click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 25, 2014

Bustel Dataran 1Malaysia Klebang Melaka...



Pada aku idea itu tersangat unik. Daripada bahan terpakai  diubah menjadi ikon menggamit pengunjung datang.  Gerai- gerai dan hotel penginapan yang dibina menggunakan bas-bas terpakai. Berdasarkan respon yang  dibaca  melalui media-media sosial, ramai yang turut kagum dengan idea itu.. Yang pertama di Malaysia.

 Untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kami mengunjungi tempat itu hujung minggu  sudah...Lecehnya untuk ke sana langsung tiada tunjuk arah sempurna ...Jika hanya berpandukan papantanda jalanraya alamat tak akan tiba ke tempat yang dituju.. Mujur kini ada penunjuk arah yang boleh di akses melalui  telefon pintar.  Jalan menuju ke Dataran 1 Malaysia Klebang dan persekitaran sangat sesak.  Setibanya di sana hari telah beransur gelap, tapi pengunjung masih lagi ramai bersantai di pantai.




Dataran 1malaysia ini adalah kawasan baru yang dibangunkan di atas tapak laut tebus guna...Pokok pokok  masih diperingkat pra matang. Melihat kepada sambutan pengunjung ternyata pelaburan ini adalah berbaloi...Tapi masalahnya bila terlalu mendapat sambutan, trafik akan menjadi terlalu sesak. Sistem trafik perlu dipertingkatkan.. Mungkin perlu mengenalkan sistem trafik satu hala.  Mencari tempat parking juga bermasalah.


Kereta kuda...ok idea yang bagus..

 Bas-bas yang yang dijadikan hotel disusun secara separa bulatan...

Melihat bas- bas yang disusun berbaris di tepi jalan, pengunjung pertama kali datang pasti menyangkakan bas- bas tersebut sedang menurunkan atau menaikkan penumpang walhal itu adalah gerai gerai dari bas terpakai yang diubah suai .  Secara peribadi aku berpendapat idea penggunaan bas lama ini memang sangat canggih , sekalung tahniah kepada pencetus idea,  namun susunan   bas secara berbaris memanjang  begini ,  aku kurang berkenan . Aku berpandangan susunan begini gagal  menyerlah keunikan gerai –gerai .  Aku lebih suka jika bas disusun secara menyerong sebagaimana bas yang disusun di terminal- terminal bas...Pada aku susunan  secara menyerong lebih kemas ...Mujur  bustel  disusun secara  separa bulatan , jadi nampak lebih kemas dan menarik...Diharap akan lebih menarik apabila pohon-pohon yang ditanam telah matang nanti.



Payung gergasi fabrik dengan bentuk bentuk unik  diharap dipasang dikawasan tumpuan dan gerai-gerai

Beberapa penambahbaikan diharap dapat dilaksanakan di kawasan ini. Payung-payung gerai sementara sangat mencacatkan keunikan yang cuba ditonjolkan.. Tiada keseragaman dan berterabur susunannya.. Elok rasanya payung fabric gergasi dibina di sepanjang laluan yang menempatkan gerai-gerai.  Pengunjung akan lebih selesa  ketika cuaca panas maupun  hujan.

Keunikan bas-bas diharap dapat dieksploitasi sepenuhnya oleh pengusaha dan dipantau oleh pihak berkaitan. Pengunjung teringin makan-makan atau membeli cenderahati di atas bas. Namun apa yang kami perhati, sesetengah  pengusaha menjadikan bas-bas sebagai stor barang...

Pihak berkuasa tempatan juga wajib peka dengan keperluan surau lelaki dan wanita untuk pengunjung. Jika tandas awam boleh disediakan dengan menggunakan bas bas terpakai..kenapa tidak untuk surau.  Puas kami bertanya dengan pemilik-pemilik  gerai namun jawapan yang diberikan sangat mendukacitakan.  Takkan semua pengunjung adalah musafir kot...

Sangat teruja , aku beri markah penuh  untuk keunikan, hehe namun  penampilan dan papan tanda  aku beri 2 daripada 10 bintang. Apakata jika gerai-gerai dari kenderaan terpakai pengangkutan  lain turut diperkenalkan disini.. Lori lori kontena..lokomotif tren  dsb pergh bertambah gempak Dataran 1Malaysia Klebang nanti...

2 comments:

  1. guna backhoe ke , excuvator pun ok

    ReplyDelete
  2. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK