Monday, February 28, 2011

Penyakit kah ini..?

Argh susah betul kalau dah kena jangkitan suka berjalan..aku gelisah kalau tak buat apa-apa aktiviti dihujung minggu..sehujung minggu tak jalan boleh tahan , tapi kalau dah masuk minggu kedua mesti aku akan cari jalan untuk berjalan...7feb baru je balik Laos/cambodia, 10hb Kuala Nerang hantar daftar anak ke 2 masuk Kolej Mara Di Kuala Nerang, Kedah. 18feb hari keluarga SN Akmida di PD dan bila masuk 24hb aku dah mula menggelitik nak berjalan. bila cari-cari dapatlah alasan untuk berjalan..he he ..aku kan dah lama tak melawat anak aku yang di Besut tu..sambil tu boleh tengok motor klasik aku dan pergi Pejabat Yayasan Trengganu dapatkan borang tuntutan insentif pelajar cemerlang...alasan yang cukup kukuh ...lagipun nilah masa nak lapangkan kepala hotak yang hari-hari biasa serabut fikir pasal kerja...

Ajak 2,3 kawan tak satu pun yang menjadi...jadi ride sorang-sorang dengan motor besar aku. Hari pertama terus ke Besut ikut Kuala Berang. Malam tidor di Merang. Keesokan hari selesaikan urusan 2 dan 3 di K.Trengganu. Dekat isya malam isnin baru tiba rumah..

Bila hujung minggu ronda-ronda syok lapangkan minda. Disepanjang perjalanan dapat tengok gelagat manusia jadi terhibur. Tapi yang tak syok lepas bersenang-senang, otak dah terbawak-bawak malas nak berfikir bila masuk minggu baru..Aku perhati ramai jugak yang mengambil kesempatan bercuti membawa keluarga.,sebab masa nak balik lepas tol Bentong jalan sesak dengan kenderaan yang menghala ke KL. Aktiviti bersosial pun aku tengok semakin banyak. Sepanjang pergi tu berderet kelab Chevy menghala ke Pantai timur. Geng merc soft top pun bersusun depan Tol Plaza Jln Duta menghala Utara, itu tak masuk geng-geng motor..pergh..

Hujung minggu depan belum tau lagi apa nak buat, tapi masa di Merang tu kawan aku telifon bagitau dia sudah sambar MTB ..yea napa tidak, mungkin aku akan temankan dia berjinak dengan basikal barunya..lagipun basikal aku pun dah lama benar kesunyian....ha .ha..

Sunday, February 27, 2011

Dah orang nak beri...ambik le..ha ha

Yea betul kena ambik. Anak-anak aku untung. Bapak Johor, mak Trengganu. Lahir Selangor...sebagai anak Trengganu register, anak selangor pun register. tapi sebab johor tak ada bagi anugerah cemerlang,eh ke aku yang terlepas pandang..kalau ada memang aku akan register.

Kepada sesapa yang terlepas pandang lebih baik daftar segera. Checklah..Kerajaan negeri dibawah yayasan negeri biasanya ada menganugerahkan insentif untuk anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran. Sebagai contoh Yayasan Trengganu beri insentif RM1000 untuk anak-anak Trengganu.. Selangor pun ada beri tapi untuk keluarga berpendapatan RM2000 ke bawah . tak taulah dulu cakap tak mengira pendapatan. kalau tak lebat jugak anak-anak aku dapat...

Ahad baru ni aku uruskan perkara ni untuk anak aku yang No 2 dan 3 di Kuala Trengganu,sambil tu aku lawat anak no 4 aku kat MRSM besut dan menjengah motor klasik aku yang dah bertahun duduk dibengkel. mujur dah siap. Kira berbaloilah 3 in 1. Sorang pun soranglah wa ride...

cepat..cepat..cepat..

TIPS SEMPOI..lapik stand motor



HE.HE tips sempoi yang mungkin kelihatan ringkas tapi berguna..
Penutup bekas makanan plastik sebagai alas stand motor atau basikal anda.. pastinya dapat menghalang kesan karat dan kesan calar pada lantai parking anda yang menyakitkan mata. Amat bergaya berbanding alas serpihan batu atau kayu...

Selamat berkitar semula...ha ha..

Thursday, February 24, 2011

Rumusan xpdc Laos/Cambodia...

Perbelanjaan

Kalau dikira perbelanjaan wajib, termasuk penginapan, petrol dan makan-makan aku habis dalam RM1400 saja sepanjang 10 hari perjalanan. Purata 140 sehari. Kira berbaloi sebab melawati pelbagai destinasi di 3 negara.

Jarak perjalanan.

Berdasarkan trip meter yang aku rekodkan sebelum dan sesudah trip. jarak keseluruhan ditempoh adalah hampir kepada 4700km. atau purata 470km sehari. Photo rekod akhir entah mana tak jumpa dalam galeri handphone aku.

Ok. berbanding trip aku terdahulu bulan oktober 2010 bersama geng motor besar ke Golden Triangles

Perbelanjaan wajib adalah RM 1980 tetapi untuk 11 hari perjalanan. Purata RM180 sehari

Manakala jarak ditempoh adalah dalam 6010km. Purata 556km sehari.. argh beza tak sampai 80km pun sehari berbanding motor kecik..

Dari segi perbelanjaan sudah tentu kelebihan bermotor kecil tapi takdalah banyak sangat beza dengan trip terdahulu. penggunaan minyak motor besar dulu dalam RM980 memang tinggi sikit berbanding Rm700 motor kecil..lagipun kali ini aku guna minyak paling mahal dalam lingkungan 3.90 ke atas seliter sebab tu nampak tinggi penggunaan minyak kali ini.

Penginapan dulu purata dalam rm50 sehari sebab duduk hotel berbintang berbanding trip ini duduk rumah tumpangan.

Perbelanjaan besar lain yang tak nampak adalah penggantian tayar sesudah trip nanti dimana kos tayar motor besar jauh lebih mahal berbanding motor kecil.

Masalah sepanjang xpdc

Kedua-dua trip mempunyai masalah tersendiri. Semasa bersama geng motor besar kelewatan perjalanan disebabkan kemalangan peserta manakala semasa bersama geng motor kecik nih selain ride tak berapa laju, kerosakan pada motor peserta adalah silih berganti dan peserta tersesat di Bangkok.

Tapi yang aku nak ulas lebih adalah jarak yang ditempoh tu..nampaknya naik motor besar ke atau naik motor kecik ke perbezaan purata jarak harian tidaklah begitu menonjol. Sebelum aku pergi dulu ramai yang ragu-ragu dengan kehandalan motor kecik ni untuk menempoh jarak xpdc keseluruhan yang jauh. Masa naik motor besar dulu jarak paling jauh aku tempoh adalah trip hari ke 9 dimana dalam sehari 890km ditempoh. dan dengan motor skuter ni pun berkemampuan menempuh jarak hampir 800km pada hari ke 10 iaitu 50km sebelum Tung Song- Hadyai-Sadao- UUM-K.L

Perbezaan ketara lain yang aku alami adalah bermotor kecik/bersekuter memang amat selesa dan tidak memenatkan berbanding motor besar. serius wa cakap lu...dengan vespa dan kapchai tu tak taulah pulak aku.

Faktor utama adalah skuter jauh lebih ringan berbanding motor besar dan weight to power ratio pulak memang cun ...manakala kelajuan walaupun memberi kelebihan pada motor besar..mungkin mental lagi memenatkan kerana terpaksa memberi tumpuan lebih semasa berada pada kelajuan tinggi...kelebihan membawa laju sebenarnya tak boleh dimanfaatkan sepenuhnya kerana semasa ditempat asing tak laju mana pun kita boleh bawak motor sebab kita tak berapa arif dengan rangkaian jalan disana jadi secara automatik kita terbawa slow jugak...

Kalau tersesat kat Bangkok pulak aku ingat mau dihempas saja motor besar sebab penat nak mengawal motor lalu celah -celah kesesakan yang teruk..

Bila difikir-fikir elok saja bermotor kecik kalau berxpdc jauh...belanja jimat, badan pun tak penat...jadi kepada pemilik motor kecil jomlah panaskan enjin untuk berxpdc di masa akan datang...kepada pemilik motor besar trade in sajalah beli motor kecik ha.. ha..

Wednesday, February 23, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 9 & 10

Kalau di Malaysia, sah jalan penuh sesak dengan orang ramai berkerumun tengok kemalangan, tapi di Siam disebabkan jalan sunyi takda sapa hirau walaupun pick up ni putus dua di tengah longkang pembahagi jalan..



Majoriti geng Ke T aM sedang isi minyak di Shell Tung Song...

Berkat baca doa sebelum ride barangkali, motor meragam di tempat mudah mendapatkan bantuan...minyak habis betul-betul depan bengkel kereta..stesen minyak pun hanya 100m dibelakang...

Korang tau apa benda putih-putih belakang tu..ha ha tu lah garam yang korang bedal saban hari...selamba je pekerja lenyek guna kaki dan anjing pun kekadang tumpang sekaki..


Argh aku nak rangkumkan diari baki dua hari xpdc aku. Hari ke 9 dan 10 aku ride sorang-sorang jadi tak banyaklah peristiwa menarik yang dapat aku coretkan. Hari ke 9 kitorang berpecah di Chaam selepas makan tengah hari. mereka akan berhenti di Hua Hin dan bermalam di sana. cuti diorang panjang lagi. menurut geng vespa ni diorang tak kan terus balik ke Malaysia pada hari ke sepuloh sebaliknya akan pergi ke Phuket dan Krabi pulak. memang handal geng motor besi ni ..tak puas-puas duduk atas motor.

Bila dah ride sorang-sorang aku dah tak perlu ambik tau siapa tertinggal belakang aku jadi aku main pulas saja throtle, berhenti kejap itu pun untuk isi minyak. sebelum pukul 6 aku dah check in di motel tepi highway, lebihkurang 50km je untuk sampai Tung Song. Keesokkan hari kul 9 aku gerak semula, singgah sarapan di kawasan rehat Tungsong untuk sarapan dan makan tengahhari terus. Masa nilah aku terserempak dengan gerombolan majoriti KTM riders yang sedang isi minyak di Shell, sempat bersembang ringkas. menurutnya, mereka jugak akan ke Laos, Vietnam juga Cambodia...pergh ramai nya lebih 20 orang...

Lepas tu aku tak toleh belakang, terus pulas throttle sampai aku lupa pandang tripmeter . Masa tiba di Lamae tetiba je motor aku hilang power...semput semacam je, pulas-pulas macam takda api...alamak..apasal pulak ni..! dahlah ride sorang- sorang, masa nilah motor buat hal..Mujur waktu motor meragam betul-betul depan bengkel kereta.,boleh mintak bantuan bila perlu..

Tali minyak tercabut barangkali sebab semasa di Samot Songkram pomen Sanusi ada betulkan tali minyak yang bocor dan longgar...dengan satu-satunya screw driver yang aku ada, aku check tapi nampak macam ok tali minyak tuh...masa nilah aku teringat tripmeter ...laa minyak habis barang kali..aku pun mintak tolong pomen kereta hantar aku ke stesen minyak yang tak jauh dalam 100 meter je dari lokasi kejadian ..lepas isi minyak guna botol lebih 5, 6, kali main throttle baru enjin hidup..fuh lega-lega..sah minyak kekeringan ha ha...punya la syok layan motor sorang-sorang ..

Lepas isi minyak penuh sambung ride..dan alhamdulillah kejadian tadi berlaku di Lamae., selepas pekan kecik tu sepanjang jalan beratus Km adalah sunyi tak jumpa-jumpa stesen minyak pun...bayangkan kalau terjadi ditempat sunyi ni...tak ke naya...syukor-syukor...

Dalam pukul 12tgh hari aku dah sampai Hadyai. sengaja aku masuk pusat bandar Hadyai. kalau kunjungan sebelum-sebelum ni aku mengekori orang jadi kali ni aku nak teroka pusat bandar sorang-sorang. Aku cari semula kat mana aku menginap dulu...ha ha aku dah tau la mana nak cari lain kali..senang je rupanya..

Lepas ronda-ronda dan beli buah tangan untuk bini aku. aku terus je ke Sadao. sampai sana jumpa pulak geng BM Shahril masa ride ke Desaru dulu. Check point sesak teruk. Dengan bantuan geng ni kami guna khidmat ulat..bayar 10 ringgit sorang dia kasi urus cop pasport. tak sampai 10 minit dah setel. Lepas serah balik borang kastam aku belah ke UUM. kawan sudah berjam menunggu aku disana. Urusan kerja beb..

Pukul 4 aku dah menghala balik ke kl. sampai Cangkat Jering jalan dah sesak teruk. iyealah orang balik dari cuti raya cina kan..sepanjang jalan sesssaaak..semua kawasan rehat penuh dengan manusia dan kenderaan..masa di RNR Tapah aku jumpa Fadil gtr dari Sri Hartamas. bersembang panjang. macam-macam cerita..yang aku tak lupa dia tergolek masa layan jem...dan takda orang tolong..terpaksa dia dan bini jadi badang..ha ha..

Kesesakan punyalah teruk pukul 1 pagi aku baru sampai rumah...Sekian terimakasih he he..

Monday, February 21, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 8

Nampak mudah atas kertas, berserabut keadaan sebenar. Sebagai orang asing lagilah fenin...berkomunikasi dengan orang tempatan pun bermasalah...aku cakap melayu je dengan diorang..cakap english pun bukan diorang faham..Cabaran ride di kota serba asing adalah lagi mencabar mental dan fizikal. lebih lagi bila berkumpulan besar..Aku berpendapat ride dikota asing dan berjaya keluar patut diberi pengiktirafan sijil. Cabaran Thousand Corner Thailand bagi aku adalah nothing berbanding ride di bandar serabut seperti di Bangkok..Ada sesapa ingin menganjurkan Bangkok Challenge.? Nak lagi mencabar, cabaran terbuka kepada pemilik motor 1000cc ke atas..motor perang, motor tong lagi digalakkan ..Lepaskan peserta betul-betul di tengah kota Bangkok, sesapa paling cepat keluar ke check point asal akan menerima sijil dan hadiah.....gerenti akan ada yang pusing-pusing tempat sama macam orang kena sorok bunian..macam member aku kena ..ha ha



Walking Street di awal pagi...Apa yang aku perasaan keadaan di Pataya taklah seserabut di Phuket...atau mungkin kami tak pergi kawasan yang betul-betul serabut...argh tak mungkin..

Apik tengah tu merupakan pemilik bengkel vespa di Bangkok. beliau juga yang membawa kami keluar dari keserabutan Kota Bangkok. Tapi yang menjadi masalah beliau menerajui konvoi macam lipas kudong, mencilok sana , cilok sini dicelah-celah kesesakan jalan...mujur hari tak gelap lagi kalau malam sah kami akan terpisah lagi

Walaupun dah tergolek macam ni, tapi tepuk-tepuk, mereng..start..! treng..trenngg..teng.teng.teng..ha ha

Aku di Pataya City

Mengambil udara pantai Pataya jap..

Target perjalanan asal adalah Pataya- Hua Hin. melalui route no3 sebelum masuk route no9. tapi nak cari route no3 di Chonburi pun berpusing-pusing . Dalam peta nampak macam mudah. Bila termasuk ke lebuhraya no 34 kami dah cuak., tetiba-tiba je tanda route no3 hilang dan muncul tanda route no 34..Kalau di peta route no 34 akan membawa kami terus ke bangkok..mengikut bacaan kami route no 3 bersambung terus ke route no9. mujur terpandang semula papan tanda susur keluar ke Samut Prakam menunjukkan kami berada di route yang betul. Jalan sebenar macam jalan persekutuan berbanding di peta menunjukkan lebuhraya besar. Jalan kecil semakin membesar bila menghampiri pekan dan tertera semula route no 3. legaa. dapat juga singgah di gerai muslim untuk makan tengah hari...


Selepas makan dengan yakin kami menyusuri route 3 tanpa menyedari kami memasuki jauh ke Kota Bangkok. Bila hirok pikuk MRT dah lalu lalang atas kami sah kami tersesat tak jumpa langsung tanda route no 9. Masa ni pulak menyedari mekanik vespa terpisah dari kelompok besar. Kami berhenti di kaki lima deretan kedai untuk menunggu sdr sanusi. sejam, dua jam, tiga jam sampai 4 jam tapi tak muncul-muncul. Kami dah mula berbalah samada nak tunggu atau cari dulu jalan keluar. Aku berada di group yang maukan keluar dulu dari Bangkok. Alasan kami mudah

pertama

Kami langsung tidak boleh menghubungi sdr sanusi, bateri habis barangkali atau beliau menemui kemalangan dan cedera teruk sampai phone rosak.

Kedua

Ditakdirkan kami dapat bercakap dengan beliau apa perlu kami cakap mengenai kedudukan kami yang sangat asing di situ. kalau dia dapat memberitahu kedudukan beliau pun bukannya kami tau tempat itu.

Jadi keputusan group kami mesti cari jalan keluar sementara hari masih cerah dan tunggu di tempat senang dikenal pasti. dalam kes ini lokasi terbaik adalah route no35 yang akan membawa kami pulang semula ke Hua Hin. Untuk jalan mudah membawa kami keluar adalah dengan menahan teksi motorsikal. Pak At pulak boleh berbahasa Thai jadi mudahlah berkomunikasi.

Aku tak taulah samada geng-geng lain pun risau macam yang aku risau. kalau ikut aku mesti cepat-cepat keluar sementara hari cerah sebab bila sudah gelap akan mudah terpisah dengan rider lain.. siang pun boleh terpisah ini kan pula malam. waktu malam bukannya boleh kenal cahaya lampu kawan..tapi mereka berpendapat lain pulak..siap boleh rilek saja nak repair lampu, repair brek yang mengambil masa berjam-jam. Kerosakan pun tak sebesar mana dan masih boleh berfungsi.apa salah nya tangguh sekejap sehingga tempoh kritikal berlalu.. nak cari bengkel pun terpaksa berpusing-pusing mengharungi kesesakan jalanraya. bukan satu bengkel tapi sampai tiga bengkel diziarahi..perghh..

Memang betul telahan aku,dah hampir remang-remang senja baru siap repair. setengah jam lewat aku ingat silap-silap ada yang terpisah lagi..untuk melepasi zon kritikal adalah sejauh 18km dan terpaksa bersaing dengan kesesakan kenderaan lain selepas waktu berkerja..

Group yang tadi nak menunggu pun rupanya dah lama keluar dari Bangkok dan menunggu di stesen Petronas Route 35. Haa kan mudah. Secara outomatik kami boleh membayangkan lokasi mereka bila mereka menghubungi kami.

Sehingga 9.30 malam nasib sdr sanusi masih tidak diketahui. Sepupu Pak su yang berada di Samut Nakorn pun telah dihubungi untuk pergi ke balai polis bertanyakan samada ada laporan kemalangan yang melibatkan sdr Sanusi. maklumat yang diterima tiada laporan kemalangan diterima oleh pihak polis...

Kami berbalah lagi nak terus tunggu atau check in saja di hotel. Kalau nak tunggu pun apa sangat yang boleh dibuat selain berdoa dan berharap..kalu macam itu di hotel pun boleh buat..apa jadi kalau sehingga tengah malam masih tak dapat ditemui jugak. lebih baik balik hotel dulu bersihkan diri dan nanti boleh lah mengatur strategi bila badan dah segar.

Alasan mereka apa jadi kalau setengah jam lagi ditemui... bukankah boleh saja sambung ride ke Hua Hin. kami bagitau kalau setengah jam jumpa kita check out semula dan sambung ride..ok..ok mereka cakap nak tunggu jugak..

Alhamdulillah pukul 1 pagi sdr sanusi menghubungi kami. rupanya beliau tersesat dan berpusing-pusing di kota bangkok. tapi akhirnya terpaksa menahan penunggang vespa bangkok untuk membawa keluar..1.30 pagi baru dapat berjumpa beliau.

Dua rider tegar tadi meneruskan perjalanan ke Hua Hin. Tapi kami yang telah berpalekat balik semula ke highway motel dan sambung tidooor.. Sanusi pun turut stay back..Jangan menyeksa badan braderrr...dah dekat 2 pagi tuu..


Sunday, February 20, 2011

Kematian penuh trajis...




Ish-ish entah sapa yang terlanggar kucing hutan nih..atau anak rimau kot.., Kalau kereta atau kenderaan besar langgar makhluk kecil nih, mungkin selamat lah, tapi kalau lembu yang tiba-tiba melintas, tak ke naya?. Tapi jangan pandang ringan walaupun haiwan kecil..kalau motor aku ingat silap-silap boleh terbang nyawa si penunggang...kekadang binatang ni secara tiba-tiba je muncul dari celah semak, mana tak terkejut..! bila sentap brek dan tersungkur, terhentak pulak kepala atas jalanraya...tambah lagi satistik korban jalanraya..pergh sadis..sadis..

Kepada pengguna jalanraya harap berhati-hati..

Friday, February 18, 2011

Aku dan majikan ku...

Seronok ada banyak majikan nih...ha ha..bila mereka buat Hari Keluarga dapat joint sekaki..hari keluarga SN Akmida diadakan di Avilion Resort Port Dickson pada 18hb Febuari 2011. Terimakasih banyak pada Pengarah Urusan Tn Hj Samad kerana turut menjemput kami. Dapat juga kami bercuti di resort 5 bintang. Dahlah pergi pun turut dibekalkan duit tol dan minyak RM500 juga jajan...semoga bertambah murah rezeki majikan aku nih...

Aku sebenarnya hanya pekerja separuh masa di syarikat ni.,dalam seminggu adalah dua ke tiga kali aku menjenguk site aku di Kajang tuh...kehadiran aku memang separuh masa tapi tanggung jawab aku sepenuh masa sebenarnya...Mujur staf sepenuh masa dapat membantu dan memantau kerja dengan baik jadi ringan sikitlah beban tugas aku. Aku suka arrangement seperti ni keadaan menang-menang, majikan tak perlu keluarkan modal besar untuk menggaji staf senior memadai menggaji staf berpengalaman biasa saja.. aku pun takdalah membuang masa memantau kerja yang hampir sama setiap hari di site, jadi boleh lah aku membuat/ memantau kerja kendalian aku sendiri ditempat lain..

Berbalik hari keluarga majikan aku nih.. Ramai juga staff sepenuh masa majikan aku nih yang hadir lebih 60 orang tak termasuk ahli keluarga masing-masing...Aku sangat kagum dengan MD aku nih,penampilan sangat sederhana dan hubungan beliau sesama staff sangat akrab . Menurut beliau keperluan membayar gaji saja mencecah 500 ribu sebulan...Walaupun dia seusia dengan aku , tapi sungguh tinggi kewibawaan beliau. Aku pun ada staff juga yang perlu dibayar gaji tapi antara dia dan aku umpama langit dan bumi..Ramai yang bernaung mencari rezeki dibawah syarikatnya. Semoga dimurahkan rezeki lg bos...Semoga juga semakin ramai majikan muslim dilahirkan dibumi betuah ini...Kita memang boleh..!


Wednesday, February 16, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 7

Makan..? takda masalah...halall
Masjid dalam perjalanan dari Plang Yao ke Pataya..

Kesihan faizal, vespa kesayangannya sudah kemek... tapi enjin masih mantop..

Dulu body besi kemek boleh ketuk, sekarang body plastik kalau eksiden tukar baru bermakna dulu lagi mesra alam..yea tak ?

Welcome to Pranchinburi...!

Sepanjang 7 hari riding hari ini baru jumpa jalan berbukit menuju ke Kabin Buri. Vespa di uji melalui pendakian, penurunan dan pengendalian jalan berliku...ujian berjaya di atasi dengan selamba...
Kelumper Malaysia?...yes Malaysia.. ooh gud..gud..he he petikan interaksi semasa mula-mula ditahan


Setelah tolak mileage sebelumnya, semalam dapat menempuh perjalanan 300km lebih saja..


Koleksi hijau sdr Faizal, penutup muka hijau ...dan dalam tong vespa hijaupun ada karung topi kaler hijau...mereka berdua ni sangat komited sewaktu berxpdc


Destinasi hari ini adalah ke Pataya melalui Pak Tong Chai-Kabin Buri- Pleng Yao dan Satahhip. Hari ke tujuh aku memilih berada di group belakang..jadi sweeper pulak.. Walaupun kami di belakang tapi kami sampai dulu di hentian minyak berikut kerana group depan tersalah masuk simpang semasa hendak memasuki pekan Pak Tung Chai dan hanya menyedari setelah 40km tersasar dari route asal..pergi balik dah 80km untuk ke point asal. Hentian pengisian minyak adalah setiap 90-100km perjalanan. vespa menjadi penanda aras untuk berhenti. motor aku boleh pergi 250-300km.

Semasa menuju Kabin Buri kami ditahan polis semasa melalui sekatan jalanraya, siap tanya lesen lagi. macamlah diorang tau baca lesen motor aku. kalau aku bagi name kad pun mungkin diorang percaya ha ha.. padahal diorang sebenarnya teruja melihat vespa-vespa hebat kami, sempat mengambil foto bersama lagi.

Selepas saja melintasi bandar kecil Kabin Buri Sdr faizal terlibat dalam kemalangan sewaktu melepasi lampu isyarat . Aku yang berhenti dihadapan untuk menunggu group belakang di tepi jalan diikuti secara tiba tiba rider belakang aku dan rider berikut terpaksa mengelak dan termakan laluan treler dan tersungkur ditepi jalanraya. mujur terjatuh ke sebelah kiri, kalau tersungkur ke arah kanan alamat jadi arwah sahabat vespa aku kena lenyek treler. Vespa mengalami kemek kecil dan boleh diketuk guna kayu..dan tiada masalah untuk dihidupkan semula..hebat-hebat.

Kami berehat sebentar untuk memulihkan semangat sdr faizal yang terganggu oleh insiden kemalangan. Perjalanan berikut adalah lancar dan kami dapat makan tengahari masakan islam Patani dalam perjalanan ke Pataya. Tiba di Pataya jam 6.0ptg dan tinggal di hotel bertiga sebilik. caj semalaman 500baht. Malam ronda di pantai Pataya untuk cari makanan. tapi dapat beli buah saja.

Tuesday, February 15, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...day 6

yes..'yess..Kemboja dah dekat..!


Berlatarbelakangkan bendera Kemboja..




Pekan koboi sepadan di Kemboja
api..api..! cuaca kering di kemboja ..wakaf beratap rumbia dijilat api..cemas sebab hampir benar dengan pejabat..


panggung wayang di pekan koboi kemboja..



tinggal dua je, balik cepat peniaga ni bila jagong diborong orang Malaysia
ish.ish..bocor lagi..
Gps ni lagi ok. aku tayang peta di celah kangkang skuter aku.untuk mendapat gambaran jelas laluan. bila terpandang nama pekan/bandar dipapan tanda, cepat-cepat jeling jadi taulah dimana kita berada dengan lebih jelas..akan datang aku nak pasang braket letak peta dekat handle motor..baru lah senang baca...



Habis minyak Pak Su...tapi bekalan minyak dalam tong sentiasa ada...

sambil tunggu mekanik repair motor kawan mari perhangatkan jari-jemari yang sejuk..


berkaki ayam dan berselendang je..kami yang pakai 2,3 lapis baju pun terasa kesejukan..

Hanya vespa...On.., mereng ..,start...! treng..trennnng..! teng..teng..teng..!
!
Nak buat lap kat roundabout ni., pemandu terpaksa menjulurkan tangan sampai berlaga kepala dengan lutut...dud..dud..dudd
Jarak perjalanan dari Korat ke Buntarik...cuaca sangat sejuk 18 darjah celcius..

Nikmat sungguh makan berlaukkan telur goreng...lempeng cicah susu pun ada...cepat-cepat siapa cepat ..geng botak lawan geng tak botak..


Rumah penginapan kami di Buntarik...rumah tumpangan seperti ini banyak di Thailand di sepanjang jalan-jalan utama...bayaran pun berpatutan...


inilah pemandang persekitaran checkpoint chong mek..Laos


Tukar laluan ke Cambodia melalui check point Chong Chom dan bukan Phra Wihan. Seperti biasa sekitar 7.o0 pagi dah berada diatas motor. Atas nasihat penduduk tempatan kami masuk semula ke jalan persekutuan route no 24 dan merentasi bandar-bandar kecil sebelum tiba ke destinasi. Det udom-Sangkha--Prasat-Chong Chom dan sambung semula ke Prakhon Chai-Nong Rong dan Nong Ki. Motor sdr faizal semput seketika dan dapat diatasi oleh mekanik xpdc. motor Sdr Fauzi pancit lagi disalah satu laluan ini. pergh seingat aku ini kali ketiga vespa beliau pancat...Secara keseluruhan motor-motor lain kurang bermasalah selepas hari ke 3 kecuali kerosakan kecil. brek belakang motor modenas Pak Su pun sudah dibaiki di Buntarik setelah hampir 4 hari tidak berfungsi disebabkan tiada alat ganti.

Setelah urusan di kedua-dua imegresen Thai dan Cambodia selesai, kami mengambil keputusan ke pekan koboi shj dengan menonggang teksi motor.Pekan berada 200m dari check point. bayaran teksi motor 20baht. Nak ke bandar terdekat pun 120km dari sempadan. Arghh pergi masa xpdc akan datang lah..Berada di pekan sepadan cambodia tidak lama dalam 3 jam shj. menghabiskan masa melihat-lihat pekan kecil disini. dalam melihat-lihat tu terbeli juga aku i-phone china set harga 1800 baht. Nak beli, tak beli..setelah menerima pakai pendapat rakan-rakan , aku beli..daripada menyesal tak beli bila dah tiba tanahair, lebih baik beli..ha ha.

Meneruskan perjalanan. Destinasi berikut adalah Pataya. Tapi jarak jauh lagi jadi kami bermalam di rumah tumpangan di Nong Ki caj semalam 400baht, aku duduk sorang sebab mereka dah tertempah bilik lebih. lagipun bilik kecik. aku check in lewat sebab aku berada sorang-sorang dihadapan semasa mereka berhenti dan terpaksa pusing semula untuk regroup dengan mereka. bila aku check jarak semasa pusing balik adalah dekat 20km aku dihadapan mereka..,itu pun mujur aku berhenti tunggu di stesen minyak hampir 2 jam , kalau aku teruskan ride mahu beratus-ratus km aku dihadapan ..he he..

Sunday, February 13, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 5

Sungai Mekong..? bila aku bukak peta macam bukan..
Inilah sausana di bandar Pakse, Laos.. ramai mat salleh disini..aku pun tau tau apa istimewanya . berjalan kaki, berbasikal...
Bahasa Perancis terkehadapan berbanding english...Laos dulu dibawah penjajahan Perancis..


Hotel pun boleh tahan jugak..kalau kami tahu pakcik tu sudah simpan barang-barang kami, harus kami bermalam disini..banyak hotel dipersisiran sungai...

Berlatarbelakangkan Sg Mekong...

Pakcik yang banyak menghulur bantuan di Chong Mek..
Macam tak caya ada restoran indian dan melayu di daerah terpencil Pakse, Laos

Melintasi empangan luas terbentang dalam perjalanan ke Chongmek



Mengabadikan foto di hadapan imegresen Chong Mek di daerah Udon Ratchatani

Yess, kami telah melakukannya bersama skuter X9 dan Vespa klasik....pertama di dunia..!


Ingatkan kami dah hebat rupanya pakcik/makcik ni berbasikal je untuk ke Laos...alamak basikal dia sayup je tu sebelah pick up..sorry yea kamera handphone ...excuse me sir can i take your photo...? yeah..yeah why not..where are you from sir..? Holland..pergh...! tak pulak aku tanya lanjut samada basikal pun di bawak dari holland atau sewa/beli di siam...

Yea di papan tanda Pintu masuk Indochina..
Bergambar-bergambar jangan tak bergambar...ya kami boleh..!

Tut..tut..versi siam. Aku pernah naik sewaktu di Myanmar tahun lepas...bila sampai ke destinasi rasa kebas tel x r kesan gegaran yang maha dahsyat..ha ha..
Pak Su bersama modenas 120. brake belakang beliau masih tidak berfungsi bermula dari Nakon Suratthani ...beribu-ribu kilometer diterjah tanpa keperluan asas...brake hadapan dan brake kaki dan brake mulut menjadi sandaran..ha ha ..

Gps aku...untuk membantu tunjuk arah...lagi efektif dari gps betul sebab gambaran route tergambar dikepala hotak..

Di pekan Udon Ratchatani ini ada gerai Muslim tapi pagi lagi belum buka. pukul 9 baru bukak..argh tak boleh tunggu. melepas sarapan kami...


Yez-yezz barisan kuda besi yang gagah berani di hadapan lobi hotel Udon. Suhu disini dalam lingkungan 17 deg ..amat sejuk bila ride..terpaksa pakai baju hujan untuk menghalang sejuk terjahan angin menusuk ke tulang...


Laos adalah destinasi berikutnya dan check point Chong mek akan menjadi saksi bersejarah pertama di dunia kumpulan berxpdc menggunakan skuter Piaggio x9 , Modenas dan Vespa klasik tiba disini. ya kami yakin hanya kami yang melakukannya..pertama didunia.!

Ride melalui Phibun Mangsahan( pintu masuk Indochina) -Sirithorn- Chongmek-Pakse(Laos)

Tiba di Chongmek pekena jagung rebus dan mee segera shj dari 7-eleven untuk mengalas perut. Berurusan dengan imegresen dengan bantuan penduduk tempatan. .tapi kenderaan kami tidak dibenarkan dibawa masuk dengan alasan bawah 250cc...jadi kami ke bandar Pakse di Laos 40km dari sempadan Thailand menaiki van. Caj 1500 baht pakej pergi dan balik.

Tersangat baik pakcik yang menolong kami sehinggakan barang-barang yang kami tinggalkan di motor, dipunggah ke kedai beliau semasa kami berangkat ke bandar Pakse di Laos. Terkejut beruk bila balik mendapati barang-barang kami tiada di motor..ingatkan kena rembat rupanya pakcik tu tolong simpan..Beliau berasal dari Hadyai dan berkahwin dengan wanita Laos. Menurutnya rumah rehat 20 bilik beliau dalam pembinaan dan menjemput kami tidor disana untuk trip akan datang. ha..nampak ..! orang yang berhijrah juga yang buat duit..

Mati-mati ingatkan di Laos susah mendapatkan makanan islam..sangkaan kami meleset. Dengan bantuan pemandu van kami dapat makan di restoran masakan india dan melayu yang diusahakan oleh India muslim . Beliau pernah berkerja di Malaysia selama 8 tahun dan fasih berbahasa melayu...Faisal dan Izam makan di Restoran yang diusahakan rakyat Malaysia dari Ampang pulak...siapa sangka beribu-ribu kilometer ada rakyat malaysia berhijrah mencari rezeki. tapi berdasarkan pengamatan kami, pengusaha ni mesti buat duit gila-gila.,sebab restoran beliau penuh sesak dengan pelancong asing terutamanya dari eropah..

Teori hijrah untuk hidup senang melalui artikel aku terdahulu terbukti kebenarannya lagi.
http://rempitansuperbike.blogspot.com/2010/12/maal-hijrah.html

Selepas makan kami berbelanja handphone model canggih..china set..tapi harga kurang dari rm200..oklah tu..aku beli I- pad ha ha..harga?..rm400

Pukul 4 petang baru kami keluar dari Laos. Perut pun dah kenyang. Ada yang beli bekalan nasi lagi.mana tau tiada bekalan di sepanjang perjalanan berikutnya.

Destinasi berikut adalah Emerald Triangle. Kawasan segitiga menghubungkan tiga negara Thailand-Laos- Cambodia. Kami ingin mencipta sejarah pertama memasuki kawasan ini berskuter atau bervespa...Kalau ada sesapa yang sudah kesini bersekuter silalah tampil membetulkan fakta ini..ha ha . Kalau di utara ada Golden Triangle, kawasan segitiga menghubungkan Thailand-Myanmar-Laos.

Xpdc melalui jalan kampong merentasi Chongmek-Buntarik- Namyuen -Nam khoon untuk ke sempadan Khao Pra Wihan, sebahagian jalan dalam proses baik pulih dan belum berturap lagi.

Tapi semasa di Buntarik penduduk tempatan menashatkan untuk mengelak laluan tersebut kerana sausana pergolakan perebutan tapak kuil UNESCO antara tentera Thai dan Cambodia sesekali masih membara**. Jadi kami bermalam di Buntarik. Disini kami bertemu dengan satu-satunya penduduk/peniaga islam di pasar malam. Keluarga islam lain hanya terdapat 20km dari pekan kecil ini. Malam itu peniaga ini memasakkan kami nasi, lempeng dan telor goreng..Alhamdulillah dan hanya mengambil 100 baht untuk makanan yang dimasak dengan alasan kami tetamu beliau yang sedang bermusafir..! Beliau pernah ke Malaysia bersama jemaah tabligh.

Tinggal dirumah rehat caj semalam 500baht. tapi malam tu aku duduk bertiga..jimat bajet sebab duit dah terbeli i-pad.ha ha..walaupun i-pad ciplak..


** pergh sehari selepas kami meninggalkan Buntarik rupanya pergolakan meletus dilaluan asal kami iaitu Nam Yuen-Nam Khoon untuk ke Priha wihan. menurut berita di tv Thai ada orang awam yang terbunuh dan ramai yang cedera.. sausana sehingga kini masih tegang disana.. syukur-syukur kami dinasihatkan menghindari kawasan panas tersebut..Kereta perisai Thai bersiap sedia di Si Sa Ket..Kami lalu disini...!


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK