Minyak mahal tapi jalan langsung tak jumpa tol plaza...Minyak harga 39.89 tu bersamaan minyak ron97 di Malaysia
Drebar tak sempat cari tandas..tepi jalan pun jadii...cepat sikit lori makin senget tu..!
dud..dud..dud..kenderaan enjin kubota macam ni banyak di Siam..korang bayangkan macamana diorang ambik kona...
Dua rider ni memang tak dapat dipisah...kalau kelompok tengah berdua, kelompok belakang pun berdua..cuma didepan tak pernah...ha haa..sangat berdisplin ...syabas
Pukul 7.30 pagi sambung semula xpdc dan dapat berkumpul semula dgn sdr Izam. Berhenti isi minyak di Korat. aku mengambil kesempatan top up minyak enjin motor aku. Hari ke 4 aku jadi peneraju dihadapan. bila ride ikut jalan persekutuan adalah mudah sebab tak banyak simpang yang berselirat. xpdc merentasi bandar-bandar kecil Buriram-Surin-Si Sa Ket-Udon Ratchatani . Hanya dapat berhubung bila mereka berhenti. aku dapat tahu ada vespa peserta rosak lagi...sebab lamaa sangat menunggu jadi melepak lah aku kat stesen minyak berpuluh-puluh km dihadapan mereka.
Tiba di Udon Ratchatani dalam pukul 6 ptg. Sementara tunggu peserta lain aku dan Sdr Izam bukak peta untuk mencari tempat penginapan., dengan bantuan orang tempatan kami dibawa ke Hotel Udon. Balik semula ke simpang berhenti tadi dan kebetulan peserta xpdc semua telah tiba dan bawa mereka semula ke hotel . Caj 300 baht semalam utk bilik single dilengkapi kipas sahaja. Memadailah kerana sepanjang malam tak sentuh pun aku suis kipas kerana suhu sangat sejuk di Udon, nyaman seperti di Cameron Highland.. Malam aku pekena mee segera sahaja malas nak turun,lagi pun aku duduk bilik sorang-sorang.
Sebahgian geng lain mencari makanan diluar. Yea bila rajin bertanya memang terdapat kedai makanan orang islam. Masakan melayu Patani lagi..
No comments:
Post a Comment