Teruja dengan pelawaan kawan untuk ke lapang sasar menembak di Jugra Banting.
Sedang elok.. Teringin mencuba Hiway SKVE yang telah dibuka namun belum pernah melaluinya.. Capai kunci motor terus ke sana ..
Setelah mencuba 3 peluru..ermm minat aku bukan ke situ la..Tak terasa apa apa pun..Barangkali seronok kot kalau menembak menggunakan rifel...trat tat tat tat..tat .dapat pulak membidik target sehingga bersepai barulah berasa puas...haha
Kemudian menuju ke Pantai Morib.. Dah lama aku tak ke sini. Seingat aku pernah dulu datang penghujung 90an..Ternyata terdapat penambahbaikan. dan peingindahan..
Replika yang menarik...
Padang permainan layang-layang turut disediakan..
Usaha yang baik... Namun masih banyak yang boleh diperbaiki terutamanya di jalan besar memasuki kawasan pantai dan persekitaran...Keceriaan belum terserlah.. Wow faktor masih kurang...
Diharap pengunjung dapat berkerjasama menjaga kebersihan pantai dan tidak merosakkan harta awam yang disediakan...Penyelengaraan berkala perlu dibuat oleh pihak berwajib.. Sekiranya tiada penyelengaraan nescaya usaha pengindahan ini akan menjadi sia-sia ...
No comments:
Post a Comment