Saturday, September 17, 2011

Jom kita mulakan ...nak harap siapa lagi...?

 Daripada 14 unit rumah kedai dibina di Taman Perumahan Desa Mas Rawang...hanya 2 di beli orang kita..

Seronok aku membaca kesah-kesah usahawan-usahawan berjaya. dan kalau diselusuri sejarah insan berjaya ni kebanyakkannya bermula dari bawah. sebab itu usah dipandang sinis sekiranya kita melihat gerai-gerai yang diusahakan ditepi-tepi jalan...seharusnya pihak penguasa tempatan tidak bertindak  keras terhadap mereka. Mereka ini telah memiliki semangat berniaga yang sepatutnya dipupuk dan dibimbing. Seeloknya mereka  dihimpunkan  di satu kawasan walaupun dengan hanya gerai sementara sebagaimana Pasar-pasar malam dan pasar tani. Kalau perlu diperbanyakkan kawasan sebegini kenapa tidak..?

Manusia secara fitrahnya sukakan perubahan., begitu juga dengan perniagaan  lama-kelamaan akan mula berkembang. Seingat aku dalam tahun 70an adalah 5,6  orang kita yang  berniaga di pasar malam di pekan , kampong aku..tak taulah kat tempat korang..tapi kini korang semua sedia maklumlah..dah berlambak.  Begitu juga mungkin sekarang kedengaran suara-suara memperlekeh peniaga-peniaga kita yang hanya mampu mengusahakan gerai-gerai ditepi jalan tapi tak mustahil dalam masa mendatang situasi ini akan berubah seiring dengan fitrah manusia yang inginkan perubahan...Dalam ramai-ramai peniaga tu pasti akan ada golongan yang lebih menonjol ,berjaya dan mampu bersaing di pasaran terbuka..atau kalaupun tak sekarang mungkin generasi kedua dan seterusnya akan meneruskan legasi generasi pertama.. Golongan-golongan  ini nanti yang akan mencari bangunan-bangunan atau kilang-kilang  untuk menjalankan perniagaan yang semakin berkembang...

Sebab tu aku berpendapat media massa amat penting  memainkan peranan dalam memupuk minat orang kita berniaga. Perlu ada sisipan khas diakhbar-akhbar yang menonjolkan insan-insan berjaya untuk dicontohi. Sebab apa orang ramai memberi sambutan luarbiasa untuk program-pogram hiburan..? kerana akhbar tak putus-putus menonjolkan artis-artis sebagai idola. Cuba korang beli akhbar hujung minggu ..semua akhbar berlumba-lumba menonjolkan cerita-cerita hiburan dengan sisipan khas...

Sejarah membuktikan orang kita memang hebat...kalau dulu boleh, kini pun pasti boleh...!


2 comments:

  1. Tapi Bang, bukan nak kata laa. Susah betul nak mintak lesen menjaja. So camner laa orang susah macam saya nie nak start meniaga..Nak bukak enterprise atau sdn bhd, tak bermodal ler pulak..

    ReplyDelete
  2. ABN, saya mintak maaf la sebab tak berpengalaman nak menngulas berkenaan lesen menjaja nih..tapi kalau semangat berniaga dah ada teruskan aje dulu, dalam masa sama mintak lah lesen...ramai yang berbuat sebegini..nak tunggu lengkap baru mengorak langkah...takut pudar semangat tu..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK