Kembara 2018 datang lagi..
8hb July 2018 Ahad menghantar anak ke 4 ke Klia untuk sambung belajar di NewZealand. 9hb pula penerbangan kami ke Vancouver Kanada. Malas berulang alik kami terus saja menginap di hotel berhampiran Klia.
Penerbangan anak Ahad jam 11.30 mlm manakala kami Isnin jam 2.0ptg keesokan hari. Flight Malaysia Airline kami akan transit 2 jam di Hongkong. . Menerusi pengumuman kapten pendaratan pesawat ke Hongkong terlewat hampir 20 min dari jadual asal. Mujur di airport terdapat petugas yang sedia menunggu dipintu keluar pesawat. Kami dibawa tergesa gesa untuk menaiki pesawat berikutnya Air Canada.. Setelah menempuh hampir 20jam penerbangan kami tiba di Vancouver pukul 5.30ptg 9hb. Akibat dari kelewatan tadi bagasi kami tertinggal penerbangan dan hanya diterbangkan keesokan harinya. Sangat penting untuk menyimpan stiker bagasi sewaktu check in untuk menghadapi kemungkinan seperti ini.
Anak yang belajar di Ohio Amerika akan turut serta dalam trip ini telah sedia menunggu di airport...terus membeli simkad telefon tempatan.. Sangat mahal sekiranya menggunakan perayauan data antarabangsa.
DiVancouver kami menginap di homestay yg ditempah melaui aibnb..Menaiki teksi airport untuk kesana. Tempahan penginapan melalui Air bnb sangat sesuai untuk pengembaraan bajet.
Hari ke 2..Kembali semula ke airport untuk mengambil kereta sewa. Memandangkan kami akan melalui perjalanan jauh dikawasan pergunungan kami bersetuju dengan saranan untuk menukar kereta bersesaran tinggi ... Toyota Yaris ditukar kepada kia soul.. Mujur caj lebihkurangsama lebihkurang rm 250 sehari.
Setelah memperolehi kenderaan lengkap dengan insuran komprehensif terus ke destinasi pilihan yang diperolehi melalui internet...
1. Capilano suspension bridge
Caj yang dikenakan untuk memasuki kawasan taman agak mahal sekitar 45CAD seorang. Pelajar mendapat diskaun 15 dollar. Caj letak kereta 6 dollar.
2. Stanley Park...
Kami tidak menyinggah disini sekadar lalu kerana untuk ke capilano bridge sememangnya akan melalui taman ini. Tiada sausana berbeza ketara antara keduanya kerana kedua duanya adalah taman
3. Sekembali dari 2 tempat diatas terus ke downtown Vancouver.. Perut telah lapar.. Membeli kebab di Koala Kebab Downtown Vancouver. Logo halal terpampang dipintu masuk. Seterusnya berjalan jalan di kawasan tumpuan bandar... Mujur kawasan tumpuan berdekatan antara satu dengan yang lain.. Robson square.. Gastown Observation tower.
4. Chinatown
Di Vancouver etnik cina memang ramai.. Homestay kami juga dimiliki oleh etnik cina...Rupa agak berbeza dari cina ditanah air.. Membeli cenderahati disini seterusnya makan makan lagi di Tim Houstin... Menikmati donut dan kopi..
5. Grandville
Satu lagi destinasi wajib berkunjung ke Vancouver... Bersiar siar sambil membeli buahan di open market... Turut membeli fish n chip di pasar makanan laut.. Seterusnya melepak didataran tepi sungai sambil mendengar nyayian artis jalanan
Esok kami akan meninggalkan Vancouver untuk ke Kamloops.
No comments:
Post a Comment