Wednesday, April 29, 2015

Jom Guanzhao ...


Sebut Guanzhao segera terbayang pusat borong barangan China. Mahu melihat sendiri apa istimewanya Guanzhao ini sehingga menjadi sebutan dikalangan pemborong- pemborong. 16hb April 2015 tertunai hasrat berkunjung ke sana..  Kunjungan  kali ini tidak menggunakan khidmat ejen pelancongan.. Segala urusan tiket, visa, penginapan dll diuruskan sendiri. Tidak susah sebenarnya. Bayaran visa 80 seorang yang dibuat di pejabat kedutaan China di Jalan Ampang, berdekatan dengan Megan Avenue. Tiket penerbangan dibeli semasa promosi RM 500 seorang dua hala. Sangat berbaloi untuk penerbangan selama lebih 6 jam. Bayaran hotel yang ditempah secara atas talian juga sangat berpatutan RM100 sebilik dilengkapi dua katil.



Tiba di Lapangan terbang jam 1 pagi. Urusan imegresen mudah. Cabaran berikutnya ingin ke hotel menaiki kenderaan awam. Didekati ramai ulat- ulat teksi sapu. Walaupun pihak polis ramai, puak puak ini selamba memancing pengunjung untuk menggunakan khidmat mereka.. Kekadang kita naik rimas dengan gelagat mereka yang tanpa henti mengekori walaupun sudah menyatakan enggan menggunakan khidmat mereka. Atas nasihat rakan yang pernah berkunjung, guna saja khidmat teksi berdaftar yang banyak terdapat di sana. Perjalanan selama sejam untuk ke hotel dikenakan bayaran 200 Yuan., Separuh dari harga yang ditawarkan oleh ulat ulat teksi sapu. Untuk mengatasi masalah komunikasi pengunjung perlu bersiap sedia dengan alamat hotel bertulisan cina. Tulisan biar besar untuk mudah dibaca. Ada pemandu yang enggan membawa pengunjung kerana malas meneliti tulisan yang kecil.

Hampir jam 3 pagi tiba di hotel. Walaupun sudah awal pagi kelihatan  banyak  gerai-gerai tepi jalan masih beroperasi.  Benarlah kata rakan.. kebanyakan bandar di China walaupun berprasarana dan memiliki bangunan-bangunan moden tapi aspek kebersihan sangat teruk. Pekerja pembersihan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan peniaga dan pengunjung..Kemajuan fizikal tidak seiring dengan pembangunan rohani.





Keesokan pagi terus merayap sekitar pusat bandar. Sangat suka dengan bandar disini..hampir segenap ruang ditanam dengan pokok pokok .  Diperhatikan juga  deretan demi deretan  kedai menjual barangan sama berdasarkan zon barangan. Kebetulan kawasan penginapan kami adalah zon cenderahati dan kasut. Harga yang ditawarkan tidaklah murah seperti disangka . . Dimaklumkan kawasan penginapan kami bukanlah kawasan pemborong yang sebenar. Ia telah dikomersilkan kerana kawasan tumpuan pengunjung luar.







Bergerak dari satu tempat ke tempat lain menaiki teksi. Masalah komunikasi menghalang untuk menggunakan khidmat bas atau metro bawah tanah. Pertama kali mencuba bas awam kami terlajak destinasi..Terpaksa berhempas pulas menerangkan ke pemandu teksi untuk ke tempat yang ditujui..Untuk meneroka lanjut agak takut- takut disebabkan masalah komunikasi ini...Kunjungan berikut rasanya sudah boleh meneroka lebih jauh., sudah boleh menjangka apa yang ingin dilihat atau dicari.










Hari pertama dan kedua kami menghabiskan masa dengan melawat kedai-kedai, Taman Botani..Menaiki kereta kabel..juga menyusur sungai di malam hari.

Hari ke 3 kami  ke Shanzen menaiki keretapi laju…Kalau kami tahu sedari awal Hongkong juga mudah dikunjungi sudah tentu kami juga akan ke sana…Selain kesuntukan masa kami juga perlu mendapatkan visa lain sewaktu memasuki semula tanah besar… Takpa lainkali lah…


Monday, April 20, 2015

Ekspedisi TransJava- Catatan Hari Terakhir dan Kos Pengembaraan.


Diari perjalanan hari ke 11 boleh di baca DISINI

Perjalanan harini Cilacap- Jogja memang anti klimaks. Dah tak sabar untuk tiba semula ke Jogja. Kami sudah lebih 10 hari seperti orang nomad, berpindah randah. Naik motor kepala ingin saja bersegera sampai..Sudah tidak teruja untuk memerhati pemandangan kiri kanan jalan.

Dalam tengahari tiba dipinggiran Jogja. Kami singgah didaerah pembuatan barangan kulit di Manding. Pekan tak besar tapi semua kedai menjual barangan kulit. Masa mula tiba dulu kami yang datang awal telah pun membeli, Kini giliran peserta lewat yang membeli pula. Barangan ok. Harga berpatutan.




Singgah makan direstoran yang menjual makanan etnik jawa..Penampilan kedai ok..makanan dan minuman sedap. Harga pula sangat berpatutan. Kami mengambil kesempatan bertukar tukar cenderahati sebagai kenangan.. Sticker kami  ditampal disalah satu sudut restoran.


 Tiba semula di Jogja sebagaimana dirancang 26hb Feb 2015. Menginap semula dihotel sama di Jogja. Mempunyai 2 dua hari sehingga 28hb untuk melawat sekitar jogja lagi. Hanya sebahagian yang masih ingin melawat..sebahagian lagi melepak di bilik..




Tamatnya ekspedisi ini bermakna bertambahlah lagi pengalaman mengembara ditempat orang. Sebahagian besar asia tenggara telah kami jelajahi..In sha Allah tidak tamat setakat ini.. Sebagaimana benih pokok yang semakin lama semakin membesar begitulah harapan kami.. Pengembaraan kami juga akan makin menjauh.. Bakal diteruskan melangkaui asia tenggara ..Seronok meronda melalui jalan darat. Dapat menimba banyak pangalaman sepanjang perjalanan. Kos pengembaraan  juga sangat berpatutan.

Kos keseluruhan pengembaraan Pulau Jawa ini termasuk tiket kapalterbang pergi balik, hotel penginapan , sewa kenderaan, penyelenggaraan,  tiket tiket lawatan, makan minum tidak pun melebihi RM2500 seorang.. Bayangkan pengembaraan selama 14 hari dan 16 hari untuk sebahagian yang lain hanya melibatkan perbelanjaan sebanyak itu...Bukankah sangat berbaloi...?

Ada rezeki, kelapangan dan kesihatan tubuh badan kami akan meronda lagi ...Jom Jom Jomm...

Wednesday, April 15, 2015

Ekspedisi Transjava: Pangandaran- Cilacap

Diari perjalanan hari ke 9 dan 10 boleh dibaca  DISINI

Hariini kami akan ke Cilacap...Jarak perjalanan  kurang dari 200 km . Mengambil kesempatan tempoh perjalanan yang dijangka pendek, kami melawat Green Canyon disebelah pagi. Kawasan pelancongan terkenal di daerah Pangandaran ini.





  Tak pasti bagaimana kawasan ini mendapat nama. Andaian kami disebabkan air yang mengalir di sungai ini berwarna kehijauan. Pemandangan sepanjang bermudik biasa-biasa saja. Warna kehijauan air juga kurang membangkitkan keterujaan kerana kelihatan lesu sebagaimana air longkang.





 Namun keterujaan pantas menjelma tetekala tiba ke destinasi. Pergh wa cakap lu...Takjub dengan pemandangan indah. Air air mengalir tanpa henti dari bumbung gua juga dasar gua...

Sesudah lawatan terus ke Cilacap, Destinasi terakhir sebelum menamatkan pengembaraan di Jogja semula keesokan harinya




Berdasarkan maklumat di peta kami bercadang melalui jalan pintas  menaiki  tongkang ke  Nusa Kambangan diikuti dengan menyeberang semula ke Cilacap. Cadangan ini turut disokong oleh penduduk tempatan kerana laluan ini bakal memendekkan perjalanan sekurang kurangnya sejam.


Mendarat di Nusa Kambangan baru diketahui bahawa pulau ini adalah kawasan larangan. Pulau ini menempatkan tahanan jenayah tegar dari seluruh indonesia yang akan mengakhiri hidup dengan ditembak. Imron dan Amrozi yang dikaitkan dengan pengeboman hotel di Bali juga menjalani hukuman mati disini. Bertambah panas apabila Jakarta menjadi buah mulut di serata dunia kerana hubungan tegang terutamanya dengan Canberra juga Rio de Jeneiro kerana bakal menjatuhi hukuman mati terhadap rakyat mereka kerana mengedar dadah.


Polis maritim mengarahkan kami menaiki tongkang semula untuk terus ke Cilacap melalui laluan sungai. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam...Apalagi berehatlah sepanjang bermudik itu..


Malam itu kami bermalam di Hotel Masjid Jamek Cilacap. Elok ditiru konsep hotel sebegini yang dibina di kawasan masjid untuk para musafir menginap. Lokasi masjid yang sememangnya strategik elok dimanfaatkan  untuk menjana tabung masjid.. Caj penginapan juga sangat murah hanya 75000 Rupiah untuk bilik berkatil single termasuk sarapan pagi...!.Ok sangatlah tu.

Esok kami akan ke Jogja menamatkan pengambaraan..Ikuti laporan hari ke 12...

Tuesday, April 7, 2015

Ekspedisi TransJava : Sukabumi –Ciwidei- Pangandaran…



Diari perjalanan hari ke 8 BOGOR- SUKABUMI boleh dibaca  DISINI 

Perjalanan harini dijangka singkat.. Jarak Sukabumi- Bandong sekitar 130km saja. Check out hotel agak lewat. Dalam perjalanan sambil bersarapan digerai, ambil kesempatan membaik pulih motor salah sorang peserta yang mengalami masalah brek pula. Kami mempunyai pilihan samada bermalam di Bandar Bandong atau terus ke puncak tanah tinggi di selatan Bandong.





 Di Tanah tinggi ini cuaca lebih dingin lagi nyaman. Maklum bahwa Bandar Bandong bila-bila masa boleh dikunjungi, kami terus ke tanah tinggi kerana destinasi yang agak ceruk begini agak sukar dikunjungi dimasa akan datang..Berpandukan maklumat penduduk setempat yang ditemui sewaktu singgah bersolat dimasjid ..kami dicadangkan terus ke puncak daerah Ciwidey.



Disini dapat menikmati masakan tradisional masyarakat Sunda.



Set hidangan seperti ayam penyet, Nasi dibungkus dalam daun pisang disekalikan dengan sayuran seperti lobak merah, jagung dll. Rasa ermm ok sedap..

Keesokan hari ke 10 meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Pangandaran. Kami diberitahu oleh kakitangan hotel, di sana terdapat kawasan tarikan pelancong Green Canyon.. Sungai dan air terjun yang mengalir merentasi gua batu kapor..Perjalanan harini  merentasi banjaran tanah tinggi sehingga ke bahagian selatan Pulau Jawa…

Sempat mengabadikan foto di titik tertinggi pada ketinggian 1680m dari aras laut.


Sungguh. Pemandangan tanah tinggi sangat menakjubkan. Terpukau dengan pemandangan Ladang teh luas saujana mata memandang..Beralun melitupi permukaan gunung ganang.. Kemudian dari itu dihidangkan pula dengan pemandangan hamparan teres-teres sawah padi  berlatarbelakangkan pergunungan, airterjun juga lembah sungai. 









Lupa penat lelah mengharungi perjalanan yang memenatkan sebelum sebelum ini. Barangkali ini adalah ganjaran sebelum mengakhiri pengembaraan beberapa hari lagi.. Gambar dilokasi sebenar jauh lebih cantik berbanding dengan apa yang berjaya diabadikan difoto..Lensa kamera tidak dapat mengabadikan  keindahan keseluruhan pemandangan.

Agak lama kami di kawasan pergunungan ini untuk menikmati keindahan alam..

Meneruskan perjalanan...










Tiba di pinggiran Pangandaran lebihkurang 3 ptg. Menginap di resort persendirian milik Mat salleh berdekatan dengan pantai. Di Jawa Mat Salleh di panggil Orang Buley.. Tak pastilah bagaimana boleh terbit gelaran sebegini. 

Perkarangan resort bersih dan terpelihara walaupun persekitaran pantai selekeh.. Dinilai dari keseluruhan kawasan yang agak berserabut, musykil macamana ramai juga pengunjung luar negara  ke tempat ini.


Esok kami akan ke Green Canyon sebelum menyambung perjalanan ke Cilacap… Mungkinkah ini yang menjadi tarikan pengunjung luar ke daerah inij… Tunggu laporan hari ke 11.


Thursday, April 2, 2015

Ekspedisi TransJava: Bogor-Sukabumi 350km


Ekspedisi hari ke 7 boleh dibaca di pautan ini Cerebon -Bogor

Sangkaan laluan semalam sudah cukup teruk.. Rupanya laluan harini lagi teruk. Jalan Bogor ke Banten berjarak hampir 130km lebih 70 peratus melalui jalan teruk.








Tidak hairan sebab keluar saja dari Bandar Bogor , GPS membawa kami ke laluan kuari. Bayangkan jalan yang rosak akibat dilalui oleh lori lori bermuatan bongkah batu  granit dan anak-anak batu dari sungai. Terbit kemusykilan ..adakah ini jalan utama ke Banten.., takkan jalan seteruk ini..rasanya ada jalan lain yang lebih bagus..


Minyak motor yang dibeli menggunakan botol. 


Betul... ketika berhenti digerai diberitahu jalan ini hanya digunakan penduduk setempat dan pengusaha kuari. Terdapat jalan yang lebih baik untuk ke Benten katanya lagi.. Inilah masalahnya bila terlalu bergantung kepada GPS ..Mungkin ini laluan terpantas...Yang bagusnya kita dapatlah meneroka tempat yang jarang dikunjungi dan boleh melihat sendiri sausana sebalik tabir sesatu tempat yang dilawati..                              




Kelihatan pekerja memecah batu secara manual.. Kerja memunggah batu ke dalam lori juga dilakukan secara manual. Hanya menggunakan tulang empat kerat , penukul dan penyodok .. Hebat hebat.. Sah.. pekerja bebas dari penyakit 3 serangkai.. Darah Tinggi, Kencing Manis dan Jantung.. hehe.. Apa taknya,  hari -hari bermandi peluh, segala toksik dan lemak bisa dinyahkan dari anggota badan.

Sekitar tengahari tiba di Banten. Terus menuju ke masjid tertua di Banten. 

Beginilah rupa kawasan tumpuan disana. 






Jika dinilai secara luaran tiada yang istimewa disini..Biasa biasa saja.  Barangkali nilai sejarah masjid ini yang menarik minat orang ramai berkunjung ke sini...Peniaga-peniaga dengan barang dagangannya..Jurufoto bebas mencari pelanggan untuk mengabadikan foto...Yang memungut derma pun ramai...

Walaupun hari biasa pengunjung tetap ramai., bayangkan jika hujung minggu atau hari kelepasan am  Tapi sayang keadaan persekitaran daif dan tidak terpelihara...


Sebagaimana masjid lama di Jawa, terdapat kuburan orang alim di sana.. Diperhatikan pengunjung beratur untuk berada di beranda masjid untuk bertahlil yang dipimpin oleh orang tertentu...

Meneruskan perjalanan..

Setelah merentasi pelbagai daerah di Pulau Jawa, keadaan di Jawa Barat memang jauh ketinggalan dari segi arus pembangunan.  Walaupun di peta jalan yang kami lalu dari Banten- Malingping adalah jalan utama tapi keadaan dia perghhh..

Jalan merentasi pulau dari utara ke selatan...










Lebih 95 peratus jarak 70km berkeadaan rosak teruk.. Sebahagian jalan dalam proses baik pulih dan pembinaan semula..




Teruk tak teruk motor salah sorang peserta mengalamai kebocoran tayar..Bukan belakang bahkan tayar depan juga..Meminjam kata salah seorang peserta... "Memang Camel..!"... hehe mengingati pogram popular  tv  suatu masa dulu mengenai ekspedisi mencabar dalam Camel Throphy..



 Yang ini adalah gambar hiasan..Rakan motor yang tersungkur di Thailand...

.Malam itu seorang peserta tersungkur kerana termasuk lubang..mujur tiada kecederaan serius dialami..Tak dapat bayangkan jika kami membawa motor besar dari tanah air..Dengan keadaan jalan yang teruk..ditokok dengan kesesakan.. Tersangat yakin akan ramai peserta yang tersungkur.


Jangan terperanjat ok.. Penonggang wanita ini bermotorsikal dari Sukabumi- Banten- Sukabumi berjarak lebih 400km..! hah malu kami dengan mereka.. Setidaknya kami naik motor seorang sebuah.. mereka berboncengan. Malam itu penonggang ini menyertai konvoi  kerana disalah satu sektor perjalanan..laluan agak sunyi dan sering berlaku rompakan..

Cadangan asal kami bermalam di Pelabuhan Ratu berjarak 80km lagi ke Sukabumi.. Simpati dengan penonggang wanita ini yang terpaksa berada semula di Mukabumi kami meneruskan perjalanan juga. 

Jam satu pagi tiba di Sukabumi...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK