click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 17, 2013

Kembara Bumi Suci--Yok Rempitan kini kembali..

Tup tap tup tap hampir 2 bulan masa berlalu. 14hb November 2013 3.30 ptg kapalterbang mendarat di KLIA. Urusan imegresen dan bagasi  mudah. Magrib kami tiba di taman halaman dan sempat berjemaah di masjid . Yok Rempitan kini kembali. Ingin berkongsi sedikit pegalaman sepanjang berada di Tanah suci. Disamping sebagai catatan peribadi semoga apa yang dipaparkan turut bermanfaat kepada mereka yang terbaca tulisan ini.

43 hari di Mekah dan 10 hari di Medinah termasuk perjalanan pergi dan kembali sudah tentu meninggalkan pelbagai kenangan Sepanjang menjalani ibadah haji dan umrah segalanya berjalan lancar. Kesihatan aku alhamdulillah ok. Rekod kali ini. Tidak sebiji pil yang aku telan sewaktu disana, namun tidak bagi orang rumah aku yang mengalami  batuk yang agak kronik. Cuaca keseluruhan pun ok hanya seminggu pertama suhu agak panas. Ada ketika mencecah sehingga 40 darjah celcius. Sesudah itu suhu berlegar dibawah 35 darjah dan para jemaah dapat mengadaptasi keadaan dengan baik.

Persekitaran kota Mekah nampaknya kurang berdebu berbanding kunjungan kami terdahulu. Aktiviti meruntuhkan bangunan dan pembinaan juga nampaknya tidak serancak dulu. Mungkin dikurangkan kot untuk memberi keselesaan kepada para jemaah.

Namun terdapat 3 peristiwa besar mewarnai pengalaman kali ini yang sudah pasti akan terpahat dalam ingatan. Pertama; Terperangkap dalam lautan manusia selama lebih 15 jam selain buntu menemui jalan kembali ke khemah penginapan semasa hari melontar Jamrah Kubro di Mina. Kedua, mendapat berita rumah kami dipecah masuk pencuri dan ke 3, pitam dan rebah dihadapan ribuan jemaah dihadapan Kaabah sewaktu bertawaf sunat. Semua ini akan aku kongsikan bersama. Insyaallah.

Modal terbaik untuk berkunjung ke tanah suci selain duit dan ilmu adalah kesihatan yang baik. Dengan badan yang sihat, sesusah mana rintangan, insyaallah lebih mudah untuk diatasi. Tahun kebelakangan  ini dan lebih-lebih lagi tahun-tahun mendatang kedudukan penginapan jemaah  muasasah adalah jauh. Rata-rata dalam lingkungan 1km ke Masjidil Haram. Bagi yang memilih pakej-pakej berkemungkinan harga yang ditawarkan sekarang  tidak akan melayakkan anda duduk berhampiran dengan masjid dimasa akan datang. Permintaan jemaah dari seluruh dunia semakin bertambah, penginapan pula terhad. Sekarang bukan soal duit, disebabkan koata yang terhad ramai yang sanggup membayar harga  tinggi  dan tentunya  akan melonjakkan harga penginapan.

Sekarang penginapan di Medinah hanya 60m ke perkarangan masjid, namun ini semua bakal menjadi sejarah bila projek pembesaran masjid akan dilakukan. Dikhabarkan hotel-hotel disekeliling masjid akan di runtuhkan untuk memberi laluan pembesaran itu.  Selain para jemaah perlu membuat persiapan jasmani dan rohani , penguasa Arab Saudi juga perlu memainkan peranan. Tingkatkan kemudahan infrastruktur terutamanya pengangkutan awam. Sudah sampai masa  rangkaian sistem tren diperluaskan. Bas dan teksi hanya sebagai pengangkutan sokongan. Taktaulah kenapa penguasa disana lambat bergerak ke arah itu sedangkan duit bukan masalah.

Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian serius oleh penguasa adalah pengasingan jemaah lelaki dan wanita sewaktu di masjid dan bertawaf. Jika di Masjid Nabawi perkara ini boleh disusun dengan baik kenapa tidak di Masjidil Haram...? Mestilah ada sebab kenapa Allah tidak membenarkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Masalah ini berlarutan tanpa penyelesaian konkrit. .padahal masjid dan kaabah  telah wujud beribu tahun disana. Lelaki, wanita bersesak-sesak didalam masjid dan dataran tawaf dan kesemuanya menjadi mangsa dan tentu yang lebih menjadi mangsa adalah para jemaah wanita. Jemaah lelaki menjadi mangsa bila terpaksa berhimpit-himpit dengan  jemaah wanita tak kira muda atau tua, cantik atau hodoh.. Jiwa kacau sewaktu bertawaf lebih-lebih lagi sewaktu berihram. Setiap kali waktu solat tiba, akan terpekik terlolong para pegawai mengarahkan jemaah wanita meninggalkan kawasan yang sesak supaya tidak bersama-sama jemaah lelaki. Mana mungkin dalam waktu yang singkat ditambah dengan  jemaah yang terlalu ramai dapat memisahkan para jemaah. Langkah melangkah..Sebahagiannya akan menjadi sebahagian jemaah sewaktu bersolat. Sebelah menyebelah, bersentuhan walaupun berlapik. Ataupun berdiri dihadapan ..bongkok membongkok, tonggeng menonggeng...tak ker haru semuanya itu...

Sudah sampai masa penguasa menyediakan tempat solat dan bertawaf berasingan. Kawasan mataf (Kawasan bertawaf bertingkat) sekarang boleh dibuat pelbagai tingkat, sebahagiannya untuk jemaah berkerusi roda dan sediakan tingkat khusus untuk jemaah wanita bertawaf. Aku juga berharap mataf  sekarang   sememangnya hanya struktur sementara. Tiang-tiang mataf menganggu kelancaran jemaah bertawaf. Jemaah yang tidak bertawaf mengambil kesempatan duduk disebalik tiang dan dengan sekelip mata akan bertambah bilangan dan membentuk halangan kepada jemaah yang bertawaf. Sedangkan jambatan gantung ataupun bumbung stadium boleh dibina tanpa tiang ditengah, apalah ada dengan kawasan bertawaf bertingkat yang berjarak tidak lebih pun 50m  antara bangunan utama dan kaabah...

Ikuti coretan aku di entry akan datang... banyak lagi yang aku nak cerita nih...



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK