click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 25, 2014

Bustel Dataran 1Malaysia Klebang Melaka...



Pada aku idea itu tersangat unik. Daripada bahan terpakai  diubah menjadi ikon menggamit pengunjung datang.  Gerai- gerai dan hotel penginapan yang dibina menggunakan bas-bas terpakai. Berdasarkan respon yang  dibaca  melalui media-media sosial, ramai yang turut kagum dengan idea itu.. Yang pertama di Malaysia.

 Untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kami mengunjungi tempat itu hujung minggu  sudah...Lecehnya untuk ke sana langsung tiada tunjuk arah sempurna ...Jika hanya berpandukan papantanda jalanraya alamat tak akan tiba ke tempat yang dituju.. Mujur kini ada penunjuk arah yang boleh di akses melalui  telefon pintar.  Jalan menuju ke Dataran 1 Malaysia Klebang dan persekitaran sangat sesak.  Setibanya di sana hari telah beransur gelap, tapi pengunjung masih lagi ramai bersantai di pantai.




Dataran 1malaysia ini adalah kawasan baru yang dibangunkan di atas tapak laut tebus guna...Pokok pokok  masih diperingkat pra matang. Melihat kepada sambutan pengunjung ternyata pelaburan ini adalah berbaloi...Tapi masalahnya bila terlalu mendapat sambutan, trafik akan menjadi terlalu sesak. Sistem trafik perlu dipertingkatkan.. Mungkin perlu mengenalkan sistem trafik satu hala.  Mencari tempat parking juga bermasalah.


Kereta kuda...ok idea yang bagus..

 Bas-bas yang yang dijadikan hotel disusun secara separa bulatan...

Melihat bas- bas yang disusun berbaris di tepi jalan, pengunjung pertama kali datang pasti menyangkakan bas- bas tersebut sedang menurunkan atau menaikkan penumpang walhal itu adalah gerai gerai dari bas terpakai yang diubah suai .  Secara peribadi aku berpendapat idea penggunaan bas lama ini memang sangat canggih , sekalung tahniah kepada pencetus idea,  namun susunan   bas secara berbaris memanjang  begini ,  aku kurang berkenan . Aku berpandangan susunan begini gagal  menyerlah keunikan gerai –gerai .  Aku lebih suka jika bas disusun secara menyerong sebagaimana bas yang disusun di terminal- terminal bas...Pada aku susunan  secara menyerong lebih kemas ...Mujur  bustel  disusun secara  separa bulatan , jadi nampak lebih kemas dan menarik...Diharap akan lebih menarik apabila pohon-pohon yang ditanam telah matang nanti.



Payung gergasi fabrik dengan bentuk bentuk unik  diharap dipasang dikawasan tumpuan dan gerai-gerai

Beberapa penambahbaikan diharap dapat dilaksanakan di kawasan ini. Payung-payung gerai sementara sangat mencacatkan keunikan yang cuba ditonjolkan.. Tiada keseragaman dan berterabur susunannya.. Elok rasanya payung fabric gergasi dibina di sepanjang laluan yang menempatkan gerai-gerai.  Pengunjung akan lebih selesa  ketika cuaca panas maupun  hujan.

Keunikan bas-bas diharap dapat dieksploitasi sepenuhnya oleh pengusaha dan dipantau oleh pihak berkaitan. Pengunjung teringin makan-makan atau membeli cenderahati di atas bas. Namun apa yang kami perhati, sesetengah  pengusaha menjadikan bas-bas sebagai stor barang...

Pihak berkuasa tempatan juga wajib peka dengan keperluan surau lelaki dan wanita untuk pengunjung. Jika tandas awam boleh disediakan dengan menggunakan bas bas terpakai..kenapa tidak untuk surau.  Puas kami bertanya dengan pemilik-pemilik  gerai namun jawapan yang diberikan sangat mendukacitakan.  Takkan semua pengunjung adalah musafir kot...

Sangat teruja , aku beri markah penuh  untuk keunikan, hehe namun  penampilan dan papan tanda  aku beri 2 daripada 10 bintang. Apakata jika gerai-gerai dari kenderaan terpakai pengangkutan  lain turut diperkenalkan disini.. Lori lori kontena..lokomotif tren  dsb pergh bertambah gempak Dataran 1Malaysia Klebang nanti...

Tuesday, September 23, 2014

Jom Ke Kiosk Gunting Rambut MCI...

23hb Sept 2014

Ramai yang bertanya samada aku seorang tukang gunting rambut. Hehe kenapa perlu menjadi tukang gunting  untuk membuka kedai gunting rambut. Walaupun kepandaian dalam bergunting adalah kelebihan tapi itu bukannya pra syarat untuk berkecimpung dalam bidang ini. Ramai yang memiliki klinik bahkan hospital tetapi mereka bukan seorang doktor..begitu juga ramai yang memiliki syarikat penerbangan sedangkan mereka langsung tak tau membawa kapal terbang..

Bidang kedai gunting ini  secara umumnya nampak lekeh.. Dan lagi penjanaan pendapatan juga kurang lumayan...Tak mengapalah. Tapi aku percaya dengan sedikit perubahan pada penampilan, imej itu boleh dikikis. 'Yang kurang lumayan' jika dihimpunkan dengan 'yang kurang lumayan' akan jadi lumayan. Teringat aku kehadiran seorang jurujual yang berkempen supaya memasang mesin penapis air layan diri di premis premis perniagaan. Beliau memberitahu terdapat 600 mesin penapis serupa yang sudah dipasang untuk membuktikan kelangsungan bisness tersebut.. Bayangkan berapa pendapatan yang dijana melalui mesin itu  siang dan malam.. Bukankah  ia juga kelihatan lekeh jika  hanya ada seunit...

Aku pun teringin untuk menghimpun yang tak lumayan supaya jadi lebih lumayan. Selain itu diharap pembukaan ini sebagai fardu kifayah kerana di sini tersangat kurang kedai gunting muslim...

Harini premis ke 2  kami  dibuka secara rasmi. Premis berada di perkarangan Masjid Cahaya Iman Bdr Country Homes Rawang... Nama kedai diadaptasi  sempena nama Masjid Cahaya Iman-Kiosk Gunting Rambut  MCI


Masjid  memiliki tanah yang luas.. Elok diimarahkan dengan membina gerai-gerai sebegini...Gerai-gerai yang dibina melalui kutipan dana  peserta yang dihimpunkan melalui tender..Sebagai imbuhan gerai akan  dipajakkan kembali kepada peserta untuk tempoh tertentu..Situasi menang-menang.. Setelah tamat tempoh pajakan nanti pihak masjid bolehlah mengutip sewaan dari pengusaha gerai dengan kadar dipersetujui...


Terdapat lapan unit gerai dengan kos sumbangan dana RM8100 setiap peserta.. Aku berpendapat sangat berpatutan.

Kos ubahsuai premis berikutnya ditanggung oleh peserta


Pengalaman menyiapkan premis yang pertama... premis ke 2 juga menggunakan bahan terpakai...Cuma perlu berwaspada bila menggunakan bahan terpakai. Aku dah terkena. Seunit cermin pintu kaca 12mm tanpa bingkai berharga RM120.. Pada aku sngat murah.. Namun kos membeli aksesori seperti tapak, engsel dan kunci mencecah RM800.. Ermm agak terkilan kerana terpaksa membatalkan penggunaan  daun pintu kaca tersebut walaupun pintu telah dibeli demi mengawal bajet.

Aku suka warna yang terang lagi garang.. Walaupun sesetengah orang tidak menggemari..






 Hehe inilah hasil sesudah siap... Pintu terpaksa menggunakan pintu kayu...Kalaulah pintu kaca...barangkali , nampak lebih kemas dan menarik...




Bahagian dalam juga berwarna terang..Walaupun mutu kerja tidak begitu memuaskan...Tapi boleh terimalah...


Jangan lupa singgah ke  kedai gunting kami ketika berkunjung ke Bandar Country Homes Rawang ...

Monday, September 15, 2014

Kayuhan Pasartani Mega Stadium Shah Alam...

14 Hb Sept 2014,  Ahad

Harini kami akan ke Pasar Tani Mega Shah Alam. Melihat ramai yang berbasikal dilaluan ini saban minggu terbit keinginan untuk mencuba.. Jarak pergi balik Bdr Country Homes Rawang - Shah Alam dalam 80km. Keadaan laluan adalah landai hanya sebahagian perlu mendaki.. Dalam perjalanan ke rumah rakan hujan mula renyai ..diikuti dengan hujan yang tersangat lebat. Alang alang dah terbasah nampaknya kena teruskan kayuhan, Singgah dulu di restoran mamak sambil menunggu rakan bersiap dan hujan reda.


Lama juga berada dikedai mamak. Hujan semakin reda, namun rakan tidak juga muncul. Melihat langit gelap rasanya hujan begini akan berpanjangan. Jika belum keluar rumah memang malas untuk beraktiviti diluar rumah..


Tak boleh bertangguh lagi, kena teruskan juga kayuhan tanpa rakan dalam hujan rintik. Betul..bertembung ramai  yang berbasikal sepanjang perjalanan ke Shah Alam.. Ok juga sausana dingin tidak begitu memenatkan


Hujung minggu laluan motor ni memang agak lengang, itu sebab ramai yang berbasikal disini... Aku yakin jika laluan redup akan semakin ramai orang berbasikal disini. Diharapkan pihak kerajaan menguatkuasakan polisi kawasan hijau disetiap laluan bermotor begini. Bukankah bagus jika setiap kawasan lapang ditanam dengan pokok rimbun. Kerajaan perlu bertegas., tidak boleh terlalu mengharap dengan inisiatif pihak konsesi untuk melaksanakan polisi itu... Mereka hanya memikirkan untung dan rugi. 


Ramai yang cakap negara tropika kurang sesuai untuk berbasikal kerana cuaca yang panas...Benarkah begitu... Sebenarnya kita yang cuba menongkah fitrah. Kawasan tropika pokok teramat mudah tumbuh. Kita yang mengada-ngada inginkan supaya kawasan menjadi lapang . Kita tidak bersungguh memasukkan elemen hijau disetiap kawasan pembangunan. Sepatutnya konsep bandar dalam taman menjadi polisi penting yang perlu diterap dan dikuatkuasakan disetiap pembangunan yang dirancang.
Jika kita berbasikal  dikawasan rekreasi berhutan sausana adalah tersangat nyaman walaupun berbasikal di waktu tengahari. 



Kita berkayuh santai, bukan berlumba..jadi tak perlu memaksa diri..Bila penat berehat.. hampir 2 jam berkayuh, tiba juga dii Shah Alam..

 Kehadiran pengunjung di pasartani tidak sebagaimana biasa. Hujan ..memasing keluar lewat rumah.

                       
                                  Hehe selera sungguh setelah penat berkayuh...Tengok itu teringin..tengok ini teringin..pendek kata lihat makanan semuanya  sedap...Apa lagi..Melahap makanan  setelah penat berkerja tidak mengapa, kerana makanan ini akan memberikan/ mengembalikan tenaga..Yang tak betulnya..berlebihan makan tanpa riadah...Penerimaan tenaga melebihi penggunaan... lebihan ini yang akan memudharatkan badan.

                       
Nama saja pasartani, tapi pelbagai aktiviti boleh ditemui di sini..Penjualan kereta dan pelbagai keperluan lain juga ada.. Brader diatas sedang membuat demontrasi kaedah mudah pembelajaran matematik... Di merata tempat aku jumpa brader ni...

  Haha..matlamat untuk berbasikal ke Shah Alam tercapai...Mereka yang tidak pernah berbasikal akan terkejut dengan pencapaian ini. Tapi yang selalu berbasikal pastinya akan sinis dengan aku. Takpa akan datang akan cari destinasi yang lebih jauh lagi..








Tuesday, September 9, 2014

Aksi Mat Rempit- Laju Gila Babi...

Ok sambongan entry terdahulu.


Pergi K. Trengganu tidak lengkap jika tidak membeli ole ole keropok lekor..Yang lecehnya di sesetengah gerai  terpaksa beratur  panjang...Bagusnya sekarang telah ada penambahbaikan cara membungkus keropok. Tiada masalah untuk dibawa ke destinasi  jauh kerana keropok dibungkus menggunakan vakum...


Setelah bermalam di rumah orang tua rakan , jam 10 pagi  kami beredar meninggalkan K.Trengganu. Rakan aku memilih jalan pantai juga. Ermm  melepaslah untuk mengetahui status pembinaan LPT2. Dia cakap jalan pantai lebih dekat  selain dapat melihat pemandangan  lebih indah... Ermm oklah wa follow..Haritu hari cuti merdeka. Aku perhati beratus-ratus anak muda bermotor secara berkumpulan  di sepanjang laluan..di kedua-dua arah....Mungkin ada majlis meraikan kemerdekaan di mana-mana...  Yang tak seronoknya..,mereka berlumba sesama sendiri  dengan aksi  superman sambil  cilok mencilok dicelah-celah kenderaan ..Tidak sepadan dengan semangat merdeka yang cuba diraikan.


Tiada apa yang  dikejarkan.. Kami menonggang secara santai..Berhenti bila penat sambil menikmati pemandangan...Terlelap juga bila dibelai  angin pantai...

Peristiwa di lebuhraya yang tak dapat aku lupakan. Sedang kami melayan tonggangan santai, tetiba berdesing bunyi enjin motor menerpa ke arah kami... Kelihatan dua biji motor sedang berlumba sambil berbaring di atas motor... Mereka memotong kami  beb.  Wah..!  tak padan dengan enjin  kecik.. Aku  mengekori rapat..Manakala  kawan aku tak beri peluang  dipintasnya semula.  Sukar kami percaya , motor mereka boleh membesit melebihi 180km/jam. Mungkin enjin telah diubah suai...Aku  punyalah  kecut telor menyaksikan mereka menyelit dicelah kenderaan yang sibuk..Kiri.. kanan, meluru ke laluan kecemasan..ke laluan utama semula..tanpa memperlahankan kenderaan.. Bayangkan dengan hanya ber t shirt dan berseluar jean mereka  berbaring sambil  mengawal motor pada kelajuan tinggi...Adoohai dengan tayar selebar lengan, ngeri memikirkan  bagaimana mereka begitu berani membesit pada kelajuan   begitu tinggi..Memang hati kering.  Ditakdirkan ada kenderaan rosak di  laluan kecemasan atau ada pemandu secara tetiba menukar haluan, nescaya bersepai otak di celah-celah dinding kenderaan.



Peristiwa kedua,  kami diekori rapat sebuah kereta sambil memberi lampu tinggi. Hah yang ini aku suka.. Tekala melayan motor sendirian memang saat begini aku nantikan.. Dengan adanya acahan begini hilang rasa  mengantuk. Aku beri laluan..Kemudian  mengekori rapat sekadar ingin mengetahui berapa kelajuan kenderaan itu dipandu  . Memang laju .. melebihi 200km/jam..Kami mat motor tak perlu kelajuan itu untuk memotong semula, walaupun jika ada keberanian kami mampu memecut lebih laju dari itu.. Tapi untuk apa..? ! Kami perlahankan besitan..Seronok menyaksikan pemandu memberi signal dan lampu tinggi supaya kenderaan dihadapan  memberi  laluan..Kekadang dek tak sabar,  pemandu menukar arah..Yang terlebih kurang ajar akan memotong menggunakan laluan kecemasan.. Yang ini lagi aku suka.!  Sebagaimana diduga kami berjaya memotong semula bila mereka tidak berjaya mencelah...Agar  mereka lebih panas hati, kami perlahankan kenderaan dan tunggu semula kehadiran mereka...hehe . Yang kaki juang tak berputus asa, mengulangi besitan..walaupun mereka tau apa kesudahannya., tapi kebanyakan pemandu terus memperlahankan kenderaan bila menyedari kami mempermainkan mereka..Setelah tiba di distinasi kami menyesal  kerana membawa motor laju .. hehe Ini pemandu kenderaan punya pasal lah...

Berbalik kepada aksi mat rempit di jalan raya. pihak berwajib mesti melakukan sesuatu untuk menyalurkan keberanian dan kelebihan tenaga anak anak muda ini..Tidak memadai dengan hanya melarang atau menjalan kan operasi sekatan jalanraya.. Alternatif mesti ditawarkan kepada mereka.. Aku suka cadangan kerajaan Negeri Trengganu untuk mewujudkan trek berlumba untuk anak-anak muda melepaskan gian berlumba..Lagi bagus jika setiap daerah disediakan dengan litar lumba.. Tidak semestinya trek khas, tapi trek yang dikongsi dengan pengguna lain dihari hari biasa.. cuma di beri peluang kepada anak-anak muda mempamerkan skil dihari-hari yang ditetapkan.. Jika hari tanpa kereta boleh dilaksanakan setiap Ahad bulan pertama setiap bulan di Kuala Lumpur..kenapa tidak menggunapakai konsep ini untuk litar berlumba. Moga dengan penyediaan trek berlumba nanti  bakal melahirkan ramai lagi pelumba hebat negara...








Friday, September 5, 2014

LPT2- Ermm Entah Bila Nak Di Buka...

30hb Ogos 2014 Sabtu


Antara sebab aku bersungguh  menemani  rakan  ke Kuala Trengganu adalah untuk merasai lebuhraya baru LPT2. Diceritakan oleh rakan yang pulang bercuti Hariraya Aidilfitri baru ini hanya ‘sebahagian laluan’ saja yang belum dibuka. Aku  ingin tahu ‘sebahagian laluan’   mana yang masih belum dibuka. Adakah terdapat penambahan jarak yang baru  berbanding dengan apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Kali terakhir aku melalui LPT2 pada  sekitar March 2014, laluan antara K.Trg-Paka  telah dibuka sebelum trafik dilencongkan ke jalan lama. Laluan Paka- Jabor berbaki tidak melebihi 100KM untuk terus berhubung dengan lebuhraya LPT sediada.  Sekiranya keseluruhan laluan dibuka jarak K.Trg ke Kuantan tidak melebihi 250km. Jika bermotor tak sampai 2 jam telah tiba. Ini yang sangat teruja untuk mencuba.


Keterujaan itu yang berlegar dibenak fikiran semasa melayani tonggangan di lebuhraya. Setiba nya di  Jabor,  laluan ke Trengganu masih ditutup dan kami menyusuri exit Jabor dan menuju ke Cheneh melalui jalan lama.  Barangkali laluan Jabor- Cheneh kot yang belum siap sepenuhnya..Setibanya di Cheneh dan memasuki leburaya semula, ternyata  laluan ke Trengganu juga masih ditutup..Tapi laluan ke Jabor pula yang sudah dibuka... . Pelik.. tadi dari Jabor ,  lebuhraya ke Cheneh seolah tak siap kerana trafik terpaksa dilencongkan ke jalan lama.. Kami berpatah balik ke Jabor melalui lebuhraya, sekadar ingin tau kenapa dari Jabor tadi trafik dilencongkan, sedangkan  trafik boleh menggunakan laluan  di kedua-dua arah.. Rupanya trafik  perlu memasuki lebuhraya  melalui  akses lain di Jabor. Ermm patutlah.


Kesudahannya kami ke Trengganu melalui Kemaman seterusnya melalui  jalan pantai...Aku tak begitu gemar melalui laluan ini kerana terpaksa menempuh banyak pekan  dan simpang ... Hangit badan berada dibawah terik mentari  kerana terpaksa banyak berhenti setiap kali menempuh  simpang berlampu isyarat  merah. Namun begitu berbaloi juga melalui laluan itu kerana dapat merasai perbezaan pembangunan sepanjang jalan tersebut. Perubahan ketara adalah , jalan antara Kemaman dan Kuala Trengganu kini hampir 70 peratus telah dilebarkan kepada laluan empat lorong. Harap-harap jalan  akan dilebarkan sepenuhnya dalam waktu terdekat ini sebagai alternatif kepada LPT2.


Setelah mengharongi  laluan yang sibuk dalam hujan renyai sambil singgah berehat meredakan lengoh, jam 8.00 malam kami tiba di Kuala Trengganu.. Ermm melepas untuk melalui lebuhraya baru..Entah bila lebuhraya boleh disiapkan. Dulu dikhabarkan keseluruhan lebuhraya boleh dibuka sepenuhnya pada bulan September 2014...Mengalami kelewatan lagilah nampaknya. Diharap pihak berwajib memantau kemajuan pembinaan secara dekat untuk mengelakkan kelewatan terus berpanjangan.


Ikuti sambungan coretan semasa balik ke KL di entry akan datang.. Memang tak boleh aku lupa..Dua biji motorsikal kecil dan sebuah kereta seolah mengajak kami berlumba...Dengan kereta sebagaimana dijangka tapi dengan motorsikal kecil memang diluar dugaan... Aku masih ketar lutut bila mengenang peristiwa itu.. Tunggu



Wednesday, September 3, 2014

Jom Sg Lembing...

30hb Ogos 2014 Sabtu

Lama aku tak ride motor bersama rakan. Selalunya bersendirian. Lagipun jika berurusan hal peribadi, tidak sesuai mengikuti atau mengajak rakan untuk ride bersama. Juga malas pergi berkumpulan yang ramai sebab leceh berkejar masa atau terpaksa mengikuti iternari umum. Jika bersendirian, kita boleh memilih waktu dan membawa halatuju sendiri..

Cuma sesekali ride bersama rakan syok juga. Sempena cuti merdeka, aku menemani rakan ke Kuala Trengganu atas urusan keluarga.. Semasa berehat di R n R Temerloh kami mengambil keputusan untuk singgah ke Sg Lembing., melawat tinggalan terowong bekas lombong  yang kini dijadikan destinasi pelancongan. Aku yakin ramai yang tidak menyedari perkara ini. Promosi maupun papan tanda tersangat kurang. Aku mengetahui tempat ini melalui artikel akhbar lama dulu..







Lokasi tidak jauh. Hanya 30km dari exit LPT Kuantan. Ikuti saja tunjuk arah papan tanda kami tiba di  Sg Lembing. Aku suka inisiatif mengindahkan pekan. Nampak ada kesungguhan walaupun masih banyak yang boleh ditingkatkan. Pekan kecil tapi kemas. Jika diminta pandangan, aku beri 6 bintang dari 10. Aku berpendapat, keseluruhan pekan sehingga ke kawasan tumpuan boleh dipakejkan sebagai produk pelancongan. Pengunjung inginkan kelainan. Tanggungjawab pihak berkaitan untuk mengeksploitasi keunikan yang ada.. Kawasan tumpuan disini adalah muzium dan terowong tinggalan lombong yang terletak tidak jauh antara satu dengan yang lain. Terdapat pengusaha yang menyewakan basikal untuk meronda kawasan. Usaha ini mesti disokong oleh penguasa tempatan. Galakkan orang ramai berbasikal..Banyakkan laluan yang teduh dengan menanam pohon rimbun.. Konsep bandar dalam taman wajar diterapkan sedari awal.

Betul telahan aku.. walaupun cuti umum tapi pengunjung kurang...


                           



Untuk merasai keunikan, pengunjung tidak kesah untuk membeli tiket. Bayaran ini akan digunakan untuk memelihara semula kawasan lawatan. Untuk menarik minat pengunjung promosi mesti giat dijalankan. Aku tak nampak papan tanda promosi dipasang sewaktu keluar dari lebuhraya ataupun sewaktu menuju ke sini..




 Gerabak disediakan untuk memasuki terowong. Walaupun hanya disediakan sejauh 80m cukuplah untuk merasai pengalaman bagaimana pelombong dulu memasuki atau membawa keluar hasil bijih. Jika gerabak disediakan sehingga keseluruhan kawasan lawatan, pelawat tidak akan dapat merasai keheningan didalam terowong..Pastinya lawatan akan terganggu oleh bunyi bising gerabak.






Terdapat banyak maklumat yang dipamirkan didinding gua.
 Berdasarkan maklumat diberi, terdapat sekurang-kurangnya 14 terowong di perut bumi yang tiap satunya dipisahkan oleh lapisan batu 30m. Terdapat shaft utama yang digunakan untuk membawa, menaik pelombong maupun hasil bijih setiap tingkat ... Dengan kedalaman 14 tingkat tanpa mengambil kira terowong berkerja sudah mencecah kedalaman 420m..Kedalamanan sebenar lombong tidak mustahil melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas yang berketinggian  452 m sehingga puncak antena.


Disetiap lapisan terdapat cabang cabang terowong dimana bijih dilombong. Kini hanya terowong sejauh 600m yang boleh dilawati di aras satu yang berkedudukan 500 kaki dari aras muka bumi. Selainnya ditutup untuk pengunjung..Dipercayai dipenuhi dengan air .. Alangkah bagusnya jika pengunjung boleh sampai ke shaft utama dimana semua tingkat terowong boleh di kunjungi. Namun difahamkan terowong kesana mengalami runtuhan bumbung gua dan kos pemuliharaan tersangat mahal lagi merbahaya.






Kebetulan sewaktu lawatan kami, terdapat penggambaran explorace dengan kerjasama TV3 yang akan ditayangkan September ini di saluran itu. Platform yang baik untuk hebahan kepada orang ramai tentang wujudnya destinasi pelancongan baru disini.





 Krew TV3 sedang beraksi..


 Pengunjung boleh juga merasai pengalaman memasuki terowong menggunakan kenderaan ini yang digerakkan secara manual...Ermm untuk berposing ok kot tapi jika diberi peluang sekalipun , tak larat untuk mencubanya...meletihkan beb..hehe

Sebahagian peralatan tinggal yang terdapat diperkarangan masuk terowong..Peralatan ini yang dipanggil Kiew digunakan untuk menaik, menurun pelombong..Yang memusykilkan, kenapa tidak diletakkan ditempat yang lebih sempurna seperti diruang pameran  atau dataran mini.. Sertakan juga maklumat ringkas tentang peralatan untuk pengetahuan pengunjung..Pengunjung beleh mengabadikan foto disini.


Sausana didalam terowong walaupun berkedudukan jauh dari  dunia luar, tapi  mendinginkan dan segar...Difahamkan terdapat banyak terowong pengudaraan seperti ini


 Mat-mat motor  turut mengambil kesempatan melawat tempat bersejarah ini...


Negara kita indah. Hargailah negara kita. Jagalah keindahan dan kebersihan.

 Jom ke Sg Lembing...!




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK