Tuesday, March 24, 2020

Cara Tanam Pucuk Manis...

Rabu 25hb Mac 2020

Seawal 7 pagi penulis telah ke pasar. Musim PKP(pergerakan terhad) sekarang, wajib untuk kita mengelak dari bersesak ditempat awam. Beli keperluan dan balik.

Harini penulis membeli sayur pucuk manis. Daunnya nak buat sayur dan batangnya nak tanam. Pokok spesis macamni yang penulis suka tanam, tak perlu penjagaan sangat. Sesekali saja bersihkan persekitaran, dibaja in sha Allah pokok mampu hidup lama dan akan berterusan mengeluarkan hasil.

 Jika penjagaan betul, pokok pun boleh  hidup didalam polibeg, jadi tiada alasan untuk kita tidak menanam sendiri. 

Harga beli tadi pun bukan murah.,seikat dlm 5 batang berharga rm2.50..Beli 2 ikat dapatlah 2 bekas kecil.. Ermm dah ditumis nanti entah berapalah yang dapat..



Pokok mungai yang penulis tanam ni pun sentiasa mengeluarkan hasil, lebih lagi sekarang kerap hujan. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, sedikit penjimatan pembelian sayuran, sangat besar manfaatnya. Pucuk dan buahnya sangat enak dan berkhasiat.


Batang pokok pucuk manis sebahagiannya direndam sehingga mengeluarkan akar baru ditanam dan sebahagian lagi penulis nak terus menanamnya. Nak tengok nanti mana yang lebih cepat tumbesarannya.


Cangkul ni pun dah berapa kali kena baiki. Kepala cangkul dan batang asyik tercabut saja sebab asyik dikerjakan..


Pokok munggai  cepat membesar, jika dibiarkan tanpa dicantas, pokok akan tinggi dan sukar untuk memetik pucuk dan buah..Penulis suka pohon dibiarkan rendang. Batang yang dicantas akan ditanam lagi..Hah bersayuran munggai sajalah nanti..




Batas untuk pokok pucuk manis telah disediakan. Dapat tanam dalam sepuluh batang rasanya muak nanti asyik-asyik pucuk manis. Tak apa, muak pucuk manis boleh saja diselang seli dengan pucuk munggai. pucuk ubi pun boleh..Pucuk paku yang ditanam pun dah mula hidup tu..

Jom jom berkebun...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK