click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 27, 2015

Kalau hati telah berkenan...

Dari mata turun ke hati. Dari dulu lagi memang aku sungguh berkenan dengan motor dwifungsi GSA ini. Bagi aku pandangan dari segenap sudut adalah perrfect. Paling aku suka pandangan dari hadapan. Aku melihat ia seperti ular tedung selar yang sedang tegak mengepak ...Kelihatan Bersiap Sedia, Garang  dan Angkuh  hehe.


Cuma diperkatakan motor ini tinggi dan berat jadi kurang sesuai untuk penonggang yang bertubuh sederhana. Lagi tak sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan motor besar. Itu sebab aku tak  beli motor ini dulu sebaliknya membeli motor dari kategori  sport tourer.. Enjin dan Spesifikasi lebih kurang sama tapi ditala menurut kesesuaian jenis motor..GSA adalah motor dwi fungsi sesuai dijalan raya maupun offroad manakala sport tourer lebih memberi keselesaan untuk  tonggangan dilebuhraya.  Untuk memujuk hati dibeli model yang akan direnung bila keinginan bertandang.


6 tahun telah berlalu.. 2009-2015. Sport tourer telah pun aku jual. Berkesempatan pula mencuba motor idaman. Untuk menilai persepsi yang digambarkan sebelum ini. Betulkah memang  berat dan sukar dikendalikan. Kali ini untuk menurunkan ketinggian, seat ditukar kepada yang jenis rendah. Pandangan dari atas motor dan ngauman bunyi enjin boxer....Pergh wa cakap luu. Sungguh mengkagumkan. Handling pula takda pun  sukarnya...Melalui lorong yang bertrafik perlahan boleh saja dikendalikan dengan mudah.. Terus jatuh cinta beb..

Sebelum ini telah mencuba pelbagai jenis motor. Untuk mencari motor yang betul betul bertepatan dengan selera memang  tersangat susah.



Kebanyakan  motor yang dicuba.. mesti ada yang  tak berkenan. Ada yang dari depan, belakang, maupun sisi.  Sport tourer aku dulu tu pun bukan pandangan semua  sudut aku suka..Paling tak suka pandangan dari belakang ..ermm ponggong jatuh..Sebuah motor yang  nyaris dibeli  pandangan segenap sudut dalam keadaan statik, aku tersangat suka. Nasib baik mencuba. Pandangan dari atas motor semasa menonggang adooi.., sungguh tak berkenan..terasa kecik dan tidak gah gitu..Ditambah pulak dengan bunyi enjin yang seolah stress bila dipulas throtle. Argh lemah semangat.




Hehe ingatkan dah tak mau  pakai motor jenama sama... Apa nak buat.. biarpun model lama dan terpakai .. cuma ini yang sedari dulu berkenan...Jom jom naik motor..


Tuesday, January 20, 2015

Jom Hijaukan Kawasan…

20 hb jan 2015


Selalu orang komplen panas..panas..panas.. Ramai yang berkeinginan supaya persekitaran semulajadi sentiasa nyaman dan seringkali  menyalahkan iklim. Kita bernegara panas. . Hampir sepanjang tahun cuaca kita sentiasa panas dan berkeadaan lembab. Persoalannya, adakah semua tempat berkeadaan begitu..Kawasan tanah tinggi yea ada sedikit kelebihan sejuk dan nyaman, namun jika kita ke kawasan hutan walaupun berada di kawasan lembah, kita tetap akan berasa nyaman di sana. Kenapa..? Kerana kawasan hutan dikelilingi dengan pelbagai tumbuhan kecil, besar, menegak, menjalar dsb yang akan menapis dan menjadi payung kepada sinaran matahari..Ini menunjukkan di mana-mana tempat boleh saja berkeadaan nyaman, dengan syarat kita jadikan kawasan itu mirip kepada sausana hutan. Walaupun mustahil untuk berkeadaaan seratus peratus sama,  setidak-tidaknya  dapat mencapai sebahagian sausana hutan itu sudah dikira baik..


Inilah contoh penebangan pokok yang sepatutnya tidak terjadi,,,

Kita negara tropika..Tumbuhan mudah hidup..Kenapa tidak diambil kelebihan ini dengan membiarkan atau memperbanyakkan  pokok tumbuh . Apa yang dilihat, kita lebih gemar menebang pokok dan membiarkan kawasan menjadi lapang. Amat pelik,  kita bertindak berlawanan dengan fitrah. Pokok yang mudah tumbuh dengan sewenang wenangnya ditebang tapi mengharapkan sausana nyaman.. 


Jika melalui jalanraya maupun lebuhraya, banyak kawasan lapang seperti di bulatan, laluan keluar masuk dsb, kenapa tidak dibiarkan tumbuh dan ditanam dengan pokok-pokok besar maupun kecil..Kenapa perlu membuang tenaga dan duit memotong rumput di seluruh kawasan lapang sedangkan jika dibiarkan berpokok keperluan memotong rumput tidaklah seteruk itu. . Rumput hanya perlu dipotong  dibahu- bahu jalan saja.

Bilalah agaknya keinginan untuk melihat negara nyaman secara semulajadi menjadi impian semua orang. Jika ditanya pastinya semua menginginkan sausana nyaman  tapi dilihat dari tindakan, keinginan hanya di bibir manakala tindakan tidak menggambarkan keinginan sebenar. Pendek kata.. Cakap tak serupa bikinlah..

Kita orang perseorangan  boleh saja memainkan peranan untuk menghijaukan kawasan… Mulakan dengan menanam pokok di perkarangan rumah.



Untuk membeli pokok pokok di nurseri mungkin mahal tapi jika  menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah tot, nescaya banyak pokok pilihan boleh ditanam dengan kos yang murah..


Di hadapan rumah, di keliling rumah jangan dibiarkan lapang..,Tanamlah dengan pokok pokok Jika ditanam di tepi jalan banyak manfaatnya..Boleh menjadi payong dari pancaran matahari.. Kereta boleh diteduhkan disana..Dedaun yang rimbun juga boleh menjadi penapis pencemaran udara...Dijamin nyaman kawasan rumah kita





 Tengok.. semudah abc.. Yang penting kemahuan..


Pokok yang baru ditanam elok diberi sedikit perlindungan supaya tidak mudah layu .. Akar yang sedikit rasanya belum mampu untuk menyokong keperluan air daun dan elok dielakkan dari pancaran terus matahari....

Jom -jom kita berubah.. Kita mampu mengubahnya

Wednesday, January 14, 2015

Pencegahan lebih baik dari Merawat...

13hb Jan 2015


Lokasi : Taman Emerald Rawang

Dah lama kami tak beriadah disini. Ada kot hampir 2 tahun. Setelah melihat kawasan ini mula memberi laluan kepada  kerja-kerja pembinaan rumah rumah, kami beralih  arah ke tempat lain untuk beriadah. Entah kenapa haritu teringin untuk beriadah disana lagi..Walaupun tempat riadah ini tak seceria dulu, pengunjung tetap tidak berkurangan bahkan makin bertambah





Kawasan ini sepatutnya kekal kawasan hijau padang golf sembilan lubang. Berdasarkan maklumat terkini kawasan ini keseluruhannya akan ditukar kepada kawasan perumahan.. Ermm tertipulah pembeli dulu yang terpedaya dengan promosi yang rumah mereka akan berada di kawasan rekreasi. Tapi itulah bila pertimbangan komersil mengatasi pertimbangan lain..pelbagai helah akan dikemukakan untuk mengiyakan tindakan yang dibuat. Walaupun mungkin terpaksa berlawan di mahkamah jika ada penduduk yang akan membawa kes ini ke muka pengadilan .




Yang lecehnya beriadah di sini, bila saja melalui kawasan rumah kongsi ini maka terhiruplah bauan yang kurang menyenangkan..

Rumah-rumah yang dibina dipinggiran bekas padang golf .. Kawasan padang sedang menunggu masa saja untuk didirikan rumah-rumah...




Kiri kanan trek kini ditumbuhi dengan rumput dan lalang..


Malah sebahagiannya telah menjadi hutan sekunder...Bimbang-bimbang dalam leka berjogging muncul haiwan liar..ermm tak cukup tanah terpaksa berlari..





Flora-flora liar semakin banyak tumbuh..yang memberikan sausana nyaman dan segar diwaktu pagi


Pucuk paku...Jangan ada yang tak tau...

Rumpai ini jika dilumatkan, akan mengeluar bauan serupa minyak angin...

Selalu juga  diperhatikan kebanyakan pengunjung yang beriadah terutamanya wanita terdiri dari mereka yang agak gempal gempal atau yang lelaki bila perut telah mula ke hadapan..hehe Tak taulah pula apa sebenarnya yang mendorong mereka untuk bersusah payah  ini. Kita mengharapkan demi kesihatanlah yea .. Jika beriadah semata-mata untuk menguruskan badan dikhuatiri riadah ini tak akan kekal lama andaikata kurus yang dicari tidak juga kunjung tiba.. Ataupun jika kurus telah dicapai maka tamatlah pencarian dan berhentilah dari beriadah.. Sedangkan jika beriadah demi kesihatan dalam apa juga keadaan riadah akan diteruskan.






Baru ini ada membaca buku berkenaan air di dalam tubuh manusia. 70 peratus badan kita terdiri dari air. Sebagaimana air di dalam  akuarium. , jika  rajin menukarnya maka sentiasalah jernih air . Jika malas menukar maka akan keruhlah ia dan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan ikan. Analogi ini boleh digunapakai untuk kitaran air dalam  tubuh manusia. Air berserta toksik didalam tubuh perlu  dinyahkan sekerap mungkin samada melalui air kencing , peluh dll dan diganti dengan meminum air berkualiti  yang baru…Lagi kerap proses ini berlaku,  badan kita akan lebih sihat kerana toksik semakin sedikit berkumpul didalam badan. 




Oleh itu jomlah kita menyahkan toksik dari badan dengan lebih kerap lagi  … Jom riadah…! Bukankah pencegahan dari penyakit itu lebih baik daripada merawat...

Wednesday, January 7, 2015

Jom Jom Ohio- 5-3...



4hb Jan 2015

Lokasi Klia

Malam itu meriah. Ramai sungguh saudara mara, rakan taulan yang datang untuk mengucapkan selamat jalan . Terharu pulak rasa. Seingat aku dulu takdalah macam ni. Inilah kot penangan media sosial alaf baru. Teman setaman , rakan sekolej bahkan rakan sekolah menengah juga rendah  turut sama meraikan rakan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.


  







Malam itu seramai 40 pelajar  tajaan MARA akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan university di USA.  Sekurang-kurangnya 4 tahun  akan berada di perantauan.  






Penerbangan 8 jam menaiki Korean Air.transit di Incheon, Seoul, selama 4 jam sebelum menyambung perjalanan ke Chicago.. Setelah hampir 14 jam berlenguh badan, tiba di Chicago...Mengambil pula penerbangan domestik untuk ke Columbus, Ohio State. Hah lebih 24 jam ..!




Sekarang zaman canggih, Walaupun jauh beribu kilometer photo photo mudah saja dikongsi bersama. Berbanding dengan kami dulu...berutus-utus menggunakan surat...Entah sampai entahkan tidak..


Pertama kali menjejakkan kaki di tempat orang sudah disajikan dengan cuaca yang sejuk. Kawasan penginapan  dilitupi salji..



Kami di tanah air mendoakan yang terbaik untuk kalian. Dari 5, 3 telah bertebaran di negara orang , 2 sedang mananti...Andaikata anak-anak ingin mengucapkan selamat hari raya  nanti nampaknya kami terpaksa bersengkang mata...Tak boleh tidor.. hehe

Selamat maju jaya.  Semoga segala urusan dipermudahkan…Berjaya dunia dan Akhirat...







Monday, January 5, 2015

Bagan Lalang Sepang…

1 Jan 2015

Selama ini hanya mendengar nama. Bila sebut Bagan Lalang segera teringat Pusat Percutian Gold Coast Resort. Resort di atas air yang disusun menurut bentuk pohon kelapa. Selalu juga membaca promosi resort ini di akhbar-akhbar.


Berlatarbelakangkan  Gold Coast Resort


Hariitu kami tidak ke sana tapi ke pantai berdekatan dengan resort. Keterujaan lebur bila tiba di kawasan tumpuan ini…Adakah ini yang diwar-warkan sehingga ke persada antarabangsa. Atau kami tersalah tuju..barangkali ada pantai lain yang lebih kemas dan teratur…Pantai yang kami tuju tidaklah luas, ada kot dalam 700-1000m tapi mengapa dengan kawasan sekecil ini, pantai seolah tidak terbela..sampah sarap merata.. susun atur gerai janji pacak…Sungguh sayang





Melihat kepada bilangan pengunjung yang ramai ternyata pantai ini perlukan pembelaan. Tidakkah kita malu dengan kehadiran pelancong luar disajikan dengan pantai yang sebegini rupa. Aku percaya Gold Coast Resort  itu cantik dan mungkin ada pantai persendirian yang diselia rapi . Dengan kedudukan yang tidak jauh dari KLIA dan KLIA2 pastinya resort ini menerima ramai tetamu luar. Dan aku percaya tetamu tidak terperap di dalam bilik maupun hanya berlegar di kawasan resort. Mereka akan mengambil kesempatan melawat kawasan berhampiran untuk merasai sausana baru. Tapi jika ini yang dihidangkan pastinya akan meninggalkan memori yang kurang baik.





Dalam hal ini kita semua bersalah…PBT tidak memainkan peranan. Aku musykil.. Kita dimimikkan, pertukaran teraju kerajaan negeri akan berubah kepada yang lebih baik..Jika ini hasilnya ternyata indah khabar dari rupa…Pengunjung juga tidak menunaikan tanggungjawab.. Kebanyakan pengunjung sesuka hati membuang sampah merata… Bekas-bekas makanan ditinggalkan begitu saja dimana tempat mereka berada. Apa salahnya sampah dikumpul dan dimasukkan ke dalam karung yang kemudiannya dibuang di tong sampah..Jika tong sampah penuh bawa saja sampah balik atau dibuang ditong sampah lain dalam perjalanan balik

Kesempatan ini juga kami makan-makan di salah sebuah restoran yang terdapat di Bagan Lalang..Melihat kepada penampilan tempat tempat makan, kita masih terlalu jauh untuk mencapai standard nasional apatah lagi internasional





 Namun begitu menjelang malam pengunjung berpusu pusu datang..



 Jika 10 markah penuh, servis aku beri 5 bintang, Kesegaran dan keenakan makanan 2 bintang setengah... Harga ermm 2 bintang...boleh tahan mahal. 



Semua pihak perlu berubah. PBT perlu mewujudkan pasukan memantau kawasan pantai dan kawasan rekreasi. Pengindahan dan penyelenggaraan berkala perlu dilaksanakan. Apa guna  mendakwa kantong perbendaharaan negeri banyak jika hasil yang lumayan tidak dimanfaatkan untuk orang ramai . Pengunjung juga perlu berubah. Pembetulan perlu dimulakan dari diri sendiri seterusnya dikalangan orang terdekat… Ibu, ayah, adik abang, anak-anak perlu memainkan peranan.. Tegur menegur dalam menjaga khazanah negara. Jika tiada perubahan sikap nescaya kita bukan semakin kehadapan bahkan semakin mengundur miskipun mendakwa kita menuju negara maju.

Jomlah kita berubah...




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK