click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 24, 2017

Europe17-D11 Top of Europe Jungfrau Switzerland

Hari ke 2 Switzerland adalah berkunjung ke puncak pergunungan Jungfrau, Top of Europe... Grup leader menyarankan peserta menyertai trip  untuk mengalami pengalaman baru berada di puncak..

Asalnya berbelah- bagi...30:70 ...70 puluh lebih kepada tak mau pergi...Pertama kos kesana  mahal €165 seorang sedangkan pengembaraan masih lama, bekalan pula semakin menyusut...Kedua ...dah dapat bayangkan pemandangan di puncak gunung nanti..Dah tentu cantik ...Selalunya keinginan mengetahui sausana baru yang kuat mendorong penulis untuk ke sesatu destinasi...Jika bayangan  sausana itu sudah boleh di agak..keterujaan ke sana sedikit mengurang.

Demi memenuhi keinginan spouse..maka mengikutilah juga trip ke puncak gunung...



Sebahagian peserta saja ikut serta sementara yang lain  membuat aktiviti di sekitar tapak perkhemahan ataupun berjalan- jalan di Pekan Leuterbrunen.... 





Didalam perjalanan bukan pemandangan indah yang menarik pemerhatian penulis tapi takjub dengan kecekalan orang dulu membina trek keretapi yang agak curam di lereng- lereng gunung selain terpaksa menebuk terowong-terowong untuk ke puncak. ...

Trek melalui penempatan penempatan di lereng lereng gunung...





Trek dibina sejak kurun ke 18 ...Tanpa bantuan teknologi moden mereka berjaya menebuk terowong-terowong  ke puncak sehingga ketinggian hampir 12 ribu kaki...Berselirat trek trek keretapi dipergunungan dari bandar bandar lain juga.
Berdasarkan nota sejarah yang dibekalkan bersama tiket...Trek keretapi yang kami lalui ini sepanjang lebih kurang 10km melibatkan kos 16 juta Euro dan mengambil masa selama 16 tahun untuk disiapkan.






Untuk kepuncak mengambil masa hampir 2 jam...Akan berhenti di beberapa stesen...

Secara peribadi pemandangan di puncak memang menakjubkan...Sungguh ajaib ciptaan Allah..Tidak jauh dari bayangan penulis sewaktu di camsite lagi. Campsite dikelilingi puncak-puncak gunung yang dilitupi salji. Lagipun sebaik memasuki  Swiss dari Itali kami telah disajikan dengan pemandangan memukau, jadi pemandangan dipuncak sudah boleh diagak keindahannya.

Berikut antara foto foto kenangan yang diambil sewaktu di puncak..
















Semakin tinggi altitud...udara semakin menipis...Sebelum ke puncak tadi telah diberi penerangan simptom simptom alahan berada di altitud tinggi...

Bukan spouse saja rupanya ramai lagi pengunjung mengalami alahan yang sama...kepala berdenyut pening..Kekadang alahan ini lebih kepada serangan psikologi kerana kecelaruan isyarat otak ketika berada di altitude tinggi..  Petugas paramedic sentiasa ada untuk memberikan bantuan jika perkara tidak di ingini betul betul terjadi...



















Sekitar jam 5 petang kembali semula ke tapak perkhemahan...

Keesokan hari kami akan perpindah ke Paris Peranchis..

Thursday, May 18, 2017

Europe D10-Leuterbrunen Switzerland...

Meneruskan pengembaraan kami ke Switzerland...Uniknya negara yang terkenal dengan pembuatan jam tangan ini walaupun dikelilingi negara kesatuan EU ianya bukan negara anggota EU...Memiliki matawang sendiri Swiss Franc namun matawang Euro di terima. Kadar tukaran 1:1.  Tiga bahasa utama digunakan secara meluas...Jerman di  bahagian utara..Peranchis di barat dan Itali di timur/selatan






Jaringan hiway bertol di eropah memang baik. Pembayaran tol menggunakan kad kredit diterima.

Hiway tiga/dua lorong melalui tanah tinggi...Banyak melalui terowong- terowong dan viaduct dilereng -lereng gunung..Keindahan semulajadi memang menakjubkan. Agak kontras dengan pemandangan di Itali.





Perjalanan dari Pisa ke Interlaken Swiss  mengambil masa lebih 9 jam..Paling lama dalam trip ini...Beberapa kali mengalami kelewatan setiap kali memasuki terowong terutamanya jika salah satu terowong ditutup untuk di selenggara.



Selain pemandangan, penulis suka melihat perbezaan infrastruktur setiap negara yg dilawati..Jalanraya, Stesen minyak..kawasan RnR antara yang sering menarik perhatian .



Menikmati makanan tengahari di kawasan terbuka RnR.


 Kebanyakan RnR yang kami singgah adalah kecil jauh berbeza dengan RnR di tanahair.

Keindahan Switzerland memang tidak dapat dinafikan. Pemandangan tasik -tasik semulajadi dan pergunungan Alps sangat memukau.









Kalaulah Swiss ini diibaratkan sebagai seorang wanita...Digambar kelihatan cantik...bila bersemuka ternyata lebih cantik...Berbeza dengan sesetengah destinasi...di gambar kelihatan sangat cantik...bila tiba disana hanya indah khabar dari rupa...Salah satu destinasi itu adalah Florence..Venice pun sama...Namun ini hanya pandangan penulis.




Kawasan perkhemahan kami adalah dibandar kecil Leuterbrunen..Hati cair melihat keindahan persekitaran. Hilang penat duduk berjam dalam perjalanan tadi.










Rasanya penduduk disini sangat menitik beratkan kebersihan dan kekemasan...Diperhatikan hampir keseluruhan rumah tersergam kemas. Susunan bahan bakar kayu tersangat sempurna..






Di kebanyakan bandar kecil terpencil mereka masih menggunakan cara lama membakar kayu  untuk memanaskan ruang rumah...Lihatlah bagaimana susunan kayu ini...










Lama penulis melopong melihat air terjun di tebing tinggi ini...Memerhatikan aliran air yang  melintuk liuk ditiup angin ..pemikiran turut melayang mengikuti air yang meruwap sebelum sempat mencecah bumi...

Allahuakbar..Ajaib ciptaan tuhan...

Kami akan berada di sini 2 malam...Esok kami akan ke puncak gunung alps Jungfrau-The top of Europe



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK