click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 18, 2014

Gemas..? Apa ada dengan Gemas...

 17hb Disember 2014, Rabu
Lokasi; Gemencheh
Per; Ujian dan temuduga untuk memasuki MRSM Ulul Albab Gemencheh.

Seawal 4.30 pagi kami telah bertolak dari KL. Melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di Simpang Ampat, sebelum menuju ke Tampin dan Gemencheh..Perlu berada di sekolah tersebut selewatnya 7.30 pagi. Perancangan tepat, jam 6.30 pagi kami telah tiba disana..Bersarapan dulu di gerai berhampiran sebelum berpatah balik semula ke sekolah untuk pendaftaran.




Dimaklumkan bermula dari Isnin 15 Disember sehingga Jumaat 19 Disember 2014 sesi ujian dan temuduga diadakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Seramai 1700 calon telah disenarai pendek.


Dengan kualiti pembelajaran yang ditawarkan ramai yang menaruh harapan untuk terpilih..Namun hanya seramai 180 orang yang akan diterima masuk..Persoalannya apa jadi dengan calun yang gagal. Sedangkan kriteria minima 6A UPSR telah diperolehi...Bukan kita menidakkan kualiti sekolah harian biasa, Di sini, para guru terpaksa menangani pelajar yang kurang cemerlang lain dan dikhuatiri pelajar cemerlang turut akan tercicir..Pelajar cemerlang perlu dibimbing dan bersaing sesama rakan cemerlang supaya boleh mengekalkan kecemerlangan diperingkat menengah pula.. Kita tiada pilihan melainkan memperbanyakkan sekolah berkualiti..


Sessi ujian dan temuduga mengambil masa selama 2-3 jam. Banyak waktu terluang . Sementara anak saudara  menjalani saringan tersebut..Kami mengambil kesempatan meronda ronda Pekan Gemas dan persekitarannya..


Mencari juga di internet untuk melawat tempat menarik.. Tapi tak banyak yang tersenarai. Bila terpandang papan tanda Tugu Peringatan Sungai Kelamah sedang elok kami singgah sementelah pula lokasi dalam perjalanan ke Pekan Gemas


Ternyata tempat ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi..Tugu memperingati peristiwa perang dunia ke 2. Persekitaran perlu diindahkan untuk menggamit pengunjung bertandang... Papan tanda yang dipacak dikedua-dua hala sebelum tiba disini sudah cukup elok, tapi kawasan persekitaran disebelah luar seolah tidak terbela...Seeloknya lanskap menghampiri kawasan ini diindahkan untuk menarik minat pengunjung singgah.




Dihalaman tugu, ok keadaan  terbela...



 Cuma landskap dipersekitaran perlu dipertingkatkan...Sayang.. tinggalan bersejarah  tidak diketengahkan kepada orang ramai untuk sama-sama berkongsi sejarah negara...Aku yakin ramai yang tidak perasan dengan tugu ini walaupun saban kali melalui kawasan ini.

                           
 Berdasarkan nota di papan tanda, kayu ini adalah kesan tinggalan tiang jambatan yang diletupkan oleh tentera Australia untuk mengekang kehadiran tentera Jepun yang menuju ke Tampin.

Apa lagi yang menarik di Gemas..? Gemas satu satunya pekan yang boleh dihubungi dari utara , timur maupun selatan menggunakan pengangkutan keretapi...


 Pekan Gemas...
Jadi rugi jika bertandang ke Gemas jika tidak mengabadikan kenangan di stesen keretapi  hehe..


Stesen keretapi kini dengan penampilan baru yang moden.. Cuma pemerhatian aku mendapati kebesihan stesen perlu mendapat perhatian pihak pengurusan.. Kita percaya duit yang banyak dilaborkan untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia, namun aspek penyelengaraan berkala perlu dimasukkan dalam bajet . Disamping itu orangramai perlu perihatin untuk turut sama menjaga kebersihan persekitaran.

Lagi yang kita sering dengar adalah keenakan Nasi Ayam Gemas...Sebagaimana Mee bandong yang sering dikaitkan dengan Muar, Nasi ayam, peniaga suka mengaitkannya pula dengan Gemas. Dan yang masyhur di Gemas adalah Nasi Ayam Gemas Mustafah..


Nak tau sedap atau tak cuba lah sendiri..hehe Lokasi gerai berada di tapak stesen Bas dan Teksi Gemas...

 Kami dah lapar..Apa yang ada didepan mata mestilah menyelerakan...Tak sempat nak tangkap gambar dah habis..hehe..

Ikuti coretan kami pulang ke KL melalui Rompin  Bahau dan Kuala Pilah...Apa yang menarik disana...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK