2,3 kali sewa cukuplah. lama-lama  aku pun tak mau..jahanam kereta.  Dengan duit sewa tu dapat le kurangkan duit poket  bayar ansuran bulanan ..Lagipun daripada MPV aku tu terperap gitu saja,  dapatlah juga panas-panaskan enjin. Tambah-tambah lagi sekarang tinggal berdua, takkan ke hulu hilir bawak kenderaan panjang muat keranda.

Berbalik pasal kereta yang tersadai di tepi jalan. Semasa pekena kopi di warong, bersembang dengan pengunjung semeja. Cantik..! kebetulan mereka sekampong dengan aku...dipendekkan cerita dia ada kawan yang selalu tarik-tarik kereta rosak macam ni, boleh angkut terus ke bengkel di Ayer Hitam. Dekat-dekat magrib trak sampai.



Aku dan bini naik kereta. Kereta naik trak tunda...Bergoyang-goyang macam naik kuda ..!

Terbang 350 upah tarik. Inilah yang dikatakan rezeki. Tak taulah berapa duit  kena repair kereta tu nanti. Ingatkan bagi sewa MPV , boleh dapat duit lebih, rupanya duit bukan aku punya..duit penarik kereta, duit orang bengkel dsb. he he..Masuk kiri keluar kanan...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK