Wednesday, February 9, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 2

Makan digerai muslim di rnr Chumphon arah selatan.blurrp...kenyang..!
1st time makan sup kuku lembu...campur dengan daging/tulang/perut pun boleh
Musolla...jom solat di rnr Chumphon
Tayar vespa Pak At dan Fauzi pancat..
vespa in action..
Wanita berhati waja..sekeras body vespa. Isteri Pak At.. dah ada 8 orang cucu ni..rider diluar sana tak tercabar ke dengan posing selamba kakak nih..tak penat langsung..relaks je..

ha.ha kapal terdampar didarat kena badai tsunami..?


Ready to go day 2. Dihadapan rumah penginapan sekitar Tungsung

Super Jumbo di Sadao..!

Seawal 6.30 pagi kami sudah terpacak tepi motor masing-masing. Man770 akan meneruskan perjalanan solo ke Koh Samoi melalui Nakon Sithamarat., sementara kami terus ke utara melalui Hua Hin. 3 orang rider lain sedang menunggu beliau di sana.

Selagi kita tidak mencuba selagi tu kita takkan tau senang atau susah bervespa nih..Aku berpendapat rider vespa klasik memang kental dan hebat. Pak At dan isteri beliau lagi handal. Setahun lagi beliau pencen dari TNB dan sudah bercucu lapan orang. Sepanjang 10km aku bertukar pakai vespa dengan Peserta Chu'ei mendapati hanya yang cekal saja mampu melayan vespa untuk perjalanan beribu-ribu kilometer jauhnya..Enjin klasik, jadi gegaran enjin tidak dapat dipisahkan dan memenatkan badan.

Bila ride dalam kumpulan yang besar, pasti akan ada yang jauh terkehadapan dan juga tertinggal dibelakang. Mekanik vespa sdr sanusi memang sentiasa dibarisan belakang untuk memastikan kenderaan peserta dapat diselenggara bila rosak. Tabik hormat untuk beliau kerana hanya yang sabar mampu menggalas tugasan ini...

Bila jauh terkehadapan pun boring dan fikiran tak keruan sebab terpaksa lama menunggu berjam-jam terutama bila ada motor rosak di belakang atau tersesat., atau kemalangan. itu yang bercelaru otak sebab kita yang dihadapan tidak tau apa terjadi dibelakang..kena pulak call pun tak dapat..Hari kedua blok enjin vespa Chu'ei sudah jem dan terpaksa ditukar dan tayar vespa sdr Fauzi pulak pancit. Tau aja lah bila terpaksa turun blok enjin...berjam menunggu beb dalam sausana tiada kepastian...tension wa cakap lu..

Dapat berkumpul semula di kawasan rehat Chumphon dalam kul 4.00 ptg untuk makan dan solat di surau. Ok gak ada surau di kawasan rehat lebuhraya Thailand . Pertama kali aku pekena sup kuku..pergh terangkat..

Masa sambung ride aku serik nak ride jauh dihadapan. kali ini aku layan kumpulan paling belakang...bawak dalam 70-90km/jam. tak kesahlah paling tidak aku tau apa terjadi dibelakang...

Beberapa kali singgah dibengkel motor untuk repair brake belakang motor modenas Pak Su. tapi aku heran lah susah benar nak mencari spare part. . Brek belakang langsung tak berfungsi dan hanya diikat supaya kabel brake tidak terbelit di rim. Sambil tu singgah juga kedai foundry untuk welding braket tong belakang vespa Pak At. Isteri beliau nak menyandar pada tong belakang pun tambah tidak selesa bila braket bergoyang macam nak tertanggal..


Hari kedua hanya dapat ride sehingga ke Daerah Prachuap Kirikhan shj memandangkan banyak waktu terbuang disebabkan kerosakan pada jentera peserta xpdc. Tidur di rumah rehat tepi highway semalam 400 baht. Bila dah dibahagi-bahagi aku kena duduk sendirian sebab tak cukup korum...Kawan sebilik sebelum ni Man770 kan dah ride ke Koh Samoi..Diorang cakap aku tauke kelapa ha.ha..Berkat doa kawan-kawan semoga makbul..aminn

Jarak perjalanan Hari ke 2:470KM


2 comments:

  1. He he sdr rosli..sy dh bc blog sdr gak..elok sgt ditulis pengalaman untuk tatapan pembaca..semoga sama2 bermanfaat...rajin-rajin menjengah blog sy ok..tkasihhh.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK