Sunday, June 29, 2014

Bola..bola bola...Pasukan pilihan Anda...?

Piala dunia memasuki  pusingan suku akhir. Aku bukan pengulas sukan. Nak kata  minat sangat tak juga nak kata tak minat pun tak juga.. Pendek kata bukan peminat  tegar lah...Perkembangan perlawanan tetap diikuti tapi takdalah sehingga sanggup bersengkang mata menonton  pasukan yang beraksi. Selagi mata boleh tahan tengoklah, jika tak aku dulukan kenikmatan tidur..haha...Tak retilah pulak untuk mengulas dari segi tektikal atau teknikal setiap satu pasukan. Sebab apa pasukan ternama seperti Sepanyol , Portugal. Itali dan lain- lain terkeluar secara tektikal atau teknikalnya aku kurang arif...Apa yang aku tengok sama jer...22 orang berebut sebijik bola..Pasukan mana lebih menjaringkan gol akan menang...Cuma perbezaannya kejohanan diperingkat tertinggi begini mutu permainan pastilah lebih cantik dan kemas ..Itu yang seronoknya..Melihat pengulas sukan boleh mengulas corak permainan, begini begitu serta mengingati setiap nama pemain pada aku memang mengkagumkan...

Namun begitu ada pasukan yang kekadang secara tepatnya kita pun tak tau mengapa hati cenderung untuk meminatinya. Aku pun tak tau kenapa Brazil pilihan aku. Corak permainan aku tengok lebih kurang sama jer dengan pasukan lain  melainkan terdapat skill individu yang lebih menyerlah..Secara umumnya aku lebih menyukai pasukan dari benua latin, diikuti dengan Afrika baru diikuti oleh pasukan lain..Sebab apa ..? hehe lebih kepada sentimen semasa..Tapi sokongan ini bukan betul-betul muktamad..Ada sentimen baru nanti hati boleh berubah..Kerana pada aku sokongan pasukan hanya suka-suka..Apa manfaat secara langsung atau tidak yang boleh diperolehi sehinggakan begitu fanatik menyokong sesatu pasukan. lainlah kalau pasukan negara sendiri yang bertarung...barulah kot kita akan menyokongnya sepenuh hati...

Pagi tadi pasukan yang aku cenderung sokong menang belaka..Brazil 1- Chile 0... Katalah Brazil kalah pagi tadi aku pun ok sebab Chile pun bermain dengan cantik. Tapi mungkin sikit terkilanlah sebab sebagai tuan rumah seeloknya biarlah beraksi lebih lama..Columbia menang dengan Uruguay 2-0..sebahagian perlawanan pun aku tengok.. Sebelum ni aku sokong Uruguay, dan terimakasihlah sebab dapat menghantar pasukan England dan Itali balik awal..Tapi malam tadi aku sokong Columbia pulak disebabkan terdapat sentimen baru..Suarez jadi drakula masa lawan Itali, walaupun kemenangan ke atas itali tetap aku rai....hehe tetiba aku sokong pasukan lawan Uruguay pulak.


Pagi esok terdapat perlawanan yang sangat aku tunggu-tungu.. Belanda lawan Mexico... Ikut kecenderongan minat diatas sokongan aku tak berbelah bagi kepada Mexico. Lagipun aku suka tengok pasukan dari eropah kecundang satu demi satu..Namun perlawanan antara Nigeria dan Peranchis ni aku sikit dilema...Nigeria aku suka supaya menumbangkan pasukan ternama eropah, namun atas faktor pemain individu Peranchis, seperti Karim Banzema dll Peranchis pun aku jadi suka.. Rasanya pagi besok aku berubah arah..Peranchis jadi pilihan..Terdapat pula sentimen baru..Walaupun secara umumnya pasukan benua afrika aku sokong, sokongan itu berubah bila baca suratkhabar tadi. Pemain pemain Nigeria ugut-ugut kerajaan sendiri untuk tidak bermain dengan bersungguh jika tidak dilangsaikan dulu bonus yang dijanjikan kerana berjaya melangkah ke peringkat kalah mati...Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri..Tapi pada aku kesungguhan mereka bersyarat ..Kesungguhan mereka bermain boleh dipersoalkan..Jadi bodohlah nak memberi sokongan kepada pasukan seperti ini..Tak sangka juga sebelum ini pemain Ghana dan Cameroon pun menggunakan tektik yang sama untuk mendapatkan imbuhan..ermm patutlah kalah...Menyampahlah nak sokong pasukan seperti ini...Inilah lah yang aku katakan sentimen semasa menjadi petunjuk untuk menyokong pasukan mana..hehe..

Bagaimana dengan anda, pasukan mana yang menjadi pilihan...?

Tuesday, June 24, 2014

Samura 84 Grand Union 2014...



Bermula dengan sembang-sembang di alam maya. Satu pertemuan dirancang untuk menemukan semula bekas pelajar SPM Batch 84 Sains Muar, Johor yang telah 30 tahun terpisah. AJK penaja dibentuk. Perbincangan demi perbincangan diadakan untuk mengatur detik bersejarah tersebut.  174 jumlah bekas pelajar , 101 berjaya dikesan dan  bersetuju untuk hadir. Manakala bekas guru seramai 70 orang turut teruja untuk datang.  Ditambah dengan sukarelawan pelajar sediada, jumlah keseluruhan yg bersetuju untuk hadir adalah seramai 200 orang.


Setelah 6 bulan merancang akhirnya tertunailah hajat untuk bertemu dengan rakan-rakan bekas pelajar pada Sabtu 21hb Jun 2014.

Kemuncak pertemuan diadakan pelbagai aktiviti untuk meraikan tetamu yang hadir..

Bunga-bunga manggar disediakan untuk  menyambut para tetamu..







Adik-adik dari kelab kebudayaan sekolah turut diundang untuk menyerikan majlis. Malam sebelum hari bersejarah mereka turut membuat persediaan rapi.. Lagu-lagu irama ghazal dan tarian zapin bakal menceriakan sausana..


                           

Meja-meja tetamu disusun mengikut tema warna rumah..

Inilah saat yang ditungu-tunggu.. bertemu kenalan lama...


Keterujaan pertama kali bertemu sesudah 30tahun terpisah  memang sukar digambarkan...Ada yang masih mengekalkan ciri-ciri perwatakan dan fizikal...Atau sebahagiannya berubah sepenuhnya dan mengambil sedikit masa untuk mengenali semula......Kejutan-kejutan sebegini seringkali mewarnai sausana dan  menjadi daya penarik setiap pertemuan...




Secari peribadi aku pelik sekirannya hari-hari bersejarah sebegini tidak disambut sebaik mungkin oleh bekas-bekas pelajar untuk menghadirinya.. Jika terlepas peluang sebegini entah bila dapat berkumpul lagi beramai-ramai mengembalikan nostalgia silam...

                        
 Kehadiran tetamu kehormat dirai..Paluan kompang dengan iringan bunga manggar menyambut mereka

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari wakil pelajar..


Juga ucapan dari Tuan Pengetua..

 Alunan lagu-lagu keroncong didendangkan sebagai halwa telinga sambil perserta menikmati hidangan .. Sungguh mengasyikkan...


Tarian zapin juga dipersembahkan...


Sebahagian tetamu yang hadir..Sambil menyaksikan aturacara yang disusun para tetamu tidak melepaskan peluang berinteraksi sesama mereka...

Manusia hanya mampu merancang...Walaupun dengan pelbagai  perancangan, persiapan dan promosi., hanya sebahagian peserta yang hadir ketika majlis sebenar diadakan. Keseluruhan  70 peratus  daripada 200 peserta yang hadir..Sayang sungguh kehadiran seolah tidak sepadan dengan persiapan yang diaturkan .. Melihat kepada sebahagian meja yang kekal kosong sehingga berakhirnya majlis terbit rasa terkillan dengan rakan-rakan yang tidak hadir. Tak mengapalahlah barangkali mereka mmempunyai aral yang tidak dapat dielakkan


Acara mengabadikan foto kenangan bersama pelajar dan guru-guru..


Kelas Pujangga- Kuning


Kelas Budiman- Hijau
 Sarjana - Merah..


Kelas aku- Barisan ibu-ibu yang kekal ayu dan bapak-bapak yang bertambah hensem... haha


Sebahagian ahli kelas yang dapat hadir. Pujian kepada kelas kami kerana mencatatkan kehadiran teramai...Sebahagian lagi tidak dapat diabadikan difoto ini, hadir tapi beredar dengan segera kerana mempunyai urusan lain..Syabas..

Acara kemuncak majlis adalah penyampaian kutipan dana  yang berjaya dikutip dikalangan bekas pelajar kepada pihak sekolah.





Tuesday, June 17, 2014

Jom Pantai Morib...

 14hb Jun 2014

Teruja  dengan pelawaan kawan untuk ke lapang sasar menembak di Jugra Banting.
Sedang elok.. Teringin mencuba  Hiway SKVE yang telah dibuka namun belum pernah melaluinya.. Capai kunci motor terus ke sana ..






Setelah mencuba 3 peluru..ermm minat aku bukan ke situ la..Tak terasa apa apa pun..Barangkali seronok kot kalau menembak menggunakan rifel...trat tat tat tat..tat .dapat pulak membidik target sehingga bersepai barulah berasa puas...haha

Kemudian menuju ke Pantai Morib.. Dah lama aku tak ke sini. Seingat aku pernah dulu datang penghujung 90an..Ternyata terdapat penambahbaikan. dan peingindahan..




   

Dataran mini menghidangkan pelbagai maklumat








                                 
Replika yang menarik...


Padang permainan layang-layang turut disediakan..

                         

Dan pastinya gerai-gerai makan ...

Usaha yang baik... Namun masih banyak yang boleh diperbaiki terutamanya di jalan besar memasuki kawasan pantai dan persekitaran...Keceriaan belum terserlah.. Wow faktor masih kurang...

Diharap pengunjung dapat berkerjasama menjaga kebersihan pantai dan tidak merosakkan harta awam yang disediakan...Penyelengaraan berkala perlu dibuat oleh pihak berwajib.. Sekiranya tiada penyelengaraan nescaya usaha pengindahan ini akan menjadi sia-sia ...

Sunday, June 15, 2014

Jom Tanam Pokok Bunga...haha

16 hb June 2014

Semangat melawat Pameran Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur 2014 Taman Tasik Perdana, terus menjadi ahli FB Kelab Pencinta Bunga. juga Kelab Tanam Pokok keliling Rumah untuk menimba pengetahuan mengenai apa saja berkaitan penanaman pokok dari ahli kelab..

Dua manfaat yang diperolehi terus saja dicuba. Pertama teruja menyemai pokok melalui kaedah tot dan kedua menanam pokok dari batang ...


Setelah 3 minggu ternyata kaedah tot telah mula menampakkan hasil..Akar telah bercambah.. ermm dengan kejayaan ini nampaknya akan semakin banyak dahan yang akan menjadi mangsa...

Mengetahui pokok bunga kertas boleh saja ditanam melalui batang, maka apa lagi..ingin juga mencuba...
Untuk lebih mudah, beli saja di nurseri-nurseri, tetapi untuk mendapatkan pokok yang matang sudah tentu kena mengeluarkan duit lebih.

Kebetulan terdapat sepohon bunga kertas yang agak matang di sudut halaman rumah, maka akan dicambahkan supaya menjadi lebih banyak lagi...



Daripada satu dahan  akan dijadikan 3 pokok..


Dua di tanam dalam pasu dan satu lagi dicucuk saja di tanah...Tengok saja nanti batang  mana yang akan hidup..

 Sangat tertarik melihat pokok bonsai yang berbunga lebat di pameran bonsai..Bila akar telah bercambah nanti bolehlah dipindahkan ke pasu leper supaya kelihatan seperti pohon bonsai yang telah ditanam beratus tahun....hehe..


Sewaktu berriadah di Taman Tasik Metropolitan Kepong aku tertarik dengan pokok yang berbau sangat wangi...Aku tak pasti samada spesis bunga tanjung atau lain..Manalah aku kenal jenis-jenis pokok..dan ternyata spesis ini memang sukar diperolehi di nurseri - nurser sekitar Sg Buluh..Kebetulan pokok ini juga  ditanam di taman rekreasi  berhampiran dengan  tempat tinggal kami..Sedang elok akan dicuba mendapatkan spesis pokok ini melalui kaedah tot...

Jomlah kita menanam  pokok-pokok di persekitaran rumah ...Selain aktiviti riadah, tanaman akan meredupkan kawasan ..Pokok-pokok dapat menjadi penapis udara dan membekalkan oksigen..Dengan usaha yang sedikit tapi dapat memberi manfaat yang sangat banyak...

Thursday, June 5, 2014

Jom Australia- Berakhirnya Kembara

26/ 4/2015 Sabtu

Pusat bandar Adeilade taklah besar, 15 minit memandu sudah habis mengelilingi bandar. Lagipun harini hujung minggu jalan sangat lengang. Kami tak boleh lama di sini.. sebelum jam sepuluh kena bergerak ke Melbourne semula. Singgah di University Adelaide untuk mengabadikan foto.





Oleh kerana semalam tidak berkesempatan singgah di ladang strawbery harini singgah semula ke Handorf. Masuk dikenakan bayaran 4.5 Aud. Setiap pengunjung dipakaikan gelang penanda. Petik buah, makan dan membawa bekalan sikit yang akan ditimbang sekilo 7.50 AUD...Aku takdalah teruja sangat. Setakat memetik stawbery di Cameron Highland pun ada..Tak mengapalah setidaknya singgah memenuhi permintaan anak-anak agar tak terkilan jika tidak mengunjunginya nanti.








Sesudah itu terus balik ke Melbourne. Jangkaan aku 8-9 jam pemanduan akan  tiba di Melbourne kerana kami akan menggunakan lebuhraya. Tak banyak menyinggah... kiri kanan hiway..ladang..ladang..dan ladang..Sesudah maghrib kami tiba di Melbourne. Singgah makan di Restoran Thai halal. Bermalam di homestay lagi. Keesokan pagi menyambung perjalanan ke Sydney.

27/4/2014

Tak mengapa walaupun jauh, berdasarkan pemanduan semalam kami dapat jangkakan waktu akan tiba di sydney

 Untuk menghilangkan kebosanan memandu, kami singgah  di pekan-pekan kecil samada untuk berehat atau mengisi minyak. Sebagaimana  aku ceritakan dulu walaupun agak terpencil tapi sausana  memang indah dan bersih. Sewaktu singgah di pekan Benalla kami tidak menyangka bertemu dengan sorang guru  Bahasa Indonesia yang mengajar di sekolah bandar tersebut... Melihat kelibat melayu bertudung berbasikal segera aku memanggilnya dari kejauhan.


Ternyata betul beliau juga teruja dapat bertemu dengan kami. Baru sebulan tiba . Beliau satu satunya muslim  yang tinggal dengan keluarga angkat.. Walaupun keseorangan beliau selesa dengan sausana baru.. Keluarga angkat menyediakan makanan  halal yang hanya boleh didapati dibandar besar. ...Barangkali sesudah ini hanya daging halal akan menjadi pilihan keluarga tersebut kerana mereka mengakui daging halal sememangnya lebih rasa segar dan manis berbanding daging tidak halal.


                           

Menyinggah juga di Pekan Goulburn...Jambatan keretapi lama turut dipulihara...



Dalam jam 6 malam kami tiba di Sydney...Hehe..Apa susahnya memandu di lebuhraya. Tekan auto cruise dan kawal  stereng saja.  Esok jam 8 malam kami akan berangkat kembali ke tanah air.

28/4/2014

Sementara menunggu kepulangan, kami mengabadikan foto di university anak UNSW. Seterusnya memulangkan kereta. Meronda Sydney lagi sambil membeli cenderahati. Anak sulung belum pun lagi menjejakkan kaki di Pusat bandar Sydney. Menghabiskan saki baki duit yang ada.

Dalam jam 6 petang  kami telah berada di airport.


Maka tamatlah kembara Australia kami. Lawatan selama 12H10M. Sayu juga ingin meninggalkan bumi Australia.. Semestinya akan rasa  kehilangan sausana keindahan dan  kebersihan disana. Tak mengapa ada rezeki kami akan melawat lagi untuk negeri yang belum dilawati..

Ikuti entry rumusan lawatan  antaranya  menceritakan perbelanjaan sepanjang tempoh lawatan..






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK