click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, July 13, 2017

Outlet terbaru YRGunting..Kiosk G&B BMW

Diharap pembukaan outlet ke 3 ini berjaya...Kiosk dibina menggunakan bas terpakai yang diubah suai..Outlet dijadualkan beroperasi pada bulan Ogos 2017...Pengubahsuaian diperingkat akhir.



Dinding bas nanti akan dicat baru dan dilukiskan grafik..Diharap ini akan menjadi tarikan pelanggan. BMW adalah singkatan kepada bas mini wilayah..ikon kenderaan awam Kuala Lumpur suatu ketika dulu


Terimakasih atas kunjungan anda..Papan iklan digital ...


Lampu wajib setiap kedai gunting...








Bas masih berfungsi dengan baik dan boleh dijadikan kiosk bergerak jika perlu namun untuk mengekang masalah logistik bas hanya akan diletakkan setempat.

Dua percubaan pembukaan outlet ke 3 terdahulu menemui kegagalan...Kiosk baru di perkarangan masjid Bdr Country Homes Rawang gagal dan kedai yang diambil alih dari orang lain di Tmn Wilayah Selayang juga tidak mampu bertahan lama...Kedua duanya beroperasi tak lebih dari 6 bulan. Punca kegagalan adalah kesalahan memilih LOKASI selain kerenah tukang gunting...

Kiosk di perkarangan masjid sangat berpotensi untuk maju namun  tukang gunting yang tidak betah disitu...Sehingga sekarang ramai pelanggan menyatakan terkilan kerana kedai sudah ditutup. Puncanya persekitaran kiosk  sunyi terutamanya dihujung minggu..Tukang gunting kesepian tiada teman...Jiran jiran kiosk tidak berniaga dihujung mingggu...

Kedai di Selayang pula walaupun dikelilingi flat flat yang banyak tapi kedudukan kedai  berada dipenghujung jalan mati tidak memungkinkan untuk mendapat pelanggan  ' walk in' dalam jangka masa singkat..Tukang gunting juga tidak betah apabila kedai hanya  mengharapkan pelanggan setia yang belum ramai tanpa pelanggan 'walk in'  . Apabila bertukar tukang gunting pelanggan akan menilai samada khidmat yang ditawarkan menepati citarasa atau tidak.. Ini antara faktor kegagalan kedai.

Percubaan ketiga ini akan dibuat di Setapak...Lokasi nampaknya ok...betul betul berada di simpang yang sibuk...Pelanggan akan mudah perasan kehadiran  kiosk gunting


Persekitaran pula terdapat banyak kawasan perumahan berkepadatan tinggi Kiosk gunting juga unik lain dari yang lain.

InshaAllah dengan ciri ciri diatas dijangka kedai ini akan maju dalam masa yang singkat...Cabaran kini adalah mencari tukang gunting yang berkebolehan lagi jujur.  Semoga berjaya...Aaminn


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK