Thursday, August 28, 2014

Musim Haji Kembali lagi...


Masa berlalu begitu pantas.. Siapa yang berlengah akan tertinggal...Walaupun masih segar kenangan berada di tanah suci tahun sudah, kini setahun kenangan itu telah berlalu., Musim haji telah menjelma lagi. Beberapa penerbangan telah selamat mendarat di sana. Dikhabarkan sesiapa yang mendaftar pada 2007 mempunyai harapan cerah untuk dipanggil menunaikan haji tahun ini.. Yang sedang menunggu keputusan rayuan semestinya berdebar menunggu jawaban.

Kepada yang belum mendaftar apa lagi..Mendaftarlah..Tidak mengapalah walau tarikh dijangka pergi begitu lama . Setidaknya niat telah tersemat didada. Diharap terlepaslah dari pertanyaan andai berpisah nyawa dari badan..Diluar kemampuan manusia merancang...Tidak berkemampuan dari segi material bukan alasan.. Di tanah suci nanti kita akan bertemu dengan jemaah pelbagai latarbelakang yang jauh lebih dhaif..Jika itu alasan kita. Mereka bergolok bergadai semata-mata ingin ke sana.. Kita yang diberikan kelebihan nikmat kesenangan kenapa tidak dimanfaatkan sebaik mungkin...

Selamat berangkat ke tanah suci kepada para jemaah..Moga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

Thursday, August 21, 2014

Taman Tasik Bandar Country Homes

20hb Ogos 2014

Lokasi Taman Tasik Bdr Country Homes Rawang...Anggaran panjang trek -300m

Syabas...! Ada penambahbaikan terhadap prasarana di satu satunya taman rekreasi di kejiranan ini.. Walaupun tidak luas tapi memadai untuk berrekreasi diwaktu pagi atau petang. Kawasan nampak terbela., cuma penyelengaraan perlu lebih kerap kerana sudah terdapat kerosakan terhadap trek maupun peralatan yang terdapat di sana. Trek boleh lagi dpanjangkan dengan membina laluan baru .. Boleh manfaatkan setiap inci kawasan yang ada .








Tapi ada perkara yang sangat serius untuk penambahbaikan... Mentaliti...!  Bukan sedikit  duit dibelanjakan untuk mengindahkan sesatu kawasan.. Keindahan yang ingin ditonjolkan itu kekadang tidak mampu bertahan lama... Duit yang dibelanjakan ibarat menyampurkan pewarna ke dalam air longkang...Pewarna yang diharapkan menaikkan seri, terbazir begitu saja dek kalah dengan kehitaman air longkang.

Sikap suka membuang sampah merata-rata  ini sungguh menjengkelkan...Namakan ...Kotak, puntung rokok..tin..botol minum..bekas makanan dsb  dibuang tanpa sekelumit rasa bersalah walaupun terdapat banyak tong sampah disediakan...

Diperhatikan juga kawasan ini seringkali digunakan sebagai tempat ponteng  pelajar-pelajar sekolah berhampiran sambil menghisap rokok...Alahai tengok lubang hidung pun berselupat dengan hingus..Butang baju dibuka serta pakaian dilepaskan begitu saja..entah apa yang bersarang dibenak pemikiran mereka ..Terasa hebatkah...Pelajar-pelajar yang aku hampiri  menyatakan mereka teringin mencuba hasil pengaruh kawan-kawan...Adooi lemah betul pertahanan diri...Aku hanya memberitahu terpulanglah kepada diri masing-masing..Duit yang terbazir duit mereka, cuma mengharapkan duit diperolehi secara baik..maklumlah budak sekolah..sekotak rokok bukan murah harganya..Yang bakal menanggung sakit juga diri mereka...Cuma aku beritahu kotak-kotak dan puntung rokok jangan dibuang bersepah...Masukkan dalam tong sampah...

'Baik Pakcik..' Ermm tak taulah perli  atau betul-betul menerima teguran...

Jom- Jom kita berubah...Kita mampu mengubahnya...




Tuesday, August 19, 2014

Hehe Pelik Betul....!


Bila Peluang Datang Menjengah

Aku percaya ramai orang pernah mengalami situasi ini. Mula-mula jual mahal, namun apabila peluang  terlepas, barulah terbit rasa menyesal. Bukan sekali dua tapi banyak kali perkara ini terjadi. Entah apa yang difikirkan ketika menolak peluang yang datang...Mungkinkah kita beranggapan peluang itu akan sentiasa hadir dalam hidup kita? Selalunya tidak begitu. Banyak contoh yang boleh kita teladani. Tawaran harga murah seperti rumah lelong. , atau peluang mendapatkan rumah sewa dikawasan strategik  atau membeli kenderaan murah dari rakan  dsb.. Semasa mula-mula ditawarkan kita seolah keberatan untuk mengambil peluang  namun sesudah orang lain menyambarnya  barulah kita menepuk dahi., terkilan kerana lambat bertindak sehingga terlepas peluang yang bertandang.


Minggu ini berdering dering telefon aku berbunyi..itu belum mesej atau missed call lagi. Kerana  apa ..? Semua berebutkan seunit rumah flat tingkat 5. Bila dikatakan sudah ada yang mengambilnya...mereka menamatkan perbualan dengan nada kecewa.  Alamaak..Adooi.. dan macam-macamlah...Padahal  sebelum unit itu disewa ...kebanyakan yang menalifon seolah sekadar bertanya...bila diberitahu unit masih ada...jawapan yang diterima... ooh tingkat lima..Hehe Pelik betul. 

********

Berapa Kali Mau Tanya Laa

Aku juga percaya ramai yang pernah mengalami situasi ini...

"Kira berapa..."

" Tadi makan apa...?"

Kebanyakan restoran masih lagi mengamalkan pengambilan menu makanan lebih sekali..sebelum dan sesudah makan...Hehe.. Mungkinkah ada sebab tertentu mereka berbuat demikian...Mungkinkah supaya lebih mesra dengan pelanggan..atau  memberi peluang pelanggan mengingati  apa yang dimakan..dsb...erm wallahualam . Bukankah lebih mudah bil dikira menurut menu yang diambil sebelum makan...Nasib baiklah ramai pelanggan yang jujur, jika tidak boleh saja menipu apa yang dimakan...Tapi sebagai pengusaha yang berpengalaman, mereka  mengenal menu apa yang dihidang  berdasarkan sisa makanan yang tinggal atau jenis pinggan atau mangkuk atau cawan yang digunakan, kecualilah pelanggan menyapu licin makanan atau terus membuang bekas makanan yang digunakan... 

Amacam  kita buat ujian ini supaya pengusaha segera berubah. Beritahu menu berbeza semasa membuat bayaran...Agak-agak pelanggan akan mendapat renungan tepat tak sekiranya mereka menyedari menu tak sama dengan apa yang diberitahu....? Hehe susah nau nak berubah...Pelik betul...!


Thursday, August 14, 2014

Ketua Hilang, Kelab pun lengang...

Kalau kita berkunjung ke mana-mana, dan singgah di kawasan tumpuan seperti R n R lebuhraya, stesen minyak dll selalunya tidak terlepas  menyaksikan segerombolan orangramai berkumpul di satu sudut. Ada yang bergambar, berselfie, bersembang dsb..mungkin sedang menunggu ketibaan ahli yang lain. Kumpulan begini mudah dikenali kerana setiap peserta mengenakan pakaian seragam kelab. Inilah penangan media sosial...Maklumat atau hebahan mudah disalurkan kepada orangramai..Pantang ada masa terluang..Reunion saja..

Kalau dulu kelab lebih umum.  Contohnya kelab berkaitan permotoran..tak kiralah samada kenderaan empat roda atau dua atau lebih ..kini bermacam macam kelab wujud..Kebanyakan lebih spesifik...Kelab Pinggan Pyrex, Kelab  Bunga Ros, Kelab  Gasing Pangkah, Kelab Burung Serindit, Kelab Janda Duda Muda.. argh pelbagai kelablah..Cuma yang aku musykil berapa lama kelab ini mampu bertahan.. Selalunya kelab yang tumbuh bermusim ni bergantung sepenuhnya kepada ketua untuk menggerakkan... Aktif ketua aktiflah kelab dan begitulah sebaliknya. Katalah presiden kelab janda duda berkahwin semula, apa akan jadi dengan kelab yang dinaungi..ataupun ketua kelab basikal beralih arah kepada motorsikal.., apa akan jadi dengan kelab sebelumnya ..begitulah seterusnya..Selalunya kelab-kelab begini akan menjadi suam suam kuku setelah kehilangan penggerak utama seterusnya lenyap begitu saja...Kelab-kelab baru tumbuh begini terlalu  bergantung kepada kekuatan personaliti tertentu.

Dalam sausana keghairahan politik tanahair sekarang aku pun musykil apa akan jadi dengan sesuatu parti politik ataupun pakatan politik yang terlalu bergantung kepada kekuatan individu tertentu ditakdirkan individu itu tidak lagi aktif ..Ermm mungkinkah akan bernasib sama sebagaimana kelab-kelab yang banyak tumbuh dan dan kemudiannya lesu ..? Wallahualam..Kita tunggu dan lihat 

Saturday, August 9, 2014

Bila orang politik bergaduh...

Sebagai orang politik seseorang itu mesti memiliki pelbagai wajah untuk pergi jauh...Kalau lurus saja alamat tak kemanalah..Mereka panggil ini seni politik..Sebagaimana dalam bersilat, siapa yang  memiliki jurus tambahan mampu pergi jauh ..Walaupun jurus itu bakal membunuh pihak lawan maupun kawan..Hati mau kering, telinga kena tebal beb..Dalam politik tiada istilah kawan makan kawan atau kawan berbaik dengan lawan...Matlamat selalunya menghalalkan cara....Tak peduli.. Kes pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi bukti lagi seni kotor dalam politik...Alasan-alasan integriti bla bla bla tu alasan saja.... Orang awam tentulah terkejut beruk..tapi bagi orang politik itu biasa...Lama kelamaan nanti redalah isu ini..Mereka akan bawa isu lain pula untuk mengabui orang ramai..Hebat retorik orang politik..Ramai yang bisa terlopong mendengarnya..Sehingga kan orang awam yang naif menjadi mangsa bercakaran sesama mereka demi mempertahankan idola masing masing..

Sebab tu wa secara peribadi tak tergoda dengan retorik PR yang berdegar-degar cakap pasal integriti lah, kroni lah rasuah lah dsb.. Ermm sebelum memiliki kuasa bermacam-macam janji bulan bintang boleh beri beb...Baru dapat sedikit kuasa sudah terselah belang sebenar.., Bertambah menyampah lah
wa. Penyokong PR jangan salahkan pihak lain k...hehe


Monday, August 4, 2014

Perjumpaan Raya 2014

2hb Ogos 2014, Kuala Pilah

Kami sengaja memilih hujung minggu pertama aidilfitri untuk berkunjung ke rumah bekas guru kami. Sementara kehangatan mood raya masih segar dirasai , masing-masing menggayakan pakaian raya. Yang lelaki lengkap berbaju melayu  bersongkok dan bersamping.

Seramai 6 keluarga rakan sekelas sepakat mengunjungi pasangan guru yang mengajar kami sewaktu di tingkatan 4 dan 5 di SMSM tahun 1983 dan 1984. Ini merupakan pertemuan julung kali  sesudah meninggalkan alam persekolahan 30 tahun dahulu. Kebetulan cikgu tidak dapat hadir semasa GRU pada 21hb Jun 2014 yang diadakan disekolah baru baru ini.

Walaupun hanya sebahagian dari 34 rakan sekelas yang hadir, majlis tetap meriah lagi ceria. Selain bertemu  semula dengan guru, pertemuan ini merupakan yang pertama kali  dapat beramah mesra dengan pasangan serta ahli keluarga teman sekelas .

Pastinya lebih meriah jika rakan sekelas yang lain dapat turut serta , tapi apakan daya masing masing mempunyai agenda sendiri sempena cuti panjang aidilfitri. Ada yang berada di luar daerah kerana beraya di kampong halaman pasangan masing-masing..Kebetulan pula minggu terakhir cuti ramai ibubapa yang terpaksa menghantar anak-anak kembali semula  ke asrama atau kolej. Jika ramai yang berkesempatan aku tak dapat bayangkan bagaimana hiruk pikuknya rumah cikgu dipertemuan itu...

Majlis diserikan juga dengan bacaan yasin dan tahlil untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia..


Inilah pasangan bahagia Cikgu Yusuf dan Cikgu Radhiah yang bertemu jodoh di SMSM. Secara peribadi aku tidak menyangka mereka ini bercintan memandangkan memasing memiliki dua perwatakan yang agak kontras, Cikgu Yusof disekolah dulu berperawakan garang disamping itu Cikgu agak 'pendek' berbanding pasangannya. hehe..Itulah jodoh namanya. Kini meniti  bahagia bersama 3 orang anak dan dua orang cucu setelah kedua-duanya tamat berkhidmat apabila mencapai usia 55tahun.

Sekali imbas memang tidak percaya kami dipisahkan usia 8 tahun dengan cikgu. Pasangan cikgu kelihatan segak dan berketerampilan muda. Kebetulan cikgu Yusof pula menggayakan potongan rambut berpetak..pergh menten muda you...Kekadang anak-anak yang keliru samada kami yang junior atau sebaliknya. Disebabkan perawakan yang seakan seusia inilah kot kami dapat bersembang dengan lebih santai lagi ceria ..Sesekali terkena juga cikgu dengan usikan nakal kami...tapi cikgu ok dia bersikap terbuka dengan bekas anak murid. Sikap yang sungguh kontras sewaktu mengajar kami dulu..hehe Cikgu Yusof dulu garaang...

Berikut adalah foto-foto yang dapat kami abadikan  dihari itu..








                             










Semoga pertemuan ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dan dapat berjumpa lagi dilain kesempatan.




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK