Tuesday, September 2, 2014

Jom Sg Lembing...

30hb Ogos 2014 Sabtu

Lama aku tak ride motor bersama rakan. Selalunya bersendirian. Lagipun jika berurusan hal peribadi, tidak sesuai mengikuti atau mengajak rakan untuk ride bersama. Juga malas pergi berkumpulan yang ramai sebab leceh berkejar masa atau terpaksa mengikuti iternari umum. Jika bersendirian, kita boleh memilih waktu dan membawa halatuju sendiri..

Cuma sesekali ride bersama rakan syok juga. Sempena cuti merdeka, aku menemani rakan ke Kuala Trengganu atas urusan keluarga.. Semasa berehat di R n R Temerloh kami mengambil keputusan untuk singgah ke Sg Lembing., melawat tinggalan terowong bekas lombong  yang kini dijadikan destinasi pelancongan. Aku yakin ramai yang tidak menyedari perkara ini. Promosi maupun papan tanda tersangat kurang. Aku mengetahui tempat ini melalui artikel akhbar lama dulu..







Lokasi tidak jauh. Hanya 30km dari exit LPT Kuantan. Ikuti saja tunjuk arah papan tanda kami tiba di  Sg Lembing. Aku suka inisiatif mengindahkan pekan. Nampak ada kesungguhan walaupun masih banyak yang boleh ditingkatkan. Pekan kecil tapi kemas. Jika diminta pandangan, aku beri 6 bintang dari 10. Aku berpendapat, keseluruhan pekan sehingga ke kawasan tumpuan boleh dipakejkan sebagai produk pelancongan. Pengunjung inginkan kelainan. Tanggungjawab pihak berkaitan untuk mengeksploitasi keunikan yang ada.. Kawasan tumpuan disini adalah muzium dan terowong tinggalan lombong yang terletak tidak jauh antara satu dengan yang lain. Terdapat pengusaha yang menyewakan basikal untuk meronda kawasan. Usaha ini mesti disokong oleh penguasa tempatan. Galakkan orang ramai berbasikal..Banyakkan laluan yang teduh dengan menanam pohon rimbun.. Konsep bandar dalam taman wajar diterapkan sedari awal.

Betul telahan aku.. walaupun cuti umum tapi pengunjung kurang...


                           



Untuk merasai keunikan, pengunjung tidak kesah untuk membeli tiket. Bayaran ini akan digunakan untuk memelihara semula kawasan lawatan. Untuk menarik minat pengunjung promosi mesti giat dijalankan. Aku tak nampak papan tanda promosi dipasang sewaktu keluar dari lebuhraya ataupun sewaktu menuju ke sini..




 Gerabak disediakan untuk memasuki terowong. Walaupun hanya disediakan sejauh 80m cukuplah untuk merasai pengalaman bagaimana pelombong dulu memasuki atau membawa keluar hasil bijih. Jika gerabak disediakan sehingga keseluruhan kawasan lawatan, pelawat tidak akan dapat merasai keheningan didalam terowong..Pastinya lawatan akan terganggu oleh bunyi bising gerabak.






Terdapat banyak maklumat yang dipamirkan didinding gua.
 Berdasarkan maklumat diberi, terdapat sekurang-kurangnya 14 terowong di perut bumi yang tiap satunya dipisahkan oleh lapisan batu 30m. Terdapat shaft utama yang digunakan untuk membawa, menaik pelombong maupun hasil bijih setiap tingkat ... Dengan kedalaman 14 tingkat tanpa mengambil kira terowong berkerja sudah mencecah kedalaman 420m..Kedalamanan sebenar lombong tidak mustahil melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas yang berketinggian  452 m sehingga puncak antena.


Disetiap lapisan terdapat cabang cabang terowong dimana bijih dilombong. Kini hanya terowong sejauh 600m yang boleh dilawati di aras satu yang berkedudukan 500 kaki dari aras muka bumi. Selainnya ditutup untuk pengunjung..Dipercayai dipenuhi dengan air .. Alangkah bagusnya jika pengunjung boleh sampai ke shaft utama dimana semua tingkat terowong boleh di kunjungi. Namun difahamkan terowong kesana mengalami runtuhan bumbung gua dan kos pemuliharaan tersangat mahal lagi merbahaya.






Kebetulan sewaktu lawatan kami, terdapat penggambaran explorace dengan kerjasama TV3 yang akan ditayangkan September ini di saluran itu. Platform yang baik untuk hebahan kepada orang ramai tentang wujudnya destinasi pelancongan baru disini.





 Krew TV3 sedang beraksi..


 Pengunjung boleh juga merasai pengalaman memasuki terowong menggunakan kenderaan ini yang digerakkan secara manual...Ermm untuk berposing ok kot tapi jika diberi peluang sekalipun , tak larat untuk mencubanya...meletihkan beb..hehe

Sebahagian peralatan tinggal yang terdapat diperkarangan masuk terowong..Peralatan ini yang dipanggil Kiew digunakan untuk menaik, menurun pelombong..Yang memusykilkan, kenapa tidak diletakkan ditempat yang lebih sempurna seperti diruang pameran  atau dataran mini.. Sertakan juga maklumat ringkas tentang peralatan untuk pengetahuan pengunjung..Pengunjung beleh mengabadikan foto disini.


Sausana didalam terowong walaupun berkedudukan jauh dari  dunia luar, tapi  mendinginkan dan segar...Difahamkan terdapat banyak terowong pengudaraan seperti ini


 Mat-mat motor  turut mengambil kesempatan melawat tempat bersejarah ini...


Negara kita indah. Hargailah negara kita. Jagalah keindahan dan kebersihan.

 Jom ke Sg Lembing...!




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK