Tuesday, July 30, 2013

Aku Hangin Satu Badan...!

 Hati aku pedih. Pedih sangat. Isu remih yang dibangkitkan puak kiasu akan terus mendapat perhatian segera pihak pemerintah. Lagi bertambah pedih bila isu besar cuba dilontarkan oleh peribumi, pihak pemerintah seolah tidak ambil peduli. Apa lagi isyarat yang pihak pemerintah maukan..? Hampir 100 peratus, puak kiasu  membelakangkan pemerintah dalam PRU13 namun dengan sokongan peribumi kerajaan masih kekal memerintah.  Adakah isyarat ini masih tidak mencukupi.?  Adakah terlalu bebal sehingga memerlukan petunjuk lain. ...? Kenapa   masih perlu mendengar tuntutan puak kiasu ini ..? Lantakkan mereka...! Orang dah tak hingin kenapa masih terhegeh-hegeh menagih sokongan puak kiasu ..?  Kenapa hak yang menyokong pula seringkali dirobek...? Ketahuilah kebanyakan  peribumi yang menyokong kerajaan   bukan  100 peratus bersetuju dengan mereka, tapi terpaksa membuat pilihan. Antara dua keburukan, ramai  memilih yang  kurang memudaratkan.

Terbaru puak kiasu membantah tambahan masa mengajar subjek Bahasa Malaysia di SRJK. Mereka akan membuat roadshow seluruh negara mendapatkan tandatangan orangramai untuk diserahkan kepada pihak pemerintah..Dan aku pelik bila ada peribumi yang turut menurunkan tandatangan nanti...Aku menanti  keputusan kerajaan . Adakah meneruskan atau membuat pusingan U. Sepatutnya setelah lebih 55 tahun merdeka bukan isu remeh sebegini yang harus ditangani..Sangat tidak berbaloi. Aku berpendapat lebih baik ditukarkan terus SRJK kepada sistem aliran kebangsaan. SRJK ternyata kilang membiak ultra-ultra kiasu yang sangat tidak baik kepada negara.

Produk-produk sekolah manakah pasangan porno Alvin-Vivian..?. Namwee..? Pemfitnah terhadap SK Prestina.Sg Buloh dan terbaru klip video penghinaan mengaksikan lakonan berwuduk terhadap anjing?  Sudahlah perpaduan semakin goyah gara-gara sistem pendidikan  yang terlalu menjurus kepada sekolah berasaskan kaum, keadaan diburukkan lagi dengan akta-akta pencegahan yang semakin dilonggarkan. Kerana terlalu menuruti permintaan pembangkang yang diterajui oleh kiasu, Akta Hasutan bakal digantikan..ISA telah dihapuskan...Maka ramai yang mengambil kesempatan untuk mewujudkan sausana tidak harmoni sesama kaum. Puncanya..? kerajaan tidak tegas dan seringkali tunduk dengan desakan puak minoriti konon atas dasar hak asasi. Terlalu melayan sangat  tuntutan minoriti hingga mencabol hak asasi kaum majoriti .Sekarang riak-riak perseteruan telah timbul, jika tidak ditangani akan menjadi malapetaka. Barah masyarakat hasil kealpaan pemerintah terlalu mendengar tuntutan kaum minoriti..

Aku hangin satu badan beb...!



Saturday, July 27, 2013

Lama dah aku cari jawapan ini...



 Setiap kali melalui kawasan pembinaan bangunan tinggi, pemandangan pasti tidak akan terlepas dari melihat struktur kren ini. Seringkali tertanya-tanya bagaimanakah tower kren dipasang dan bagaimana struktur tambahan dipasang untuk meninggikan ketinggian kren. Pergh..Persoalan itu terjawab sudah. haha...Mungkin ramai juga tertanya-tanya .


Jom lawati link berikut untuk memahaminya. Pemasangan Tower Crane

Thursday, July 25, 2013

Sokongan diperlukan..! Tanpa anda siapalah kami...


 Salam Jumaat..


Hampir sebulan kedang gunting aku beroperasi. Alhamdulillah, walaupun tidak ketara, namun terdapat peningkatan kunjungan pelanggan terutama dihujung-hujung minggu. Mungkin persekitaran masyarakat yang majoritinya berkerja di luar, sausana hari-hari biasa terutamanya sebelah pagi membawa ke tegahhari,   pelanggan tersangat kurang bahkan kekadang tiada. Keadaan berbeza petang dan  malam. Jam 10 mlm dirasakan terlalu awal untuk menutup kedai. Disebabkan pekerja tinggal dipremis yang sama kedai dibiarkan beroperasi sehingga jam 12 malam.. 

Sepanjang hampir sebulan beroperasi..aku terus memerhati siapakah yang menggunakan khidmat tukang gunting kami. Ternyata majoriti adalah melayu., kelibat India mungkin ada namun lebih ramai mengunjungi premis sebelah yang diusahakan oleh bangsa mereka namun tidak seorang cina pun menggunakan khidmat kami.. Adakah  kedai kami masih terlalu baru ataupun pelanggan cina yang masih menebal kecinaannya ...? Aku akan tunggu dan lihat...

Sememangnya sasaran pasaran kedai aku adalah muslim.. Aku tidak mengharapkan kehadiran  selain itu kerana sedar puak lain sangat susah mengeluarkan duit diluar lingkungan bangsa mereka.  Jika terdapat non-muslim mengunjunginya, itu adalah bonus.. Menyedari melayu adalah pelanggan utama, aku kena beri perkhidmatan terbaik untuk mereka. Aku selalu berpesan kepada tukang gunting, Pelanggan adalah raja. Dan tugasan ini sangat mencabar. Orang melayu ni tahap kesabaran mereka terhadap rakan sebangsa tersangat nipis berbanding jika mereka berurusan dengan  bangsa lain. Sembang-sembang dengan rakan-rakan yang mengusahakan kedai berdasarkan khidmat pengguna seperti bengkel, kedai runcit, kedai makan atau apa saja  mengesahkan perkara itu.

Walaupun kecil kami telah memulakan jihad ekonomi. Tanpa sokongan rakan sebangsa, seagama siapalah kami..Sokongan anda diperlukan. ..

 








Saturday, July 20, 2013

Kanak-kanak maut dalam kereta...!



Anak hilang aku punya pengalaman Baca DISINI, anak tertinggal dalam kereta aku juga punya pengalaman...Menyorot komen-komen pembaca di laman-laman media sosial perihal anak kecil maut gara-gara tertinggal dalam kereta di Subang Jaya, kami terkategori super lalai lah kot...Walaupun pendapat itu boleh disangkal..Yang membezakan kami dengan pasangan diatas  satu-satunya anak lelaki kami yang ketika itu juga berumur 3 tahun terselamat. . Aku rasa kejadian ini berlaku disebabkan sindrom famili muda...hehe . Dengan anak-anak kecil  ramai  berusia lebihkurang sama, tidak mustahil salah seorang akan tercicir dari radar pemerhatian.

Kami pasangan muda, belum melewati usia 30 an kami sudah punya empat cahaya mata. Ketika kejadian kami punyai 4 orang anak kecil, sulong berusia 7 tahun , kedua 5 tahun manakala yang kecil berusia setahun...Aku tak ingat.., entah-entah dalam perut bini ada seorang lagi haha. Anak-anak kami hanya berselang usia 2 tahun...Si ibu sudah tentu sibuk mengelek sikecil..si bapak juga sibuk dengan anak-anak kecil yang lain...belum lagi bakul lampin, tin susu, botol susu, puting susu ...punya anak-anak kecil yang ramai katakan..,sehingga terlupa ada lagi anak kecil yang  tercicir. huhu.

Lagipun kami pulang agak lewat malam  itu... Angkut-angkut anak dan barang  terus tidur. Terlupa ada sorang lagi tak  terangkut...Kami bernasib baik keciciran anak diwaktu malam dan kebetulan malam itu hujan pula , berbanding adik Nawal Iris Samsudin, 3, yang tertinggal disiang hari yang terik..Umur anak kami masih panjang. Sesudah subuh baru kami menyedari kehilangan anak kami.huhu.  Cari punya cari rupanya ada didalam kereta. Traumalah kot tidur bersendirian didalam kereta malam itu. Maafkan kami yea.

Sejak dari itu aku cukup tak suka bawak anak-anak keluar. . Lebih-lebih lagi kalau bawa ke pusat beli -belah...Memerhati anak-anak yang sedang meningkat naik fuyoo.. sekejap-sekejap salah sorang akan hilang dari pandangan...kerja aku asyik mengira jumlah anak saja..ergh mana sorang lagi nih...tension beb..sungguh memenatkan otak...Sebab tu jangan kutuk lebih-lebih ibubapa muda yang baru kehilangan anak tu...Aku pun terasa...hehe

  Hadif Idlan ketika berusia 5 tahun...bersama Atikah yang pernah hilang,  juga ketika berusia 3 tahun dan Nurul wahida ...

Aku pasti jika anak kami mengalami nasib yang sama sebagaimana adik Nawal, bukan begini gaya tulisan aku.. Akan tersentap hati setiap  kali membaca peristiwa sebegini. Walaupun peristiwa itu sudah 15 tahun berlalu pasti kenangan silam akan menyegar seolah baru semalam berlaku. Kepada anak aku Hadif Idlan, ingatlah ada 2 peristiwa besar berlaku terhadap kamu...Jangan sia-siakan hidup ini..Pertama kamu dilahirkan didepan pintu klinik dan  kamu  juga pernah tertinggal semalaman dikereta,  mengalami peristiwa sama namun punyai nasib berbeza. Rezeki kamu masih ada didunia ini. Jadilah insan yang soleh. Amin








Wednesday, July 17, 2013

Jalan jem...? Sendiri mau ingatla...

Sungguh,...Berdenyut kepala aku bila pandu kereta dan menempuh jem. Pantang ada halangan, kemalangan dsb,  jalan raya pasti jem giler..Kekadang untuk melepasi tol plaza mengambil masa berjam...Sungguh tak berbaloi ...Seolah rela membayar untuk menempuhi jem. Kita kena bersedia untuk menempuh jem yang lebih teruk bila harga kereta  semakin murah. Tempoh pinjaman pula semakin panjang...bagi orang awam 9 tahun adalah biasa...dengar kata penjawat awam boleh mendapatkan pembiyaan sehingga berbelas tahun.. Pendekkata semua orang mampu berkereta sekarang...

Siapa yang tak suka harga kereta murah, tapi mekanisma perlu dicari untuk menghadkan penggunaannya dijalanraya.Guna ketika perlu..Cuba perhati kiri kanan semasa memandu kenderaan..kebanyakan memandu bersendirian...Dulu dah ada ura-ura mewajibkan perkongsian kereta..tapi tak tahu kenapa ide itu tidak dilaksanakan. barangkali terlalu mendengar sangat pihak yang membangkang. Pengangkutan awam tak cukup  lah, susah bergerak destinasi berbezalah bla bla...

Penambahbaikan prasarana dan penguatkuasaan perlu bergerak serentak. Jika ingin menunggu prasarana tersedia baru mewajibkan perkongsian kereta alamat sampai bila-bila ide itu tidak akan  terlaksana. Penambahbaikan prasarana mana pernah sempurna..Keperluan jalanraya dan prasarana lain sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan penduduk. Kawasan pertumbuhan baru juga semakin bercambah. Jika jalanraya sediada ditambah kepada sepuluh lorong pun belum tentu mampu menampung kenderaan yang sentiasa bertambah saban tahun. Sepatutnya ide perkongsian kenderaan disokong..Minima 4 orang diwaktu puncak. Kasi saman pemandu yang bersendirian.. Dalam keadaan terdesak orangramai mampu menyesuaikan keadaan. Tahulah nanti mencari patner untuk berkongsi kenderaan.

Kalau taknak berkongsi kereta jangan komplen  jika jalan sesak. Sebab itu aku sangat tak suka berkereta di KL ..hujan ker, panas  ker.. takper.. yang penting hati tak panas..Jom tonggang motor... Vroooom...!



.




Monday, July 15, 2013

Pihak pemerintah....! dengarlah rintihan ini...

Dalam kes Namewee ramai yang terluka. Kini kecoh di laman- laman sosial berkenaan tindakan pasangan porno alvin vivian pula menghina umat islam. Memang mereka tersangat kurang ajar. Yang aku heran ada pula yang membela tindakan mereka...Aku harap pihak kerajaan mendengar keluhan rakyat ..ambil tindakan segera . Jangan biarkan mereka terlepas begitu saja kerana memberi isyarat yang salah kepada pihak lain untuk bertindak lebih kurang ajar jika tiada tindakan tegas diambil. . Rakyat muak disajikan dengan amaran..amaran dan amaran...

Kita khuatir orangramai akan mengambil pendekatan sendiri dalam menangani kes-kes sebegini jika segala keluhan dipandang sepi oleh pihak pemerintah. Petanda kearah itu telah ada. Seorang anak muda cina 24tahun telah dicolek dan dibelasah  sebelum dilepaskan dalam keadaan bogel ditepi hutan berdekatan lebuhraya Duke kerana biadap terhadap orang melayu dan islam melalui luahan-luahan di FB dan twitternya.

Kepada pro- mansuhkan akta ISA yang gembira apabila akta itu dimansuhkan dulu, apakah masih tidak dapat membaca  isyarat ini ...? Kita khuatir jika baki akta pencegahan seperti akta  hasutan turut  dimansuhkan keadaan akan semakin tidak terkawal. Rakyat maukan kedamaian. Bukankah semua sedia maklum pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. Jika sudah terkena penyakit kronik akibat kelalaian sendiri baru terhegeh-hegeh menjaga kesihatan apalah gunanya.

Sendiri mau ingatlah...


Thursday, July 11, 2013

Jangan Toleh Belakang lagi..!

Sausana bazar yang sesak dengan pengunjung mampu menyuntik semangat dan keyakinan diri...

Berjinak-jinak berniaga sempena musim perayaan adalah langkah yang tepat. Kebiasaannya berniaga di musim perayaan sebegini amat mudah mendapat pelanggan berbanding hari-hari biasa. Kehadiran pelanggan yang ramai adalah suntikan semangat. Tidak hairan dek kerana seronok memperoleh pendapatan yang lumayan ramai yang meneruskan perniagaan sesudah musim perayaan. Pengalaman dan keyakinan diri diperolehi sepanjang memulakan berniaga adalah satu azimat yang tiada galang ganti.

Cuba anda bayangkan jika berjinak-jinak berniaga dihari-hari biasa. Semangat pasti luntur melihat pelanggan yang amat sedikit. Bahan jualan tidak habis. Silap haribulan tak sempat sebulan dah tawarhati untuk meneruskan bisnes.

Kepada yang telah memulakan langkah..Tahniah.. Kepada yang belum jomlah berbuat demikian. Kita ramaikan usahawaan dikalangan kita. Mekarkan wawasan 1Keluarga 1Syarikat. Wujudkan generasi yang suka berbisnes. Mungkin sekarang berskala kecil mana tahu generasi berikutnya mampu membawa bisness ke skala besar . Kita mampu mengubahnya

Wednesday, July 10, 2013

Kita Boleh...!

Big bike shop di Puchong...menjual dan membaiki motorsikal berkuasa tinggi. Juga menjual alat ganti dan aksesori. Pengimport tunggal Royal Enfield . Lagi artikel mengenai Big Bike Shop boleh di baca Royal Enfield Kini Kembali


Mail Motor di Batu 16 Rawang sangat popular terutama dikalangan ahli Lanun Bikers...Kini bengkel bertauliah Harley Davidson...
#

Harraz Auto di Bt 12 Rawang menjadi pilihan pelanggan kereta kontinental...

Setiapkali ingin membaiki atau membeli aksesori kenderaan atau apa saja urusan ekonomi  jangan lupa dahulukan kedai  milik orang islam kita. Sewajibnya kita meningkatkan ekonomi rakan seagama. Khidmat mereka lebih jujur. Serba sedikit kekurangan adalah perkara biasa.. Jika kita perhati lebih 90 peratus pemilikan motorsikal dikuasai oleh orang kita, ironinya pengusaha bengkel juga penjual motorsikal masih dikuasai oleh orang lain. Aku lebih suka berurusan dengan orang kita kerana secara logiknya pengetahuan mereka dalam membaiki kenderaan adalah lebih baik kerana  kebanyakan pengusaha bengkel  kita adalah bikers.

Aku tumpang bangga bila bilangan pengusaha bengkel orang kita semakin bertambah. Kita mempunyai pilihan untuk menghantar kenderaan dikalangan orang kita sekiranya tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan pengusaha terdahulu. Setidak-tidaknya imej buruk yang ditonjol sesetengah pengusaha akan  tertebus oleh pengusaha lain yang semakin ramai. Beginilah senario dikalangan pengusaha bengkel milik bukan islam. Bukan semuanya baik bahkan kekadang jauh lebih teruk berbanding mutu orang kita namun bilangan pengusaha mereka yang ramai dapat mengabui mutu pengusaha yang teruk.

Jom berubah dan sokong..Kita boleh...!




Wednesday, July 3, 2013

Perlukah tahu semuanya...?

 Selalu orang cakap, bukalah bisnes dalam bidang yang kita berkemahiran. Kalau nak buka bengkel mesti terlebih dulu mahir membaiki kenderaan, buka restoran mesti mahir memasak.... menternak mesti mahir memelihara atau mengembala begitulah seterusnya. Walaupun diakui kelebihan memiliki kepakaran untuk setiap bidang diceburi, namun itu  bukan prasyarat untuk  berjaya dalam bisnes. Ramai tokoh-tokoh hebat perniagaan tidak mahir bahkan berpengetahuan sedikit sebelum menceburi bisness tersebut. Aku percaya Tony Fernandez bukan seorang juruterbang..namun berjaya mengemudi syarikat aviation..TS Syed Bukhari bukan seorang pengendali kren pelabuhan, namun berjaya memiliki pelabuhan mengendalikan beribu-ribu tan kargo dan ramai lagi tokoh-tokoh perniagaan hebat  seperti mereka ini. Jika kita beralasan perlu mahir dahulu sebelum berani berbisnes alamat sampai ke sudah kita takut memulakan bisnes atau jika telah berbisnes lambat mengembangkan bisnes sebab kita terikat dengan tugasan khusus. 

Mengambil semangat tokoh-tokoh hebat perniagaan, aku pun memberanikan diri membuka bisnes gunting rambut yang aku sendiri tiada kemahiran mengenainya.  Tambah semangat bila mendengar pelanggan bersembang dengan tukang gunting menanyakan premis ini cawangan yang ke berapa...? Pergh ..

Apa yang aku pelajari adalah letaklah orang yang berkemahiran menerajui cabang bisnes itu. Letakkan kepercayaan kepada mereka. Kalau mereka tipu...? Memang kena bersedia dan berlapang dada untuk kena tipu...Tak perlulah peningkan kepala memikirkan perkara yang terlalu negatif...anggaplah itu bukan rezeki kita. Tapi aku percaya ungkapan nabi...'isteri yang baik adalah untuk suami yang baik...' begitu juga dengan orang bawahan ...selagi bos baik insyaalah kita akan dianugerahkan anakbuah yang baik...


Kepada teman-teman diluar sana..apalagi..jomlah berbisnes...






Tuesday, July 2, 2013

Ribuan, Jutaan Ringgit Bermula dengan Satu Sen...


Yok Rempitan yang bakal dipaparkan di papan tanda utama...Yok Rempitan kini jenama...haha

 Yok Rempitan di paparan LED

Kedai gunting rambut...?  Biar betul...

Hehe reaksi kekawan bila dimaklumkan kedai gunting kami telah beroperasi. Almaklumlah kedai gunting bukannya boleh menjana pendapatan lumayan. Walaupun persepsi itu kekadang silap. Kena gaya dan percaturan apa saja bisness mampu memberikan pulangan yang berbaloi walaupun kelihatan lekeh.  Jangan dipandang lekeh nilai syiling satu sen kerana tanpa satu sen, tiadalah nilai ribuan, jutaan dsb.. Dengan bilangan banyak dipelbagai lokasi, siapa sangka vending machine menjual minuman berkarbonat  mampu memberikan pulangan tinggi kepada pemilik jenama...Begitu juga dengan mesin urut yang kini banyak disediakan dipusat beli belah, kawasan rehat dsb...

Bila sebut kedai gunting rambut, kebanyakan orang akan terbayang kedai gunting yang sempit dikongsi dengan premis lain, sesuailah dengan jangkaan pendapatan yang tak seberapa.  Berbeza jika disebut saloon. Aku ingin kelihatan berbeza. Walaupun turut dikongsi dengan premis lain, dengan susunatur yang tersusun kedai gunting kami. masih kelihatan luas dan selesa, sehingga ramai yang menyangkakan kedai gunting kami adalah unisex saloon.. Khuatir dengan imej saloon dan persepsi harga yang mahal, papan iklan LED dipasang dipremis memaklumkan kadar harga yang setara dengan kedai gunting biasa. Alhamdulillah nampaknya berkesan.

Masih terlalu awal untuk berkokok tentang dayasaing dan kelangsungan kedai memandangkan kedai gunting kami turut bersaing dengan kedai gunting lain yang punya nama beroperasi 2 pintu dari kedai kami. Setelah masuk hari ke 3 operasi dan melihat trend pelanggan yang menggunakan khidmat tukang gunting kami, semangat dan keyakinan untuk pergi jauh nampaknya mula mekar...Keyakinan inilah aku cari.

Cabaran utama dalam bidang perkhidmatan adalah memuaskan hati pelanggan. Pelanggan adalah raja. Meningkatkan bilangan pelanggan nampaknya tidak sesukar mengekalkan pelanggan sama mengunjungi semula kedai...Aku yakin untuk kekal berdayasaing mutu perkhidmatan mesti sentiasa tiptop. Dan aku percaya untuk mencapai mutu kerja yang konsisten, biarlah bisnes meningkat secara semulajadi tanpa perlu dipaksa dengan pelbagai promosi berlebihan. Lainlah kalau bisnes telah benar-benar stabil. Dikhuatiri promosi berlebihan akan membunuh terus bisnes yang diceburi kerana keupayaan tidak mampu menampung permintaan yang tinggi sehingga menggadaikan mutu perkhidmatan. Pengalaman lingkup dalam perkongsian bisnes makanan  pizza diharap boleh dijadikan panduan dalam memacu bisness perkidmatan yang diceburi kini.

Kepada pelanggan-pelanggan, baik beritahu rakan,  buruk beritahu kami...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK