click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 27, 2013

Kalaulah jemaah diwajibkan memakai pakaian yang sama..haruu..!

 Kehadiran/kepulangan jemaah di Masjidil Haram ibarat pasang surut air dilautan...Apabila tiba waktu solat sebagaimana air pasang, jemaah akan memenuhi segenap ruang bermula dari kawasan tumpuan sehinggalah ke kawasan yang agak kurang dikunjungi di masa-masa biasa. Tetiba saja seluruh kawasan akan dipenuhi dengan para jemaah. Begitulah juga ketika selesai solat, jemaah berpusu-pusu meninggalkan masjid. Keadaan ini berulang-ulang setiap kali masuk waktu solat waktu.

 Bayangkan anda sedang memancing di atas batu besar di tepi pantai..Sedang leka memancing tetiba air sudah memenuhi persekitaran memancing anda. Pastinya agak kelam kabut untuk kembali ke daratan apabila air pasang sudah semakin dalam. Begitulah ketika di Masjid Haram tanpa sedar anda sudah terkepung oleh lautan manusia. Amat menyukarkan untuk anda keluar seperti mencari tandas, mengambil  wuduk yang terbatal dsb apatah lagi mencari teman atau pasangan anda.


 . Kita sedia maklum jemaah hadir dengan pelbagai latar belakang. Yang pertama kali menjejakkan kaki ke kota pun ada...Pelbagai gelagat akan ditemui disana. . Terdapat kes jemaah dirempuh ketika di eskalator kerana kedapatan jemaah teragak-agak menaiki/menuruni eskalator. Kekadang tu sikit punya jauh tingkat yang nak dituju, sebelah kaki sudah diangkat bersiap sedia untuk menapak di lantai berkenaan..hehe  ..Ada juga yang lebih rela menapak menggunakan tangga daripada mengunakan eskalator..


 Ramai jemaah seboleh-bolehnya tidak mahu berpisah dari grup pasing-masing. walau apa keadaan sekalipun. Masing-masing takut terpisah dan tersesat. Kejadian rempuhan semasa melontar jamrah atau bertawaf selalunya berlaku apabila jemaah membentuk kumpulan berpegangan tangan dan berderap melangkah kehadapan..tidak peduli dengan apa rintangan dihadapan semuanya akan dilanggar... Amat malanglah jika ada jemaah yg tergolek dihadapan...Alamat kena lenyeklah..Lagipun dalam sausana penuh sesak, para jemaah tidak mengetahui apa yang terjadi dihadapan.
 

Sebab itu pengenalan diri sangat penting disana supaya jemaah mudah dikenali.  Sekiranya terpisah mudah pihak berwajib disana mengambil tindakan. Tahun ini jemaah Malaysia dibekalkan dengan beg sandang kuning selain rantai tangan...Jika tidak membawanya sangat sukar mengenali hatta jemaah senegara kerana iras muka yang tidak banyak berbeza dengan jemaah dari  negara asia tenggara lain.. Aku akan menjeling dulu rantai yang dipakai dilengan jika jemaah tidak membawa beg sandang..Kekadang dalam keterujaan bersembang dengan jemaah yang disangka senegara rupanya sepatah haram mereka tida memahami apa yang dicakapkan...
' I from Philiphine' atau " Thailand..Thailand...! hehe.

 Di kalangan petugas masjid atau peniaga-peniaga di sana..jemaah haji Indonesia atau Malaysia lebih dikenali berbanding rakan dari negara asia tenggara yang lain, mungkin disebabkan bilangan mereka yang jauh lebih ramai. Jemaah haji Indonesia tahun ini adalah seramai 160 ribu ..!...Jika di Pusat beli belah pantang kelibat anda melintas kedai .

    ."Indonesia..? Malaysia...? Tenggok- tenggok murah-murah...!" " Tenggok duuluu.."

Namun dalam kebanyakan jemaah dari Afrika sangat mudah mengenali  jemaah dari Nigeria..Pakaian mereka sangat  ceria...penuh corak warna warni...Warga Somalia pun mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal yang langsing dan rupa paras muka yang unik..Jarang aku tersilap meneka jemaah dari negara ini...

 

Jemaah wanita turut mengenakan telekong yang terang benderang...



 Dan apabila anda bersembang dengan jemaah dari Nigeria, mereka sangat mengenali dan memandang tinggi Malaysia walaupun kekadang maklumat yang dimiliki telah luput tempoh...." Malaysia...?!.. Good...Good.. Very nice Country...Prime Minister Mohamad Mahatir...!"  huhu kesian kat DS Najib..


Jemaah dari Indonesia, walaupun senegara tetapi memakai skaf yang berbeza..Tertera tulisan menyatakan dari kabupaten masing-masing...Kabupaten tu daerah kot...Ada oren, ungu, hijau dsb...Tak dapat bayangkan kalau seramai 160 ribu lebih mengenakan pakaian yang sama..Pergh... Toleh kiri Indon, kanan indon...depan Indon, belakang indon..haha...Selain dari itu jemaah haji dari India, Pakistan, Bangladesh pun tersangat ramai...mengikut perkiraan aku lebih 60 peratus kawasan masjid dipenuhi oleh mereka...Punyalah ramai...Sekiranya sedang bertawaf keberangkalian anda dilanggar/ terlanggar  jemaah haji dari negara dinyatakan ini adalah tersangat cerah...Jari kaki dipijak sehingga wa pitam depan kaabah gara-gara jemaah haji dari negara ini lah...Mereka ni bertawaf seolah menaiki kenderaan yang tidak dilengkapi dengan brek...main sondol saja..

Untuk kelihatan berbeza sesetengah jemaah memakai topi sebegini..Tak silap aku jemaah ini dari Kargsytan...

 Di Tanah suci bukan saja jemaah haji mengenakan pakaian seragam.., peminta sedekah pun turut menggayakan pakaian seragam...

"Hj Baba..Fisabilillah..Ali Baba..Fisabilillah..!"...

Friday, November 22, 2013

Cuba tengok cara jemaah haji tidor...hehe


Sewaktu berwukuf di Arafah jemaah ditempatkan di khemah-khemah sementara tanpa aircond..Para jemaah mengambil kesempatan tidor berbumbungkan langit diluar khemah. Namun mendapat teguran pihak tabung haji kerana segelintir jemaah tidor bersama pasangan masing-masing, sedangkan didalam ihram bahaya duduk rapat-rapat bersama pasangan untuk menjaga pantang larang semasa berihram...

 Sewaktu bermabit( bermalam sebentar) di Muzdalifah, sementara menantikan tengah malam untuk berpindah ke Mina jemaah sempat melelapkan mata...Kalau dah mengantuk letak saja kepala atas bantal maka berdengkurlah ia..



Kalau korang zoomkan gambar ini maka anda akan nampak khemah-khemah yang dipasang di celah-celah batu atas gunung.. Jemaah dari Pakistan/Afghanistan sangat gemar tidor sebegini...punyalah tinggi dan sukar namun tidak menjadi halangan bagi mereka... bagi kami yang duduk ditanah rata sikit punya lengoh kaki inikan pula terpaksa memanjat cerun yang curam untuk kembali ke khemah...Jemaah Afghanistan memang sungguh lasak..patut pun Russia tewas dalam peperangan di negara bergunung ganang itu.



 Di Mina jemaah haji ditempatkan di khemah-khemah lapang yang dilengkapi dengan aircond. Apabila bercampor para jemaah,  tidor diserikan dengan pelbagai ragam. Dengkor dan batuk sahut-bersahutan Uhuk-uhuk...Kung..kung..kung..Bunyi batuk pelik  seumpama bunyi ayam belanda pun ada..kluk..kluk..kluuuk...


Di mana ada peluang dan ruang, jemaah akan melelapkan mata. Ini adalah laluan ke tandas basemen di Masjidil Haram.

 Peduli apa orang nak kata..Kalau dah penat, tidor bawah meja di laluan sibuk pusat beli belah pun jadik...





Haa..yang ini sungguh lena...antara gambar favourite aku..


Hehe ini rakan sebilik wa...untuk tidor yang lena dan mengelakkan berdengkor, alat bantuan pernafasan digunakan...
 
Tapi dalam banyak-banyak gambar di atas yang ini favourite aku...siapa kata hanya dengan bantuan alat pernafasan boleh tidor nyenyak..Abg aji teman sebilik aku ini membuktikannya..U see ...kroh..kroh kroh haha

Di Tanah suci jangan main tegur-tegur..Kan dah kena....!

Hari ni sudah Jumaat. Sudah melewati seminggu  balik dari Tanahsuci.. .Cepat betul masa beredar. Semasa bertemu jiran setaman, ramai memberitahu  bagaikan baru pergi menghantar, kini sudah berada di tanahair semula..Akhir zaman masa bergerak begitu pantas...Namun tidor masih belum pulih sepenuhnya, kekadang bukak tingkap, langit sudah cerah diluar...huhu.. Almaklumlah pukul 7 pagi di sini baru pukul 2 pagi di tanah suci..Memang sedang sedap membuta..

Bila hari Jumaat ni teringat dua perkara semasa di tanah suci, Pertama solat suboh di Tanahsuci dan kedua teringat sausana kelam kabut para jemaah bersiap sedia untuk bersolat jumaat. Bayangkan dikala jam 8 pagi sebegini ramai jemaah sudah mula memenuhi segenap ruang didalam masjid untuk menanti solat jumaat jam 12.15..perghh sedangkan barangkali di tanahair masing-masing,  khatib hampir selesai berkhutbah  masih ramai jemaah melepak-lepak di perkarangan masjid...Hoho sungguh berbeza..!

Sepanjang tempoh di sana seingat aku sekali  imam membaca Surah Sajadah di Mekah dan sekali Medinah. Sesetengah surau atau masjid di Malaysia atau mungkin di sesetengah negara lain sudah menjadi kemestian membaca surah itu setiap solat suboh Jumaat. Bagi golongan ini rasanya tiada masalah. Yang terperangkap adalah golongan sebaliknya. hehe Tak silap aku kurang dari 10 peratus jemaah turut sujud bersama imam bila tiba di ayat yang disarankan bersujud. ( berdasarkan bilangan jemaah bersebelahan yang turut.sujud).. Sebahagian besar jemaah berukuk, menyangkakan imam ruku seolah sudah selesai rekaat tersebut. Kena rujuk kepada yang pakar apa hukumnya solat tidak mengikuti imam dalam situasi begini. Samada ada kelonggaran atau tidak. . Kita orang awam ni tak beranilah nak menghukum itu atau ini. Bersolat di Tanah Suci sebahagian besar jemaah tidak mengetahui kedudukan imam apatah lagi melihat gerak-gerinya..Mengikuti  imam semata-mata berpandukan suara dipembesar suara. Sesekali terfikir jugak apa akan jadi jika tetiba sistem siaraya  (PA system) jem...! Yang berilmu mungkin akan mufarakah (niat berpisah dari imam) yang tak tau...? Hantam sajaloh kot haha.

 Disamping itu ketika di Tanahsuci ini pelbagai gelagat  boleh kita lihat diluar dari kebiasaan kita. Barangkali menurut mazhab mereka dibenarkan...Wallahualam. Ada jemaah yang bergolek tidor dengan selamba menyertai jemaah bila bilal beriqamah. Ada jemaah yang selamba berjalan untuk memenuhkan ruang saf dihadapan yang kosong,.sedangkan bagi jemaah sebelah sini sangat berhati-hati untuk melakukan tiga gerakan besar ketika dalam solat. Ada juga yang selamba menyelok saku melihat panggilan talifon dan menamatkan deringan...lagi haru ada yang menjawab panggilan telifon memaklumkan sedang solat. ( hah yg ni aku tidak jumpa, tapi diceritakan oleh sahabat aku)  Dan yang lucu rakan sebilik aku menegur seorang jemaah yang terkentut kuat supaya mengambil wuduk sebelum bersolat, namun dimaklumkan terkentut menurut mazhab yang dipegang tidak membatalkan wuduk....haha kan dah kena....Benar sesetengah mazhab berpendapat tidak batal wuduk dengan sebab terkentut, tapi bagi mereka bersendawa pula yang membatalkan wuduk

Tapi gelagat yang paling aku pelik tengok adalah menyaksikan jemaah wanita berebut-rebut jugak nak mengucup harjarul aswad atau bersesak-sesak juga untuk solat berhampiran kaabah . Tak pedulilah batas-batas aurat ketika ini sedangkan yang dikejar adalah perkara sunat. Dalam keadaan aman mungkin mudah dimengerti, tapi dalam sausana penuh sesak begini sungguh diluar kemampuan aku berfikir. Apa yang yang dikejar sebenarnya..? Apalah guna sekiranya yang dikejar itu lebih mendatangkan fitnah..Bukankah lebih mudah terjerumus kepada dosa...? . Wallahualam

Jom..jom pergi masjid solat jumaat....Jam 9 pagi...?   Argh awal lagi...! haha






Wednesday, November 20, 2013

Perbelanjaan di Tanah suci...


Kedudukan hotel yang jauh tidak memungkinkan jemaah berulang alik ke masjid sesudah menunaikan solat berjemaah. Lagipun macam tak berbaloi menempoh perjalanan yang jauh  balik  ke hotel semata-mata untuk melepak dibilik, kemudian bergegas semula untuk menunaikan solat waktu berikutnya...Untuk mendapat tempat didalam Masjidil Haram kekadang  sejam sebelum azan berkumandang jemaah perlu tiba dimasjid, jika terlewat alamat bersolat diluar masjid. Sedangkan tempoh masa antara dua solat hanya berselang selama 2-3 jam... Perjalanan pergi balik sudah mengambil masa hampir 1 jam, jadi baki apa yang tinggal..? Seolah tak sempat melabuhkan ponggong sudah perlu bergegas semula ke masjid. .Sebab tu dikebanyakan waktu ramai jemaah uzur memilih bersolat disurau  atau masjid berdekatan hotel. Bagi yang sering bersolat di Masjidil Haram ramai yang memilih  beriktikaf saja di masjid atau berada dipusat-pusat beli belah atau kedai-kedai di persekitaran  masjid. sementara menanti waktu solat berikutnya.

Kalau hari Jumaat lagi parah. Diwaktu puncak iaitu seminggu sebelum wukuf, seawal  jam 8 pagi ramai jemaah telah memenuhi segenap ruang masjid menanti masuk waktu solat Jumaat. jam 12.15 tghhari . Taktaulah bagaimana mereka boleh memelihara wuduk sepanjang tempoh menunggu yang begitu lama...Tak terasa nak buang angin ker , buang air ker dll..wallahualam. Disebabkan terlalunya ramainya manusia ketika itu aku hanya berkesempatan bersolat di kaki lima pusat belibelah saja...Entah bagaimana agaknya sekiranya tiada pengurangan  koata jemaah haji sebanyak 20 peratus.

Bila dah lama melepak di pusatpusat beli belah atau kedai-kedai maka banyaklah barang yang berkenan...Bermula dengan tengok-tengok..lama-lama jadi berkenan. Setiap kali balik dari masjid ada saja barangan yang dijinjing samada yang dibeli dalam tempoh menunggu antara dua solat dan tak terkecuali yang dibeli  dikedai-kedai sepanjang perjalanan balik ke hotel. Jadi tidak terkejutlah bila pihak tabung haji memaklumkan sebelum hari wukuf saja jemaah Malaysia telah mengeluarkan wang melebihi * 3 juta ringgit dari pusat-pusat pengeluaran yang disediakan disetiap hotel jemaah. Patut pun ejen penghantaran barangan yang beroperasi di lobi hotel penginapan tak menang tangan melayan urusan jemaah mengepos barangan ke tanah air...hehe.

'Malaysia, Indonesia bagus...masuk-masuk..tenggok-tenggok.. murah-murah...'...haha antara ayat -ayat lazim jurujual setiap kali jemaah haji Malaysia atau Indonesia atau siapa saja mirip -mirip sawo matang melintasi kedai mereka...Hasil pemerhatian aku barangan popular selalunya terdiri dari  jubah, sejadah, tasbih , minyak wangi dan tidak ketinggalan  jam tangan...dan jangan terkejut..karpet pun ada yang membeli...Barangan makanan pastinya kurma dan kekacang.

Purata perbelanjaan setiap jemaah Malaysia sebagaimana dimaklumkan pihak tabung haji adalah sebanyak RM5000 seorang sepanjang tempoh 40-55hari itu.  Jadi kepada sesiapa yang bercadang menunaikan haji dimasa akan datang sudah boleh bersiap sedia menyediakan bekalan. ..

Kepada yang baru balik dari tanah suci..Berapa anda habis kali ini..Adakah dibawah purata atau atas purata perbelanjaan...? Aku..?..hehe rahsialah...

Nota; Sorry-sory bukan lebih 3 juta tapi lebih 30juta...Jika purata seorang berbelanja 5 ribu bermakna 28000 jemaah menghabiskan 140 juta...! di Tanah suci...





Tuesday, November 19, 2013

Ya Aji baba..Fissabilillah..! Ali Baba Fissabillah...!

Bila  di Tanah suci, anda tidak akan terlepas dari dihampiri peminta sedekah. Peminta sedekah yang agresif akan mendekati sambil mencuit-cuit anda..Jika buat tak tau mereka akan  mengekori sambil berterusan menarik-narik pakaian membuatkan anda benar-benar rimas dengan keadaan itu...Diuji sungguh kesabaran anda ketika itu..Yang duduk menunggu sambil membuat muka kesihan pun ramai...

Yang menipu kudung tangan pun ada padahal jelas kelihatan lengan dilipat kebelakang menampakkan siku seolah-olah kudung. Melutut dibawah terik matahari, sambil bersahut-sahutan meminta perhatian. Jeritan-jeritan sebegini biasa didengari.. Kekadang dengar seperti "Ya Aji baba....fisabilillah.....! Kekadang macam "Ali baba... fisabilillah..! " hehe..Tektik begini sering digunakan  kanak-kanak dalam lingkungan 5-9 tahun ...Untuk menampakkan lebih trajis, dibiarkan hingus meleleh-leleh...nak mengelap hingus macamana..kan kudung kedua-dua tangan..hehe..Maka adalah jemaah  yang menghampiri dan memasuki wang dalam kantung yang digantung dileher....

Antara tektik lain yang sering digunakan adalah dengan menggendong bayi. . Bayi yang kekadang belum lepas hari..Adalah lebih besar sedikit dari penumbuk tangan...Tergamak sungguh mereka memperlakukan bayi sedemikian. rupa.  Kesihan bayi tu dijemur dibawah matahari. Kekadang terdetik dihati , memang betul  susah atau sememangnya sendiket menilai penampilan zahir mereka. Betul ada yang kelihatan tidak terurus namun sebahagiannya berbadan besar saiz xxxl takkan  tak cukup makan kot.

Yang benar-benar cacat pun ada yang mana kekadang kecacatan yang dialami sungguh meruntun perasaan orang yang melihat. Uniknya lagi peminta sedekah disini menyediakan tukaran wang kecil. Katakan anda ingin menghulur seriyal, dan anda memiliki note sepuluh riyal, beritahu saja  niat anda itu, maka akan dikembalikan baki sembilan riyal...Namun adakalanya anda akan terperangkap...Aku pernah terkena..Mengharapkan baki duit dikembalikan tapi hampa..selamba dia bagitau sambil menunding perut..    "For baby..." haha.

Yang diatas adalah kisah pengemis jalanan..Yang melakukan operasi didalam masjid pun ada. Beberapa kali aku didatangi oleh orang sebegini. Memang sedikit silap kalau mereka menghampiri aku...Kekadang lebih 15 minit aku akan membebel... Sambil membuat muka sedih, memberitahu miskin, duit tak cukup untuk pengajian dinegara asal, juga untuk menampung kehidupan sepanjang mengerjakan haji bla.bla . Yang aku musykil, kalau betul-betul miskin macamana boleh sampai ke negara orang . Boleh berbahasa asing  pulak tu. Bukan kecik anak perbelanjaan. Bukankah haji diwajibkan untuk orang berkemampuan . ...Aku tak mahu mereka menggunakan kesempatan  menagih simpati, berjaya seterusnya  menjadikan kerjaya meminta-minta ini sebagai karier....Spesis begini mereka tidak akan meminta sedikit..... selalunya 50 riyal ke atas..sekiranya berjaya mendekati 100 orang dan berjaya mencairkan orang yang didekati..berapa banyak diperolehi. Mudahlah terjerumus sebagai peminta sedekah profesional. Islam tak ajar begini. Argh kekadang memang mereka tak reti malu, mengharapkan dengan bebelan yang panjang mereka akan sedar..aku dihampiri lagi oleh orang yang sama dipusat membelibelah..Menyedari aku adalah orang yang sama segera beliau beredar...Bukan saja di Mekah ..! di Medinah pun sama. Ada saja spesis begini yang akan menghampiri anda.

Kekadang terlebih menyelidik perkara yang kita tak tau pun susah juga...Mana tahu betul apa yang dirayukan...Terpulanglah kepada jemaah samada untuk menghulur atau tidak. Mendapat ganjaran pahala ker tidak itu kita serah sajalah pada Allah.

Monday, November 18, 2013

Menunaikan Haji-Muasasah dan Pakej..Mana satu pilihan anda...?

Kalau ditanya aku secara peribadi, sekiranya terdapat pilihan, aku lebih suka pergi bersama grup muasasah. Sesetengah orang memperli mahasusah..hehe Hatta kalau aku berkemampuan untuk pergi bersama pakej yang lebih mahal yang membolehkan pasangan suami isteri duduk sebilik.. Biarlah orang  cakap kufur nikmat pun tak kisahlah.. Seronok duduk sebilik ramai-ramai...lelaki bilik lain, pasangan bilik lain...Walaupun kerap berjumpa tapi bila  berjumpa dengan pasangan rasa lain macam.....Tanyalah orang yang pernah pergi haji..gelora dia semacam  beb haha... Tak seperti 2003/2004 dulu, bilik pasangan walaupun searas tetapi diletak sedikit jauh. Kali ini bilik pasangan bersebelahan saja...Dan lagi  aku sangat suka tiada sorang pun tahu siapa anda dan siapa orang persekitaran anda kerana masing masing pergi dengan pakej harga yang sama, Pertama kali hampir 10k.. kali kedua hampir 15k...anda berpangkat  atau anda kuli , anda multi milionir , anda rakyat marhaen dsb  tiada orang kesah dan peduli. Semua orang kelihatan sama.

Kami duduk sebilik 8 orang. 4 orang vateran berusia lewat lima puluhan dan selebihnya semi vateran umur dibawah 50 tapi atas 40. Pandai pulak pihak tabung haji menyusun jemaah. Sesetengah jemaah cakap susahlah bergilir-gilir  nak guna tandas, Alhamdulillah tidak bagi kami. Susunan yang kami dapat cukup cantik. Jemaah vateran atas faktor usia kot sering terjaga seawal  1 pagi. Sesudah itu terus bergerak awal ke masjid. Bermula dari itu  dituruti dengan jemaah yang lain...Penghuni semi vateran menduduki carta paling lewat bangun ...Kekadang setengah jam nak subuh baru bergegas mencari tandas...Walaupun menghampiri kelab vateran, kerapkali carta 2 terakhir jadi milik aku..hehe...

Mula-mula sampai dulu disebabkan kedudukan masjid yang jauh ramai juga jemaah yang menaiki teksi ataupun van untuk kesana. Walaupun tambang kekadang mencecah sehingga 20 riyal untuk jarak perjalanan kurang 1km itu. Daripada menyakitkan kaki lebih baik berhabis sedikit demi keselesaan. Bila jemaaah seluruh dunia mula memenuhi segenap ruang, teksi tidak dibenarkan lagi menghampiri kawasan masjid..Hanya laluan sehingga jarak  tertentu saja dibenarkan. Langsung tak berbaloi menaiki teksi malah lebih cepat sampai jika berjalan kaki...bermula dari itu ramailah mula menapak ke masjid. Minggu pertama memang terasa kebas. Dek terbiasa menapak hari-hari badan mula menyesuaikan diri. Berjalan kaki mengambil masa 20-30 minit.

Walaupun ini kali ke 3 aku ke sana termasuk umrah 2008, terasa cuak juga untuk bergerak berseorangan melihatkan persekitaran yang serba serbi berbeza berbanding dahulu . Kebetulan isteri aku uzur syarie. Berbekalkan pengalaman terdahulu, aku tidak menyertai grup besar bersama pihak Tabung Haji untuk menyelesaikan umrah. Lagi cepat umrah diselesaikan lagi cepat bertahalul  dan terlepaslah pantang-pantang semasa berihram.

Menapak keluar hotel, apa yang perlu dibuat adalah mengenalpasti mercutanda dengan mengambil gambar supaya mudah mengenalpasti laluan balik ke hotel. Lagi mudah berkenalanlah dengan jemaah yang tiba lebih awal di Tanah Suci dan tinggal di hotel yang sama dan kebetulan ingin ke masjid juga ketika itu. Jangan main serbu terus ke masjid walaupun berpengalaman. Memang mudah untuk ke sana, lebih-lebih lagi menara jam besar Masjidil Haram akan kelihatan dari kejauhan. Yang sering menjadi masalah adalah untuk kembali semula ke hotel penginapan. Ramai yang terperangkap. Beberapa kali aku didatangi jemaaah kekadang bukan berusia sangat pun, bukan saja dari Malaysia bahkan dari pelbagai negara yang hilang arah untuk kembali ke hotel. Jika tinggal dihotel yang sama bolehlah membantu dengan mudah, masalahnya  jemaah  tinggal dihotel dan lokasi yang berbeza. Haru beb berinteraksi seperti ayam dan itik...!

Cukup dulu coretan kali ini. Komen pembaca dialu-alukan. Sila maklumkan pengalaman/maklumat  bagaimana yang ingin dikongsi. Takdalah aku syok sorang menulis tanpa memberi manfaat kepada pembaca... Maaf gambar-gambar tak sempat upload lagi...

Coretan terdahulu boleh di akses DISINI









Sunday, November 17, 2013

Kembara Bumi Suci--Yok Rempitan kini kembali..

Tup tap tup tap hampir 2 bulan masa berlalu. 14hb November 2013 3.30 ptg kapalterbang mendarat di KLIA. Urusan imegresen dan bagasi  mudah. Magrib kami tiba di taman halaman dan sempat berjemaah di masjid . Yok Rempitan kini kembali. Ingin berkongsi sedikit pegalaman sepanjang berada di Tanah suci. Disamping sebagai catatan peribadi semoga apa yang dipaparkan turut bermanfaat kepada mereka yang terbaca tulisan ini.

43 hari di Mekah dan 10 hari di Medinah termasuk perjalanan pergi dan kembali sudah tentu meninggalkan pelbagai kenangan Sepanjang menjalani ibadah haji dan umrah segalanya berjalan lancar. Kesihatan aku alhamdulillah ok. Rekod kali ini. Tidak sebiji pil yang aku telan sewaktu disana, namun tidak bagi orang rumah aku yang mengalami  batuk yang agak kronik. Cuaca keseluruhan pun ok hanya seminggu pertama suhu agak panas. Ada ketika mencecah sehingga 40 darjah celcius. Sesudah itu suhu berlegar dibawah 35 darjah dan para jemaah dapat mengadaptasi keadaan dengan baik.

Persekitaran kota Mekah nampaknya kurang berdebu berbanding kunjungan kami terdahulu. Aktiviti meruntuhkan bangunan dan pembinaan juga nampaknya tidak serancak dulu. Mungkin dikurangkan kot untuk memberi keselesaan kepada para jemaah.

Namun terdapat 3 peristiwa besar mewarnai pengalaman kali ini yang sudah pasti akan terpahat dalam ingatan. Pertama; Terperangkap dalam lautan manusia selama lebih 15 jam selain buntu menemui jalan kembali ke khemah penginapan semasa hari melontar Jamrah Kubro di Mina. Kedua, mendapat berita rumah kami dipecah masuk pencuri dan ke 3, pitam dan rebah dihadapan ribuan jemaah dihadapan Kaabah sewaktu bertawaf sunat. Semua ini akan aku kongsikan bersama. Insyaallah.

Modal terbaik untuk berkunjung ke tanah suci selain duit dan ilmu adalah kesihatan yang baik. Dengan badan yang sihat, sesusah mana rintangan, insyaallah lebih mudah untuk diatasi. Tahun kebelakangan  ini dan lebih-lebih lagi tahun-tahun mendatang kedudukan penginapan jemaah  muasasah adalah jauh. Rata-rata dalam lingkungan 1km ke Masjidil Haram. Bagi yang memilih pakej-pakej berkemungkinan harga yang ditawarkan sekarang  tidak akan melayakkan anda duduk berhampiran dengan masjid dimasa akan datang. Permintaan jemaah dari seluruh dunia semakin bertambah, penginapan pula terhad. Sekarang bukan soal duit, disebabkan koata yang terhad ramai yang sanggup membayar harga  tinggi  dan tentunya  akan melonjakkan harga penginapan.

Sekarang penginapan di Medinah hanya 60m ke perkarangan masjid, namun ini semua bakal menjadi sejarah bila projek pembesaran masjid akan dilakukan. Dikhabarkan hotel-hotel disekeliling masjid akan di runtuhkan untuk memberi laluan pembesaran itu.  Selain para jemaah perlu membuat persiapan jasmani dan rohani , penguasa Arab Saudi juga perlu memainkan peranan. Tingkatkan kemudahan infrastruktur terutamanya pengangkutan awam. Sudah sampai masa  rangkaian sistem tren diperluaskan. Bas dan teksi hanya sebagai pengangkutan sokongan. Taktaulah kenapa penguasa disana lambat bergerak ke arah itu sedangkan duit bukan masalah.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian serius oleh penguasa adalah pengasingan jemaah lelaki dan wanita sewaktu di masjid dan bertawaf. Jika di Masjid Nabawi perkara ini boleh disusun dengan baik kenapa tidak di Masjidil Haram...? Mestilah ada sebab kenapa Allah tidak membenarkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Masalah ini berlarutan tanpa penyelesaian konkrit. .padahal masjid dan kaabah  telah wujud beribu tahun disana. Lelaki, wanita bersesak-sesak didalam masjid dan dataran tawaf dan kesemuanya menjadi mangsa dan tentu yang lebih menjadi mangsa adalah para jemaah wanita. Jemaah lelaki menjadi mangsa bila terpaksa berhimpit-himpit dengan  jemaah wanita tak kira muda atau tua, cantik atau hodoh.. Jiwa kacau sewaktu bertawaf lebih-lebih lagi sewaktu berihram. Setiap kali waktu solat tiba, akan terpekik terlolong para pegawai mengarahkan jemaah wanita meninggalkan kawasan yang sesak supaya tidak bersama-sama jemaah lelaki. Mana mungkin dalam waktu yang singkat ditambah dengan  jemaah yang terlalu ramai dapat memisahkan para jemaah. Langkah melangkah..Sebahagiannya akan menjadi sebahagian jemaah sewaktu bersolat. Sebelah menyebelah, bersentuhan walaupun berlapik. Ataupun berdiri dihadapan ..bongkok membongkok, tonggeng menonggeng...tak ker haru semuanya itu...

Sudah sampai masa penguasa menyediakan tempat solat dan bertawaf berasingan. Kawasan mataf (Kawasan bertawaf bertingkat) sekarang boleh dibuat pelbagai tingkat, sebahagiannya untuk jemaah berkerusi roda dan sediakan tingkat khusus untuk jemaah wanita bertawaf. Aku juga berharap mataf  sekarang   sememangnya hanya struktur sementara. Tiang-tiang mataf menganggu kelancaran jemaah bertawaf. Jemaah yang tidak bertawaf mengambil kesempatan duduk disebalik tiang dan dengan sekelip mata akan bertambah bilangan dan membentuk halangan kepada jemaah yang bertawaf. Sedangkan jambatan gantung ataupun bumbung stadium boleh dibina tanpa tiang ditengah, apalah ada dengan kawasan bertawaf bertingkat yang berjarak tidak lebih pun 50m  antara bangunan utama dan kaabah...

Ikuti coretan aku di entry akan datang... banyak lagi yang aku nak cerita nih...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK