Kalau kita berkunjung ke mana-mana, dan singgah di kawasan tumpuan seperti R n R lebuhraya, stesen minyak dll selalunya tidak terlepas menyaksikan segerombolan orangramai berkumpul di satu sudut. Ada yang bergambar, berselfie, bersembang dsb..mungkin sedang menunggu ketibaan ahli yang lain. Kumpulan begini mudah dikenali kerana setiap peserta mengenakan pakaian seragam kelab. Inilah penangan media sosial...Maklumat atau hebahan mudah disalurkan kepada orangramai..Pantang ada masa terluang..Reunion saja..
Kalau dulu kelab lebih umum. Contohnya kelab berkaitan permotoran..tak kiralah samada kenderaan empat roda atau dua atau lebih ..kini bermacam macam kelab wujud..Kebanyakan lebih spesifik...Kelab Pinggan Pyrex, Kelab Bunga Ros, Kelab Gasing Pangkah, Kelab Burung Serindit, Kelab Janda Duda Muda.. argh pelbagai kelablah..Cuma yang aku musykil berapa lama kelab ini mampu bertahan.. Selalunya kelab yang tumbuh bermusim ni bergantung sepenuhnya kepada ketua untuk menggerakkan... Aktif ketua aktiflah kelab dan begitulah sebaliknya. Katalah presiden kelab janda duda berkahwin semula, apa akan jadi dengan kelab yang dinaungi..ataupun ketua kelab basikal beralih arah kepada motorsikal.., apa akan jadi dengan kelab sebelumnya ..begitulah seterusnya..Selalunya kelab-kelab begini akan menjadi suam suam kuku setelah kehilangan penggerak utama seterusnya lenyap begitu saja...Kelab-kelab baru tumbuh begini terlalu bergantung kepada kekuatan personaliti tertentu.
Dalam sausana keghairahan politik tanahair sekarang aku pun musykil apa akan jadi dengan sesuatu parti politik ataupun pakatan politik yang terlalu bergantung kepada kekuatan individu tertentu ditakdirkan individu itu tidak lagi aktif ..Ermm mungkinkah akan bernasib sama sebagaimana kelab-kelab yang banyak tumbuh dan dan kemudiannya lesu ..? Wallahualam..Kita tunggu dan lihat

No comments:
Post a Comment