click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, January 29, 2016

Kembara bumi Mesir--Alex destinasi akhir kembara...

Destinasi akhir di Mesir adalah Alexandria yang terletak di utara Mesir bersempadanan dengan negara Eropah.. Dipisahkan oleh Laut Meditranean...Avanza tak muat.. Setelah hampir 3 minggu meronda beg-beg  semakin bertambah..

 


Jam 9 pagi anak anak  menaiki keretapi…Ber keretapi mengambil  masa 3 jam. Perhubungan darat di Mesir boleh tahan hebat...Keretapi mereka telah lama menggunakan kuasa elektrik..Kami menaiki kereta bergerak sedikit lewat..sesudah zuhor  bertolak…Sebelum itu  pekena lagi nasik arab…Sekiranya  ke restoran nasi arab itu sudah hampir  pasti pemiliknya bukan arab mesir…Orang mesir tak pandai memasak nasi..mereka lebih banyak makan roti..Restoran  yang kami pergi ini milik arab Yaman. Makanan ruji arab Yaman sama dengan penduduk asia tenggara yang lain..Nasi dan nasi..



Menuju ke Alexandria menggunakan lebuhraya baru bertol jenis terbuka   3 lorong…Sebelum memasuki lebuhraya tersesat melalui kawasan pinggiran bandar...Jelas kelihatan keserabutan Mesir...Kereta kuda, kaldai,  Tut Tut bahkan unta berkongsi jalan yang sama...

Alex adalah Bandar kedua terbesar sesudah Cairo…lebuhraya bertol  terbuka , kenderaan persendirian maupun bas-bas awam boleh saja menurun atau menaikkan penumpang sepanjang lebuhraya…Akan adalah penumpang yang menunggu dipinggir-pinggir lebuhraya …Jangan panik jika secara tiba-tiba ada kenderaan dipandu berlawanan arah dilebuhraya  . Mereka  memandu berlawanan arus sebagai jalan piƱtas tanpa perlu melalui jalan jauh… Itu sebahagian keunikan pemanduan di Mesir..Pengguna  lain tidak marah bahkan memberi  laluan…

Disebabkan tersesat tadi..perjalanan berkereta ke Alex yang sepatutnya hanya mengambil masa tidak lebih 3 jam..kini mengambil masa lebih dari itu..Sesudah magrib tiba di Alex. Teruja melihat kediaman anak..Nasib baik...Keadaannya lebih terurus berbanding andaian asal... Berbanding kebanyakan pemilik Arab.. unit rumah sewa anak lebih terbela kerana pemiliknya warga Malaysia...Secara keseluruhan Alex lebih tersusun dan bersih berbanding Cairo...



Teksi di Alex dari jenis Skoda...Buatan Rusia...Buruk di luar boleh tahan selesa didalam..tambang sangat murah...

Di Alex kami tidak banyak meronda tempat.. Keterujaan meronda sudah pudar..Sausana Mesir lebih kurang sama...Berikut foto foto sekitar lawatan di Alex...3H2M



Meronda sekitar Pantai Meditranean...Dikhabarkan terdapat khazanah firaun  baru ditemui di dasar laut ni..Wallahualam...



Melawat pasar awam di Alex...Apa yang menarik perhatian disini haiwan-haiwan ini tidak melarikan diri...tak tau jampi apa yang mereka pakai..Dan lagi daging merpati sangat popular disini...




Tidak lupa melawat fakulti pengajian anak...


 Melawat juga rumah student Alex..Tak sangka..mereka juga pandai memasak ..bukan masakan biasa tapi masakan tradisi Trengganu..Laksam..Bukan mudah  untuk memasak di bumi asing dengan kekangan bahan terhad..




Melawat pusat beli belah  Tesco ..Jangan ingat di lapangan terbang saja memiliki alat pengimbas ini..di pusat beli belah pun ada...Masihkah  kita tidak bersyukur...?





Melawat perpustakaan terbesar di benua Afrika...Disini bakal dilangsungkan konvokesyen anak sesudah menamatkan pengajian..




Sebagai kenangan melawat Mesir..membeli kasut...

Kami tak sabar nak balik Malaysia...Ingin kembali ke tanah air..mengembalikan semangat meronda ke tempat lain pula..Cukuplah kali ini 3 minggu berada diluar ...Tercapailah hajat melawat Mesir sementara anak ada di sini..Tahun ini anak sulong habis belajar setelah 6 tahun bermastautin di bumi Mesir...Ada kesempatan rezeki masa dan kesihatan In Sha Alah  ingin meronda lagi..Teringin melawat US ..sementara anak ke 3 masih belajar di sana...

Manusia maupun negara dijadikan berbeza-beza untuk kita saling mengenali...Apalagi... Jom Jom kita meronda...!

Sekian Coretan Kembara Mesir 2015...

Coretan sebelum ini boleh dibaca DI SINI




Wednesday, January 20, 2016

Kembara Bumi Mesir--Dahab dan Sheikh El Sham

Jam 3 petang mula meninggalkan St Catherine menuju Dahab..Dua malam lagi kami akan bermalam di daerah  Dahab dan Seikh el Sham kawasan pelancongan popular di Semenanjung Sinai.. Sebagaimana datang..pulang juga diiringi  pasukan tentera …



Di Dahab kami dikhabarkan akan melawat perkampongan kaum badawi menaiki pacuan 4 roda..Segera terbayang perjalanan yang jauh di tengah- tengah padang pasir…Bayaran 60 Gurnih seorang…Rupanya bukan perkampongan tapi kawasan dipinggir bandar yang mencedok konsep kehidupan badawi…ermm bolehlah melawat tak sampai pun sejam…



Sesudah lawatan resort Badawi terus dibawa ke pantai..Laut di sini juga sangat indah…Airnya kebiruan walaupun namanya Laut Merah..Pelik juga bagaimana airnya kekal jernih walaupun laluan ini tersangat sibuk dengan kapal dagangan.. Kami berkunjung ke taman laut..menyaksikan hidupan laut dan batu karang…


Menaiki bot yang berlantaikan kaca...dapat melihat keindahan hidupan laut tanpa perlu menyelam...





Di Sinai  dua bandar di atas memang terkenal dikalangan pelancong luar terutamanya pelancong  eropah..Diperhatikan berbanding Cairo  persekitaran di sini lebih tersusun dan kemas…Namun kini  kunjungan pelancong  tersangat kurang kerana banyak negara menggantung penerbangan ke Sheikh El Sham..Dua minggu sebelum ini sebuah kapalterbang awam Rusia telah terhempas di semenanjung Sinai..Rusia mendakwa kapal terhempas disebabkan letupan bom pengganas…

Jam 3 ptg check out hotel di Dahab menuju ke Sheikh El Sham…












Perjalanan dalam 3 jam..Hampir malam tiba di Sheikh El Sham…Perancangan asal sepatutnyas terus ke Cairo..Tapi tak sempat..Boleh tahan hebat Sheikh El Sham …..Banyak hotel  jenama international ..begitu juga dengan pusat beli belah..Taman tema dan Kasino pun ada..! Kebanyakan bangunan dihiasi  lampu neon di waktu malam  . Baru percaya yang dikhabarkan kehidupan di sini lebih barat dari barat…






Budaya arab  bab makan mereka main letak saja...Meja tu dah dikira dulanglah...Pemandu pelancong kami mungkin sudah biasa jadi tiada masalah baginya..Rasa cookies arab boleh tahan sedap..! Disebabkan  malam tersangat cepat , tidak dapat meronda banyak tempat  ..Tidak berkesempatan untuk berkunjung ke pantai peranginan…

 Esok awal pagi  kami akan ke Cairo semula…Akan bermalam di Cairo sebelum menyambung kembara ke Alexandria …bandar  di utara Mesir  yang hampir dengan eropah hanya dipisahkan oleh Laut Mediterranean …

Catatan mendaki Gunung Sinai boleh dibaca DI SINI



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK