click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 30, 2011

Palang handle...

Elok Mail Motor pun jual aksesori jugalah....amacam mail...?
Cuba korang check aksesori ni kalau beli di kedai motor...confirm harga cecah ratus-ratus...diorang akan kelentonglah aksesori ni dah test kat offroad, bla..bla..Tapi mail cakap cari je kat kedai basikal....


Sebelum pasang palang V Strom aku dah cuba bawak jauh baru-baru ni...lengkap dengan tong belakang. Aku puas hati. walaupun gegaran adalah juga terasa tapi tak seteruk yang aku sangka bila bawak pada kelajuan melebihi 110. bila dah konsisten bawak pada kelajuan tinggi dilebuhraya LPT tak terasa jarum mula berlegar-legar dijajaran 120-130. ha ha..jangan ingat 120-130 km/jam..meter motor aku mph wei bermakna bergerak pada kelajuan 180-200km/jam...ok lah tu untuk motor DP. Masa trip tu seramai 7 orang.. FJR, GTR, Fazer1, fazer6, er6f,er6n dan Strom1000 ..selamba berdesup diorang potong aku..aku berada jauh dibelakang ..korang agak jelah berapa laju diorang bawak..takpa aku tak kesah pun...

Sekarang aku dah pasang palang handle., palang beli kat kedai basikal RM16, upah pasang RM10.. he he..pasang bukan sebab nak bawak laju macam diorang..aku nak bagi selesa ikut kelajuan aku saja...dah test semalam di lebuhraya baru LATAR..argh serupa macam sebelum pasang je..tapi masih bermanfaat kot untuk menghalang handle dari bengkok kalau-kalau motor tertumbang..Gegar yang aku maksudkan tu takdalah gegar yang teruk sangat..cuma jari-jari terutama sebelah kanan kekadang tu terasa kebas..kekadang hilang...penyakit motor dua silinder kot.. barangkali nak bagi selesa kena guna motor enam silinder macam BM baru atau Goldwing ..ha ha..

Wednesday, June 29, 2011

Tips hidup senang...1



Pakcik menulis ni untuk diri pakcik dan panduan anak-anak muda diluar sana untuk hidup senang lagi selesa...Anda masih banyak waktu untuk merancang berbanding orang yang dah meningkat usia ni...daripada teraba-raba mencari kaedah yang belum pasti lebih baik ikut pengalaman orang yang pernah lalui...yang elok ikutlah, yang tak elok dijauhkan...

1. Mesti ada impian

Jangan takut orang cakap angan-angan mat jenin. Tulis impian didalam kertas atau sekarang ni komputer..Anda akan takjub bila membelek catatan impian anda dimasa akan datang...tak caya cubalah...Kalau pakcik tau, pakcik akan tulis impian yang hebat-hebat sejak dulu lagi..Orang-orang hebat dunia bermula dengan berangan. Tony Fernandes pun bermula dengan berangan memiliki kapal terbang..sekarang cuba tengok..semua orang berebut-rebut nak naik kapalterbang dia..Apasal takut pulak dengan berangan.. bukannya kena bayar..Kalau dah hari-hari impian tu berada dibenak fikiran, lama kelamaan usaha kita akan kearah itu dan insyaallah akan jadi kenyataan.


2. Hormati ibubapa.

Ingat...! keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa. Sentiasa ziarahi mereka. Doa ibubapa sangat mustajab..Yang ini anak-anak selalu terlepas pandang. Berapa ramai anak-anak hulur duit bulanan untuk orang tuanya..Dan pakcik lagi heran ada anak-anak masih mengharapkan bantuan orang tuanya walaupun sudah berumahtangga...Percayalah anda takkan miskin dengan menghulur duit kepada mereka, dan anda tak akan senang pun jika liat memberinya. Pakcik dah buat ketetapan.., anak-anak pakcik mesti beri duit kat ibubapa sebagaimana ayah pakcik buat kat pakcik...Pakcik kini sangat menghargai displin yang ayah pakcik terapkan...



3. Mesti ada duit tabungan.

Pakcik teringat pesanan orang tua pakcik...nak berbelanja lebih boleh, tapi pastikan duit tabungan ada. Hidup tak selalu indah. Disaat memerlukan takdalah menyusahkan orang lain. Pakcik pun tak faham ramai yang mengambil jalan mudah, bila sesak berhutang dengan saudara mara, sahabat handai dsb...dah tu liat pulak nak membayar hutang. Berdasarkan tips kewaangan yang pakcik baca..simpanan/tabungan mesti diletak disenarai atas sekali sebelum membelanjakan pendapatan yang diperolehi.. rasionalnya...? kalau letak simpanan disenarai bawah garenti tak akan ada baki untuk disimpan..

4. Mempunyai pegangan hidup.

Ramai anak-anak muda mudah terpengaruh dengan persekitaran. Kalau pengaruh elok ok lah juga ..ini pengaruh negatif...Sebab tu pilihlah kawan yang baik-baik. Kalau kita berada dikilang perfume, walaupun tak pakai kita tetap akan wangi..dan tentu juga kalau kita berada di tempat buangan sampah...lalu saja bau pusuk pasti melekat..

Mana pendirian kita...? orang hulur rokok kita sambut..orang kalerkan rambut.., kita ikut, pakai seluar londeh bawah pusat pun ikut jugak walhal kudis buta bersepah penuh badan..yang lelaki bertindik telinga, kening..yang pompuan pulak bertindik pusat, bertindik hidung..ish..ish pakcik pun tak fahamlah...Beranilah kata tidak untuk unsur-unsur negatif...

Ikuti sambungan tips hidup senang di entry akan datang...

Tuesday, June 28, 2011

Tips menjimatkan air...



Aku yakin tak ramai yang menyedari tentang pembaziran ini...Aku yakin pembaziran ini antara faktor penyumbang yang meletakkan Malaysia antara negara yang membazirkan air tertinggi didunia..

Banyak air kita bazirkan semasa mengambil wuduk. Cuba perhati kalau hari Jumaat..barapa banyak air yang terbuang begitu saja. Tips paling mudah mengurangkan pembaziran ini adalah dengan menghidupkan semula amalan mengambil wuduk di kolah...Semua masjid baru dan lama mesti diwajibkan membina kolah...disamping dapat menjimatkan air, penggunaan kolah dapat mengurangkan kesesakan semasa berwuduk berbanding menggunakan pili air.

Lagipun air kolah mempunyai khasiat tersendiri, mungkin sebab keberkatan doa orangramai semasa berwuduk. Sebab tu barangkali air dari 7 kolah masjid sering digunakan dalam perubatan melayu...Memang aku tak lepas peluang berwuduk dikolah sekiranya kemudahan ini disediakan demi keberkatannya.. , lagipun aku rasa  puas berwuduk disini..

Semasa dirumah, tak ramai yang menadah air semasa berwuduk...kalau anda tak percaya, semasa berwuduk nanti cuba tadah air menggunakan baldi atau apa-apa bekas...banyak air yang ditadah mampu untuk menjirus kotoran dalam mangkok tandas...bukankah dengan cara ini kita dapat berjimat air untuk mengepam tandas...?ataupun gunakan air itu untuk menyiram pokok bunga dsb..

Itu untuk orang kebanyakkan, kalau  orang yang berpenyakit was-was aku rasa berbaldi-baldi atau silap-silap hampir setangki air dibazirkan...orang seperti ini elok saja berwuduk di kolah...mereka nak berulang kali cuci anggota pun tetap guna kuantiti air yang sama .....

Jom kita mulakan dengan diri kita...

Monday, June 27, 2011

Mereka juga hebat.....!

Program motivasi bersama pelajar  SMK Vokasional Chenor , Temerloh Pahang pada 18/6/11

Aset paling berharga didunia ini adalah ILMU. Kepada adik-adik yang baru lepas SPM sekelian yang keputusan tak berapa elok, jangan lepaskan peluang teruskan menimba ilmu. Sekarang ni banyak pilihan. Kepada ibubapa pulak jangan kedekut laburkan duit untuk pelajaran anak-anak. Jangan ingat keputusan anak-anak tak berapa elok, mereka ini tak boleh mengecapi hidup senang...Sekarang ni pelbagai kursus teknikal banyaak ditawarkan dipasaran ...IKM, Kolej Komuniti, politeknik dll yang tak memerlukan kelulusan yang tinggi pun untuk memasukinya. Yang paling penting ada kemahuan untuk belajar. Permintaan terhadap graduan teknikal adalah tinggi...Carilah kursus yang diorang betul-betul minat...kalau dah minat ni, emak ayah tak kan pening kepala nak memantau pelajaran mereka.

Keputusan periksa tak baik tak semestinya budak-budak ni bodoh. Ilmu yang disajikan mungkin tak serasi dengan jiwa mereka. Kawan aku dulu sering mengadu anak lelaki beliau liat untuk belajar, tapi sekarang tak lagi bila dia sendiri memilih pengajian kulinari selepas SPM. Chef-chef hebat dunia terdiri dari lelaki...Berapa ramai orang senang/kaya didunia ini yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang...Tapi perlu diingat orang yang senang/kaya semuanya berILMU. Ilmu Allah kan luas..ada orang pakar dalam bidang tertentu tapi haprak dalam bidang yang lain...dan anak-anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran tertentu mungkin hebat dalam bidang yang lain...

Jangan lupa juga galakkan anak-anak kita untuk membuat bisnis sendiri...Jom kita ikut sunnah nabi..

Saturday, June 25, 2011

Ayam...ayam...!

Semasa di Hadyai kami berkesempatan pergi ke pasar. Berjalan dengan orang pompuan ni  biasalah...dalam banyak-banyak tempat..pasar juga yang dicarinya....Jauh berjalan..., luas pemandangan...dan tak syoknya bila melihat pemandangan yang menguji tekak dan minda seperti gambar di bawah...

Mungkin akak tu pekerja saja..dan mungkin ayam ini dikhaskan untuk pembeli bukan islam saja ...wallahualam..aku pun tak tanya ..

Tak pula terdengar atau terbaca  kerajaan Thai mengharamkan penyembelihan secara islam ..kalau di Belanda tu memang betul, diorang nak gubal undang-undang mengharamkan penyembelihan secara islam..katanya menyiksa binatang. Diorang nak guna renjatan elektrik saja...apa punya haprak...macamlah kena renjatan elektrik tak sakit..Aku ingat binatang tu kalau diberi pilihan pun mesti mereka lagi pilih kena sembelih...Bukankah kesakitan tu dikawal di otak..dengan cara penyembelihan urat saraf ke otak telah diputuskan.. Penyembelihan mengikut hukum syarak bermaksud menyembelihan binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat merikh dan dua urat darah dikiri dan kanan leher binatang (saluran makan dan minuman ).. sebab tu barangkali binatang buas seperti singa, rimau dll kalau membaham mangsa mesti tengkuk yang dicari..Allah telah aturkan kaedah terbaik untuk mematikan binatang...Bukankah makhluk didunia Allah yang cipta..DIA maha tahu kaedah terbaik untuk mematikan makhluk. kaedah Islam pastilah yang terbaik...

Tekak aku terus geli-geleman bila terbayang ayam katok ini...takut-takut peniaga  islam pun turut membeli ayam digerai sebegini..bau ayam goreng yang banyak dijual ditepi kaki lima Pekan Danok, Hadyai dan lain-lain tempat di Thailand terus meloyakan tekak aku wei...walaupun yang menjualnya bertudung...

Sebahagian gambar yang dapat dirakam di Songkhla...

Friday, June 24, 2011

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah Malaysia...

Dari Kuala Perlis terus ke kolej anak aku semula Di KMKN. Ada urusan tak selesai dengan pengetua dan guru penyelaras beliau..tapi sebab kami pun main redah saja..kedua-duanya ada urusan diluar daerah...nak tunggu pun tak tau berapa lama mereka tiba di kolej. jadi kami terus saja ke Sik. Kawan facebook bini aku bagitau disitu ada ladang anggur..menarik tu..selama ni anggor ditanam dinegara meditranaen dan sejuk saja. teringin jugak tengok...


Keadaan jalan dari K.Nerang ke Sik ok boleh tahan..lebih baik la kalau nak dibanding dengan di Sumatera tu..

Dalam perjalanan singgah di Pedu Lake Resort. saja nak singgah, selama ni dengar nama saja. lagipun jarak dari jalan utama ke resort dalam 8km saja. Aku pun tak tau rupanya resort tu dah tutup...patutlah sepanjang jalan tadi tak bersimpang sebijik pun dengan kenderaan lain...kiri kanan jalan dahlah hutan, jarak 8km rasa macam 80km..ha ha..Alamaak kenangan lalu hutan di Sumatera mengacau aku la.. dah lah minyak pun kurang dari setakuk... Jaga bagitau dah hampir 2 tahun resort tak beroperasi kerana kurang sambutan..tapi dikhabarkan akan dibuka semula dalam setahun dua ni..Dulu kurang sambutan kerana jalan utama tak seelok sekarang yang telah dinaik taraf. Jalan ini adalah laluan utama ke Kompleks imegeresen baru ke Thailand...kenderaan pun semakin banyak..



Pemilik ladang adalah En Iqbal dari P.Pinang...Ladang ok, keluasan taklah besar. ladang di Tasik Beris ini untuk lawatan pengunjung saja..menurut pekerja disitu ladang yang dilawati pengunjung buah agak terencat sikit...mana taknya tak sorang-sorang pegang berposing..yang gatal memicit pun ada...beliau memiliki ladang yang lebih luas ditempat lain..masuk dikenakan bayaran Rm3 seorang..kanak-kanak separuh harga..tapi pengeluaran masih tak mencukupi untuk memenuhi permintaan...Buktinya..pantang stok anggor diletak dalam peti sejuk, terus kena sambar pengunjung..nak rasa wei anggor tropika...sebungkus dalam RM25..rasanya sangaat sedap...!

Datanglah bawak sanak keluarga ke sana...

Thursday, June 23, 2011

Cuti-cuti Malaysia- Thailand...



Kepada ibubapa yang ada anak belajar jauh dari kampong halaman/negeri asal usah mengeloh. seeloknya ambil manfaat waktu memziarahi anak-anak dengan melawat tempat-tempat kita sekeluarga tak pernah pergi, masa nilah kita dapat bersama dengan ahli keluarga... ambil kesempatan bermesra dengan anak-anak sewaktu mereka sedang membesar dan meningkat remaja ...

Sempena cuti sekolah yang lepas kami menziarahi anak ke 2 yang belajar di Kolej Mara K. Nerang, Kedah..Ada pogram bersama pihak sekolah membincangkan prestasi pelajaran anak yang ada sikit merosot. Aku harap anak aku ke 4 yang di MRSM Besut, Trengganu pelajarannya ok..Sekarang zaman persaingan...Pihak sekolah ada KPI. Pengajar dan pelajar mesti 'perform'...Program disebelah pagi Ahad jadi kami bermalam di Permatang Pauh sebelum itu...Seharian berada dikolej..

Aku dapati pihak kolej bersungguh mengatur pogram bersama ibubapa untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Namun daripada 20 ibubapa yang dipanggil, hanya separuh hadir...mungkin mereka mempunyai keuzuran. Kehadiran sepasang ibubapa agak berumur yang menaiki bas dari Johor Bahru amat mengharukan aku.. Diharap anak-anak dapat menghargai pengorbanan ini..

Sambil menyelam minum air...Dah alang-alang tak berapa jauh dari sempadan terus saja masuk Siam. Anak bini aku pertama kali masuk Siam. Elok dapat pendedahan melihat negara orang. Kalau ikut perancangan asal memang nak saja aku bawa mereka terus ke Koh Samui, tapi waktu terbatas..Aku perhati budak-budak ni tak berapa teruja walaupun ke luarnegara sebab diorang merasakan dekat., tak naik kapalterbang..he he...dan mungkin sausana tak banyak berbeza dengan Malaysia...

Bermalam di Hadyai dan sambung ke Songkhla keesokan hari. Semasa balik ikut Padang Besar, Perlis. Ingatkan lalu disini tak ramai orang..rupanya lagi teruk berjam sangkut di checkpoint sesak teruk..padahal hari Isnin tu...

Terus menuju ke Kuala Perlis dan bermalam di Hotel Brasmana. Kalau di Haadyai tekak aku loya semacam je nak menerima makanan, selepas terpandang wanita bertudung menjual ayam cucuk/tak sembelih di pasar Hadyai...tapi tidak di Kuala Perlis..bedal saja apa yang dipesan di Medan Ikan Bakar bertentangan dengan tempatan penginapan kami...


Esok kami sambung lagi Cuti-Cuti Malaysia...Pergi ke Pedu Resort dan Ladang Anggor di Sik, Kedah...Korang pernah pergi sini tak ni..? Ha ha..

Wednesday, June 22, 2011

Mission accomplished...!





Berhenti rehat pekena air kelapa...hujan renyai-renyai  mulai turun...tapi lagi lama ditunggu hujan tak berhenti,  kami teruskan perjalanan...

Sedang kami menikmati air kelapa, sebiji lori terpusing akibat jalan licin..mujur takda kenderaan diarah bertentangan...

30km menghampiri bandar Medan keadaan jalan mula sesak teruk. Sedang kami mencelah diantara kenderaan, tanpa disedari kami terpisah. Puas aku tunggu Ar mastor ditepi jalan dengan menyangkakan beliau berada dibelakang aku...Aku berpusing semula ke tempat bermulanya jalan sesak tadi, risau-risau motor beliau menghadapi masalah namun tidak berjumpa. Setelah hampir 45 minit menunggu, kelibat beliau masih tak kelihatan , aku ambil keputusan meneruskan perjalanan. . Semasa berehat tadi kami ada bersembang untuk menginap di Hotel JW Marriot.. Elok saja aku terus ke sana. Mungkin beliau pun berfikir seperti aku juga. Dalam aku layan sorang-sorang bawak motor, ternampak motor beliau diletakkan ditepi jalan...beliau singgah dikedai mencari top up untuk menghubungi aku.. ha ha..tak sangka bila masa pulak beliau potong dan berada di depan aku....

lepas itu kami tak mau mencilok-cilok lagi...bawak motor sebelah kiri jalan saja..kerana hari dah pun mula gelap...
Kami tiba di Hotel Grand Angkasa dalam 7.30 mlm. Tak jadi nak menginap di JW Marriot. Argh susahlah waktu malam nak cari tempat dan jalan sesak. Singgah mana yang terjumpa saja...hotel yang ni pun ok jugalah ...4 bintang...Rate diskaun Rp360k.., harga asal dalam Rp720k..!. Setelah seminggu duduk hotel tak berbintang..apa salahnya hari terakhir memanjakan diri sikit...tapi kalau badan dah penat tuu..tidur bawah tangga pun rasa macam duduk hotel lima bintang....
Misi kami untuk mengelilingi separuh Sumatera telah berjaya.. Tiba saja terus parking motor. tak maulah nak tonggang motor lagi..Selepas check in dan  mandi kami cari makanan dengan menaiki betor saja...dah takda selera nak menonggang motor lagi...Malam tu saja ronda-ronda ke shopping complex ..window shopping...takda apa nak dibeli...lagipun barang-barang takdalah murah sangat...

Keesokan hari sebelum ke airport, minta Pak Dollah hantar aku ke kedai beli telekong yang bini aku kirim..bab membeli barang ni  aku tak berapa reti...manjang tak memenuhi citarasa ...aku dah agak dah ...bukan sebagaimana yang bini aku hendak..padahal dah aku tanya pada penjual tu, cari telekong yang terbaik...sampai rumah bini aku cakap " ini fesyen lama..kat Malaysia pun banyak dan murah.." ermm manalah aku tau...ni yang malas aku nak membeli...dari sudut kebaikan pulak, lain kali tak payahlah aku memberatkan beg, beli barang yang belum tentu orang suka..he.he..selamat duit..
Mengabadikan gambar didalam dan luar Polenia Airport, Medan....Semoga bertemu lagi...

Tuesday, June 21, 2011

Picagari dan kehidupan...



Cuba bayangkan kita berada didalam picagari. Hujung jarum hadapan di tutup rapat...tombol belakang sentiasa bergerak kehadapan..10..9..8...sikit demi sedikit...bila tiba detik itu , ruang didalam semakin sempit dan akhirnya akan menghimpit kita...tak boleh lari...
Allahyarham Shafiee dalam kenangan...

Sama juga dengan kehidupan... semakin hari sisa hidup makin menyingkat...lambat laun kematian pasti menjemput...tak boleh lari..Isnin baru ni sahabat aku Shafie Jario kembali ke rahmatullah., akibat serangan jantung. Umur dalam 40an. Penyakit itu adalah assebab.., hakikatnya telah tiba waktu beliau berpindah ke alam lain..rezeki beliau telah tiada didunia ini...sebagaimana ada insan dilahirkan ke dunia ini, beliau telah dilahirkan ke alam barzakh, hentian pertama ke alam akhirat..

Argh... senak perut aku bila mengenangkan jenazah diturunkan ke liang lahat...

Al fatehah untuk beliau. Semoga rohnya dirahmati dan tergolong dalam golongan beriman. Aminn..Semoga juga menjadi pengajaran untuk kita yang masih hidup..ruang bertaubat masih terbuka..
.

Monday, June 20, 2011

Ini kes berat paak..Perghh !...

Pukul 6.30 waktu Indonesia kami dah bersiap sedia untuk bergerak. Jarak perjalanan hari ini perlu ditempoh adalah sejauh 550km. Kami menganggarkan dalam pukul 5ptg akan tiba semula dimedan sekiranya tiada masalah sepanjang perjalanan. Usah ditanya penduduk tempatan... silap-silap mereka akan memberitahu keesokan pagi baru boleh sampai kerana mereka tak berpengalaman pun menonggang motor jarak jauh..

Jalan 60 peratus adalah elok, sesetengah kawasan pulak kosong...kalau bawak motor besor mau dibesit 200km/jam..he.he.. lepas geramm..bawak kapcai ni sudah menunduk rapat kat handle pun, motor hanya boleh pergi 110km/jam...
Hari kelapan entah kenapa banyak pulak sekatan polis..tak silap aku lebih 8 tempat...bila ada sekatan seperti ini ramai orang memberhentikan kenderaan. takut kena saman..Pertama kali lalu kami selamba jalan dan kena tahan...kami apa takut..semua dokumen lengkap...he he itu andaian kami ..bila Pak Polisi check rupanya road tax kami telah tamat tempoh..."Berat ni pakk..!"  beritau  pegawai tu.."Ini kereta sewa, mana kami tahu ..". "Argh... bagimana mau selesei, pesawat kami jam 6 pak.."  kelentong lah wei...dah bincang-bincang dengan komander tetap kena saman...tapi tak beresit la..ha..ha..seorang kena Rp100ribu.

Sebelum-sebelum ni banyak pemandangan seperti ini.. sukarelawan memungut sumbangan orang ramai untuk membina masjid. Lokasi kutipan bertentangan dengan bangunan masjid yang dalam pembinaan...sahlah dana dikutip memang untuk membina masjid... untuk mengelakkan kena tahan polis lagi, kami bersedeqah bila jumpa sukarelawan seperti ini...dan ajaibnya 7 sekatan polis berjaya dilepasi dengan hanya membuka  visor helmet dan mengangkat  tangan...pergh...daripada  duit kami terbang ke Pak Polisi lebih baik duit tu disedeqah  untuk membina masjid...dapat juga pahala..sebelum ni kedekut sangat kot...
Pemandangan seperti ini juga biasa..kad ucapan gergasi selamat pengantin baru di pinggiran jalan..dan lagi ada live band ...Kalau lokasi majlis tepi jalan siaplah menempoh jem...Goyang dangdut paak...!...tapi yang tak best tu kekadang nanyian dangdut bersahut-sahutan dengan seruan azan....

Diam tak diam hari ni dah hari kelapan kami berada di Sumatera. Hampir separuh pulau telah pun kami jelajah. Empat Daerah telah kami lawati.., Sumatera Utara, Acheh, Sumatera Barat dan Riau. Sektor terakhir nampaknya tak banyak peristiwa mencabar sebaliknya ride penuh santai. Motor pun tak banyak memberi masalah., walaupun kenderaan banyak kerana laluan ini adalah jalan utama Trans Sumatera, tapi dengan pengalaman lebih seminggu bawak motor disana, kami sedikit sebanyak faham cara pemanduan pengguna jalan raya disana..Kalau jalan bertar sesak, kami lalu saja atas bahu jalan..alah keadaan lebih teruk pun pernah kami lalui, setakat meredah bahu jalan langsung  tak menggusarkan kami .Dihari terakhir ni kami perah minyak hingga maksima ..,walaupun demikian kelajuan maksima boleh dicapai hanyalah 110km/jam. he he..punya kuat terjahan angin sampai melekat visor ke muka...!

Saturday, June 18, 2011

Tips memberi hutang...

Berapa banyak kali anda terkena...? Sahabat handai dll berhutang dengan anda...Aku..? sudah acap kali...kekadang kita tak sampai hati menghampakan harapan orang yang memerlukan. aku cuba bayangkan bagaimana kalau aku berada diposisi orang itu...sebab tu aku selalu tewas..Sekarang ni kalau ada orang nak berhutang dengan aku, memang aku takkan beri sebaliknya aku akan bagi saja...Aku berbuat demikian kerana tak mau berharap..selalunya harapan hanya tinggal harapan...sudahnya kita pulak yang tersipu-sipu bila bertembung dengan orang itu..

Tips ini mungkin berguna... katalah sahabat anda ingin berhutang 500.., adakah anda akan beri 500...? aku dah tak larat dahh...aku akan beri saja ikut kemampuan aku ketika itu...dengan niat memberi.., sambil-sambil tu berdoalah semoga Allah akan mengganti apa yang kita hulurkan..tapi janganlah bagitau niat kita tuu...naik lemaklah mereka nanti..kalau dia tak pulangkan pun, kita tak lah terkilan...halalkan saja..

Selalu juga kita dengar ramai yang enggan menghalalkan dunia dan akhirat..pergh..! adakah berbaloi...? dengan sebab hutang didunia yang tak seberapa..diakhirat nanti kita pun turut merana..adakah kita sanggup mencari/dicari orang yang berhutang untuk menyelesaikan kes hutang kita didunia...mencari/dicari orang hilang di pasar malam pun siksa..inikan pula mau mencari orang dilautan manusia di Padang Mahsyar...

Fikir-Fikirkan..pilihan ditangan kita..

Friday, June 17, 2011

Awas dengan si munafik ini...!

Hati-hati apabila anda berhenti solat di R n R Jejantas Sg Buloh dan mungkin di mana-mana R n R di sepanjang lebuhraya...Ada insan yang mengambil kesempatan berpura-pura solat tetapi sebenarnya menanti peluang untuk mencuri barang-barang berharga milik orang lain...

Handbag isteri kawan aku baru-baru ni telah dilarikan oleh insan durjana sewaktu beliau sedang solat., yang ironinya si pemangsa yang lengkap bertelekung berpura-pura baik dengan membentangkan sejadah untuk mangsa bersolat., tanpa menyedari taktik licik pemangsa, mangsa membiarkan handbag beliau berada disisi. Semasa mangsa sedang solat, sepantas kilat pemangsa melarikan handbag...laporan segera dibuat dipejabat PLUS disana dan dimaklumkan kes seumpama ini telah banyak kali dilaporkan menggunakan modus operandi yang sama...Laa pokok pisang dah berbuah banyak kali rupanya...

Kita menyeru supaya pihak PLUS memasang cctv untuk mengenal pasti musang berbulu ayam ini yang pastinya semakin galak meneruskan aktiviti kerana tiada tindakan pencegahan dilakukan... Isteri kawan aku kerugian wang tunai RM700, 5 pasport antarabangsa miliknya, anak-anak dan suami selain beliau dan suami terpaksa bersusah payah membuat laporan polis dan akaun bersumpah untuk membuat pasport lagi...

Manusia munafik sanggup berbuat apa saja untuk dapat duit...menipu sudah jadi mainan hidup..pernah sewaktu ketika aku melawat New Delhi dulu, seorang 'buta' yang dipimpin oleh kanak-kanak menaiki gerabak ke gerabak untuk meminta sedekah...dan yang lucunya bila keretapi berhenti 'Si Buta' pulak bergegas turun dengan menarik tangan kanak-kanak tadi untuk menaiki keretapi lain...ha..ha..si buta pelsu rupanya...

Tapi yakinlah duit sebegini tak akan berkat ..tapi bagi diorang, peduli apa...!

Lawatan di candi Muara Takus...


Kami singgah di Candi Muara Takus di Kampar...laa di Sumatera pun ada Kampar jugak. Candi dibina dalam kurun ke 11 bermakna penempatan disini lagi lewat berbanding penempatan di Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai yang dipercayai dibina pada kurun ke 4 ..entah-entah orang Kampar Malaysia yang berhijrah dan membuka penempatan di Kampar Sumatera... ha ha..kena tanya dengan ahli sejarah la ni..





Candi ni wujud sebelum kedatangan Islam di sini...sekarang boleh dikatakan kesemua penduduk adalah beragama islam... Penganut buddha luar dari Thailand, Taiwan, Singapura dll masih menziarahi  ke sini untuk menjalankan upacara keagamaan mereka..Aku semakin berminat membaca kesah-kesah sejarah orang melayu sebelum kedatangan islam.. Apakah anutan agama nenek moyang kita dulu sebelum kehadiran islam... Dicandi ini terdapat platform untuk penganut berpusing mengelilingi candi...sebagaimana orang islam mengelilingi kaabah...mungkin juga agama ini dulu sedikit sebanyak mempunyai susur galur agama Nabi Ibrahim..tetapi semakin lama sudah ditokok tambah sehingga menyimpang jauh dari ajaran sebenar.. Bukankah manusia dulu sudah lama bertebaran dimukabumi....Islam dipercayai tiba di Sumatera hanya pada  kurun ke 10..ini andaian aku saja..
Gerai minuman yang diusahakan penduduk tempatan melayu Riau...pertama kali kami makan kacang goreng berperisa bawang putih..boleh tahan sedap juga rasanya...
Motor Ar Mastor pancit lagi, 1km dari bengkel ini.sesudah keluar dari lawatan candi di Muara Takus, tayar terpaksa dibuka ditepi jalan dengan bantuan mekanik kereta dan dibawa ke bengkel ini untuk ditukar dengan tiub dan tayar baru...bunga tayar beliau memang dah takda berbanding motor aku sebab tu motor dia 2 kali bocor. Aku mengambil kesempatan itu untuk menukar sproket dan rantai. caj dalam Rp100 ribu..

Menghampiri Pekan Baru...  di Sumatera pun ada bandar Kuantan...klik gambar untuk zooom dan lihat papan tanda dengan lebih jelas...banyaknya persamaan nama tempat....


Perhentian terakhir sebelum tiba di Bandar Duri...Solat dan pekena kopi panas di gerai bersebelahan masjid ini..
Ramai sungguh berbaris untuk mengisi minyak

Antara Pekan Baru dan Duri tak banyak gambar yang kami rakamkan..kiri kanan jalan banyak tanaman getah dan kelapa sawit...yang membezakannya adalah terdapat banyak kompleks carigali dan penapisan minyak daratan usahasama Pertamina dan Chevron.
Tiba di Duri dalam jam 7.30 mlm. Kami menginap di Hotel Susuka..di Bandar Duri...bandar paling hampir dengan Dumai...

Tuesday, June 14, 2011

Ku relakan perpisahan ini...




Skuter x9 hebat aku telah dimiliki insan lain...Sdr Omar dari Perlis telah membeli skuter itu pada hari Selasa 7hb Jun baru ni...Dia berkereta datang ke Rawang, bersama 4 orang lagi geng rider yang pernah bersama-sama ride ke Laos sebelum ini. Malam yang sama dibawa skuter tu balik Perlis...

Aku dengan berat hati mengambil keputusan menjual skuter tersebut kerana tak terlarat melayan sorang-sorang 4 biji motor yang aku ada...kalau 4 bini macam Salleh Yaakob tu oklah juga...ini motor, apa barang mau banyak-banyak...daripada aku bazirkan duit dan masa lebih baik aku layan motor yang aku betul-betul nak guna.....bila dah banyak motor ni rasa macam cepat saja road tax /insuran nak luput tempoh..dah tu pulak bersilihganti perlu diperbaharui ...tak sanggup aku...itu belum kira maintenance..servis, tayar dsb... lagi pun motor-motor ni perlu dibawak selalu...lagi dibiarkan lagi cepat jahanam motor tu..

Motor kerengga dulu..Single seat...

Motor kerengga sekarang berwajah baru . Dah pasang seat panjang...

Sekarang ni hari-hari biasa kerja aku naik suzy, outstation bawak Bm, keliling taman atau masjid aku bawak motor kerengga..he.he.. motor kerengga ni road tax pun aku tak nak hidupkan. Abang polis tahan nanti aku bagitau la ini hanyalah sebuah basikal bermesin...tak rosakkan jalan dan tak bawak jauh mana pun...sebab tu tempat duduk motor aku dah tukar bagi boleh naik berdua..senang nak bawak anak bujang aku naik bersama-sama nanti...

Kereta...? argh bila dah selalu bawak motor...cepat saja darah menyirap bila sesekali naik kereta...jem..jem.jem..Lalu jalan berbayar pun perlu bersesak-sesak .. Apa barang..beb..!

Monday, June 13, 2011

Riau...! tunggu kehadiran kami...

Bermalam di Hotel Gallery..Hari ke 7 kami memulakan pergerakan agak lewat kerana kami telah menjangkakan bahwa ride seterusnya adalah santai...kami yakin dengan keadaan jalan yang elok, tempoh untuk jarak perjalanan yang bakal dilalui boleh di agak.
Mengabadikan foto dihadapan rumah kelahiran Bung Hatta...Tokoh Perjuangan Daerah Sumatera Barat...Lapangan Antarabangsa Bung Karno -Hatta di Jakarta  mengabadikan nama beliau...inilah untungnya berjalan dengan orang akademik..dapat juga menimba ilmu...he he..
Sausana pagi berkabus....walaupun cuaca takdalah dingin sangat...


Aku pun tak pasti persamaan /perbezaan antara senibina  Batak dan Minangkabau...nantilah aku minta Ar Mastor ulas..
Disini kami teruja dengan pemandangan persekitaran pergunungan yang indah....Air terjun dibelakang tu melebihi ketinggian 30m barangkali....cuma gambar ni tak seindah pemandangan sebenar... bau-bauan tumbuhan hutan ...pergh..! sungguh menyegarkan..



Pembinaaan viaduct dipergunungan untuk mengurangkan liku-liku jalan dalam pembinaan...akan tambah menarik bila siap kelak kerana pengguna jalanraya dapat menikmati pemandangan indah flora dan fauna...tetapi pembinaan ini masih tidak menyeluruh ..hanya sebahagian jalan yang terlibat ..alangkah baiknya kalau keseluruhan jalan yang merentasi gunung dibuat begini... sungguh mengasyikkan..
Jalan ini merupakan laluan utama menghubungkan Daerah Sumatera Barat dan Riau...
Keadaan jalan yang berliku-liku...cuma keadaan jalan di daerah Sumatera Barat dan Riau jauh lebih baik berbanding Sumatera Utara...Kami lalui juga  rupa mukabumi seperti ini di daerah Sumatera Utara sebelum ini iaitu  Subus Salam-Danau Toba juga Dolok Sanggol ke Barus.. jalan sempit  dan berlobang-lobang ..sebahagian jalan dalam keadaan jalan bertanah merah lagi..!



Merentasi sungai...disungai inilah dulu dipercayai rombongan Sriwijaya bermudik ke hulu ...di Muara sungai ini kedapatan penempatan awal yang dibina pada kurun ke11..

Ikuti sambungan coretan xpdc dan  foto-foto penempatan awal di Muara Takus dalam entry berikutnya...

Saturday, June 11, 2011

Bukit Tinggi- Kota Wisata...

Deretan betor ( beca bermotor) menggunakan vespa. Unik... hanya banyak di Sidiempuan. Teringat aku xpdc ke Laos dulu bersama geng vespa tahun 60an...ramai yang tak percaya group vespa besi berjaya ke sana...sesapa yang masih ragu-ragu kehebatan vespa besi, nahh lagi bukti kehebatan kuda lama tersebut...
Trennng...teng..! teng..! teng..! he he syok tengok keunikan vespa besi.. bila tengok ini rasa ralat pulak skuter x9 aku dah jual..
Legaa...memasuki  Sumatera Barat. Jalan jauh lebih elok berbanding Sumatera Utara. Tempoh perjalanan mudah diramal kerana kelajuan motor lebih konsisten.
Melalui kawasan pesantren...
Singgah rehat sebentar pekena durian Sumatera...boleh tahan sedap...lemak-lemak manis ,2 biji Rp30000...
Walaupun menarik tapi tak seindah pemandangan di Acheh...
Hari bersejarah..! kami tak sangka kami telah melintasi garisan Khatulistiwa...Seberang sana tu hemisfera selatan....


Mercu tanda Bukit Tinggi...Menara jam besar Bukit Tinggi..
Hari biasa pun penuh sesak dengan orang ramai...Peniaga juga ramai..., .Seniman jalanan pun ada.. kalau hujung minggu lagi la...Pengunjung Malaysia sikit punya ramai daa...

Puas diberitahu melalui pembesar suara..jaga kebersihan..! jaga kebersihan...! tapi masih ramai yang kepala batu..,selamba saja campak sampah merata -rata...pekak barangkali...
Di hadapan Kubu Jepang...kami tak masuk.sebab bergegas nak cari bengkel servis kereta lagi...dapat ambil syarat bergambar depan pintu masuk pun  jaadi laa..


Bukit Tinggi...dengan tagline Kota Wisata..bermaksud kota tumpuan pelancong..wisata tu di ambil dari perkataan ' visitor' barangkali.....bila dah datang dan  tengok sendiri..ntahlah ...biasa-biasa saja je aku tengok...cuaca tak dingin punn. ...

Lepas check in hotel kami bersiar-siar sekitar dataran dan melawat ke deretan gerai dan kedai...terbeli juga kaus(t shirt), capal dan sepatu . malam pekena nasi padang lagi...ish..ish dah enam hari membedal nasi padang...tiap kali makan cuba makanan yang disajikan..enak juga kuku lembu...cuma yang tak sanggup aku cuba ..otaak lembu...he he..







CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK