Daerah- daerah utara Itali lebih maju berbanding selatan maupun tengah. Sebut saja jenama fesyen terkenal dunia kebanyakannya berada di sini..Begitu juga dengan industri pemotoran. Ferari Lamboghini Bugati Ducati Fiat dll...Sebagaimana di UK sebahagian besar industri pemotoran kini sudah menjadi milik asing. Selain Greece juga Spain..Itali sedang bergelut dengan masalah ekonomi kini.
Untuk menjana kewangan kepada kerajaan..Setiap kenderaan persendirian yang memasuki bandar pelancongan dikenakan cukai yang tinggi. Sewaktu di Venice permit bas untuk parking adalah €300/mlm.. Di Florence pula €600 sekali masuk...! Walaupun hanya untuk mengambil atau menurunkan penumpang.
Mode pengangkutan utama Itali adalah skuter..Itali merupakan pengeluar skuter Vespa Piagio
Di bandar Florence hanya pejalan kaki diutamakan. Sebagai bandar tua jalan-jalan disini adalah sempit. Ini juga antara sebab kenapa kenderaan persendirian dikenakan caj permit yang tinggi.
Florence terkenal dengan barangan kulit. Berbanding daerah lain disini boleh membeli barangan kulit dengan harga lebih murah.
Mengikut kacamata penulis hanya senibina bangunan gereja ini yang menarik perhatian..Selain dari itu tak pasti bagaimana bandar ini layak mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia.
Sesudah Florence terus ke daerah Pisa. Tidak jauh hanya sejam perjalanan.
Menginap di tapak perkhemahan berdekatan menara condong Pisa. Hanya 700 m untuk ke sana.
Rupanya dimana mana ada bangla...Di tapak warisan dunia Pisa premis perniagaan dikuasai oleh warga Bangladesh.
Florence dan Pisa mengakhiri lawatan di Itali..Esok hari ke 10 kami akan ke Swiss pula.
No comments:
Post a Comment