Dalam pada taknak menanam pokok di keliling rumah, hampir 15 pokok juga ditanam..belum lagi pokok renek berbunga yang tumbuh sendiri di cerun tepi rumah..
Pokok pandan, pokok kari menjadi sebahagian tanaman bersebelahan dapur untuk mudah mencapainya..Pokok membesar elok. Dek kerana terlalu cepat membiak sebahagian rumpun pandan terpaksa dicantas. Sebahagian daun dijadikan bunga rampai, dan yang lain di tabur dipangkal keliling pokok lain yang ditanam. Kalau dibuang untuk kontraktor majlis perbandaran kutip entah bila datangnya, rumah jiran dah beberapa hari longokan sampah pukal diluar rumah masih belum berkutip..
Sungkupan daun boleh memelihara kelembapan tanah , melewatkan pertumbuhan rumput dan setelah reput akan menjadi baja organik pula..
Pokok katak atau Nam nam, pertumbuhan sebelum ini agak perlahan, tapi mulai serasi dengan tapak setelah tanah di pangkal pokok sentiasa digemburkan, dibaja dan disiram..
Pokok Avocado ke 2 yang baru ditanam..Mula mengeluarkan tunas tunas baru..
Buah betik bersaiz sederhana,
berharga RM7-8 sebiji, jika pokok ini berbuah makan tak habis..
Perkembangan terkini pokok Avocado pertama..nampak sihat
Pokok Lemon di pinggiran rumah begitu berbeza dengan yang di kebun..Di kebun sana biarpun hidup namun tidak sesubur di rumah..Pokok-pokok dirumah mendapat perhatian lebih, kerap dibaja dengan lebihan air basuhan ikan dan daging
Koleksi terbaru tanaman..Pokok Telang dan Pokok Gac.
Pokok Telang rajin berbunga, biarpun masih kecil namun tiap hari berbunga 5-8 kuntum untuk dijadikan teh bunga telang.















No comments:
Post a Comment