Thursday, September 29, 2011

Hangin nampak...!


Kereta merah tu sudah kasi himpit Iswara tak bagi keluar la...hangin sangat nampak..?

Wednesday, September 28, 2011

Hudud-pandanganku sambungan...

Sambungan artikel semalam...

Nak kata undang-undang sekarang tak cukup keras...sesetengah tu keras dah, tapi kenapa kadar jenayah tetap mencanak naik..? Kes bunuh semakin berleluasa..Suratkhabar semalam saja memberitakan sekurang-kurangnya 2 kes bunuh. Mangsa melibatkan seorang nenek dan seorang gadis sunti..Sebelah malam pun ada lagi berita pasal pembunuhan...! sekarang ni tak cukup bunuh,  bahkan dikerat-kerat , dibakar anggota badan atau main lempar-lempar gitu saja . Kes Pengedaran dadah ..? Penzinaan..? Buang bayi..? ermm korang pun tau kes ni macam tak berkesudahan...Pusat serenti  ?, Pusat pemulihan akhlak..? semakin bertambah jugak...! Setakat tarok nama  sekejap SERENTI pastu tukar PUSPEN dsb  tak datang kesan punn...!

Menurut undang-undang sediada, contoh-contoh kes bunuh atau pengedaran dadah  di atas mensabitkan hukuman mati kepada penjenayah sekiranya terbukti bersalah...hukuman mati tak cukup keras lagi ke...? tapi napa macam tak takut je orang ramai dengan hukuman itu...?

Pada pendapat aku hukuman sekarang belum cukup menggerunkan orang ramai. Sebab..? hukuman walaupun keras tapi lebih menitikberatkan hukuman kepada pesalah dan bukannya  pencegahan atau menimbulkan insaf kepada orangramai...Iyelah yang salah tetap salah, bila kena gantung matilah dia...tapi apa pengajaran hukuman itu tadi kepada orang yang hidup...yang berpotensi untuk melakukan jenayah...?

Macamana nak gerun kalau hukuman dijalankan tertutup. Tau-tau pesalah dah mati...Laa...itu pun nasib baik  sebab kes berprofil tinggi..kalau kes biasa sapa yang tau bila hukuman itu dijalankan sebab tiada liputan ...unsur-unsur suspen dan ngeri takda.. Cuba hukuman mati di buat ditengah khalayak ramai seperti di Dataran Merdeka ke..dan di pancarkan secara langsung keseluruh negara..barulah timbul kegerunan di hati manusia...mesej jelas, we mean business..berani buat sedialah tanggung akibat...! bila dah gerun dan insaf secara sendirinya tercegahlah orang ramai nak berbuat jenayah...kalau setakat menghukum pesalah  tapi tidak diambil manfaat untuk menyedar dan mencegah orang ramai, selagi itulah jenayah akan terus bercambah...

Kembali kepada hudud...sekarang ni baru sebut nak dilaksanakan hukuman pun orang dah gerun...bukti mudah keberkesanan hukuman itu..bayangkan kalau dilaksanakan..Korang dapat bayangkan kengerian orang ramai kalau pesalah dipancung dikhalayak ramai..atau tangan terkudung kena libas pedang ...atau penzina yang dah berkahwin kena rejam sampai mati...hah garenti lepas daripada tu semua kecut nak melakukan jenayah...bukankah selalu diperkatakan  " mencegah itu lebih baik dari mengubati". Tak timbul, ramai orang akan hilang kepala atau  kudung tangan...Nak hilang kepala atau kudung macamana kalau jenayah dah semakin tiada...!

Orang ramai yang tak bersalah nak takut apa benda..?  hukuman hanya dijatuhkan kepada penjenayah yang dibuktikan bersalah oleh mahkamah...kita yang tak lakukan apa-apa kesalahan dan takda azam pun untuk jadi jahat, apa perlu risau dengan hukuman yang berat..? dan kenapa sibuk nak membela  penjenayah ....Kenapa tak diperjuangkan   hak asasi mangsa , keluarga dan orangramai  angkara kekejaman si penjenayah itu..? Kami lebih berhak menuntut hak asasi kami..!

Cuba yang jadi mangsa penjenayah tu  terkena kat batang hidung penentang hudud atau ahli keluarga mereka...hah baru padan muka..!

Sekali lagi aku mohon ampun sekiranya tulisan aku ini menyimpang dari fakta kebenaran...aku hanya insan naif.

Tuesday, September 27, 2011

Hudud-pandangan ku

Terlebih dulu aku mintak ampun kat Allah kalau apa yang aku tulis ni menyimpang dari kebenaran sebenar.

Aku  ingin meluahkan rasa hati berkenaan isu sekarang.-Pelaksanaan hukum hudud. Takpa, walaupun aku tahu hanya beberapa kerat saja yang hingin menjenguk blog dan baca tulisan ini, sedikit sebanyak sekiranya ini mendatangkan kebaikan, dapatlah juga aku menyumbang perkara kebaikan.

Isu ini sangat mudah selesai kalau manusia sanggup menerima hakikat bahawa makhluk didunia ini diciptakan oleh Maha Pencipta, Allah Rabbul Jalil. Kata kunci dia inilah...Dah tu..? Dah  Dia yang mencipta , sudah pasti apa yang diperintahkan adalah yang terbaik untuk manusia dan makhluk keseluruhan, tak kiralah samada islam atau  kafir ...

Analogi mudah beginilah...Pengeluar kenderaan menyediakan manual untuk kenderaan. Pengeluar menyatakan kenderaan enjin petrol mesti guna petrol, enjin disel guna disel dan sekarang ni ada enjin hybrid mesti menggunakan kombinasi bahanapi yang betul. Kalau pengguna memandai-mandai gunakan minyak ikut kepala hotak masing-masing, jahanam kenderaan dan pengguna itu nanti. Ada sesapa membantah...?

Secara peribadi aku berpendapat undang-undang hudud patut dilaksanakan untuk semua manusia., Islam dan bukan islam.  Tapi untuk permulaan ni kalau ada puak bukan islam taknak undang-undang tu, lantak diorang lah...gunakanlah undang-undang sediada untuk diorang..yang kita sebagai orang islam pun terikut-ikut dengan rentak diorang tu apasal..? Kita orang islam dah ada yang TERBAIK kenapa bangang sangat nak gunakan yang inferior.  Aku percaya  bila terserlah kebaikannya nanti, berbondong-bondong orang bukan islam  dengan rela mengikuti undang-undang tu...

Ada sesiapa paksa orang bukan Islam menggunakan produk perbankan islam..? Tapi tengok..bank yang sah totok milik bukan islam turut menyediakan produk tersebut bahkan negara bukan islam pun sekarang berlumba-lumba nak jadi pusat perbankan Islam .

Perintah yang Allah turunkan PASTI mempunyai hikmah dan kebaikan yang kekadang tak terjangkau otak manusia. Hukuman semestinya berkesan memberi pengajaran kepada pesalah dan dalam masa sama berkesan untuk memberi pencegahan kepada orang ramai. Keberkesanan memberi pencegahan ni yang aku rasa tiada dalam undang-undang sediada...

Aku sambung dalam entry akan datang...


Monday, September 26, 2011

Ride Titian Kasih OKU PDK Lenggeng...

Pada  9hb Okt 2011-Ahad akan ada ride amal ke Lenggeng Negri Sembilan anjuran PDK Lenggeng. Pada aku aktiviti ini  sangat bagus. Elok diperbanyakkan . Daripada ride tak tentu hala ngabiskan bunga tayar, lebih baik ikut program seperti ini..Ibarat kopi pra campor 3 in 1 . Aktiviti riding yang diselitkan dengan aktiviti amal dapat memberi manfaat kepada motor, diri dan orang yang diziarahi. Bukan setakat kanak-kanak teruja dengan kehadiran geng bermotor, orang dewasa pun syok sama cuma diorang ni takdalah galak sangat macam kanak-kanak tu. Malu-malu kucing wei...

Kepada brader- brader motor jangan cuak  kalau motor anda menjadi tumpuan. ha ha..klik..klik klik habislah calar motor bebudak ni berposing siap panjat-panjat nak ambik gambor he he...takpa-takpa biorkan..Alaa diorang bukan selalu dapat peluang macam ni..kalau takda pogram seperti ni mungkin mereka teragak-agak nak menegur kita., nampak macam sombong je...

Tapi yang tak best kepada mamat motor ni pun ada...motor yang menjadi tumpuan., senyum  meleret le  tuan punya. kena pulak tuan punya hensem , pergh..kerek la dia wei. Yang tak jadi tumpuan..takpalah.., kita duduk bahagian belakang-belakang aja lah yea...kah..kah..!

Kepada geng motor diluar sana yang nak join tolong beri nama sebelum 7hb Oktober 2011 berserta bayaran RM40, yang nak berderma lebih dialu-alukan.. Pendaftaran boleh di buat di Speed Xtreme Nilai. Negri Sembilan. Penganjur nak buat persediaan jumlah tetamu.

Apa lagi..Jom kita join...!




Sunday, September 25, 2011

Lambaian Kaabah...

Musim haji datang kembali . Setahu aku setakat ini seramai 4 orang kawan aku yang akan ke Mekah tahun ini. Dua orang melalui pakej muasasah dan 2 orang lagi melalui pakej kendalian agent yang dilantik LUTH. Harga pakej muasasah untuk mereka yang pertama kali menunaikan haji adalah  RM9 ribu lebih, manakala untuk mereka yang mengerjakan haji kali ke 2 dinaikkan kepada hampir RM15 ribu seorang. Harga pakej lain yang dikendalikan agen LUTH adalah berdasarkan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Dua orang  kawan aku memilih pakej ini membayar RM28000 seorang.

Sekarang ini semakin sukar untuk kita menunaikan haji kerana ramai yang semakin sedar dan mendaftar berbanding kuota yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi. Bagi mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan haji dicadangkan pasang niat dan mendaftarlah segera. Selain faktor kuota, faktor usia dan kesihatan harus diambil kira. Pergilah semasa bertenaga dan badan sihat. Alasan takda duit aku rasa tak boleh diterima untuk generasi baru..sedangkan pakcik sebagaimana entry aku sebelum ini pun boleh menabung sedikit demi sedikit, kenapa tidak generasi baru yang berekonomi lebih kukuh memberi alasan tidak berkemampuan. Kekadang kita pun heran, pelbagai kenderaan kereta, motor, smartphone, DSLR canggih ribu riban dsb  boleh kita beli, takkan untuk ibadah haji yang wajib boleh kita abaikan...ingat senang-senang ke nak bagi alasan takda duit bila kena soal malaikat nanti..sendiri mau ingat aaa..!

Pengalaman haji dan umrah memang berbeza. Mungkin kemudahan musim haji sekarang sudah lebih baik berbanding  tahun 2004 dulu..tapi setiap tahun cabaran pastinya berbeza. Kasihan sebenarnya melihat pakcik/makcik menunaikan haji. Pengalaman aku duduk sebilik/sekhemah bersama golongan berusia, dan yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi dsb memang betul-betul menginsafkan ..jadi aku kempen kat kawan-kawan pergilah haji semasa usia muda dan sihat...

Pertama diorang tak larat . korang bayangkan jemaah terpaksa bersesak-sesak dalam lautan manusia..Sekarang ni dikhabarkan tempat penginapan adalah jauh dari masjidil haram dan tempat melontar jamrah. Kalau tak fit, nampaknya lebih banyak melepak le dalam bilik dari berulang alik ke masjidil haram. kan dah rugii..!

Kedua..bila fizikal tak fit mental turut terpalit sama..mereka ni mudah lupa..selalulah tersesat...tak kiralah samada semasa di masjidil haram lagi atau semasa berwukuf dan melontar jamrah nanti, sausana serba serbi sama. kalau tak diingat lokasi betul-betul, balik dari tandas  berdekatan pun boleh sesat masuk  khemah orang lain..bagi orang sihat ok lah ..bayangkan kalau berpenyakit dan  berumur...

" Khemah nombor berapa makcik..?"

" Entah...lupa...pulak.."

" Tag mana, napa tak pakai ..?"

" Alaa makcik pun lupa nak pakai naak..."

Ermmm.. Shushah lah macam ni...bukannya ada satu, dua khemah..beratus-ratuss..
Kesian kat petugas tabung haji..

Kepada kawan-kawan yang belum mendaftar, apa lagi.. pergilah mendaftar...!






Saturday, September 24, 2011

Kemurungan...

Semalam dari siang sampai malam kami sibuk  menghadiri rumah terbuka. Bermula selepas zuhor membawalah ke malam. Jam 12 baru sampai rumah. Patut pun suratkhabar melaporkan harini jalan sekitar Lembah Kelang sesaak. Ramai mengambil kesempatan Syawal yang berbaki beberapa hari lagi untuk mengadakan rumah terbuka.

Entry harini bukan aku nak cerita pasal rumah terbuka, tapi pasal tajuk diatas...bila bertemu rakan dan taulan tak lari bertanyakan khabar samada kenalan yang hadir atau yang tak berkesempatan...dan dikhabarkan dua orang kenalan aku mengalami masalah kemurungan. semuanya berpunca dari kehilangan insan yang rapat dengannya kerana telah berhijrah ke alam lain..Meninggal dunia lah tu..

Yang pertama terjadi keatas kenalan wanita dan kedua lelaki. Suami wanita tu telah meninggal dunia di Thailand semasa berkonvoi  motor ke sana seminggu sebelum Ramadhan baru ni ..Sebelum ni pun kami pernah ride di Thailand bersama-samanya..Manakala kenalan lelaki telah kehilangan ayah beliau dua tahun lepas. Dikhabarkan kedua-dua insan itu telah bertukar watak 360  darjah daripada petah berbicara kepada diam seribu bahasa. .

Semalam pun aku terbaca seorang apik tua berusia lebih 80 tahun  mengalami kemurungan., dan lebih trajis mengambil keputusan menyiram petrol seluruh badan dan menbakar diri. Tindakan itu diambil kerana tak tertanggung menderita penyakit yang dialami...

Punca kemurungan barangkalai pengidap masih belum dapat menerima dugaan  yang menimpa dirinya. Mula-mula bersedih, lama-lama terbawa-bawa kepada kemurungan. Orang yang rapat nampaknya perlu lebih berwaspada takut-takut masalah ini bertukar tragedi sekiranya tidak segera diubati...bukan nak menakut-nakutkan cuma peringatan...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...kematian adalah pasti. Penghijrahan ke distinasi akhir semua manusia -Alam akhirat. Semua akan merasai.  Samada suka, tak suka, bersedia ke belum.. bila tiba saat itu datang, tiada siapa dapat menghalang.  Ketentuan Illahi insan yang dikasihi mendahului  kita. Redhalah dengan ketentuan itu. Hidup mesti diteruskan. Meraung berhiba pun bukan boleh dikembalikan insan dikasehi itu semula ke dunia. Iringi saja dengan doa semoga rohnya dirahmati.

Mungkin mudah bercakap berbanding bila kita sendiri menghadapi sausana itu. Ya Allah pelihara kami dari dugaan yang amat berat...Amin




Friday, September 23, 2011

Keldai Dadah...

Sebelum-sebelum ni bila terbaca berita mengenai sesuatu kejadian, jarang yang berkaitan atau setidaknya berlegar dengan orang sekeliling kita. Sebab itu barangkali kita seolah acuh tak acuh akan hal tersebut sebab tidak membabitkan diri atau orang yang rapat dengan kita...sering kita beranggapan , selagi tak terjadi dengan kita ..kira ok. Sebagai contoh, kemalangan maut, pembunuhan kejam, berantakan dalam rumah tangga..anak remaja lari dari rumah, hisap dadah dsb. Sebenarnya perkiraan kita itu silap..kalau boleh terjadi kat orang lain, pastinya boleh terjadi dengan kita/orang rapat dengan kita. Jadi kita semestinya berwaspada sepanjang masa, takut-takut hal yang sama berlaku terhadap kita/orang yang rapat dengan kita.

Apa yang nak aku cerita harini adalah berkenaan dengan keldai dadah. Korang pun dah selalu baca jugakan..Minggu ni saja dua berita yang aku terima berkisar dengan kenalan yang rapat dengan aku..Kenalan aku ini telah ditahan polis kerana disyaki menjadi 'pusher'. Keldai dadah juga lah ni, walaupun tak le sampai keluar negara...Polis menjumpai dadah tersebut dikenderaan masing-masing. Kes pertama sangat berat kerana jika disabitkan kesalahan akan ke tali gantung, sementara kes kedua melibatkan kuantiti yang sedikit. Sedikit sebab kenalan aku itu boleh diikat jamin dengan mengemukakan sejumlah wang jaminan berserta dua orang penjamin. Merayu-rayu bini dia dengan aku, mohon lepaskan bayaran  mana-mana baki  tertunggak untuk menjelaskan wang jaminan polis..

"Tak sangka.."  itu saja respond bila menerima berita itu...kes kedua adalah kenalan sangat rapat aku. tapi dia bagitau dirinya teraniaya ....Biarlah pihak polis menyiasat perkara ini. Kalau betul teraniaya bermakna kita semua terdedah dengan risiko itu. Mana tau kalau-kalau ada orang terdesak turut mencampak barang tersebut dalam kenderaan/beg kita...semuanya mungkin...Dalam kes-kes keldai dadah yang kita baca seolah-olah sama saja jalan cerita..Teraniaya.

Apakah akan selesai masalah dadah dengan tertangkapnya keldai-keldai  ini..? Tak mungkin..! selagi dalang di sebalik keldai-keldai itu masih bergerak bebas. Yang kaya raya  dan terselamat adalah dalang-dalang, dan yang bodoh/teraniaya, serta terhukum adalah keldai-keldai ini. Dengan  janji-janji  imbuhan lumayan, akan membodohkan diri lah  nanti keldai-keldai lain untuk meneruskan khidmat tolol yang ditinggalkan keldai terdahulu..Walaupun mungkin keldai-keldai tertangkap akan memberitahu siapa dalang semasa disoal siasat ...cukupkah bukti untuk mengheret dalang-dalang ini ke muka pengadilan...?

Ayoh kawan-kawan waspadai diri serta ahli keluarga dari gejala ini.

Beringat sebelum kena...

Thursday, September 22, 2011

Enjin V- strom meletop...!

Hari Khamis seharian aku duduk di Naza PJ. Motor suzuki aku mengalami masalah. Sedang khyusuk menonggang, tetiba berbunyi dentuman kuat...Pommm..! alamaak napa pulak...? mula-mula ingatkan tayar pecah...bila berhenti check takda pulak tayar pancit. Dah banyak kali meletup-letup macam ni...tapi sebelum ni motor masih boleh bergerak macam biasa..jadi ingatkan normal lah...baru-baru ni lepas balik dari makan rendang landak, setibanya di Tol Behrang berdentum  lagi.. ! motor terus hilang power, enjin semput menggigil macam nak padam....argh sudah...ini sudah kes luar biasa.., salahlah mekanik tu dulu bagitau mungkin letupan tu karakter enjin v-twin. mujur bila on enjin semula, motor boleh berfungsi seperti biasa., sampai juga rumah dan semalam terus bawak ke Naza sebab motor tu dibawah waranti lagi..

Selepas meletup sebelum-sebelum ni adalah juga bertanya pada mekanik-mekanik lain. Kemungkinan ada 3 sebab. Kalau motor anda pernah menunjukkan simptom sama, mungkin berpenyakit macam motor aku juga ..

1. Sistem ekzos bocor.
2. Spark plug atau kepala kabel plug bermasalah.
3. Sistem injection bermasalah. Campuran bahanapi tak sempurna menyebabkan  pembakaran pun tak sempurna dan 'backfire'. Nasib baik tak meletop sampai berderai enjin..

Jadi aku utarakan pendapat ini pada mekanik Naza. Sehingga pukul 4.30 ptg memang sah berpunca dari perkara 3. Cam Sensor rosak ., terdapat retakan pada 'casing' sensor tersebut. Masalahnya alat ganti pulak sukar diperolehi...terpaksalah aku tinggalkan motor tu disana. Tak taulah bila boleh setel..

Member wa sudah kutuk baik punya...beli motor yang bukan-bukan...siap sedia jelah tunggu alat ganti seharian, silap-silap minggu-mingguan.. Jangan sampai berbulan-bulan sudah la...

Takpa-takpa biar rosak selepas puas pakai daripada rosak sebab tak berpakai...berbaloi-baloi

Lagipun dalam waranti lagi kann..ha ha..

Wednesday, September 21, 2011

Pergi Mekah hasil tabungan 30 sen sebulan...!




Selalu aku bawak motor, sesekali bawak kereta semasa urusan kerja syok juga..sambil menyabarkan diri . Tekan ..lepas brek serta pedal minyak dalam kesesakan jalan, sambil tu dengar radio., dapat juga maklumat terkini..tak silap aku 3,4  hari lepas ada berita sorang pakcik berusia 72 tahun akan menunaikan haji tahun ini hasil simpanan duit 30 sen sebulan sejak tahun 50an lagi...Pergh cayalah pakcik...niat dan azam beliau tu memang mengkagumkan...sesetengah orang hangat-hangat taik ayam je..tapi pakcik ni masih mengekalkan stamina semangat dan azam sejak mula berputik puluhan tahun dulu..

Perkara yang baik kita kena tiru...aku tambah semangat  menabung duit syiling...Duit syiling yang aku kutip bersepah-sepah tepi mesin basuh, celah-celah konsole kereta., dalam laci almari baju..isshh. dalam bekas pensel..dsb . Aku pun tak taulah.., kalau duit 5 sen tu, nampak pun buat-buat tak nampak saja semua...padahal bukan setakat 5 sen berharga 1 sen pun bernilai tau...seorang jutawan tak boleh digelar jutawan sekiranya dia hanya ada 999999. 999 ,99 sen saja kekurangan 1 sen untuk melengkapkan sejuta.

Lagipun bebudak sekarang nak bagi duit syiling masa kunjungan raya..ermm alamat kena ungkit le 7 keturunan...teringat akan arwah embah lanang (Atok Lelaki) aku yang bagi duit 50 sen tiap kali raya masa kami kecik-kecik dulu.. kesah pemberian tu bergema tiap kali musim raya..padahal dulu 5 posen bukan kecik nilai wei..

Duit-duit yang aku kutip elok aku masukkan dalam tabong buloh yang aku beli di sepadan Thailand/Myanmar semasa xpdc motor dulu...korang kalau ada duit syiling yang dipandang sebelah mata , boleh le  bagi kat aku..sekarang ni aku cuba angkat tabung tu..boleh tahan juga dah memberat...maknanya dah membanyak lah duit didalamnya..kumpul-kumpul nanti mana tau boleh angkat sebijik lagi motor.. hait..! jangan gelak..kata lah satu tabung boleh kumpul RM1000..ada 160 tabung .., sudah RM160 ribu..! lepas lah nak sambar HONDA GOLDWING tunaiii..!

Pakcik tu pun boleh...! Ha..ha.. ha...jangan jeles aaa..

Tuesday, September 20, 2011

Blog berwajah baru...

Aku nak ikut strategi pengeluar kereta la...2, 3 tahun dipasaran akan ada saja perubahan yang dibuat walaupun masih mengekalkan rekabentuk keseluruhan. Kasi ubah lampu depan, ubah bumper, grill kasi chrome lebih. tukar kaler lampu signal..semua ini dibuat supaya nampak pembaharuan..dan dalam masa sama boleh up sikit harga..ha..ha

Blog  ni dalam sedar tak sedar hampir setahun aku rajin menulis., bermula sejak aku kemaskini blog pada penghujung September 2010. 99.99% adalah karya aku...tulis ikut apa yang terlintas dalam kepala otak..mungkin tak memenuhi selera pengunjung..Manusia diciptakan unik..citarasa kita kan berbeza...jadikanlah perbezaan itu sebagai sebahagian pelengkap dan perisa melatari hidup yang lebih berwarna warni...manalah tau pengalaman-pengalaman dan pemerhatian aku berguna untuk dikongsi bersama..yang elok tu ambil lah yang buruk buanglah...

Langsir pun bila dah lama pakai rasa tak sedap dipandang mata, mungkin kena simpan dulu..nanti bila dah lama, pakai semula langsir tu..tak le rasa jemu...bergitu juga dengan blog aku mungkin dah sampai masa di buat penampilan baru..Mana tau ikut strategi  ini menjadi...sekarang ni pageview alahai..ciput je, jeles aku tengok blog korang  yang tak sunyi dilawati pengunjung...tapi kalau tak menjadi juga pun takpa.., Aku terima sajalah seadanya...ha ha..

Monday, September 19, 2011

Tram mesra alam...



Sekarang semua sibuk pasal kenderaan mesra alam kan...Yea tak yea la..canggih juga cadangan sahabat aku Ar Mastor semasa ride kami ke Bukit Melawati tempoh hari. Dia ingin mencadangkan kenderaan seperti ini digunakan di kawasan kampus UKM Bangi...Selain mahal, penggunaan  bas sekarang terlalu banyak membazirkan tenaga dan mencemarkan alam sekitar..Untuk lebih mesra alam enjin traktor boleh digerakkan menggunakan bahanapi NGV. Sangat bagus kalau penggunaan ini dapat diperluaskan disemua kawasan kampus-kampus universiti seluruh Malaysia

Semua pihak bermanfaat. Pihak Universiti  dapat berjimat penggunaan tenaga bahan api dan penyelengaraan kenderaan. Penjimatan boleh disalurkan untuk membuat penyelidikan lain.. Pensyarah dan budak-budak pun senang nak bergerak ke sana sini antara fakulti., boleh main lompat saja. .

Tambahan lagi angin sepoi-sepoi  menerjah bebas memastikan  udara persekitaran segar berbanding didalam bas yang terkepong...tak payah nak aircond...tak perlu risau la mana- mana pelajar yang tak sempat mandi atau terbuang lebihan angin dalam badan..Masih boleh kontrol macho atau kontrol ayu lagi..Bau-bauan kurang menyenangkan akan mudah saja berlalu pergi...

Tak payah gaduh-gaduh..

" Ini mesti engkau ni...!"

" Hei..Mana ada...!"

  Ha..ha..ha...


Sunday, September 18, 2011

Ride Selera Rimba, Sg Lembing Selangor...



Bukit Melawati, Kuala Selangor


Sekinchan, Selangor. Ingat Sekinchan..ingat Sekinchan Ikan Bakar..

Sahabat aku Arkitek Mastor bersama Suzuki Bandit..di perkarangan Selera Rimba...


Anak tauke Selera Rimba. Semoga beliau berwawasan membawa Selera Rimba ke tahap lebih cemerlang lagi..Premis dah tak dapat menampong pengunjung yang ramai ni dik..




Galeri bikers turut disediakan...Menu exotik beb..masakan stail jawa dan banjar.  Semalam kami berdua je terus ke sini, geng riders lain ada hal pulak...Order daging landak masak rendang-RM 60, daging rusa goreng berlada-RM40, ikan baung cili api tempoyak-RM15 sekor, set ulam , air limau dan nasi -RM15. Kena bayor Rm130..gulpp..argh sesekali je aper..boleh la tuu!

Dah lama aku tak ride berkumpulan. Terakhir adalah pada bulan June 2011, ride program motivasi di Sekolah Menengah Teknik Kg Awah Temerloh. Ride kali ini menemankan kawan-kawan aku ke Kuala Selangor sambil berbincang untuk trip akan datang ke luar negara. Mereka ni boleh dikatakan riders hujung minggu, berbanding aku yang hampir hari-hari bertemankan motor. Bagi aku tangan menggeletar kebas sebab selalu bermotor tapi diorang menggeletar sebab teruja sangat nak panaskan enjin motor..Bagi riders begini hujung minggu atau cuti umum memang sangat dinantikan.,  tu pasal akan ada saja pogram yang diatur untuk melampiaskan gian bermotor..he he..bila selesai program, lap motor dan bungkus dalam selimut., hujung minggu nanti baru dikejutkan semula..ha ha.. kaya sungguh diorang ..!

Kalau takda aral melintang kami akan ke Kemboja pada cuti tahun baru cina nanti ..dan hujung tahun 2012 akan ronda Borneo pula...Setahun dapat meronda dua kali naik motor cukuplah.. tambahan sekali dengan famili , total 3 kali huh...kena kerja keras cari dan kumpul duit dari sekarang. Perbelanjaan kitorang dah congak-congak takdalah mahal sangat , anggaran perbelanjaan wajib dalam RM2000-3000 untuk setiap trip selama 10-14 hari ..kira  berbaloi dapat melihat tempat orang melalui jalan darat yang sukar dinikmati sekiranya ke sana melalui laluan udara.

Sementara badan larat jom kita ronda-ronda..!


Nota :  Masa kami sampai di Selera Rimba  ada pengambaran TV9 pasal ...@#$%!... alamak lupa pulak nama program tu, tapi lebih kurang macam Jalan-Jalan Cari Makan la...dan sempat jugak diorang fokus kat meja kami...mana tau lepas edit-edit  nanti terpilih  muka kami masuk TV9 nanti pada 21 OKT 2011 .






Tengok betul-betul mana tau muka ini masuk..kenalkan... akulah tu..ha ha..

Saturday, September 17, 2011

Jom kita mulakan ...nak harap siapa lagi...?

 Daripada 14 unit rumah kedai dibina di Taman Perumahan Desa Mas Rawang...hanya 2 di beli orang kita..

Seronok aku membaca kesah-kesah usahawan-usahawan berjaya. dan kalau diselusuri sejarah insan berjaya ni kebanyakkannya bermula dari bawah. sebab itu usah dipandang sinis sekiranya kita melihat gerai-gerai yang diusahakan ditepi-tepi jalan...seharusnya pihak penguasa tempatan tidak bertindak  keras terhadap mereka. Mereka ini telah memiliki semangat berniaga yang sepatutnya dipupuk dan dibimbing. Seeloknya mereka  dihimpunkan  di satu kawasan walaupun dengan hanya gerai sementara sebagaimana Pasar-pasar malam dan pasar tani. Kalau perlu diperbanyakkan kawasan sebegini kenapa tidak..?

Manusia secara fitrahnya sukakan perubahan., begitu juga dengan perniagaan  lama-kelamaan akan mula berkembang. Seingat aku dalam tahun 70an adalah 5,6  orang kita yang  berniaga di pasar malam di pekan , kampong aku..tak taulah kat tempat korang..tapi kini korang semua sedia maklumlah..dah berlambak.  Begitu juga mungkin sekarang kedengaran suara-suara memperlekeh peniaga-peniaga kita yang hanya mampu mengusahakan gerai-gerai ditepi jalan tapi tak mustahil dalam masa mendatang situasi ini akan berubah seiring dengan fitrah manusia yang inginkan perubahan...Dalam ramai-ramai peniaga tu pasti akan ada golongan yang lebih menonjol ,berjaya dan mampu bersaing di pasaran terbuka..atau kalaupun tak sekarang mungkin generasi kedua dan seterusnya akan meneruskan legasi generasi pertama.. Golongan-golongan  ini nanti yang akan mencari bangunan-bangunan atau kilang-kilang  untuk menjalankan perniagaan yang semakin berkembang...

Sebab tu aku berpendapat media massa amat penting  memainkan peranan dalam memupuk minat orang kita berniaga. Perlu ada sisipan khas diakhbar-akhbar yang menonjolkan insan-insan berjaya untuk dicontohi. Sebab apa orang ramai memberi sambutan luarbiasa untuk program-pogram hiburan..? kerana akhbar tak putus-putus menonjolkan artis-artis sebagai idola. Cuba korang beli akhbar hujung minggu ..semua akhbar berlumba-lumba menonjolkan cerita-cerita hiburan dengan sisipan khas...

Sejarah membuktikan orang kita memang hebat...kalau dulu boleh, kini pun pasti boleh...!


Thursday, September 15, 2011

Kalau aku tahu...!

Selalu sangat kita dengar ungkapan itu.

" Berapa harga kau beli emas itu..?" Tanya A

" RM39 /grm..tapi waktu tu tahun 1997 " Jawab B

" Hah..! RM39 ..? napa tak diborong saja emas kat kedai tu..? soal A lagi

" Iyealah KALAU AKU TAHU emas harga naik gila-gila macam ni sampai mencecah RM200/grm ..memang aku  beli banyak dulu..bergolok bergadai pun takpa...." balas B

He he..macam tulah kita yea..barang yang lepas selalu dikenang. dan disaat ini sebenarnya peluang tu masih terbuka didepan mata tapi menganggap harga semasa adalah sangat tinggi, anggapan serupa dengan harga RM39/grm  pada tahun 1997 dulu..Kita terlepas pandang bahwa barang harini pun akan menjadi sejarah jua.. 9., 10  tahun akan datang mungkin perbualan sama akan berulang  ..tapi diwaktu tu RM200 mengambil tempat RM39..wallahualam

Petikan diatas sekadar contoh yang kita ni selalu terlepas peluang.. Dek kerana tak mau menyesal dikemudian hari..aku turut mengambil peluang menambah pelaburan di Bank Persatuan...Bank koperasi sebagaimana Bank Rakyat...takapa-takpa  tambah dulu dengan apa yang ada.., lama-lama nanti penuhlah kuota tu.. Dulu aku silap, duit yang ada di Bank Rakyat aku keluarkan, tinggallah baki yang ciput tuh,...dahlah nak tambah syer  dihadkan RM1000 saja baru nih...Diberitakan bahwa pegangan syer Bank Persatuan ditingkatkan ke RM20 000 berbanding RM 2000 sekarang...

Daripada duit diperabih untuk beli barang bukan-bukan lebih baik tambah pelaburan..Harap-harap prestasi Bank Persatuan pun setanding Bank Rakyat atau lebih baik...duit dividen nanti boleh lah beli barang yang bukan-bukan..Ha ha..


Wednesday, September 14, 2011

Awas mak ayah sekelian...!


Aku sangat sedih. Seorang kawan aku terjebak dengan najis dadah. Semalam baru aku dapat tau. Aku pernah berurusan kerja dengan dia. Bila dah terjebak ni bukan senang nak pulih, kalau pun pulih barangkali sekejap saja, bila berjumpa geng lama akan kembali ke tabiat lama. Lagi aku sedih dia ni berbini 2..argh sayang sungguh..., napalah boleh jadi begini. Inilah padahnya , bermula dengan pergaulan yang salah dan mencuba-cuba akhirnya terjebak..

Dadah dan zina dua dosa besar bilamana terjebak alamat susahlah nak buat pusingan U...pertama kali mungkin menyesal tapi percayalah selalunya akan tewas bila dugaan kedua mendatang dan lama kelamaan rasa bersalah akan lenyap dalam diri dan akan terus bergelumang dengan dosa-dosa itu...nauzubillah..

Aku pun tak taulah kat mana silapnya...mudah sangat kita terikut-ikut dengan gejala negatif nih..anak-anak remaja mudah sangat terikut-ikut dengan gejala merokok dan pergaulan bebas ..Kita sedia maklum merokok adalah langkah pertama sebelum mereka beralih  ke dunia dadah. Pergilah ke kawasan sekolah menengah, disebalik kawasan terlindung  berhampiran sekolah akan adalah segelintir pelajar ponteng sambil menghisap rokok...dulu aku ingat lagi, sanggup diorang berkumpul 2, 3 orang dalam tandas asrama rosak dengan taik bergelumang timbul...selamba saja sedut asap dengan bau aroma taik..ish-ish bodoh betul..!

Kekadang kita sebagai ibu bapa tanpa disedari memberi isyarat  salah kepada anak-anak.. mungkinkah sikap yang terbina sedari kecil terbawa-bawa sampai ke usia senja. Sesetengah ibubapa selamba aku tengok jalan bersama-sama dengan anak remaja perempuan yang berpakaian senteng , berseluar sendat.., yang remaja lelaki pulak bertindik dengan rambut mencacak... ini semua petanda menuju kehancuran.

Sebelum gejala semakin kronik jom kita berubah,,kita mulakan dengan diri dan keluarga kita...Peringatan ini untuk diri aku juga...

Tuesday, September 13, 2011

Robot dan Manusia...

Aku keliru..kerapkali juga aku baca di akhbar seperti di ruangan soal jawab CBT sisipan News Strait Times hari Ahad dan akhbar lain juga, kalau menonggang motorsikal berkapasiti lebih 500cc ke atas ada sedikit kelonggaran untuk menggunakan laluan utama berkongsi dengan kenderaan empat roda lain walaupun lorong motorsikal disediakan. Hah..tapi apa yang terjadi, aku sudah kena saman daa semasa menggunakan laluan utama GCE baru-baru ni ..Selalu mereka buat sekatan jalanraya selepas  Tol Plaza Bukit Jelutong . Nak berhujah pun tak guna..Polis tu dah minta IC serta lesen seterusnya hulur kertas saman untuk ditandatangani..terima sajalah saman tu...Dulu masa aku guna skuter 200cc aku takdalah kesah sangat , tapi kali ni aku naik motor 1000cc ..! pun kena juga..

Ini pandangan peribadi aku ok mungkin anda bersetuju dan sebaliknya.. biasalah kita kan manusia biasa, mesti ada pertentangan pendapat...

Abang-abang polis sepatutnya menggunakan pertimbangan semasa mengeluarkan saman ..yea betul,  undang undang adalah undang-undang, tapi pada aku undang-undang tu masih boleh dilaksanakan atas budi bicara.. Anda tak sepatutnya bertindak seperti robot..Anda ada akal fikiran. Berpadalah untuk memaksa motor besar menggunakan laluan motor yang lebarnya tak lebih dari 3 meter..dahlah tu ..banyak selekoh maut pulak..bukan ke lagi membahayakan diri..

Lagi amat tidak wajar larangan itu dilaksanakan di GCE yang ketika ini laluan utama amat lengang dan jauh lebih selamat berbanding laluan motor yang disediakan. Kalau di Lebuhraya Persekutuan aku amat faham...di sini aku pun tak nak lalu dan dengan penuh rela akan menggunakan laluan motor sebab lebih selamat berbanding laluan utama., disamping tak maulah aku berebut-rebut ruang sempit dengan pengguna kenderaan empat roda lain...Kita bukannya nak guna jalan main redah saja, mana yang lebih bermanfaat dan lebih selamat, kita pilihlah...

Aku nak beri  contoh lagi..penguasa kekadang perlu menggunakan akal budi untuk melaksanakan arahan tugas. Penyediaan lampu isyarat...bukan kah tujuannya untuk menyuraikan trafik demi keselamatan pengguna..? Kalau dah jam 3 pagi dan trafik pun lengang...adakah wajar kita disaman sekiranya melanggar lampu isyarat tersebut...? Insan robot akan memberi jawaban YA.

Kembali kepada isu penggunaan laluan motor..untuk apakah laluan motor disediakan..? Untuk keselamatan juga bukan..? kalau  laluan utama lebih selamat sepatutnya pertimbangan ini yang diguna pakai oleh pihak penguasa...dan kenapa perlu disaman..?

Korang dapat bayangkan bagaimana abang-abang Kawasaki GTR1400, Honda Goldwing 1800 atau Harley Davidson Electra Glide 1700 dipaksa menggunakan lorong kecik motor ...he he..menggeletar satu badan nak kawal motor beb..  .Ya ampunn.. motor berat..! ha ha...terpaksa juga aku ketawa walaupun duit melayang sebanyak RM300 gara-gara kena saman.. Tak patut betoll..!

UPSR 2011 kini bermula...


Cara anak pompuan aku mohon restu...he he..setelah menghantar dia ke sekolah baru terbaca mesej ini yang digantung dalam bilik kami...Ok-ok moga berjaya..

Selamat berjuang kepada calon UPSR 2011 termasuk ibubapa...Anak aku salah seorang dari calon tersebut.  Tahun ini kurang dari 3000 je lagi dekat 500 000 calon yang menduduki peperiksaan. Ada ibubapa yang dah tak senang duduk, berdebar seolah-olah mereka pulak yang nak mangambil peperiksaan, terutamanya yang pertama kali anak-anak menduduki peperiksaan besar sebegini..mungkin ada yang ambik cuti...Anak-anak pulak dalam makbapak punya la kelam kabut diorang rileks saja sambil layan lagi facebook ...takpa lah kot..bagi tenang fikiran ha ha..

Sekali selamat berjuang..Kami mendoakan kejayaan anda ..

Monday, September 12, 2011

Awas..! Kemalangan Di Hadapan


Hissh..apasal lah  jalan jem teruk sangat ni...!

la patut pun...ada teksi eksiden langgar tembok...!

Posted by Picasa


Kepada pengguna jalanraya yang lain hati-hati dan banyak bersabar bila berada disituasi ini ...jangan potong Q ok ..Maaflah yea kami naik motor boleh mencelah dulu...he he..

Saturday, September 10, 2011

Lu pikirlah sendiri...!


Korang tak hangin ke..? pada aku pemimpin seperti ni tak layak untuk menjadi  pemimpin pelbagai bangsa. Seorang pemimpin mesti  mendahulukan aspirasi nasional...Mereka terang-terangan membelakangkan aspirasi itu yang secara jelas mensyaratkan bahasa kebangsaan mesti diutamakan di tempat awam., apatah lagi mereka ini pemimpin yang dilantik oleh rakyat berbilang kaum. Kalau pemimpin dah tak menghormati undang-undang..apa ke jadahnya...Rakyat marhaen pelbagai bangsa terang-terang tertipu. Mereka  hanya diperguna untuk  mendapat undi, bila dah dapat agenda bangsa sendiri lebih diutamakan...baru dapat sedikit kuasa dah mula tunjuk belang...

Aku ada hantar mesej ini melalui laman facebook Yb Gan Pei Nei Adun Rawang dan Ahli Parlimen Yb William Leong.. Aku sebagai pengundi berhak menyuarakan rasa hati aku..

"Kepada Yb Gan/ Yb William, Saya berharap Yb lebih mendahulukan bahasa kebangsaan dalam setiap kain rentang yang digantung..ingatlah Yb dilantik oleh seluruh rakyat berbilang bangsa dan sebagai Adun/Ahli Parlimen yang dilantik semestinya mendahulukan dan memperjuangkan aspirasi nasional dan bukan kepartian bangsa yang sempit..sekian pandangan saya sebagai salah  seorang pengundi dikawasan Yb."

Ini jawapan dari Yb Gan Pei Nei dan respond dari aku. YB William hanya memulangkan semula mesej dari aku..ok2 ..

    • Salam:
    • Boleh saya tahu kain rentang mana yang dirujuk tidak masukkan semua bahasa?
    • Terima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh saudara.





Kain rentang dihadapan Masjid Cahaya Iman Country Homes Rawang.,lebih menonjolkan bahasa cina dari bahasa kebangsaan dan saya perhati trend ini semakin menjadi-jadi juga ditempat lain sejak yb menjadi wakil kami...ini membelakangkan aspirasi nasional. setahu saya bahasa lain jika ingin juga diadakan iayanya mesti sekura
ng-kurangnya separuh saiz dari bahasa kebangsaan...harap yb perihatin akan soal ini. tkasih


Ingatlah kemenangan calon bermula dari satu undi..!


Thursday, September 8, 2011

Bengkel kenderaan, kita pun boleh..!

Bengkel Harraz Auto di Batu 14 Rawang...milik Sdr Sham...


Cukup-cukup lah tu...dah lama sangat kita bagi orang lain kaya.., apa salahnya kita naikkan dan beri senang orang kita pulak...Lagi pun bukan orang kita tak boleh buat..hanya prejudis kita saja yang masih menebal dan sering mempersoalkan keupayaan orang kita...Biasalah sedikit sebanyak kekurangan.., tapi jangan lah sampai digembar-gemburkan sehingga langsung tak nampak kebaikan...Bila dikeluarkan statistik orang lain menguasai ekonomi.. kita melenting..padahal sebahagian punca ketidakseimbangan itu disumbangkan juga oleh sikap kita. Kita yang menyokong ekonomi mereka tanpa berbelah bagi..Berdasarkan laporan komposisi penduduk Malaysia 2010 melayu penduduk majoriti dengan hampir 70 peratus...issh kalau semua mengambil sikap mendahulukan saudara seagama alangkah bagusnya...

Mana sektor yang boleh kita tolong..kita tolong kecuali kalau benar-benar dah takda pilihan..Penjagaan kenderaan sekarang ni orang kita dah mula ramai yang pakar.. jom bantu mereka...Servis pun kekadang jauh lebih baik dan caj pulak takdalah mahal..pendek kata amat berbaloi...Caj servis MPV mlileage 15000km aku baru ni dengan tukar minyak enjin Petronas Syntium fully sintetik dan oil filter tak sampai RM300 termasuk upah...dapat hadiah bluetooth lagi...

Kereta dan motor memang aku dah tak hantar kat orang lain dah...dari dulu lagi..Kalau motorsikal Mail Motor..sementara v strom aku masih dibawah waranti aku hantar kat NAZA lagi .. baru juga hantar motor servis ke sana 2 hari lepas..servis biasa 10000KM..melayang RM197.. Motor BM aku tu masih terus hantar BMW servis center kat Glenmarie... Yang ini malas nak banyak tangan..Auto Bavaria pun kira ok walaupun caj agak mahal.. dia  dibawah Sime Darby..ramai anak melayu yang berkhidmat disana..Ala biasalah bila bengkel bawah 'Authorized Dealer'...kalau korang hantar kenderaan Nissan kat Tan Chong Motor Servis Center pastinya caj dia akan lebih mahal berbanding bengkel biasa..

Kereta pulak Harraz Auto jadi pilihan...aku puas hati..Kereta burok aku  berusia 11 tahun tu hampir 7 tahun dibawah tangan dia...sebut apa saja yang dia tak boleh buat..tukar gearbox.., baik pulih pelbagai penyakit..?  banyaklah  yang  boleh...kalau tak puas hati pun aku akan tegur terus saja pada tuan punya...setel..

Kepada pengguna lain jomlah kita bantu saudara seagama kita..kepada pemilik bengkel hargai sokongan kami.. sentiasa beri perkhidmatan terbaik anda...Jangan pandang ringan sokongan kami...


Wednesday, September 7, 2011

Masjid Raja Chendering, K.Trengganu...


Ikut pandangan mata aku., masjid ini sangat indah. Masjid yang baru siap dibina dan digunakan untuk solat Aidil fitri baru ni...Masih belum siap sepenuhnya kerana masih terdapat kecacatan yang perlu diperbaiki. Cuma yang aku khuatir apakah pemandangan  indah ini mampu bertahan lama..? Hiasan dalaman sarat dengan ukiran kerawang, dikala  baru ni nampak memang indah tapi bila telah menginjak usia nanti ditambah dengan tiadanya  penyelengaraan berkala, bimbang-bimbang sawang-sawang dan debu mula mengambil tempat di segenap sudut dan pastinya mencacatkan  pemandangan.

Bila menjengok tandas, salur paip cuma tinggal bahagian hose dalam saja, yang salut besi luar entah ke mana menghilang..kunci bilik tandas ada yang hilang, ada yang patah .. air bertakung di lantai kerana saluran  tersumbat. Disebabkan bangunan ini  masih didalam tempoh kecacatan , kerosakan ini  akan dibaiki oleh kontraktor sediada. Kalaulah tempoh kecacatan ini telah berakhir kelak..apa akan jadi dengan masjid yang indah ini nanti...?

Aku berpendapat kalau pun tak semua masjid ..tapi yang berkapasiti melebihi 1000 jemaah perlu diurus secara profesional. Perlu diwujudkan team penyelengaraan berbayar., barulah terurus bangunan dan persekitaran.. kalau nak diharap kepada tok-tok siak mana larat nak menyelenggara bangunan yang tersergam dan kawasan yang luas. Nak harapkan gotong royong pun entah berapa kerat la yang menghadirkan diri..Pembiayaan boleh diperolehi melalui koleksi sumbangan orang ramai dan juga  peruntukan dari pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Negeri dsb..

Sangat sedih bila masjid yang pada asalnya bersih dan cantik dibiar tak terurus dengan kawasan tandas  terbiar berbau  hancing, mangkok tandas yang kadangkala bertepek kaler kuning kehitaman sebab lama sangat tak bercuci...dan terok lagi langsung tersumbat..hei come on la...! ini masjid ok..disinilah sepatutnya segala-galanya nampak bersih, batin dan zahir kerana hati sepatutnya telah disucikan hasil pengabdian diri pada Ilahi dan kesan penyucian itu sepatutnya terpancar di mana-mana.

Untuk tindakan segera jomlah kita mulakan dengan diri kita...kita jadikan tandas masjid dikariah masing-masing yang masih belum mempunyai penyelenggara profesional, sebagai tandas angkat kita...kalau setakat 5-6 pintu bilik air aku rasa tak habis dua genggam serbuk sabun untuk mencucinya dan tak sampai 2-3jam  untuk membersihkannya.Moga amalan yang tak seberapa ini menjadi saksi diakhirat nanti...Jom melabor, Kita melabor saham akhirat...!




Selamat menghadapi UPSR anak-anak...

13, 14 dan 15 hb September 2011 anak-anak darjah 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR termasuk anak aku. Harapan ibubapa dan guru-guru  mereka berjaya menghadapi peperiksaan dengan tenang...aku berserah sajalah pada Allah. Usaha insyaallah dah usaha. kena terima  keputusan yang bakal diterima...kalau dinilai berdasarkan keputusan 2 percubaan sebelum ni..anak aku termasuk dalam senarai harapan sekolah...Tapi yang bimbang kalau meletakkan harapan tinggi sangat pada dia kekadang perkara sebaliknya terjadi...macam yang pernah dilalui anak-anak yang lain...ish berdebar juga nih..

Anak sulong... kami meletakkan harapan..keputusan tak sebagaimana dijangka. Mujur skor dalam PMR dan SPM sekarang buat Medic di Alexandria Mesir.

Anak kedua...kami rilek-rilek saja tak mau pengalaman meletakkan harapan sebagaimana kakak berulang...keputusan skor pulak. PMR dan SPM pun skor. Sekarang sedang buat pogram persediaan untuk ke Australia

Anak ketiga...Yang ini ok kot...Alamak bila keputusan keluar..jauh tersasar dari sasaran. Anak lelaki aku menangis.bila keputusan keluar..mujur  tertebus skor dalam PMR dan dapat masuk SBPI. Tahun depan SPM

Anak ke empat..rilek sajalah, jangan jadi macam abang...eik keputusan skor pulak sampai kami pulak yang meleleh air mata, sebak tak boleh tahan-tahan ...rasa bersalah seolah-olah menidakkan kemampuan dia. Sekarang duduk nun jauh di MRSM Besut..Tahun depan PMR

Anak ke lima...Aku bimbang anak aku yang over konfiden...walaubagaimanapun semoga melangkah yakin ke bilik peperiksaan.

Baru tadi menghadiri pogram solat hajat dan majlis restu di sekolah anak..Moga hajat kami ibubapa dan guru-guru dimakbulkan.. Kepada ibubapa lain sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk anak kita..Amin..


Tuesday, September 6, 2011

Sah memang dia...

Aku keberatan nak tulis kesah ni sebab aku tak pasti betul ke dia insan yang aku tengok sebelum ni..nanti memandai-mandai pulak aku mengarang cerita...bila dah dua, 3 kali jumpa semasa dia tidak 'beroperasi'..yea aku yakin sungguh, memang dia.. aku sungguh yakin tudung yang dipakai...sandal croc hijau lusuh yang diguna dan potongan badan dan cara lenggang berjalan, memang sah dia...pagi tadi sewaktu menghantar anak ke sekolah, aku terserempak dia lagi sepertimana aku mula terserempak dulu ..bukan disini tapi ditempat lain...

Kalau dalam artikel terdulu aku pernah tulis pasal insan misteri..insan-insan yang aku kenal yang mempunyai perwatakan dan penampilan berbeza dengan keadaan sebenar(ikut  takrifan aku lah yea).., tulisan kali ini, juga  pasal insan misteri tapi yang ini terbalik pulak, diluar  nampak senang  rupanya penuh kepalsuan...

Hilang rasa simpati aku.., Kalau anda pertama kali jumpa memang tak percaya sebab dia  memandu 4wd  , renovate rumah.., keliling bercctv... yang misteri lagi jarang bergaul dengan orang ramai....balik kereta terus masuk garaj dan tutup pagar...

Sebelum ni aku hanya dengar cerita..aku malas nak ambik tau ,,,takkan sampai ke tahap itu terdesak insan ni...tapi bila aku tengok dengan kepala mata aku sendiri..aku percaya...berderau darah aku.., napalah dia sanggup berbuat begitu meminta sedekah dari satu kereta ke satu kereta, menjaja kesah sedih meraih simpati...

Misteri..misteri..!


Monday, September 5, 2011

Kembara Bumi Suci 2...


Artikel kedua yang aku baca di Utusan Malaysia Sabtu lepas adalah perihal Kembara ke Bumi Suci 2.

Tahniah kepada Sdr Azman Baharudin pemilik Two Wheel Garage dan Israq Adventure. Aku sangat kenal dia dan selalu jugak bertandang ke bilik pameran motorsikal berkuasa tinggi dan bengkel beliau..Selepas berjaya menempoh cabaran menunaikan umrah bermotorsikal bersama 15 peserta  pada 2010 , kini mengorak langkah lagi dengan mengumpul lebih ramai peserta untuk kembara ke 2 yang dijadualkan pada April 2012. Tak silap aku tak sampai dua bulan lepas dia mengetuai cabaran bermotorsikal dari Turkey ke Garmich, Jerman  untuk menghadiri "The BMW Motorrad Day's " yang menghimpunkan ramai pemilik Motorsikal BMW dari seluruh dunia.

Sebenarnya aku amat teruja untuk turut serta dalam trip ke bumi  suci ini... kejap yea..tengah congak mencongak ni mana nak di cekau duit perbelanjaan...he he..masalahnya bulan 12 ni aku dah berhabis untuk ronda Europe bersama bini dan sorang anak  aku...ish.ish.. kalau ada rezeki lebih memang aku nak join...takpa-takpa kalau tak dapat join trip ke 2 mungkin boleh turut serta untuk trip ke 3 nanti..kalau panjang umurlah.. sebab beliau bercadang untuk menjadikan Kembara ke Bumi Suci ni acara dwi tahunan...

Semangat YAKIN BOLEH ni yang patut kita tiru dan semai...Insan-insan ini mampu berfikir diluar kotak pemikiran insan biasa...Mereka dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat...Iyealah..., orang lain hanya dapat berseronok dan berhabis duit bila layan minat motorsikal berkuasa tinggi tapi beliau dapat menjana pendapatan melalui aktiviti itu... Datuk Jamal  tercetus idea untuk menubuhkan MyAgro Hypermarket apabila melihat potensi memasarkan produk IKS setelah berkunjung ke  pameran MAHA dan Halal Hub. Bukan ke itu petanda cara mereka berfikir berbeza dari insan-insan biasa lain. Hebat..hebat..!

iissshh..fikirlah..!  aku pun sedang pujuk otak aku supaya berfikir diluar kotak pemikiran biasa..macam diorang tu...Fikir la..fikir la..he he..

Sunday, September 4, 2011

MyAgro Hypermarket...

2 artikel ni di Utusan Malaysia pada Sabtu lepas paling menarik perhatian dan minat aku. Ingatkan aku je yang teruja dengan artikel pasal Datuk Jamal Md Yunos dan membuat ulasan, bila aku membaca blog orang lain rupanya ada juga yang menulis mengenainya...bagus-bagus..! insan yang berjaya kita jadikan ikon masyarakat..

1. MyAgro Hypermarket
2. Kembara ke Bumi Suci 2

Pasaraya MyAgro Hypermarket yang akan dibuka di tapak MAHA Serdang kini dalam proses pengubahsuaian dan dijangka dibuka pada akhir Oktober ini. Untuk maklumat lanjut boleh lah baca  lagi di Utusan Malaysia.

Bila aku belek-belek rupanya pemilik hypermarket ini sama dengan pengasas Sekinchan Ikan Bakar, Datuk Jamal  Md Yunos awal 40an. Ini adalah salah satu daripada 25 buah syarikat dibawah naungannya. Syabas aku ucapkan kepadanya dan aku sangat tumpang gembira. Bila aku baca latar belakang beliau aku percaya dia bukan usahawan bidan terjun..Mula berniaga dari bawah sejak berumur 17 tahun lagi...dan mungkin nak dijadikan pemanis berita, turut dinyatakan beliau pernah gagal dalam SPM. Sudah tentu sekarang ramai yang mencari rezeki dibawah syarikat beliau termasuk insan-insan berkelulusan universiti.

Aku percaya dia amat tahu apa yang dilakukan apabila berani melabur 100 juta lebih untuk hypermarket ini.  Pengalaman  bergelumang lebih 20 tahun dalam perniagaan pastinya telah banyak menempoh pelbagai ranjau dan duri.. Keupayaannya memang telah diuji..aku amat tertarik dengan kenyataannya

" Beranilah untuk gagal kerana tiada kejayaan tanpa disulami kegagalan..!".

Pada pendapat aku sesiapa yang berjaya melepasi tempoh 15 tahun dalam perniagaan  sekalung penghormatan harus diberi kepada mereka..Bukankah Nabi Yusuf AS pun pernah memberitahu

 " Bersiap sedialah untuk 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau...".

Barangkali ramai yang lemas dek kerana terpesona kemewahan awal dan barangkali  ramai yang tersungkur menghadapi cabaran perit jerih dihambat kesusahan.. Sekiranya masih mampu bertahan melangkaui tempoh tersebut telah lengkaplah pengalaman untuk menghadapi apa saja cabaran mendatang..

Semoga semakin ramai lahir tokoh-tokoh usahawan bumiputra islam lain...Aminn..

Ikuti ulasan peribadi aku untuk  artikel berikutnya dalam entry akan datang...



Friday, September 2, 2011

Sedikit coretan raya 2011...

Bergambar di salah satu lokasi pengambaraan Hikayat Merong Mahawangsa, di Pantai Pandak berdekatan Jeti LKIM Chendering..Anak sulong aku tak dapat bersama, mengambil kesempatan cuti semester di Alexandria Mesir dan bercuti di UK dan Europe.


Saban tahun biasanya dua-dua kampong kami balik...yang membezakan dari raya terdahulu cuma kampong mana yang akan dikunjungi dulu...tahun ni balik Johor kemudian sehari sebelum raya terus balik Trg. Bergegas balik Trg sebab raya kedua ada majlis kahwin adik ipar.., bermakna ada 2 orang lagi dari 11  adik beradik bini aku yang masih membujang. keluarga sebelah aku kesemua lapan orang dah berkeluarga kecuali sorang abang OKU aku...besar keluarga kedua belah pihak...

Tahun ini agak spesial, 11 orang adik beradik. Termasuk mak/ayah/anak-anak 44 orang berkumpul semuanya  kecuali sorang anak saudara dan anak aku yang tak kesempatan balik, sorang  beraya di Mesir dan sorang di  UK/ Europe.

Disaat artikel ini ditulis aku rasa rumah di kampong kembali sunyi.  Anak-anak mula bertebaran di bumi Malaya dan Brunei..tinggallah ayah yang terbaring diperbaringan dan ibu yang uzur. Mereka  bertemankan bibik dan anak bujang...Mujur ada abang sulung sebapa berlainan ibu tinggal berjiran..bolehla juga mengambil berat kebajikan orang tua dikampong...

Hidup ibarat roda...Masa kita akan tiba jua...

LPT 2 -Bukit Besi- Ajil kini dibuka...







Fuh lega...tak lebih 20 minit  kini boleh sampai Ajil...maksud aku dari hentian rehat simpang Bukit Besi. Dulu ikut jalan persekutuan paling kurang 45 minit nak sampai sana, walaupun jarak tak melebihi 50km..Siapa yang biasa lalu laluan itu pasti tahu dimana tempat yang aku maksudkan. Kalau dulu disimpang tiga ini kalau nak ke Ajil akan ambik kiri, tapi kini belok kanan dan dalam 200 meter akan jumpa jalan susur  ke lebuhraya baru..

Dulu kalau balik ke KT bermula dari simpang tiga Bukit Besi ke simpang tiga Ajil aku rasa  laluan paling  menyampah..sebab..? rasa tak sampai-sampai ..! batu tanda tunjuk jarak ke KT tak pun jauh mana, lebih kurang 78km saja..tapi dia punya rasa jauhh ..pergh boring betul ..! perasaan ini wujud barangkali fizikal dan mental dah penat setelah lebih 6 jam di atas jalan raya...

Berbanding ikut laluan pantai Kemaman-Dungun- KT, aku lebih suka lalu lalauan Jerangau- Jabor. Walaupun jalan tak berapa elok tapi tak banyak berhenti-henti dek kerana banyak sangat gangguan lampu isyarat..Dulu orang takut guna laluan ini sebab sunyi tapi kini tidak lagi..Penempatan baru pun dah banyak disepanjang kiri kanan jalan.

Bila dah dibuka keseluruhan lebuhraya nanti dari Kuantan ke KT mungkin laluan lama ini akan sunyi semula...Kalau dah di buka nanti nak ke Pantai Timur mudah la ..4-5 jam dah boleh sampai KT dari tol Gombak..duit saja la kena sedia untuk bayar tol..tapi kalau tak silap aku sepatutnya laluan selepas Jabor tak dikenakan tol atau kalau dikenakan juga kami harap tak mahal lah ..seingat aku pembinaan lebuhraya dilaluan ini bukan di bina oleh pihak konsesi sebagaimana perancangan asal tapi dibina dibawah kendalian   JKR..itu sebab sepatutnya tol tiada...

Sebab tu kalau korang perasaan lebuhraya yang baru saja di buka tu macam dah lama siap tapi  tol plaza baru saja bermula pembinaannya...Macam baru buat keputusan U saja...! Wallahualam..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK