Tuesday, October 20, 2026
Khemah Camping...
Monday, October 19, 2026
Pokok Kesum...
Antara bahan dapur yang sering kita guna adalah daun kesum.. bahan ni tak mahal, namun keperluannya tak mengira masa menyusahkan kita untuk keluar membeli di kedai...
Melihat perkongsian mereka yang sudah menanam, tak susah rupanya menanam pokok kesum..Boleh ditanam secara hidroponik. Media tanam menggunakan cocoapeat/ serbuk sabut yang diisi dalam bakul..Kain penyerap/sumbu dijulurkan untuk menyedut air dari bekas takungan campuran air dan baja.
Bila pokok mudah dicapai tepi dapur kan senang nak buat laksa Penang, Laksam Trengganu, Nasi Kerabu Kelantan atau Asam pedas Johor... Asam pedas Melaka tak guna daun kesum.
Zas.. zas..Siapp.
Sunday, October 18, 2026
Pagar Kebun...
Wednesday, October 14, 2026
Biji Benih Avocado..
Pokok nangka pun kita cuba cantumkan sendiri..
Tuesday, October 13, 2026
Campsite Bukit Fraser..
Sunday, October 11, 2026
Kelulut...
Semangat membuak- buak bila melihat sarang kelulut di pokok ciku pinggir rumah. Sebenarnya sudah banyak kali kelulut membuat sarang di keliling rumah, sebelum pokok salam ditebang, di situ pun sudah beberapa kali kelulut bersarang..Ini menunjukkan persekitaran sangat sesuai untuk kelulut...
Dah alang alang ada yang suka bertandang kita nak cuba bela kelulut dengan menempatkan satu koloni/ log kelulut di tepi rumah..
Kotlah menjadi, kita kembangkan di kebun pula..
Friday, October 9, 2026
Penggera Talam...
Sementara pagar tak siap kita cubalah pelbagai kaedah untuk menjaga kebun..baju terpakai akan digantung kepada talam, apabila talam dan baju ditiup angin pemberat skru yang digantung akan mengetuk talam mengeluarkan bunyi bising..Tak taulah sejauh mana keberkesanan kaedah ini..
Penggera anjing solar pun tak begitu menakutkan monyet dan babi..lagipun penggera anjing hanya aktif disiang hari, malam ikut tidur kerana kehabisan bateri..
Kita cuba kaedah manual pula..Kalau tak dicuba tak tahu..
Thursday, October 8, 2026
NPK Green 151515
Stok terdahulu baru guna sebahagian 1 guni, selebihnya disimpan elok dibawah canvas. Kalau membaja pokok selang 2 minggu pun akan mengambil masa lama untuk kehabisan stok kerana penggunaan baja tak banyak..Nak tabur berlebihan dikhuatiri memudaratkan pokok pula.. Harap baja ini bertahan untuk beberapa tahun mendatang..
Banyak lagi insentif yang disediakan Jabatan Pertanian Selangor untuk manfaat pekebun kecil.
Kita dah tanya jika terdapat peruntukan pagar kebun, boleh mohon namun kelulusan jarang lulus. Oleh demikian kita memohon peruntukan yang selalunya cerah lulus seperti keperluan mesin kebun, baja, peralatan sistem automasi, fertigasi dll. Permohonan perlu dibuat sebelum bulan Ogos setiap tahun. Tubewell juga tersenarai dalam peruntukan yang boleh mohon. Untuk tubewell tiada dateline, boleh memohon bila bila masa.
Dulu dah pernah mohon, tapi ketika itu diminta menyertakan sijil kursus dsb..
Nampaknya kena rajinkan diri memohon semula..Nak cuba mohon mesin pencacah dahan/ranting atau mesin penggembur tanah dan tubewell..
Wednesday, October 7, 2026
Payung Kebun & Kipas Camping
Tuesday, October 6, 2026
Cantum Pucuk Avocado
Monday, October 5, 2026
Sungkupan Tanaman..
Pokok pandan, pokok kari menjadi sebahagian tanaman bersebelahan dapur untuk mudah mencapainya..Pokok membesar elok. Dek kerana terlalu cepat membiak sebahagian rumpun pandan terpaksa dicantas. Sebahagian daun dijadikan bunga rampai, dan yang lain di tabur dipangkal keliling pokok lain yang ditanam. Kalau dibuang untuk kontraktor majlis perbandaran kutip entah bila datangnya, rumah jiran dah beberapa hari longokan sampah pukal diluar rumah masih belum berkutip..
Sungkupan daun boleh memelihara kelembapan tanah , melewatkan pertumbuhan rumput dan setelah reput akan menjadi baja organik pula..
Koleksi terbaru tanaman..Pokok Telang dan Pokok Gac.
Sunday, October 4, 2026
Pokok Avocado...
Belian terbaru adalah 4 pokok avocado kahwin.. Tidak menjangka pokok avocado ini boleh dikatakan murah sepokok RM24 sedangkan anak pokok avocado selalunya berharga lebih RM50 sepokok..Kita risau juga manalah tahu yang dihantar adalah anak pokok dari biji..
Cuma spesis apa kita tak pasti sebab ketiadaan label.
Nursery transit..
Pokok berdaun kekuningan sebab beberapa hari berbungkus kotak..Pokok yang tiba segera dipindahkan ke polibeg besar supaya akar cepat berkembang dan pokok kurang berisiko mati kerana media tanah di polibeg besar lebih tahan lama menampong air..
3 pokok belian terdahulu yang dibeli dari individu melalui FB sepokok saja hidup, satu mati ketika penghantaran dan sepokok lagi mati setelah beberapa hari..Sepokok yang hidup kini membesar dengan baik.
Banyak lagi yang perlu dibeli untuk menyulam pokok yang mati atau memanfaatkan lagi ruangan kosong di kebun. Risiko mati disodok babi mungkin bakal berlalu bilamana pagar siap sepenuhnya dalam waktu terdekat.. Kini lapisan pertama kawat berduri telah selesai dipasang untuk 2 sempadan.


























































