Musim haji datang kembali . Setahu aku setakat ini seramai 4 orang kawan aku yang akan ke Mekah tahun ini. Dua orang melalui pakej muasasah dan 2 orang lagi melalui pakej kendalian agent yang dilantik LUTH. Harga pakej muasasah untuk mereka yang pertama kali menunaikan haji adalah RM9 ribu lebih, manakala untuk mereka yang mengerjakan haji kali ke 2 dinaikkan kepada hampir RM15 ribu seorang. Harga pakej lain yang dikendalikan agen LUTH adalah berdasarkan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Dua orang kawan aku memilih pakej ini membayar RM28000 seorang.
Sekarang ini semakin sukar untuk kita menunaikan haji kerana ramai yang semakin sedar dan mendaftar berbanding kuota yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi. Bagi mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan haji dicadangkan pasang niat dan mendaftarlah segera. Selain faktor kuota, faktor usia dan kesihatan harus diambil kira. Pergilah semasa bertenaga dan badan sihat. Alasan takda duit aku rasa tak boleh diterima untuk generasi baru..sedangkan pakcik sebagaimana entry aku sebelum ini pun boleh menabung sedikit demi sedikit, kenapa tidak generasi baru yang berekonomi lebih kukuh memberi alasan tidak berkemampuan. Kekadang kita pun heran, pelbagai kenderaan kereta, motor, smartphone, DSLR canggih ribu riban dsb boleh kita beli, takkan untuk ibadah haji yang wajib boleh kita abaikan...ingat senang-senang ke nak bagi alasan takda duit bila kena soal malaikat nanti..sendiri mau ingat aaa..!
Pengalaman haji dan umrah memang berbeza. Mungkin kemudahan musim haji sekarang sudah lebih baik berbanding tahun 2004 dulu..tapi setiap tahun cabaran pastinya berbeza. Kasihan sebenarnya melihat pakcik/makcik menunaikan haji. Pengalaman aku duduk sebilik/sekhemah bersama golongan berusia, dan yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi dsb memang betul-betul menginsafkan ..jadi aku kempen kat kawan-kawan pergilah haji semasa usia muda dan sihat...
Pertama diorang tak larat . korang bayangkan jemaah terpaksa bersesak-sesak dalam lautan manusia..Sekarang ni dikhabarkan tempat penginapan adalah jauh dari masjidil haram dan tempat melontar jamrah. Kalau tak fit, nampaknya lebih banyak melepak le dalam bilik dari berulang alik ke masjidil haram. kan dah rugii..!
Kedua..bila fizikal tak fit mental turut terpalit sama..mereka ni mudah lupa..selalulah tersesat...tak kiralah samada semasa di masjidil haram lagi atau semasa berwukuf dan melontar jamrah nanti, sausana serba serbi sama. kalau tak diingat lokasi betul-betul, balik dari tandas berdekatan pun boleh sesat masuk khemah orang lain..bagi orang sihat ok lah ..bayangkan kalau berpenyakit dan berumur...
" Khemah nombor berapa makcik..?"
" Entah...lupa...pulak.."
" Tag mana, napa tak pakai ..?"
" Alaa makcik pun lupa nak pakai naak..."
Ermmm.. Shushah lah macam ni...bukannya ada satu, dua khemah..beratus-ratuss..
Kesian kat petugas tabung haji..
Kepada kawan-kawan yang belum mendaftar, apa lagi.. pergilah mendaftar...!

Bang Latep, Setuju sangat tu. Kenapa sanggup bersusah payah kumpul duit nak beli barangan kehendak, walhal tak terpikir kumpul duit nak tunai ibadah wajib?
ReplyDeleteSama macam zakat, kenapa boleh bayar PCB walhal zakat susah nak keluarkan? Pikir pikirkan mentaliti kita..
betul 2x tu..
ReplyDeleteABN..hendak seribu daya, taknak seribu dalih..
ReplyDeleteTauke Ali Geotest...bila nak sponsor kami ke mekah..? ha ha..
ReplyDelete