Sunday, July 29, 2018

UsCanada2018-D18 Washington

27 Julai Jumaat.. 

Sesudah checkout hotel jam 11 pagi, bergerak menuju Washington. Washington merupakan bandar pusat pentadbiran US. 

 





Yea sausana lebihkurang pusat pentadbiran Putrajaya.. Secara peribadi Putrajaya jauh lebih cantik.. 




Dibelakang itulah Rumah Putih kediaman rasmi presiden Amerika Syarikat.. 





Di US ini mereka begitu obses dengan tugu- tugu sebegini


Tugu belakang berbentuk tajam tu turut ada di Putrajaya... Tak pasti simbolik apakah yang cuba diketengahkan disebalik bentuk replika yang sama. 


University Howard yang terdapat di Washington. 

Mula mula ingatkan universiti top dunia Harvard, rupanya yang ini Howard.. 


Singgah di salah satu masjid Washington. 







 Masjid ini diimarahkan muslim keturunan Afrika. 

Lagi bangunan mercutanda Washington. 



Seterusnya 4.30 ptg menyambung pemanduan ke Ohio.. Jauh lagi perjalanan  dalam 7 jam lebih pemanduan...


Selain hiway mengikuti juga jalan jalan nasional kecil merentasi perkampongan... Perkampongan mereka begitu kemas sekali... 








Beberapa kali menyinggah di pekan pekan kecil untuk mengisi minyak atau berehat sebentar... Bagusnya di sini pekan pekan kecil mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti supermarket.. Bank..terdapat juga hotel hotel..




Deretan trak trak jarak jauh yang berhenti rehat...Teruja dengan bentuk trak yang maskulin ini.. Rujukan Utube memaparkan stail dalaman trak yang sesetengahnya dilengkapi tempat tidur berserta amenities seperti tv.. Sinki.. Microvave dsb. 




 Hampir 2 pagi baru sampai Ohio...

Tak mengapa esok takda cadangan untuk kemana-mana. Boleh rehatkan badan sebelum sambung rondaan di Ohio dan berdekatan..

Saturday, July 28, 2018

UsCanada2018-D17 Gettysburg

25 Julai Khamis.. 

Check out jam 11, ambil kereta sewa jam 12pm...Sukar membawa bagasi, kami menaiki uber saja... Caj 22 usd.. 



Homestay kami di Broklyn.. Kawasan serebeh NewYork... 

Harini memandu ditengah kota New York.. Bandar terbesar Amerika Utara... 




Melalui Manhattan Bridge... 

Latihan memandu 2 minggu Kanada memberi keyakinan memandu disini.. Lagipun memandu di Toronto bandar ke 3 terbesar Amerika Utara juga mencabar disebabkan hiway yang berselirat.. Menguji kecekapan membaca peta penunjuk arah sambil melayan kegugupan memandu sebelah kiri.. 

Sebagaimana pemanduan dibandar- bandar besar, corak pemanduan disini juga agak kasar.. Pemanduan sopan santun nampaknya milik pemandu  kawasan luar dari bandar saja.. 

Sejujurnya penulis lebih suka keadaan ini... Kesilapan pemanduan kita tidaklah ketara sangat dengan corak pemanduan warga sana. 



Minyak dan angin lebih murah berbanding Kanada. 




Menyantuni sahabat lama wife yang terpisah 20 tahun dulu... Pernah satu ofis dulu di Malaysia sebelum pasangan ini berpindah ke US.. Dulu warga India kini warganegara US dan menetap di Bethlehem Penslvyania.. 



Pemanduan hiway sini lebih kurang di Malaysia.. Keadaan jalan atau pemandangan kiri kanan jalan. Jika tidak kerana bentuk bentuk trak yang berbeza, tidak begitu terasa berada beribu kilometer dari tanahair.. 




Penginapan malam ini secara walk in tanpa tempahan awal.. Banyak hotel sepanjang hiway ini... 




Ford Fiesta yang akan menjadi peneman dua hari... Kapasiti kecil mengaum bila diperah...


Akan menyambung pemanduan ke Washington... Menyinggah di sana sebelum ke Ohio Columbus. 



UsCanada2018-D16 Mid & Upper Manhattan

25 Julai Rabu..
Hari kedua di New York. Jika semalam menghabiskan masa di New York downtown, harini bersiaran di upown dan midtown pula.

Tidak sebagaimana hari pertama yang agak kekok membaca laluan subway, hari kedua semakin selesa dengan sistem nombor laluan yang digunakan. Mudah mengadaptasi sebab sudah biasa dengan jaringan sibuk tube di Kota London



Stesen stesen dan laluan bawah tanah kelihatan simple...rasanya dahulu kebanyakan laluan dan stesen bawah tanah dibina menggunakan kaedah korekan terbuka. Tiang tiang sebagai tongkat jelas kelihatan. 


Tak dapat bayangkan kesesakan jalanraya yang  dihadapi jika tiada sistem pengangkutan cekap seperti ini. Setiap koc sentiasa penuh dengan pengguna.

Kunjungan pertama harini adalah Columbia University. Saja melihat tempat belajar bekas presiden Us Barack Obama.





Di New York ini tak sudah sudah dengan makan.. Pantang melihat gerai sebegini perasan ingin makan terus datang.. Teruja kerana tak sangka gerai gerai halal sebegini begitu banyak di N. York.. Hampir setiap simpang kawasan tumpuan pasti akan ada. Cuma herannya air mineral lebih mahal berbanding air berkarbonat atau air bergula.

Air mineral sebotol 500ml 1.5usd.. Berbanding 1usd air tin berkarbonat.



Lawatan berikutnya ke Central Park.. Kawasan hijau utama New York. 





Hanya disini kawasan benar- benar hijau.. Selain dari itu hanya hutan hutan konkrit. 




Meneruskan rondaan ke TimeSquare.. Lokasi tumpuan kerana terdapat banyak tempat shopping. Persekitaran sangat meriah dengan sinaran lampu- lampu papan iklan digital. 








Menuju ke Rokerfeller Center.. 



Gelandangan seperti ini ada dimana-mana... 



Tak pasti kenapa kawasan ini menjadi kawasan tumpuan.. Nampak macam tiada sesuatu yang istimewa disini.. 

Bendera-bendera negara dunia dikibarkan di RockerFeller Square



Hati bergetar bila terpandang bendera Malaysia dalam deretan bendera negara dunia yang lain.. 


Hah makan lagi... The Halal Guys.. 


Melawat St Patrick's Cathedral, salah satu lokasi  utama jika berkunjung ke  New York. 

Harini balik awal .. Kepenatan kerana hariini banyak berjalan kaki.. 

Esok akan beredar dari New York menggunakan kereta sewa. Kami akan menuju Ohio Colombus esok..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK