Thursday, February 10, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day3

Sementara dibawa ke hospital, ambulan dan jururawat yang kebetulan berada di stesen minyak berdekatan tempat kemalangan menghulurkan bantuan. Pak At menjadi jurucakap kami..

Adei..adei.adeii..! Argh mengada-ngada lah hang fauzi depan jururawat pompuan..he he..

Jangan salah masuk ..sebelum simpang ke Bangkok..ada simpang ke Ayuthia.. kami nak terus ke Korat/Nakon Rachasima. Disinilah satu group tersalah masuk simpang ke Ayuthia sebab confuzze..
Tiada masalah yang tidak dapat di atasi...selagi ketahanan mental dan berlapang dada mengiringi perjalanan...ekzos tertanggal..Traaanng..tong..tong..tong!
Vespa chief mekanik pun tak terlepas dari masalah..
Star of the Day...kah kah kahh..sampai meleleh lioq tunggu geng belakang tak sampai-sampai..


Cari simbol ini untuk makanan halal...Gerai Patani di Petchaburi..
Bocor lagi...
Pandang betul-betul...oink! oink!


Pemandangan biasa dijalanraya Siam..

Fuyoo...steady Pak At...yang ini memang tak hanyir sebab motor walaupun kecik tapi sudah bermandi embun dipelbagai negara...
Saudara Na'ei. Modenas beliau sudah melawat satu Siam ..namakan saja dimana...memang hebat..
Dalam xpdc displin dan ketepatan waktu adalah sangat penting..Peserta bersiap sedia untuk ride seawal 6.30 pagi..

Hari ke 3 memang penuh drama...jentera rosak, tersesat dan kemalangan.

Xpdc bermula seawal 7.00 pagi.
Singgah di Pitchburi untuk makan tengahari. Sepanjang 4 kali aku ride ke siam nampaknya pasal makan takda masalah.. Cuma mata kena cekap mencari simbul bulan dan bintang, bermakna gerai makanan orang islam. Di warong ini kami turut berbincang sebab tak berapa jauh lagi kami akan membelok ikut Route 35 dan diteruskan ke lingkaran luar Bangkok route no9. Sdr Izam selaku peneraju dihadapan akan memastikan route supaya kami tidak termasuk salah laluan dan terperangkap di Bangkok. Beliau akan memecut jauh dihadapan dan akan menghalakan rider lain dilaluan/simpang yang betul.

Dalam perjalanan ke Route 9 ekszos vespa Chu'ei tertanggal... Manakala bearing rim depan vespa mekanik Sanusi berbunyi bising..macam nak jem jugak..dugaan..dugaan.. Walaubagaimanapun masalah dapat diatasi..

Bila banyak sangat simpang semakin sukar untuk mengawal rider yang ramai. Walaupun kami sedaya upaya ride secara rapat , disebabkan trafik sibuk terpisah juga ..dalam perjalanan ke Nakon Ratchasima 4 rider belakang telah tersalah pilih simpang dan menuju laluan salah ke Ayuthia...mujur mereka ambil keputusan menjauhi bangkok, kalau termasuk?..sendiri mau ingatla.. lebih 3 jam kami menunggu di tepi lebuhraya. aku ada tunggu tepi simpang tapi jarak antara peserta sangat jauh hanya beberapa peserta yang perasan aku..semakin sukar bila sausana gelap.

Perjalanan dimalam hari memang berisiko. Sdr Fauzi tertiarap tepi lebuhraya bila terlanggar batu besar semasa melayan jem jalanraya mendaki bukit. terkoyak dagu beliau dan terpaksa menerima lapan jahitan. Caj bayaran 600baht sebab pergi ke hospital kerajaan. Kami bermalam di highway motel lebihkurang 60km lagi ke Nakon Ratchasima/Korat. Izam yang sudah jauh dihadapan bermalam di hotel berasingan. Sebab tu aku suka bersama group dibelakang. aku tau apa terjadi.

Jarak perjalanan day 3 :540KM

3 comments:

  1. alhamdulillah.. kecederaan hanya sikit..

    ReplyDelete
  2. yea2. sb tu kalau brxpdc kena berhenti bila hari beransur gelap

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK