Jabatan Pertanian Hulu Selangor telefon lagi suruh mengambil baja. Jumlah dah diterima setakat ini 8 guni 50 kg, bermakna akan ada lagi 4 guni. Peruntukan untuk 6 bulan keseluruhan 12 guni.
Sesudah balik kebun terus ke Pusat agihan baja di Pejabat Pertanian Batang Kali, ramai juga pekebun sedang mendaftar nama untuk menerima bantuan.
Stok terdahulu baru guna sebahagian 1 guni, selebihnya disimpan elok dibawah canvas. Kalau membaja pokok selang 2 minggu pun akan mengambil masa lama untuk kehabisan stok kerana penggunaan baja tak banyak..Nak tabur berlebihan dikhuatiri memudaratkan pokok pula.. Harap baja ini bertahan untuk beberapa tahun mendatang..
Banyak lagi insentif yang disediakan Jabatan Pertanian Selangor untuk manfaat pekebun kecil.
Kita dah tanya jika terdapat peruntukan pagar kebun, boleh mohon namun kelulusan jarang lulus. Oleh demikian kita memohon peruntukan yang selalunya cerah lulus seperti keperluan mesin kebun, baja, peralatan sistem automasi, fertigasi dll. Permohonan perlu dibuat sebelum bulan Ogos setiap tahun. Tubewell juga tersenarai dalam peruntukan yang boleh mohon. Untuk tubewell tiada dateline, boleh memohon bila bila masa.
Dulu dah pernah mohon, tapi ketika itu diminta menyertakan sijil kursus dsb..
Nampaknya kena rajinkan diri memohon semula..Nak cuba mohon mesin pencacah dahan/ranting atau mesin penggembur tanah dan tubewell..











Alhamdulillah
ReplyDeleteKalau beli pun dekat rm200 seguni