click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 2, 2015

Ekspedisi Transjawa hari ke 7: Cerebon-Bogor...

Ekspedisi TransJava : Cerebon - Bogor…

Ekspedisi hari ke 6 boleh di baca disini Semarang- Cerebon


Mula meninggalkan Daerah Jawa Tengah dan memasuki Daerah Jawa Barat.  Kota Jakarta juga semakin dekat. . Apa yang kami perasan, memasuki saja daerah Jawa Barat kebanyakan nama tempat bermula dengan hurup C.. contohnya Cerebon..Cikarang, Cikampek, Cibinong dsb..Mungkin ada cerita disebalik itu  dikalangan  populasi disini yang majoritinya etnik Sunda sehingga hurup C begitu istimewa dengan mereka ...hehe.  




 Setelah 6 hari motor dilanyak , terasa tanda-tanda enjin kehilangan kuasa… walaupun throttle dipulas maksima kelajuan hanya mampu mencapai 80km/ sejam.. Kami sepakat menukar minyak enjin dibengkel yang mudah didapati disepanjang perjalanan. Benar .., minyak enjin telah hilang kelikatan..Cair yang amat. Bukan motor saja hilang daya  .., salah sorang peserta turut mengalami masalah kesihatan. Keracunan makanan barangkali..Peserta ini mengusulkan supaya peserta lain meneruskan perjalanan. Beliau beserta anak akan bermalam dipekan berhampiran dan akan menyusul kemudian setelah keadaan mengizinkan.






Mula melihat banyak papantanda lebuhraya bertol. Lecehnya  di Jawa., motorsikal tidak dibenarkan melalui leburaya . Kami melalui jalanraya biasa pinggiran Jakarta untuk ke Bogor. Terpaksa berhenti beberapa kali untuk mempastikan GPS tidak membawa kami ke pusat bandar. Letih jika terlajak  ke sana dan terpaksa menyelit dicelah-celah kenderaan. Peluang untuk kehilangan rakan tersangat cerah. 

Benar sungguh kami dibawa ke laluan yang terpencil…100km lagi ke Bogor keadaan jalan dan trafik sungguh mencabar. Lebih 90 peratus jalan  menuju ke sana rosak teruk. Mimpi  ngeri apabila melalui pekan. Trafik tersangat sesak.. Sesak teruk disebabkan gerai-gerai didirikan begitu hampir dengan laluan utama dan padat dengan pengunjung. Tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh menghadapi keadaan ini saban hari. 




Keadaan sebenar lebih teruk berbanding digambar...Sesaakk beb..



Legaaa seketika setelah berjaya melepasi kawasan pekan....





 Pinggiran Bogor...

Setibanya di Bogor..,tak menyangka inilah nama yang gah didengari selama ini. Maaf cakap.. Indah khabar dari rupa. 


Esok kami akan ke Banten.Kemuncak Kembara.... Tunggu laporan hari ke 8

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK